Anda di halaman 1dari 12

011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 5 Sesi 2023/2024
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN: Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Buka kertas ujian ini apabila Nama Pemeriksa:
diberitahu.
Markah Markah
2. Tulis nama dan nama kelas kamu Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
pada ruang yang disediakan.
A 1-10 10
3. Jawapan anda hendaklah ditulis
pada ruang jawapan yang 1 5
disediakan di dalam kertas ujian B
ini. 2 5

4. Kertas ujian ini hendaklah C 1 10


diserahkan kepada guru bertugas D 1 20
pada akhir ujian.
Jumlah 50

011
2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Prakash ____________ menyertai pertandingan bercerita di sekolahnya pada minggu


hadapan.
A sudah
B akan
C telah
D sedang

2 "Adakah ____________ akan menyertai lawatan ke Kuala Lumpur?" tanya Ai Ling


kepada rakan-rakannya.
A kamu
B engkau
C kalian
D anda

Soalan 3
Pilih ayat yang betul.
3
A Saiful belum ke perpustakaan sekolah sebentar lagi.
B Danial pernah melawat Pulau Pinang pada minggu hadapan.
C Sekolah saya telah mengadakan pertandingan bercerita Bahasa Melayu.
D Abang masih melanjutkan pelajaran di luar negara dua tahun yang lalu.

011
3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Zakwan dan rakan-rakan sekelasnya ingin mewujudkan sudut patriotik di dalam kelas
dengan maklumat sejarah. Pelaksanaan aktiviti ini bersempena dengan sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah. Sebagai ketua kelas, Zakwan mengadakan perbincangan
untuk mengagihkan tugas.

Sofea mencari info tokoh-tokoh kemerdekaan di perpustakaan. Kai Jun pula akan
menulis peristiwa perjanjian kemerdekaan. Jamsari akan membeli bendera Malaysia di kedai
untuk digantung pada lelangit kelas dengan menggunakan wang simpanan kelas.

4 Di manakah Zakwan dan rakan-rakan sekelasnya ingin mewujudkan sudut patriotik?


A Kedai
B Kelas
C Sekolah
D Perpustakaan

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.­­


A Peristiwa perjanjian kemerdekaan akan digantung pada lelangit kelas.
B Info tokoh-tokoh kemerdekaan telah ada di dalam kelas.
C Kai Jun menggunakan wang simpanan kelas.
D Zakwan mengadakan perbincangan untuk mengagihkan tugas.

6 Berikut ialah cadangan rakan-rakan Zakwan untuk mewujudkan sudut patriotik kecuali
A Jamsari akan membeli bendera Malaysia di kedai.
B bendera Malaysia akan digantung pada lelangit kelas.
C aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan di sekolah.
D Kai Jun bercadang untuk menulis peristiwa perjanjian kemerdekaan.

011
4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Azmi dan ibunya bercadang untuk ke Karnival Keusahawanan yang diadakan di


Sekolah Kebangsaan Taman Sri Indah.Terdapat pelbagai aktiviti yang ada di sini
seperti gerai jualan, pertandingan nyanyian, sukaneka dan rumah hantu.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai sikap berdikari dan
semangat keusahawanan dalam kalangan murid. Selain itu, pengunjung yang datang
berpeluang untuk menang cabutan bertuah. Azmi memberitahu ibunya bahawa dia
akan menyertai pertandingan sukaneka.

BAHAN 2

KARNIVAL KEUSAHAWANAN
Anjuran : Sekolah Kebangsaan Taman Sri Indah

Tarikh : 6 - 7 Mei 2023 (Rabu-Khamis)

Tempat : Padang Serbaguna SK Taman Sri Indah

Aktiviti : Jualan makanan dan minuman, sukaneka, cabutan bertuah, pertandingan nyanyian,
dan rumah hantu.

Datanglah beramai-ramai

Masuk percuma

7 Tujuan utama Karnival Keusahawanan ini diadakan adalah untuk


A memupuk semangat kesukanan.
B menggalakkan murid menyertai pertandingan.
C memberikan hadiah kepada pengunjung bertuah.
D menyemai sikap berdikari dalam kalangan murid.

011
5 011

8
Terdapat pelbagai aktiviti yang ada di sini seperti gerai jualan, pertandingan
nyanyian, sukaneka dan rumah hantu.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan yang bergaris di atas ialah
A biji.
B buah.
C butir.
D baris.

9 Perkataan bertuah dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A berjaya.
B berfaedah.
C beroleh hasil.
D bernasib baik.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas


A Azmi ingin memasuki pertandingan nyanyian.
B Karnival Keusahawanan ini berlangsung selama dua hari.
C Terdapat jualan buku dan pakaian dalam Karnival Keusahawanan ini.
D Program ini dianjurkan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Sri Indah.

011
6 011

Bahagian B
[10 markah]

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya .

Rania sangat suka membantu ibunya menanam bunga. Pada hujung minggu, Rania
bangun awal pagi. Rania makan kuih-muih dan lauk-pauk yang disediakan ibunya
pagi-pagi lagi.

Selepas makan, Rania mengikut ibu dan bapanya ke pasar tani untuk membeli
anak bunga orkid. Anak bunga orkid itu akan ditanam di kebun bunga ibu. Ayah
gembira memerhati gelagat Rania dan ibunya yang asyik memilih anak bunga orkid.

1 (a) Rania pergi ke pasar tani bersama ibu bapanya pada ____________.
[1 markah]

(b) Mengapakah Rania mengikut ibu bapanya ke pasar tani?

[2 markah]

(c) Bulatkan satu kata ganda berentak dalam ayat yang diberikan.

Rania makan kuih-muih dan lauk-pauk yang disediakan oleh ibunya pagi-pagi
lagi.

[1 markah]

011
7 011

(d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.

Ayah gembira memerhati gelagat Rania dan ibunya yang asyik memilih anak bunga
orkid.

Ibu gembira memerhati ayah dan Rania memilih anak bunga


orkid.

Gelagat Rania dan ibu diperhatikan oleh ayah dengan


gembiranya.

[1 markah]

011
8 011

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Amsyar merupakan penolong ketua pengawas di sekolahnya. Amsyar terlupa


memakai tali leher pengawasnya. Dalam masa yang sama dia bertugas menjadi
pengerusi perhimpunan pada hari tersebut.

2 Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang dapat dilakukan?

[5 markah]

011
9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang perpustakaan sekolah.

Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan berkunjung ke perpustakaan sekolah.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

011
10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah
antara 50 hingga 80 patah perkataan.
KLINIK

1 Tuliskan sebuah cerita berdasarkan gambar di atas.

ATAU

2 Tuliskan satu catatan berdasarkan gambar di atas.

011
11 011

011
12 011

[20 markah]

011 KERTAS UJIAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai