Anda di halaman 1dari 12

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit
 
Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5  
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5  
C 1 10  
D 1 20  
Jumlah 50  

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Air sungai mengalir ____________ kerana hujan lebat malam tadi.


A kuat
B cepat
 
C deras
D pantas

2 Amar dan Kumar berbasikal  ketika pulang ___________ sekolah.


A ke
B dari
 
C pada
D dengan

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Pak Samad sedang mengorek baja di ladang getah.
B Faiz membajak benih sayur-sayuran di tapak semaian.
 
C Hisham sedang menyembur racun serangga di kebun.
D Pak Man menjerat ikan peliharannya di belakang rumah.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada setiap petang, Amirul bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di padang.  Dia
memakai pakaian sukan yang sesuai. Sebelum mula bermain, Amirul melakukan aktiviti
pemanasan badan.  Dia sentiasa berhati-hati agar tidak tercedera ketika bermain.

          Setelah pulang, Amirul minum segelas air kosong bagi menghilangkan dahaga.
Semasa mandi, Amirul menggunakan sabun untuk membersihkan dirinya. Ketika berehat di
bilik tidurnya, Amirul berasa lebih cergas dan bersih.

4 Apakah aktiviti Amirul dan rakan-rakannya pada setiap petang?


A Membersihkan diri
B Minum air kosong
 
C Bermain bola sepak
D Berehat di bilik tidur

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Amirul pulang bersama rakannya.
B Amirul berhati-hati ketika bermain.
 
C Amirul masih dahaga selepas minum.
D Amirul berehat kerana tercedera.

6 Berikut ialah cara Amirul menjaga kesihatan  kecuali


A memakai pakaian sukan.
B melakukan pemanasan badan.
 
C bermain bola sepak setiap hari.
D minum air kosong selepas bersukan.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Cikgu Shida telah membawa murid-muridnya melawat ke Perpustakaan Negara.


Lawatan ini bertujuan memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan murid-murid.
Terdapat pelbagai informasi yang berguna di dalam perpustakaan tersebut.

          Murid-murid Cikgu Shida diminta ke bahagian kanak-kanak. Di situ ada


pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, buku dan majalah. Di sudut lain pula, ada
beberapa buah komputer riba untuk memudahkan pengunjung melayari Internet.

TERHAD
011
TERHAD 5 011

 
7 Tujuan program NILAM diadakan di sekolah adalah untuk
A menambahkan bilangan buku.
B membeli bahan bacaan yang baharu.
 
C meningkatkan jumlah murid ke sekolah.
D menyemai tabiat membaca dalam kalangan murid.

8
Pelbagai bahan bacaan yang disediakan di situ seperti akhbar, buku dan
majalah.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan yang bergaris di atas ialah
A biji.
B buah.
 
C butir.
D bentuk.

9 Perkataan tabiat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A sikap.
B fikiran.
 
C tindakan.
D pandangan.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Pelancaran program NILAM diadakan di pusat sumber.
B Murid-murid Cikgu Shida pergi ke Perpustakaan Negara.
 
C Hanya murid-murid Tahap 2 yang layak menyertai program NILAM.
D Semua murid sekolah mengikut Cikgu Shida ke Perpustakaan Negara.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

“ Selamat datang, tuan,” Aiden menyapa para pelawat sambil tersenyum. Pagi
itu, Aiden bertugas di Taman Eko Sains sekolahnya.

            Senyuman manis Aiden dalam setiap penerangannya menarik hati para


pengunjung. Dia diberi tanggungjawab sebagai Renjer Muda di stesen kitar
semula. Stesen ini menggunakan bahan-bahan terbuang. Antaranya, tayar lama
yang diubah suai menjadi kerusi, meja dan pasu yang cantik.

            Para tetamu memuji Aiden. Aiden tersenyum sambil mengucapkan


terima kasih.

1 (a) Aiden mengucapkan selamat datang kepada ____________.


[1 markah]

(b) Apakah bahan terbuang yang digunakan di stesen kitar semula?


 

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Pagi itu, Aiden bertugas di Taman Eko Sains sekolahnya.


[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

(d) Pilih dan tandakan (√ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Senyuman manis Aiden dalam setiap penerangannya menarik hati para pengunjung.

Para pengunjung tertarik dengan senyuman Aiden ketika memberi


penerangan.
Para pengunjung tersenyum manis pada Aiden ketika diberi
penerangan.
[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Azrul suka makan makanan yang manis. Dia tidak suka menggosok gigi.
Suatu hari, dia mengadu giginya sakit.

 Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Azrul ?


 

 
[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan suasana semasa pulang dari sekolah.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga keselamatan diri semasa pulang dari
sekolah.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

CIRI-CIRI MURID CEMERLANG

TERHAD
011
TERHAD 11 011

TERHAD
011
TERHAD 12 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai