Anda di halaman 1dari 42

Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3) 

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4
BAHASA MELAYU (SJKC) (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
Untuk Kegunaan Pemeriksa
1. Kertas soalan ini terdiri daripada
empat bahagian, iaitu Bahagian Nama Pemeriksa:
A, B, C dan D.
Markah Markah
Bahagian Soalan
2. Jawab semua soalan. Penuh Diperoleh
3. Bagi soalan objektif, setiap A 1-10 10
soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi 1 5
B
setiap soalan, pilih satu jawapan 2 5
sahaja. Bulatkan jawapan yang
betul. C 1 10

4. Bagi soalan subjektif, jawab D 1 20


semua soalan dalam ruang Jumlah 50
jawapan yang disediakan.

1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3)

Bahagian A
[10 markah]
Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.


1. Haidar memasukkan tin aluminium botol kaca ke dalam tong kitar
semula.
A yang
B kerana
C dan
D sambil

2. Negara kita mempunyai kemampuan untuk membangunkan sains dan teknologi dalam
angkasa lepas.
A bidang
B faedah
C kesan
D topik

Soalan 3
3. Pilih ayat yang betul.
I Nenek dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.
II Hidupnya semakin sesak sejak kematian suami.
III Seluar itu terlalu sesak buat kakak.
IV Setiap pagi, jalan ini sesak dengan kenderaan.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2


Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3) 

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap orang pasti mempunyai masa lapang. Masa lapang yang ada perlu diisi dengan
perkara yang berfaedah supaya memberi manfaat kepada kita. Terdapat banyak
cara untuk mengisi masa lapang. Antaranya dengan membaca buku. Sebagai murid,
kita perlu membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Pelbagai bahan bacaan
seperti buku ilmiah, buku cerita dan ensiklopedia akan menambahkan penguasaan
perbendaharaan kata kita.
   Seterusnya, cara lain mengisi masa lapang adalah dengan membantu ibu bapa
membuat kerja rumah. Kerja rumah seperti menyapu sampah, membasuh baju, mencuci
pinggan, menyiram pokok dan sebagainya dapat membantu meringankan beban kerja
rumah ibu bapa kita. Kita seharusnya menolong ibu bapa membuat kerja rumah sebagai
cara mengisi masa lapang dengan baik.
   Di samping itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang. Kita boleh melakukan
aktiviti sukan yang kita minati seperti berjoging, bermain bola sepak, bola jaring dan
badminton. Aktiviti ini juga dapat membantu kita mengeluarkan peluh dan menjadikan
badan kita lebih sihat. Kesimpulannya, kita perlu mengisi masa lapang kerana banyak
manfaat yang akan kita peroleh. Usahlah kita membuang masa dengan kegiatan yang
tidak berfaedah.

4. Apakah faedah yang kita peroleh apabila membaca buku?


A Memupuk semangat setia kawan
B Memperoleh ganjaran yang lumayan
C Menambahkan ilmu pengetahuan
D Mendapat ramai kawan

5. Mengapakah kita perlu membantu ibu bapa pada masa lapang?


A Membantu meringankan beban kerja rumah ibu bapa kita
B Memastikan ibu bapa tidak keletihan
C Menjamin kesihatan yang berpanjangan
D Meningkatkan stamina

6. Perkataan penguasaan dalam petikan boleh digantikan dengan


A pengalaman atau kenangan.
B kesungguhan atau keberanian.
C kemampuan atau keupayaan.
D pengorbanan atau tanggungjawab.

3 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3)

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

KEMPEN BUDAYA MEMBACA


Budaya membaca memberikan impak positif dan sangat penting kepada murid.
Kempen ini dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan murid. Berikut
merupakan butirannya:
Tempat : Dewan SJKC Bandar Baru Cempaka
Tarikh : 12 – 14 Januari 202_
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Kebaikan budaya membaca ialah:
❋  Menambahkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang
❋  Petah berhujah dan mengeluarkan pendapat apabila berbicara dengan orang lain
❋  Melahirkan generasi berilmu
❋  Meningkatkan penguasaan bahasa dan menambah kosa kata

Aktiviti-aktiviti menarik: TAWARAN ISTIMEWA!


Jualan buku, Kuiz Silang Kata, ✓ Diskaun 50% untuk buku-buku terpakai
Permainan Bahasa dan cabutan bertuah ✓ Diskaun 10% untuk buku-buku baharu

BAHAN 2

   “Jassey, mari kita ke pameran buku di dewan,” ajak Wardah.


   “Cikgu Imran ada maklumkan semalam. Marilah kita pergi Jassey, ada diskaun
untuk pembelian buku-buku terpakai dan buku baharu,” kata Wardah lagi.
   Mereka terus berjalan menuju ke dewan sekolah. Ramai murid berkunjung ke
pameran itu. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk membeli buku-buku di
pameran itu. Terdapat juga sudut Permainan Bahasa di pameran itu dan para murid
boleh menyertainya. Setiap resit pembelian buku layak menyertai cabutan bertuah.
   “Wardah, saya sudah memilih beberapa buah buku dan hendak membayar di
kaunter pembayaran. Kamu beli buku apa?” tanya Jassey.
   “Saya banyak membeli buku-buku terpakai sebagai bahan bacaan tambahan
saya. Saya gemar membaca pada masa lapang kerana membaca menambahkan ilmu
pengetahuan sekali gus dapat mengelakkan masa terbazir begitu sahaja,” jelas Wardah.
   Selepas membuat pembayaran, mereka pun beredar dan masuk ke kelas masing-
masing.

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 4


Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3) 

7. Bilakah Kempen Budaya Membaca diadakan?


A 1 – 5 Januari 202_
B 12 – 14 Januari 202_
C 17 – 18 Januari 202_
D 22 – 24 Januari 202_


Ramai murid berkunjung ke pameran itu.

8. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A gerombolan.
B lembar.
C kawan.
D orang.

9. Maksud perkataan terpakai dalam Bahan 1 dan Bahan 2 di atas ialah


A masih baharu.
B terlalu lama.
C sudah dipakai.
D lusuh keadaannya.

10. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.
A Setiap resit pembelian buku tidak layak menyertai cabutan bertuah.
B Kempen ini dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.
C Kebaikan Kempen Budaya Membaca ialah dapat melahirkan generasi berilmu.
D Para murid tidak melepaskan peluang berkunjung ke pameran itu.

5 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3)

Bahagian B
[10 markah]
Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kejujuran adalah salah satu sifat mulia yang seharusnya ada pada setiap orang
khususnya murid-murid. Orang yang jujur ialah orang yang ikhlas dan tulus dalam
melakukan sesuatu perkara. Lebih tepat, jujur boleh diertikan sebagai tidak menipu.
   Ciri-ciri seorang murid yang cemerlang selain baik pencapaian akademik dan
kokurikulumnya, dia mestilah seorang yang bersikap jujur. Orang yang jujur dipercayai
oleh orang lain. Dia juga akan melakukan apa-apa yang diarahkan dengan penuh
tanggungjawab.
   Selain perbuatan, percakapan kita juga mestilah jujur. Peganglah kata-kata “berani
kerana benar” dan pertahankan kejujuran kita. Sikap jujur yang menjadi amalan akan
menjadikan kita dihormati oleh orang lain. Natijahnya, sikap jujur akan membentuk
peribadi yang mulia. Sesungguhnya, orang yang jujur akan mencapai kejayaan dalam
hidupnya.

1. merupakan sifat mulia yang perlu ada dalam diri murid-murid.


[1 markah]

2. Apakah ciri-ciri seorang murid yang cemerlang berdasarkan petikan?


[2 markah]

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 6


Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3) 

3. Gariskan kata adjektif dalam ayat yang diberi.

Sesungguhnya, orang yang jujur akan mencapai kejayaan dalam hidupnya.



[1 markah]

4. Pilih dan tandakan ( ✓ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Sikap jujur yang menjadi amalan akan menjadikan kita dihormati oleh orang lain.

Kita akan dihormati oleh orang lain yang menjadi amalan sikap jujur.

Amalan yang akan menjadikan kita dihormati oleh orang lain ialah
sikap jujur.

[1 markah]

7 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3)

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Qairiel gemar bermain permainan video di telefon pintar sepanjang hari sehingga
leka dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Sebagai seorang kakak, apakah tindakan kamu untuk menegah aktiviti tidak berfaedah
adik kamu itu?

[5 markah]

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 8


Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3) 

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan cara-cara penjagaan gigi.


Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara penjagaan gigi itu.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Guru Ibu Bapa

CARA-CARA
PENJAGAAN GIGI
Flo
rid
a

Buku Internet

9 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3)

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau tidak berformat.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 10


Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3) 

11 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3)

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 12


Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3) 

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 5
BAHASA MELAYU (SJKC) (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
Untuk Kegunaan Pemeriksa
1. Kertas soalan ini terdiri daripada
empat bahagian, iaitu Bahagian Nama Pemeriksa:
A, B, C dan D.
Markah Markah
Bahagian Soalan
2. Jawab semua soalan. Penuh Diperoleh
3. Bagi soalan objektif, setiap A 1-10 10
soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi 1 5
B
setiap soalan, pilih satu jawapan 2 5
sahaja. Bulatkan jawapan yang
betul. C 1 10

4. Bagi soalan subjektif, jawab D 1 20


semua soalan dalam ruang Jumlah 50
jawapan yang disediakan.

1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3)

Bahagian A
[10 markah]
Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Seorang pegawai bomba sedang melakukan demonstrasi cara-cara


alat pemadam api kepada murid-murid SJKC Taman Warisan.
A penggantian
B pelarian
C perbuatan
D penggunaan

2. Pada minggu lalu, penduduk Taman Sepadu bekerjasama membaik pulih Galeri
Perpaduan Dewan Komuniti.
A sejak
B hingga
C kepada
D di

Soalan 3

3. Pilih ayat yang betul.


A Lawatan ini memberikan banyak faedah dan pengetahuan kepada murid-murid.
B Pengurusan sisa pepejal yang berkesan dapat membantu kita hidup dalam
persekitaran.
C Ajay dan kawan-kawannya berasa gembira dapat serta aktiviti Rekreasi Teknologi
Hijau di karnival itu.
D Boon Hiong memajukan tanah kosong di belakang rumahnya dengan menjalankan
projek tanaman secara hidroponik kerana fertigasi.

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2


Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3) 

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Program Khidmat Masyarakat


Pada 20 Mei 202_, seramai 40 orang murid tahap dua SJKC Kuan dan tiga orang guru
Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di
Kampung Desa Permai. Program ini telah diadakan selama dua hari satu malam.
   Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung, Tuan Haji Abdullah bin Ismail. Pada hari pertama, para peserta bersama-
sama penduduk kampung bekerjasama membersihkan kawasan kampung.
   Pada hari kedua pula, peserta dibawa mengunjungi Rumah Orang-orang Tua
Seri Permata. Tujuan utama kunjungan kami ke rumah orang-orang tua adalah untuk
mengeratkan hubungan silaturahim di samping melahirkan rasa sayang serta sikap
menghormati warga emas. Selain itu, kunjungan ini dapat mengingatkan para peserta
supaya mengenang jasa ayah dan ibu.
   Konklusinya, program ini banyak memberikan pengalaman baharu kepada para
peserta dan merasai pengalaman berada di tempat orang. Program seperti ini wajar
diadakan setiap tahun agar dapat memberikan impak positif kepada para peserta yang
menyertainya.
Disediakan oleh, 25 MEI 202_.
Catherine Ong
(CATHERINE ONG)
Setiausaha Kelab Bimbingan dan Kaunseling,
SJKC Kuan.

4. Berapa harikah Program Khidmat Masyarakat diadakan?


A Satu hari satu malam B Dua hari satu malam
C Dua hari dua malam D Tiga hari dua malam

5. Apakah tujuan utama kunjungan mereka ke Rumah Orang-orang Tua Seri Permata?
A Mengeratkan hubungan silaturahim di samping melahirkan rasa sayang serta sikap
menghormati warga emas
B Meringankan beban orang-orang tua di sana
C Memberikan sumbangan barangan dan wang kepada mereka
D Membersihkan kawasan Rumah Orang-orang Tua Seri Permata

6. Apakah maksud rangkai kata warga emas yang terdapat dalam petikan di atas?
A Orang yang sudah tua B Orang yang kurang upaya
C Orang yang memerlukan D Orang yang ditinggalkan

3 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3)

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai


masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Oleh itu, amalan
mengadakan rumah terbuka sering diadakan apabila
menjelangnya sesuatu perayaan. Terdapat banyak manfaat
amalan mengadakan rumah terbuka.
   Antara manfaat mengadakan rumah terbuka ialah kita
dapat mengeratkan perpaduan kaum. Amalan rumah terbuka ini secara tidak langsung
dapat mengukuhkan keharmonian kaum. Oleh itu, setiap kaum seperti Melayu, India,
Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa
sebarang halangan.
   Selain itu, amalan mengadakan rumah terbuka dapat membantu kita memahami
budaya kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. Melalui amalan ini, kita boleh
mengetahui makanan, pakaian tradisional, cara hidup, adat resam dan pantang larang
yang diamalkan oleh kaum-kaum lain. Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain
dapat dipelajari melalui amalan murni ini.
   Kesimpulannya, amalan rumah terbuka membawa banyak manfaat. Oleh itu,
amalan rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Jika
amalan murni ini dibudayakan sudah pasti keharmonian dan keamanan negara dapat
dikekalkan.

BAHAN 2

Abang baca artikel apa di


dalam majalah itu?
Abang sedang membaca
tentang amalan mengadakan
Wah, pasti menarik! rumah terbuka di Malaysia.
Nanti, saya ingin Terdapat banyak manfaat
menghadiri rumah yang kita peroleh. Antaranya
terbuka yang diadakan dapat menyatupadukan
di kawasan perumahan masyarakat berbilang kaum
kita. Kita boleh belajar di negara kita.
dan memahami budaya
kaum-kaum lain.

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 4


Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3) 

7. Amalan yang sering diadakan apabila menjelangnya sesuatu perayaan di Malaysia


ialah
A amalan menabung.
B amalan berjimat cermat.
C amalan mencuci tangan.
D amalan rumah terbuka.


Abang baca artikel apa di dalam majalah itu?

8. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B gulung.
C naskhah.
D lembar.

9. Maksud perkataan budaya dalam Bahan 1 dan Bahan 2 di atas ialah


A persaingan yang sihat.
B peningkatan kerjaya.
C perubahan gaya hidup.
D kemajuan fikiran (cara berfikir dan kelakuan).

10. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.
A Kita boleh belajar dan memahami budaya kaum-kaum lain semasa menghadiri
rumah terbuka.
B Kita mestilah mengadakan karnival tertutup dan hanya boleh dihadiri oleh golongan
tertentu.
C Amalan mengadakan rumah terbuka sering diadakan apabila menjelangnya
sesuatu perayaan.
D Amalan mengadakan rumah terbuka dapat menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum yang terdapat di negara kita.

5 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3)

Bahagian B
[10 markah]
Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Berkebun merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita. Faedah yang pertama
ialah aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Berkebun boleh dilakukan pada hujung
minggu. Selain itu, berkebun dapat menjimatkan wang. Sebagai contoh, sayur-sayuran
yang ditanam boleh dijadikan juadah makanan sekali gus menjimatkan perbelanjaan
rumah. Seterusnya, berkebun dapat menyihatkan badan. Hal ini demikian kerana
semasa kita melakukan aktiviti ini badan kita akan berpeluh, secara tidak langsung
badan menjadi cergas dan sihat.
   Aktiviti berkebun juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Hal ini
demikian kerana ahli keluarga akan bersama-sama mengusahakan kebun tersebut
agar mengeluarkan hasil yang banyak. Kesimpulannya, berbudi kepada tanah tiada
ruginya. Justeru, aktiviti ini perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai peluang dan
masa untuk melakukannya.

1. Berkebun merupakah aktiviti yang kepada kita.


[1 markah]

2. Mengapakah aktiviti berkebun dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan?


[2 markah]

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 6


Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3) 

3. Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat yang diberi.

Hal ini demikian kerana semasa kita melakukan aktiviti ini badan kita akan berpeluh,
secara tidak langsung badan menjadi cergas dan sihat.

[1 markah]

4. Pilih dan tandakan ( ✓ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Berkebun merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita.

Sangat berfaedah kepada kita aktiviti berkebun.

Kepada kita berkebun sangat berfaedah aktiviti.



[1 markah]

7 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3)

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Semasa berjalan pulang dari perpustakaan awam, kamu ternampak sebuah rumah
di kawasan perumahan terbakar. Keadaan di kawasan tersebut sunyi kerana
penduduk masih belum pulang daripada bekerja.

Sebagai seorang rakyat yang prihatin, apakah tindakan yang akan kamu lakukan semasa
menghadapi situasi tersebut?

[5 markah]

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 8


Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3) 

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan kepentingan semangat kejiranan.


Tuliskan pendapat kamu tentang kepentingan semangat kejiranan itu.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

❋ Mewujudkan perpaduan
KEPENTINGAN ❋ Memupuk sikap saling membantu
SEMANGAT
❋ Mewujudkan amalan gotong-royong
KEJIRANAN
❋ Melahirkan sikap hormat-menghormati

9 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3)

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau tidak berformat.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

HARI KELUARGA SJKC TAMAN MELODI

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 10


Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3) 

11 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3)

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 12


Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3) 

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 6
BAHASA MELAYU (SJKC) (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
Untuk Kegunaan Pemeriksa
1. Kertas soalan ini terdiri daripada
empat bahagian, iaitu Bahagian Nama Pemeriksa:
A, B, C dan D.
Markah Markah
Bahagian Soalan
2. Jawab semua soalan. Penuh Diperoleh
3. Bagi soalan objektif, setiap A 1-10 10
soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi 1 5
B
setiap soalan, pilih satu jawapan 2 5
sahaja. Bulatkan jawapan yang
betul. C 1 10

4. Bagi soalan subjektif, jawab D 1 20


semua soalan dalam ruang Jumlah 50
jawapan yang disediakan.

1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3)

Bahagian A
[10 markah]
Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Dayang Salmah berkunjung ke Festival Tarian Tradisional dan Lagu Asli Selangor yang
diadakan di .
A Dewan Sivik Petaling Jaya
B Balai Polis Rantau Panjang
C Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
D Balai Raya Kampung Muhibah

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Tekanan angin pada tayar basikal perlu secara berkala untuk


mengelakkan tayar pancit secara tiba-tiba.
A peperiksaan
B memeriksa
C diperiksa
D periksa

Soalan 3

3. Pilih ayat yang betul.


A Rumah usang yang terletak ke pinggir hutan itu telah terbakar.
B Encik Rajendran berasal dari Teluk Kemang, Port Dickson.
C Lim Wah bertolak ke kampung tepat di pukul 8.00 pagi.
D Daripada semalam lagi abang tidak pulang ke rumah.

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2


Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3) 

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada hujung minggu lalu, ayah membawa Anis pergi ke pasar malam. Gerai-gerai
di pasar malam dibuka seawal jam 3.00 petang. Ada banyak gerai yang menjual
pelbagai jenis jualan seperti makanan, minuman, pakaian dan permainan kanak-kanak.
Kebanyakan peniaga di situ bukan berasal dari kawasan perumahan Anis.

   Para peniaga pasar malam sangat peramah. Mereka cuba menarik perhatian
pengunjung yang datang untuk singgah ke gerai mereka. Ayah Anis telah membeli
pelbagai jenis makanan seperti aiskrim goreng, ayam percik, mi rebus dan apam balik
untuk dibawa pulang ke rumah. Ayah juga membelikan dua helai tudung bawal untuk
Anis dan ibunya.

4. Anis dan ayahnya ke mana pada hujung minggu lalu?


A Pasar raya
B Pasar tani
C Pasar pagi
D Pasar malam

5. Antara berikut yang manakah tidak boleh dibeli di pasar malam?


A Ayam percik
B Aiskrim goreng
C Tudung bawal
D Minyak hitam

6. Berikut ialah pernyataan tentang kunjungan Anis ke pasar malam kecuali


A Para peniaga sangat peramah.
B Anis ke pasar malam dengan ayahnya.
C Ayah Anis membelikan ibunya dua helai tudung bawal.
D Kebanyakan peniaga bukan berasal dari kawasan tempat tinggal Anis.

3 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3)

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Hari Usahawan Muda SJKC Kwong Hon


Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Kwong Hon

19 November 202_ Semua


8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dijemp
ut
Padang SJKC Kwong Hon hadir
Antara program yang akan dijalankan:
Jualan pelbagai jenis makanan dan minuman, permainan tembak tepat, belon udara
panas, perlawanan Beyblade, persembahan tarian tradisional dan tayangan animasi
tempatan

    Imbas kod QR berikut untuk menonton video promosi program ini.

BAHAN 2

Mei Ling dan abangnya sedang menunggu ibu mereka berhampiran pondok pengawal
keselamatan sekolah. Mei Ling ternampak sebuah poster promosi.
Mei Ling : Abang, lihat poster ini. PIBG sekolah kita bakal menganjurkan Hari Usahawan
Muda pada pertengahan bulan November nanti.
Abang : Oh, kelas abang turut mengambil bahagian! Kelas abang merancang untuk
menjual makanan seperti spageti bersama bebola daging, sosej pulut,
sandwic telur dan sate ikan.
Mei Ling : Wah, menariknya! Nanti saya akan minta ibu untuk imbas kod QR ini supaya
kita dapat melihat video promosi bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan
program ini.

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 4


Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3) 

7. Hari Usahawan Muda SJKC Kwong Hon dianjurkan oleh .


A Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Kwong Hon
B Persatuan Usahawan Muda SJKC Kwong Hon
C Lembaga Pengelola SJKC Kwong Hon
D Persatuan Kriket SJKC Kwong Hon

8. Program ini dijalankan di mana?


A SJKC Kwong Hon
B Kantin SJKC Kwong Hon
C Padang SJKC Kwong Hon
D Dewan terbuka SJKC Kwong Hon

9. Frasa imbas kod QR dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh dikaitkan dengan
A menu makanan.
B video promosi.
C jadual perlawanan.
D terma dan syarat pertandingan.

10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.
I Hari Usahawan Muda akan diadakan pada pertengahan bulan November.
II Kelas Mei Ling merancang untuk menjual pelbagai jenis makanan.
III Pengunjung perlu mengimbas kod QR untuk pendaftaran kehadiran.
IV Program keusahawanan ini merupakan anjuran PIBG sekolah tersebut.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

5 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3)

Bahagian B
[10 markah]
Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Puan Mei Hua dan keluarganya baru berpindah ke Taman Sejati. Mereka berjiran
dengan keluarga Encik Kumaranesan dan keluarga Fadzil Jalaini. Mereka merupakan
jiran bersebelahan rumah Puan Mei Hua.
   Pada hari Sabtu yang lalu, Puan Mei Hua dan suaminya telah mengadakan jamuan
minum petang di halaman rumah. Tujuannya adalah untuk beramah mesra dengan
penduduk sekitar rumah mereka.
   Para jiran tetangga mengalu-alukan kehadiran Puan Mei Hua dan keluarganya
dengan tangan terbuka. Suasana jamuan minum petang itu sungguh meriah. Menjelang
lewat petang, semua tetamu membantu mengemas dan membersihkan kawasan
jamuan bersama-sama sebelum bersurai.

1. Puan Mei Hua dan keluarganya berpindah ke .


[1 markah]

2. Mengapakah Puan Mei Hua dan suaminya mengadakan jamuan minum petang?


[1 markah]

3. Bagaimanakah sikap penduduk di taman itu?


[1 markah]

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 6


Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3) 

4. Berikan satu contoh peribahasa berdasarkan pernyataan di bawah.

Menjelang lewat petang, semua tetamu membantu mengemas dan membersihkan


kawasan jamuan bersama-sama sebelum bersurai.


[1 markah]

5. Pilih dan tandakan ( ✓ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Pada hari Sabtu yang lalu, Puan Mei Hua dan suaminya telah mengadakan jamuan
minum petang di halaman rumah.

Jamuan minum petang mengadakan Puan Mei Hua dan suaminya di


halaman rumah pada hari Sabtu yang lalu.

Jamuan minum petang diadakan oleh Puan Mei Hua dan suaminya di
halaman rumah pada hari Sabtu yang lalu.

[1 markah]

7 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3)

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Seorang rakan kamu tergelincir semasa menaiki tangga. Lututnya cedera.

Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

[5 markah]

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 8


Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3) 

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan aktiviti di dalam sebuah perpustakaan.


Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah daripada aktiviti yang dijalankan.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

9 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3)

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau tidak berformat.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 10


Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3) 

11 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3)

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 12


Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3) Jawapan 

JAWAPAN
BAHAGIAN A
1. C 2. A 3. D 4. C 5. A
6. C 7. B 8. D 9. C 10. A

BAHAGIAN B
Soalan 1
1. Kejujuran
2. Ciri-ciri seorang murid yang cemerlang berdasarkan petikan adalah baik pencapaian akademik
dan kokurikulumnya serta mestilah seorang yang bersikap jujur.
3. Jujur
4. Amalan yang akan menjadikan kita dihormati oleh orang lain ialah sikap jujur.

Soalan 2
Pada pendapat saya, sebagai seorang kakak, saya akan memberitahu adik kesan buruk ketagihan
permainan video, iaitu boleh menjejaskan kesihatan mata seperti mata menjadi merah dan juga
tahap penglihatan akan merosot. Selain itu, saya akan mengajak adik melakukan aktiviti yang
berfaedah seperti pergi beriadah di taman atau membaca buku di perpustakaan.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

BAHAGIAN C
   Gigi yang terletak di bahagian mulut memainkan peranan penting bagi memastikan sistem
penghadaman makanan berjalan dengan lancar. Terdapat banyak cara menjaga kesihatan
gigi. Antaranya, kita perlulah menggosok gigi dua kali sehari. Kita juga perlu menggunakan ubat
gigi yang berflorida ketika menggosok gigi. Selain itu, kita juga perlu mengambil makanan yang
bergizi untuk kesihatan gigi. Kita mestilah menghindari makanan yang mengandungi gula yang
tinggi. Kemudian, kita perlu membuat pemeriksaan gigi setiap enam bulan sekali. Gigi yang sihat
membuatkan senyuman bertambah menawan.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

BAHAGIAN D
Karangan Berformat (Contoh: Ucapan)
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan para murid
sekalian. Selaku ketua murid, saya mewakili murid-murid sekolah ini ingin mengucapkan “Selamat
Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
   Kami berasa sungguh terharu atas segala pengorbanan, jasa dan bakti guru-guru terhadap
kami semua. Tanpa mengenal erti penat dan jemu, guru-guru gigih mendidik kami agar menjadi

J-1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 4 UASA (3) Jawapan

warga yang berguna. Budi yang diberi tidak mampu kami balas dan tidak dapat ditukar ganti.
   Guru-guru di sekolah ini memberikan komitmen yang optimum terhadap tugas mereka. Mereka
sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu kami memperoleh kejayaan
yang cemerlang. Kami amat berterima kasih dan terharu atas pengorbanan guru-guru.
   Saban tahun, nama sekolah ini semakin harum. Ramai murid yang berjaya melakar nama
sehingga ke peringkat kebangsaan. Semuanya lahir daripada didikan yang bukan sahaja dalam
bidang kurikulum malah dalam bidang kokurikulum.
   Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan “Selamat Hari Guru” kepada semua warga pendidik
di sekolah ini. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh serta menaikkan imej sekolah. Setiap
jasa guru akan sentiasa kami kenang dan sematkan dalam hati.
   Sekian, terima kasih.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

Karangan Tidak Berformat


Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru di Dewan Putera
SJKC Indah Desa. Semua guru dan murid berkumpul di dewan pada pukul 7.30 pagi.
   Saban tahun, Hari Guru akan disambut pada 16 Mei. Sambutan ini diadakan adalah untuk
menghargai jasa, bakti dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. Setiap sekolah di
negara kita akan mengadakan sambutan Hari Guru dengan meriah.
   Mula-mula, kami berdiri tegak untuk menyanyikan lagu “Negaraku”, lagu negeri dan juga lagu
sekolah. Selepas itu, guru besar menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan sambutan
Hari Guru pada tahun ini. Seterusnya, semua guru mengangkat tangan untuk melafazkan ikrar
dengan penuh semangat.
   Acara seterusnya ialah persembahan murid-murid di atas pentas. Antara persembahan yang
menarik ialah tarian, nyanyian, lakonan jenaka, koir dan sebagainya. Persembahan murid-murid
pada sambutan itu sangat kreatif dan menghiburkan para guru.
   Selepas acara persembahan, sambutan Hari Guru diteruskan dengan penyampaian cenderahati
dan sijil penghargaan kepada guru-guru mengikut kategori seperti Guru Paling Kelakar, Guru Prihatin
dan sebagainya. Guru-guru yang mendapat penghargaan berasa gembira.
   Kemudian, para guru dijemput ke kantin untuk jamuan ringan. Murid-murid turut mengambil
kesempatan ini untuk memberikan hadiah kepada guru-guru yang disayangi sebagai tanda
penghargaan. Kami juga sempat mengambil gambar bersama guru-guru untuk dijadikan kenangan.
Sambutan Hari Guru berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. J-2


Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3) Jawapan 

JAWAPAN
BAHAGIAN A
1. D 2. D 3. A 4. B 5. A
6. A 7. D 8. C 9. D 10. B

BAHAGIAN B
Soalan 1
1. berfaedah / bermanfaat
2. Aktiviti berkebun dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana setip ahli keluarga akan
bersama-sama mengusahakan kebun tersebut agar mengeluarkan hasil yang banyak.
3. cergas, sihat
4. Sangat berfaedah kepada kita aktiviti berkebun.

Soalan 2
Pada pendapat saya, tindakan yang akan saya lakukan apabila ternampak sebuah rumah di
kawasan perumahan terbakar ialah menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan. Selain itu,
sekiranya tuan rumah dapat keluar dan menyelamatkan diri, saya akan membantu memberikan
kata-kata semangat kepada mereka.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

BAHAGIAN C
   Semangat kejiranan penting dalam hidup bermasyarakat. Terdapat banyak kepentingan
semangat kejiranan, antaranya ialah dapat mewujudkan perpaduan. Pelbagai aktiviti yang
diadakan di taman perumahan melibatkan pelbagai kaum dan dilakukan bersama-sama. Selain
tu, semangat kejiranan dapat memupuk sikap saling membantu. Sebagai contohnya, kita boleh
membantu menghantar jiran yang berbangsa lain ke klinik sekiranya mereka sakit. Seterusnya,
kita dapat mewujudkan amalan gotong-royong. Hal ini demikian kerana semua penduduk akan
bekerjasama dalam melancarkan sesuatu majlis yang diadakan di kawasan perumahan. Selain itu,
semangat kejiranan mampu melahirkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Apabila
jiran prihatin terhadap ragam budaya satu sama lain, secara tidak langsung kita dapat mengelakkan
perselisihan faham dalam masyarakat. Konklusinya, semangat kejiranan perlu diamalkan demi
kesejahteraan hidup.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

BAHAGIAN D
Karangan Berformat (Contoh: Laporan)
Laporan Hari Keluarga SJKC Taman Melodi
Pada 7 Julai 202_, SJKC Taman Melodi telah mengadakan hari keluarga. Para guru, ibu bapa dan
murid-murid terlibat dalam program ini. Tujuan utama hari keluarga ini diadakan adalah untuk
mengisi dana kewangan bagi membina sebuah bangunan makmal komputer yang baharu serta
mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru.

J-1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 5 UASA (3) Jawapan

   Pada pukul 8.00 pagi ucapan guru besar membuka tirai sambutan hari keluarga tersebut.
Guru besar berharap hasil kutipan ini dapat digunakan sebagai dana tambahan bagi menampung
perbelanjaan pembinaan bangunan tersebut.
   Terdapat 30 buah gerai menjual beraneka makanan dan juga barangan. Terdapat ibu bapa
yang menyumbang wang secara peribadi kepada pihak sekolah. Pihak sekolah juga mengadakan
sukaneka yang disertai oleh ibu bapa dan guru-guru. Pihak sekolah sangat berpuas hati kerana
program ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM30 000.
   Pada pukul 5.00 petang, guru besar telah memberikan ucapan penutup dan menyampaikan
hadiah kepada pemenang. Beliau mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas
sumbangan ikhlas para ibu bapa dan guru-guru. Majlis bersurai pada pukul 4.30 petang.

Laporan disediakan oleh, 9 JULAI 202_.


Chia Yen
(CHIA YEN)
Setiausaha Kelab Keusahawanan,
SJKC Taman Melodi.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

Karangan Tidak Berformat


Pada minggu lepas, SJKC Taman Melodi telah mengadakan hari keluarga. Hari keluarga itu diadakan
untuk mengisi dana kewangan untuk membina sebuah bangunan makmal komputer yang baharu
serta mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru. Warga sekolah dan ibu bapa terlibat
dalam program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
   Tepat jam 8.00 pagi, Tuan Guru Besar, Encik Tan Boon Hiong menyampaikan ucapan sekali
gus merasmikan Hari Keluarga SJKC Taman Melodi. Guru besar berharap hasil kutipan ini dapat
digunakan sebagai dana tambahan bagi menampung perbelanjaan pembinaan bangunan makmal
komputer yang baharu. Ada ibu bapa yang memberikan sumbangan wang secara peribadi untuk
membantu pihak sekolah.
   Terdapat banyak gerai menjual makanan, minuman, buku, aksesori dan sebagainya pada hari
tersebut. Suasana hari keluarga itu sangat meriah. Para ibu bapa juga sudah membanjiri kawasan
sekolah seawal jam 8.30 pagi. Gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman dipenuhi dengan
pengunjung yang datang.
   Acara sukaneka turut diadakan bagi memeriahkan suasana. Ramai ibu bapa dan guru
menyertainya. Penglibatan para guru dan ibu bapa dalam acara sukaneka dapat memupuk
semangat kerjasama dalam pasukan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
   Hari Keluarga SJKC Taman Melodi berakhir pada jam 5.00 petang selepas ucapan penutup
daripada guru besar. Guru besar juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara
sukaneka dan gerai tercantik. Pihak sekolah berjaya mengutip dana sebanyak RM30 000 dan
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
   Program ini memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada warga sekolah. Mereka
berasa gembira dan berpuas hati kerana dapat menimba pengalaman yang menarik dan membantu
pihak sekolah.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. J-2


Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3) Jawapan 

JAWAPAN
BAHAGIAN A
1. A 2. C 3. B 4. D 5. D
6. C 7. A 8. C 9. B 10. D

BAHAGIAN B
Soalan 1
1. Taman Sejati
2. Puan Mei Hua dan suaminya mengadakan jamuan minum petang adalah untuk beramah
mesra dengan penduduk di sekitar rumah mereka.
3. Penduduk di taman itu mengalu-alukan kehadiran Puan Mei Hua dan keluarganya dengan
tangan terbuka.
4. Bagai aur dengan tebing
5. Jamuan minum petang diadakan oleh Puan Mei Hua dan suaminya di halaman rumah pada
hari Sabtu yang lalu.

Soalan 2
Sebagai rakan yang prihatin, saya akan segera membawanya ke bilik rawatan agar lukanya dapat
dirawat. Saya juga akan melaporkan kejadian ini kepada guru kelas supaya tindakan selanjutnya
dapat diambil.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

BAHAGIAN C
   Pada pendapat saya, amalan membaca dapat menambahkan pengetahuan kita dalam
pelbagai bidang. Pelbagai pilihan buku boleh dibaca di perpustakaan. Selain itu, kita juga boleh
meningkatkan penguasaan bahasa dan kosa kata yang boleh digunakan dalam percakapan
seharian. Masa lapang juga dapat diisi dengan perkara berfaedah melalui amalan membaca.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

BAHAGIAN D

Karangan Berformat (Contoh: Catatan)


Ahad, 22 Februari 202_
7.00 pagi
Aku menolong ibu menyediakan makanan kerana kami sekeluarga akan berkelah di Taman Rekreasi
Indah. Ayah pula memeriksa kereta agar berada dalam keadaan baik.

J-1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu Tahun 6 UASA (3) Jawapan

8.00 pagi
Selepas bersiap, kami pun bertolak ke Taman Rekreasi Indah yang terletak kira-kira 10 minit dari
rumah. Wah, sudah ramai pengunjung yang tiba! Ayah menghamparkan tikar di bawah sebatang
pokok yang rendang. Aku dan ibu pula menyusun makanan yang dibawa.

8.30 pagi
Aku mengajak ayah berkayak di tasik yang terdapat di situ. Kami menyewa kayak itu dengan
harga yang berpatutan. Kami berkayak selama kira-kira 15 minit. Agak penat juga aktiviti berkayak
ini rupa-rupanya.

9.00 pagi
Aku mula berasa lapar. Maklumlah, aku hanya bersarapan sepotong roti dan segelas air teh. Aku
mengajak ibu dan ayah makan bekalan yang kami bawa. Kami makan sambil berbual-bual mesra.

11.00 pagi
Kami berkemas untuk pulang. Matahari semakin tinggi dan bahangnya kian terasa. Sebelum
pulang, aku membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Kebersihan taman ini
mesti dipelihara.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

Karangan Tidak Berformat


Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi berkelah di Taman Rekreasi Indah.
Saya bangun awal pagi untuk membantu ibu menyediakan makanan yang hendak dibawa. Ayah
saya pula memeriksa kereta agar berada dalam keadaan baik.
   Pada pukul 8.00 pagi, kami bertolak ke Taman Rekreasi Indah yang terletak kira-kira 10 minit dari
rumah. Setibanya di sana, saya dapati sudah ramai pengunjung yang tiba. Ayah menghamparkan
tikar di bawah sebatang pokok yang rendang. Saya dan ibu pula menyusun makanan yang dibawa.
   Di taman rekreasi itu terdapat sebuah tasik. Saya dan ayah berkesempatan berkayak di tasik itu.
Kami berkayak selama kira-kira 15 minit. Kemudian, saya mengajak ibu dan ayah makan bekalan
yang kami bawa. Kami makan sambil berbual-bual mesra.
   Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di taman itu. Selain daripada berkayak, pengunjung juga boleh
berbasikal di trek yang disediakan. Pengunjung juga boleh berjoging atau sekadar duduk santai di
kerusi yang disediakan.
   Apabila hari menginjak tengah hari, kami berkemas-kemas untuk pulang. Saya mengumpul
sampah lalu membuangnya di tong sampah yang disediakan. Kami berasa sungguh gembira
dapat meluangkan masa bersama-sama pada hujung minggu.
(Jawapan lain yang bersesuaian diterima)

© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. J-2

Anda mungkin juga menyukai