Anda di halaman 1dari 12

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 5 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Abang gembira dapat kembali ke tanah air selepas tamat____________ di luar negara.
A ajaran
B belajar
C pelajaran
D mempelajari

2 Puan Lin membeli ____________ yang segar untuk dimasak sebagai hidangan tengah
hari.
A sayur-mayur
B lauk-pauk
C kuih-muih
D rempah-ratus

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Semua murid-murid diminta berkumpul di tapak perhimpunan.
B Aziz membalut buku teks yang baru diperolehnya erat-erat.
C Hafiza menangis teresak-esak ketika ditegur oleh gurunya.
D Pendapat Danial ditolak betul-betul oleh kedua-dua orang abangnya.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nurul selalu membantu ibunya menyediakan kuih-muih. Sebelum ke sekolah, dia akan
menghantar kuih-muih itu ke gerai Mak Siti yang berhampiran dengan rumahnya.

Pada hari minggu, dia akan membantu ibunya menjual sayur di pasar. Dia juga
mengumpulkan surat khabar lama dan tin-tin kosong untuk dijual di pusat kitar semula. Dia
menyimpan wang hasil jualan di bank. Walaupun sibuk, dia amat mementingkan
pelajarannya. Ibu Nurul berasa bangga mempunyai anak yang rajin sepertinya.

4 Ke manakah Nurul membawa kuih-muih itu?


A Gerai Mak Siti
B Bank
C Pasar
D Sekolah

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Nurul membantu Mak Siti menyediakan kuih-muih.
B Rumah Nurul berdekatan dengan gerai Mak Siti.
C Mak Siti menyimpan hasil jualan di gerai.
D Ibu amat mementingkan pelajaran Nurul.

6 Berikut ialah amalan baik yang dilakukan oleh Nurul kecuali


A menyimpan wang di bank.
B membantu ibu menjual sayur.
C menghantar kuih-muih ke pusat kitar semula.
D mengumpulkan surat khabar lama dan tin-tin kosong.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Kelapa pandan atau nama sainstifiknya Cocos Nucifera merupakan sejenis


kelapa yang sangat digemari. Kelapa pandan berasal dari negara Thailand.
Kelapa ini mengeluarkan aroma seperti daun pandan yang wangi. Air kelapa
pandan sesuai diminum ketika cuaca panas untuk menyejuk dan menyegarkan
badan.

Kini, ramai petani di Malaysia mengusahakan penanaman kelapa pandan


sebagai sumber pendapatan baharu. Jabatan Pertanian juga kerap mengadakan

TERHAD
011
TERHAD 5 011

aktiviti seperti Jualan Mega Kelapa Pandan dengan tujuan utama


mempromosikan kelapa pandan kepada orang ramai.

7 Tujuan utama Jualan Mega Kelapa Pandan adalah untuk


A menyejuk dan menyegarkan badan.
B mengurangkan pendapatan petani.
C bersaing dengan negara Thailand.
D mempromosikan kelapa pandan.

8
Air kelapa pandan sesuai diminum ketika cuaca panas untuk menyejuk
dan menyegarkan badan.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B ulas.
C buah.
D ketul.

9 Perkataan wangi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A busuk.
B tengik.
C harum.
D hanyir.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Aktiviti pertandingan mengupas kelapa diadakan oleh Jabatan Pertanian.
B Kelapa pandan yang dijual di Padang Sri Melati dapat menyegarkan badan.
C Cocos Nucifera merupakan sejenis kelapa yang berasal dari Padang Sri Melati.
D Jualan Mega diadakan bagi mempromosikan kelapa pandan kepada rakyat
Thailand.

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sekolah Kebangsaan Seri Murni, telah mengadakan Program Alam Sekitar. Tujuan
aktiviti tersebut adalah untuk menghijaukan kawasan sekolah. Pokok-pokok bunga
yang ditanam dan disusun atur dengan kemas menjadikan kawasan sekolah bertambah
cantik.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat daripada Cikgu Fatimah. Seterusnya murid-


murid diingatkan agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti. Mereka membuat lubang.
Kemudian masukkan baja bersama-sama anak pokok ke dalamnya. Pokok yang
ditanam boleh meredupkan kawasan sekolah.

1 (a) Program Alam Sekitar bertujuan untuk ____________ kawasan sekolah.


[1 markah]

(b) Siapakah yang menyampakan taklimat Program Alam Sekitar kepada murid-murid?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Pokok-pokok bunga yang ditanam dan disusun atur dengan kemas menjadikan
kawasan sekolah bertambah cantik.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pokok yang ditanam boleh meredupkan kawasan sekolah.

Pokok yang redup boleh ditanam di kawasan sekolah.

Kawasan sekolah boleh diredupkan dengan pokok yang ditanam.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Ketika Safiah mengayuh basikal mengelilingi kawasan perumahan, dia
ternampak seorang lelaki membuang sampah ke dalam longkang. Perbuatan itu
boleh menyebabkan longkang tersumbat. Lelaki tersebut memberi amaran agar
Safiah tidak melaporkannya kepada sesiapa.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang patut Safiah lakukan?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang penjagaan kesihatan gigi.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara menjaga kesihatan gigi.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


MENJAGA KEBERSIHAN KELAS

TERHAD
011
TERHAD 11 011

TERHAD
011
TERHAD 12 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai