Anda di halaman 1dari 18

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022

(TAHUN 4)

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN DAN PENULISAN (Set 2)

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa

SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah
utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Nombor Soalan Penuh Diperoleh
Bahagian D.
1, 2, 3 3
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini. A 4, 5, 6 3

3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh 7, 8, 9, 10 4

empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
11 1
kamu pada kertas soalan tersebut. 12 2
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan
B
13, 14 2
dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
15 5
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada C 16 10
akhir ujian tersebut.
D 17 20

JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 12 halaman bercetak

SULIT 2

BAHAGIAN A (10 Soalan) 10 Markah

Soalan 1 hingga 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pak Jusoh sedang menjahit __________ jala yang koyak di beranda rumahnya.

A sehelai
B serawan
C sebidang
D segulung

2 Pilih ayat yang betul.

A Satu daripada sebab kumpulan kamu gagal kerana tiada kerjasama dalam kumpulan.
B Reka bentuk rumah yang dipamerkan dalam Ekspo Perumahan itu amat menarik.
C Semua ahli-ahli Kelab Saintis Muda perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM 30.
D Sikap setengah pemandu yang tidak menghiraukan keselamatan pemandu lain amat
dikesali.

3 Sharmila terpaksa menahan kesakitan kerana perutnya asyik ________ sebelum ke

sekolah lagi.
A dipulas
B terpulas
C berpulas
D memulas

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 3

Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan
bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh
merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus.
Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini sama ada haiwan liar atau
peliharaan.

Haiwan yang dijangkiti ada kalanya tidak menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi
pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh
menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala. Antara langkah yang
boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya penyakit kencing tikus ialah dengan menjaga
kebersihan sekeliling, menyediakan tempat membuang sampah yang bertutup, membersihkan
tempat bekas air dan membuat semburan disinfeksi pada tempat-tempat yang telah dicemari.

4 Apakah jenis sebaran penyakit kencing tikus berpandukan petikan di atas?

A Penyakit sebaran melalui udara.

B Penyakit sebaran melalui virus.
C Penyakit sebaran melalui haiwan.
D Penyakit sebaran melalui sentuhan.

5 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Penyakit ini sukar merebak.

B Penyakit kencing tikus boleh membawa maut.
C Haiwan ternakan boleh menjadi perumah kepada penyakit kencing tikus.
D Haiwan yang dijangkiti kadang-kala tidak menunjukkan tanda penyakit kencing tikus.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 4

6 Berikut ialah cara untuk mengelakkan berlakunya kejadian penyakit kencing tikus kecuali

A disinfeksi perlu dilakukan pada tempat-tempat yang belum dicemari tikus.

B tempat membuang sampah perlu ditutup untuk mengelakkan pembiakan tikus.
C bekas air ditutup untuk mengelakkan pencemaran kencing tikus dalam tadahan air.
D kebersihan dalam dan luar rumah sangat penting untuk mengelakkan pembiakan tikus.

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam poster dan perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-
soalan yang berikut.

Ziqri : Jom kita hadiri pameran keselamatan ini, Hadi. Aktiviti-aktiviti yang
disediakan nampak sangat menarik.
Hadi : Ya, betul Ziqri. Saya berminat untuk mengetahui tentang karakter
pembuli. Inspektor Abdul Rashid pastinya pernah mengendalikan
banyak kes buli di sekolah-sekolah.
Ziqri : Saya pula ingin belajar cara-cara mempertahankan diri.
Hadi : Kita jumpa di sana ya!

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 5

Inspektor Abdul Rashid pastinya pernah mengendalikan banyak kes buli di

sekolah-sekolah.

7 Kata ganti nama diri yang sesuai bagi menggantikan perkataan yang bergaris di atas ialah
______________.

A dia
B awak
C beliau
D mereka

8 Siapakah yang menganjurkan Pameran Keselamatan ini?

A Balai Polis Subang Jaya.

B Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wawasan Jaya.
C Tunas Kadet Remaja Sekolah Kebangsaan Wawasan Jaya.
D Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Wawasan Jaya.

9 Berikut ialah sebab mengapa murid-murid perlu mengenali karakter pembuli kecuali
_______________________________.

A murid-murid boleh berkenalan dengan pembuli

B murid-murid boleh melarikan diri daripada pembuli
C murid-murid boleh mengambil langkah berjaga-jaga daripada dibuli
D murid-murid yang dibuli boleh melaporkan kepada guru kaunselor tentang pembuli

10 Pernyataan berikut adalah benar kecuali __________________________________.

A Pameran Keselamatan akan berlangsung selama empat jam.

B Tuan Halim Saad akan memberikan ceramah di dalam Pameran Keselamatan.
C pihak polis sentiasa memantau kes-kes jenayah yang melibatkan murid-murid sekolah.
D skil mempertahankan diri boleh membantu murid-murid apabila dibuli atau diculik
oleh orang yang tidak dikenali.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 6

BAHAGIAN B (5 Soalan) 10 Markah

Soalan 11 hingga 14

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sistem pengangkutan rel ialah antara medium pengangkutan pilihan rakyat Malaysia pada
masa kini. Sistem pengangkutan rel bermula daripada sejarah penggunaan kereta api semasa
zaman penjajahan British. Dahulu, ia digunakan sebagai pengangkut bijih timah dari lombong ke
pelabuhan. Kini Keretapi Tanah Melayu (KTM) digunakan untuk melakukan perjalanan ke
sesebuah negeri atau daerah bergantung pada laluan yang disediakan.

Evolusi pengangkutan rel kini beralih kepada Transit Aliran Ringan (LRT). LRT
ialah sejenis rel transit bandar yang beroperasi dalam kapasiti dan kelajuan yang lebih tinggi
daripada KTM. Pengangkutan rel ringan ini melakukan perjalanan pendek dalam bandar dengan
lebih cepat dan mampu menampung ramai penumpang. Monorel pula ialah sejenis pengangkutan
rel yang berasaskan landasan alang tunggal. Sistem pengangkutan ini menggunakan tenaga
elektrik untuk bergerak pantas di tengah-tengah Kuala Lumpur. Para pelawat luar bandar pastinya
merasa teruja dan takjub melihat pergerakan Monorel yang pantas di tengah-tengah kota.

11. Dahulu, Keretapi Tanah Melayu (KTM) digunakan sebagai ________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

12. Apakah fungsi rel Transit Aliran Ringan (LRT)?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 7

13. Gariskan kata majmuk yang terdapat dalam ayat di bawah.

Monorel pula ialah sejenis pengangkutan rel yang berasaskan landasan alang tunggal.

[1 markah]

Soalan 14 adalah berdasarkan ayat di bawah.

Para pelawat luar bandar pastinya merasa teruja dan takjub melihat pergerakan
Monorel yang pantas di tengah-tengah kota.

14. Pilih dan tandakan ( √ ) pada peribahasa yang sesuai yang menerangkan tentang pelakuan
pelawat luar bandar dalam ayat di atas.

Seperti kera mendapat bunga

Seperti rusa masuk kampung
Seperti melepaskan batuk di tangga
[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 8

Soalan 15
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
dan maklumat tersebut.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang
lengkap dan tidak melebihi daripada 30 patah perkataan.

Membantu ibu bapa ialah satu amalan yang mulia. Ibu bapa bekerja
keras demi menyediakan yang terbaik buat anak-anak mereka. Hal
yang demikian menjadikan mereka kepenatan untuk mengurus
kerja-kerja rumah.

Sebagai seorang anak yang prihatin, apakah yang harus kamu lakukan?

___________________________________________________________________________

[5 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 9

BAHAGIAN C (1 Soalan) 10 Markah

Soalan 16

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara penggunaan teknologi terkini dengan cara
tradisional dalam sektor penanaman padi. Tuliskan faedah-faedah penggunaan teknologi terkini
dalam sektor penanaman padi.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 10

SULIT 11

BAHAGIAN D (1 Soalan) 20 Markah

Soalan 17

Tulis karangan berdasarkan bahan grafik di bawah samada dalam bentuk berformat atau tidak
berformat.

Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

KEBAIKAN MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

 Segar
 Sedap
 Harga yang berpatutan
 Mudah didapati
 Berkhasiat
 Membantu para petani dan peniaga tempatan
 Membuka pasaran produk berasaskan buah-buahan tempatan

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 12

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 13

JAWAPAN

BAHAGIAN A
(10 markah)

Nombor Jawapan Topik soalan Markah

Soalan
1 B Penjodoh bilangan 1
2 B Pilih ayat yang betul 1

A. Salah Satu √
C. Semua ahli-ahli X
Semua ahli √
Ahli-ahli Kelab Saintis √
D. Sikap setengah X
sesetengah √

3 D Imbuhan 1
4 C Petikan 1
5 A Petikan 1
6 A Petikan 1
7 C Tatabahasa (Kata Ganti Nama Diri) 1
8 C Petikan 1
9 A Tatabahasa (Sinonim) 1
10 B Petikan 1

BAHAGIAN B
(10 markah)

11 Dahulu, Keretapi Tanah Melayu (KTM) digunakan sebagai pengangkut 1

bijih timah dari lombong ke pelabuhan.

12 Fungsi rel Transit Aliran Ringan (LRT) ialah untuk menghantar bilangan 2
penumpang yang ramai untuk perjalanan pendek dalam bandar dengan lebih
pantas.

13 Kata majmuk: 1
Monorel pula ialah sejenis pengangkutan rel yang berasaskan landasan
alang tunggal.

alang – kayu/besi yang merentang

tunggal – tidak ada yang lain, itulah satu-satunya

14 Seperti rusa masuk kampung √ 1

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 14

15 Sebagai seorang anak yang prihatin, Salin ayat soalan 1 markah

saya akan membantu kedua ibu bapa saya Tindakan anda 1 markah
melakukan kerja-kerja rumah
5
untuk mengurangkan beban mereka. Kenapa? 1 markah

Sebagai contoh, saya boleh membantu Contoh 1 1 markah

ibu memasak di dapur

dan membantu ayah mencuci kereta. Contoh 2 1 markah

Sebagai seorang anak yang prihatin, saya akan membantu kedua ibu
bapa saya melakukan kerja-kerja rumah untuk mengurangkan
5 markah
beban mereka. Sebagai contoh, saya boleh membantu ibu memasak
di dapur dan membantu ayah mencuci kereta.

* Tulis dalam satu perenggan sahaja.

* Lihat cara bagaimana untuk mendapatkan 5 markah penuh di atas.
* Jawapan lain yang munasabah diterima.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 15

BAHAGIAN C
(10 markah)

Soalan 16

Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan penggunaan teknologi terkini dalam
penanaman padi. Antaranya, penggunaan teknologi terkini menjimatkan masa menanam kerana
mesin-mesin moden yang digunakan boleh menjalankan kerja dengan pantas. Selain itu,
penggunaan teknologi terkini juga menjimatkan penggunaan tenaga buruh kerana mesin-mesin
moden yang digunakan boleh melakukan beberapa kerja berbeza pada masa yang sama seperti
menuai padi dan mengumpul jerami. Seterusnya, dengan penggunaan teknologi terkini, hasil padi
juga dapat dituai dengan lebih cepat kerana sistem pembajaan moden mempercepatkan proses
penghasilan buah padi.

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat

*Nota: Pastikan jawapan anda mempunyai yang berikut:

 Pendahuluan
 3 isi tersurat
 3 isi tersirat

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 16

BAHAGIAN D
(20 markah)

Soalan 17

Tema 1: Tema karangan fakta (karangan tidak berformat)

Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi dengan makan buah-buahan tempatan.
Antaranya, buah-buahan tempatan sangat berkhasiat kepada tubuh badan. Hal ini kerana, buah-
buahan tempatan mengandungi banyak vitamin yang boleh melawan penyakit.

Selain itu, harga buah-buahan tempatan juga berpatutan dan jauh lebih murah daripada
buah-buahan impot kerana tidak dikenakan cukai impot. Akhir sekali, buah-buahan tempatan juga
lebih segar kerana ditanam di dalam negara dan yang demikian tidak memerlukan bahan kimia
untuk menjadikan ia tahan lama.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menyokong industri buah-buahan

tempatan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT
SULIT 17

Tema 2: Tema perbualan (Karangan berformat)

Adib : Hi, Aydin! Awak sedang makan buah apa itu?

Aydin : Saya sedang makan buah betik. Ibu saya tidak pernah lupa untuk membekalkan
sedikit buah-buahan tempatan di dalam bekas makanan saya ke sekolah setiap
hari. Ibu selalu mengingatkan saya tentang kebaikan makan buah-buahan
tempatan.

Adib : Boleh awak kongsikan dengan saya apakah kebaikan makan buah-buahan
tempatan?

Aydin : Sudah tentu, Adib. Antaranya, buah-buahan tempatan sangat berkhasiat kepada
tubuh badan kita. Vitamin di dalam buah-buahan tempatan mampu melindungi
tubuh kita daripada penyakit.

Adib : Betul, Aydin. Saya setuju. Ibu saya pun pernah memberitahu yang harga buah-
buahan tempatan juga berpatutan berbanding dengan buah-buahan impot.

Aydin : Sudah tentu, Adib. Buah-buahan tempatan kita bukan sahaja berpatutan malahan
lebih segar kerana ditanam di dalam negara kita tanpa perlu menggunakan bahan
kimia untuk menjadikan ia tahan lama.

Adib : Saya pun mahu bawa buah-buahan tempatan di dalam bekal makanan saya ke
sekolah pada hari esok. Rugi rasanya jika kita tidak manfaatkan kebaikan buah-
buahan tempatan yang cukup banyak.

Aydin : Betul, Adib. Eh, loceng sudah berbunyi. Mari kita pulang ke kelas.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Pentaksiran UASA 2022 SULIT

Anda mungkin juga menyukai