Anda di halaman 1dari 12

011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 5 Sesi 2023/2024
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN: Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Buka kertas ujian ini apabila Nama Pemeriksa:
diberitahu.
Markah Markah
2. Tulis nama dan nama kelas kamu Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
pada ruang yang disediakan.
A 1-10 10
3. Jawapan anda hendaklah ditulis
pada ruang jawapan yang 1 5
disediakan di dalam kertas ujian B
ini. 2 5

4. Kertas ujian ini hendaklah C 1 10


diserahkan kepada guru bertugas D 1 20
pada akhir ujian.
Jumlah 50

011
2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 "Adakah ____________ akan menyertai lawatan ke Kuala Lumpur?" tanya Ai Ling


kepada rakan-rakannya.
A kamu
B engkau
C kalian
D anda

2 Yati ____________ mengulang kaji pelajaran demi kecemerlangannya dalam ujian


nanti.
A mungkin
B boleh
C harus
D dapat

Soalan 3
Pilih ayat yang betul.
3
A Si Jalak ialah ayam ternakan jantan Encik Ayob.
B Keselamatan amat penting dalam aktiviti lasak sukan.
C Pereka fesyen yang terkenal Puan Johara di Kuala Lumpur.
D Encik Sulaiman ialah seorang anggota polis yang berdedikasi.

011
3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku sebuah basikal bukit. Aku bertuah mempunyai tuan yang baik. Sebelum menunggang
aku, dia akan memastikan tekanan angin pada tayarku sesuai. Dia juga memeriksa bunga
pada tayar agar dapat memberi cengkaman yang kuat di atas jalan. Brek pada badanku
sentiasa berfungsi dengan baiknya.

Setiap petang, tuan aku menunggang aku bersama rakan-rakannya. Dia sentiasa
meletakkan minyak pelincir pada rantaiku agar aku sentiasa dalam keadaan yang baik.

4 Mengapakah aku berasa bertuah?


A Brek sentiasa berfungsi dengan baik
B Mempunyai seorang tuan yang baik
C Bunga pada tayar aku agar dalam kedaan baik
D Minyak pelincir pada rantai diletak dengan baik

5 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan


A Aku merupakan sebuah basikal jalan raya.
B Brek pada badanku tidak berfungsi dengan baik.
C Tuan aku menunggang aku sendirian setiap petang.
D Bunga pada tayar memberikan cengkaman di atas jalan.

6 Berikut ialah ciri keselamatan yang perlu ada pada sebuah basikal berdasarkan petikan
kecuali
A brek berfungsi dengan sempurna.
B bunga pada tayar basikal masih baik.
C tekanan udara pada tayar basikal sesuai.
D rantai basikal tidak memerlukan pelincir.

011
4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Rubini dilantik sebagai ketua pengawas di sekolahnya. Rubini sedar akan


tanggungjawabnya yang besar. Setiap pagi, Rubini membantu guru bertugas di pintu
pagar sekolah. Dia tidak pilih kasih semasa menjalankan tugas.

Rubini menasihati murid yang datang lewat ke sekolah dengan sopan. Apabila
pintu pagar ditutup, Rubini terus masuk ke kelas. Dia yakin disiplin asas utama
kecemerlangan seseorang.

BAHAN 2

011
5 011

7 Tanggungjawab ketua darjah ialah


A menjadi contoh kepada guru.
B membantu murid mengurus kelas.
C menjalankan tugas dengan pilih kasih.
D memastikan rakan mematuhi peraturan.

8
Apabila pintu pagar ditutup, Rubini terus masuk ke kelas.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A bidang.
B keping.
C bentuk.
D buah.

9 Perkataan membantu dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A menolong.
B mengambil.
C mendorong.
D melaksana.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Ketua darjah bertugas di pintu pagar sekolah.
B Rubini dilantik sebagai ketua darjah di sekolahnya.
C Ketua darjah pilih kasih semasa menjalankan tugas.
D Rubini yakin disiplin asas utama kecemerlangan seseorang.

011
6 011

Bahagian B
[10 markah]

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya .

Dilan bersemangat hendak ke sekolah. Sekolahnya mengadakan Hari Keusahawanan


pada hari ini. Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pameran kesihatan, sukaneka dan
jualan kuih-muih dan lauk-pauk.

Selepas mendengar taklimat dan ucapan perasmian di dataran perhimpunan,


Dilan dan rakan-rakannya membeli kuih-muih untuk mengalas perut. Mereka juga
menyertai aktiviti sukaneka yang diadakan. Mereka berasa sangat seronok pada hari
itu.

1 (a) Pada Hari Keusahawanan Dilan dan rakan-rakannya berasa sungguh


____________.
[1 markah]

(b) Di manakah murid-murid berkumpul bagi mendengar ucapan perasmian?

[2 markah]

(c) Bulatkan satu kata ganda berentak yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pameran kesihatan, sukaneka dan jualan


kuih-muih dan lauk-pauk.

[1 markah]

011
7 011

(d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.

Dilan dan rakan-rakannya membeli kuih-muih untuk mengalas perut.

Kuih-muih dibeli oleh Dilan untuk mengalas perut rakan-


rakannya.

Kuih-muih dibeli oleh Dilan dan rakan-rakannya untuk


mengalas perut.

[1 markah]

011
8 011

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Afifi perlu tiba ke tempat latihan tepat waktu. Dalam perjalanan, dia terdengar suara
anak kucing. Rupa-rupanya, seekor anak kucing telah terjatuh ke dalam longkang.

2 Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang dapat dilakukan?

[5 markah]

011
9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang kesihatan mata.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga mata.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

011
10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah
antara 50 hingga 80 patah perkataan.

PERSIAPAN PENTAS

1 Tuliskan sebuah cerita berdasarkan gambar di atas.

ATAU

2 Tuliskan satu catatan berdasarkan gambar di atas.

011
11 011

011
12 011

[20 markah]

011 KERTAS UJIAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai