Anda di halaman 1dari 20

TERHAD S02/1

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tingkatan 1 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (02/1)
1 jam 30 minit
 
Nama

No. Kad Pengenalan

Kelas

 
ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila Untuk Kegunaan Pemeriksa
diberitahu. Nama Pemeriksa:
2. Tulis nama, nombor kad
pengenalan dan nama kelas anda Markah Markah
Bahagian Soalan
pada ruang yang disediakan. Penuh Diperoleh
3. Jawapan anda hendaklah ditulis A 1-15 15
pada ruang jawapan yang
disediakan di dalam kertas ujian ini. 1 2  
4. Kertas ujian ini hendaklah
2 2  
diserahkan kepada guru bertugas
pada akhir ujian. 3 4  
B
4 2  
5 10  
6 10  
C 1 15  
Jumlah 60  

TERHAD
S02/1
TERHAD 2 S02/1

Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian.

BAHAGIAN A
[15 markah]

Soalan 1 - 2

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 "Aduh, sakitnya kakiku!" ______________ peserta lompat jauh yang terseliuh itu.

A Jerit
B Jerkah
C Sergah
  D Seru

2 Kejayaan negara dalam bidang industri _______________ disanjung tinggi oleh


negara-negara jiran yang lain.

A seboleh-bolehnya
B setidak-tidaknya
 
C sebaik-baiknya
D sedapat-dapatnya

TERHAD
S02/1
TERHAD 3 S02/1

Soalan 3 - 4

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

3 I       Air membeku pada suhu 0 darjah celsius.


II      Anak bongsu pegawai kastam itu sedang belajar dalam darjah tiga.
III     Kemajuan ekonomi negara kita dapat meningkatkan darjah kehidupan 
         rakyat.
IV     Darjah pencapaiannya dalam bidang akademik amat membanggakan 
         keluarganya.  

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
  D II, III dan IV sahaja

4 I      Kain yang dibeli oleh ibu kurang berkualiti kerana telah susut apabila
       dibasuh.
II    Berat badan ayah semakin susut sejak dia mengamalkan pemakanan
       seimbang.
III   Rambut Hanna semakin susut sejak dia menjalani rawatan kemoterapi
       di hospital.
IV   Akar pokok bakau itu semakin susut akibat banjir besar yang berlaku di
       kawasan itu baru-baru ini.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
 
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

TERHAD
S02/1
TERHAD 4 S02/1

Soalan 5 - 6

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

5 Amin tidak sangka bahawa dia akan dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah
pada tahun ini.

A tidak menyangka bahawa 


B tidak menyangka yang 
  C tidak sangka 
D tidak sangka bahawa 

6 Semua keperluan untuk perkhemahan itu telah kami siapkan sebelum bertolak
pada pagi esok.

A telah menyiapkan kami


B kami telah menyiapkan
 
C telah disiapkan oleh kami
D telah kami siapkan

TERHAD
S02/1
TERHAD 5 S02/1

Soalan 7 - 8

Pilih ayat-ayat yang betul.


7 I      Betul, kelmarin saya yang menjemur pakaian ibu.
II     Benar, saya yang mengajak dia datang ke rumah nenek.
III    Pemandangan di sawah padi itu benar cantik belaka.
IV    Nenek tua betul bersemangat bersenam.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
  D II, III dan IV sahaja

8 I      Berapakah jumlah murid yang mendapat bantuan zakat?


II     Kamu hendak ke Melaka bila?
III    Mengapa kamu bersedih pada setiap hari?
IV    Kamu hendak ke seberang laut bagaimanakah?

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
 
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

TERHAD
S02/1
TERHAD 6 S02/1

Soalan 9

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

9 “Mengapakah taman permainan itu tidak beroperasi lagi?” tanya Zainal kepada
ayahnya.

A Zainal menanyakan ayahnya sebab taman permainan itu tidak beroperasi


lagi.
B Zainal menyatakan kepada ayahnya bahawa taman permainan itu tidak
  beroperasi lagi.
C Ayah menanyakan Zainal sebab taman permainan itu tidak beroperasi lagi.
D Ayah menyatakan kepada Zainal bahawa taman permainan itu tidak
beroperasi lagi

Soalan 10

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


10 Rambutnya yang ____________ diikat dengan kemas sebelum pergi ke sekolah.

A cantik macam bunga


B ikal macam mayang
 
C bersinar macam bintang
D keras macam batu

TERHAD
S02/1
TERHAD 7 S02/1

Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan 11 - 15 berdasarkan bahan di bawah

" Zah nak beli hadiah."

"Hadiah apa pulanya kali ini." tanya bapa separuh kehairanan.

"Hadiah Hari Guru."

"Untuk siapa?" tanya emak pula.  Keningnya berkerut.

"Untuk Cikgu Zaleha."

"Kalau tak berikan hadiah, tak apa kan? "tanya  bapa sambil mengunyah nasi goreng
perlahan-lahan.

"Tak apa, tapi malulah Zah. Kawan-kawan semua belikan hadiah untuk guru
kesayangan mereka.  Ada yang membuatnya sendiri. Mereka ada kakak dan abang
yang tolong  buatkan. Macam Zah ni duit pun tak ada. Nak minta Abang Azman
tolong buatkan, dia pula jauh di Shah Alam."

"Kalau macam tu, Zah pun boleh buat sendiri hadiah untuk Cikgu Zaleha." kata emak
memujuk.

"Macam mana?"

"Menganyam."

"Anyam apa?"

"Raga, bakul, atau tudung saji kecil buat hiasan di dalam rumah. Cikgu Zaleha itu
perempuan, tentu dia gemar menyimpan hasil-hasil kerja tangan,tambahan pula
daripada murid yang paling disayangi, "kata emak lagi.Kali ini lebih bersungguh-
sungguh untuk memberikan cadangan. Azizah terdiam. Di hatinya terfikir juga
kebenaran kata-kata emaknya.

Dipetik daripada cerpen Hadiah


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

TERHAD
S02/1
TERHAD 8 S02/1

11 Berdasarkan petikan, rangkai kata kerja tangan membawa maksud

A Hasil kerja menggunakan tangan


B Hasil tangan digunakan untuk bekerja
  C Bekerja menggunakan tangan
D Tangan yang digunakan untuk bekerja

12 Kawan-kawan semua belikan hadiah untuk guru kesayangan mereka.Ada yang


membuatnya sendiri. Mereka ada kakak dan abang yang tolong  buatkan.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perbandingan semacam yang sesuai bagi


menggambarkan Cikgu Zaleha.

A Baik seperti malaikat


B bersinar seperti bintang
  C cantik seperti bidadari
D cerdik seperti kancil

13 "Tak apa, tapi malulah Zah. Kawan-kawan semua belikan hadiah untuk guru
kesayangan mereka.Ada yang membuatnya sendiri. Mereka ada kakak dan
abang yang tolong  buatkan. Macam Zah ni duit pun tak ada. Nak minta
Abang Azman tolong buatkan, dia pula jauh di Shah Alam."

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah persoalan yang paling tepat dengan


pernyataan tersebut.

A Kegigihan seorang murid bagi membalas jasa guru


B Kecekalan seorang murid dalam menempuhi cabaran
  C Ketabahan seorang murid dalam menempuhi cabaran
D Tanggungjawab seorang murid menyelesaikan suatu tugasan

TERHAD
S02/1
TERHAD 9 S02/1

14 Yang berikut merupakan sebab-sebab Azizah ingin menghadiahkan sesuatu


kepada Cikgu Zaleha

A Azizah merupakan murid kesayangan Cikgu Zaleha menurut ibunya


B Cikgu Zaleha merupakan guru yang disayangi di sekolah
  C Azizah ingin membalas jasa Cikgu Zaleha 
D Cikgu Zaleha meminati hasil kerja tangan Azizah

15 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan?

A Azizah merupakan seorang anak yang manja.


B Cikgu Zaleha suka menyimpan hasil kraf tangan.
 
C Azizah  membuat anyaman hiasan rumah
D Azizah cemburu dengan kekayaan kawan-kawannya.

TERHAD
S02/1
TERHAD 10 S02/1

BAHAGIAN B
[30 markah]

1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua


kesalahan   tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

(i)     Safawi menaiki komuter dari Stesyen Asia Jaya untuk pergi ke Pavilion pada
         waktu tengah hari.

         _________________________________________________________________

(ii)     Murid Tingkatan 1 Anggerik perlu memilih sama ada matapelajaran Reka
          Bentuk Teknologi atau Asas Sains Komputer.

           _________________________________________________________________

[2 markah]

TERHAD
S02/1
TERHAD 11 S02/1

2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kita dapat melihat pengunjung termasuk pelancong asing-pelancong asing


yang sibuk tawar-menawar untuk mendapatkan barang-barang yang diingini di
pasar raya itu.

____________________________________________________________________

ii. Encik Zaidi telah datang ke pejabat Ariana untuk membincang tentang kos
bagi membuat pengubahsuaian hiasan dalaman ruang tamunya itu.

____________________________________________________________________

[2 markah]

TERHAD
S02/1
TERHAD 12 S02/1

3 Nyatakan pola ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK),  Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA),
atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).

(i) Kisman bermain bola sepak bersama dengan rakannya.

_________________________________________________________________________

(ii) Kulit wanita itu sungguh cerah.

_________________________________________________________________________

(iii) Kampung halaman saya di Kuantan, Pahang.

_________________________________________________________________________

(iv) Ayah saya seorang guru.

_________________________________________________________________________

[4 markah]

TERHAD
S02/1
TERHAD 13 S02/1

                    
4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. 

Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai.

(i) ____________________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________________

[2 markah]

TERHAD
S02/1
TERHAD 14 S02/1

Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.   

    
 

                                

TERHAD
S02/1
TERHAD 15 S02/1

5 (a) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 di atas, nyatakan faedah-faedah daripada


penganjuran sukan dalam kalangan masyarakat.

 
 
 
[3 markah]

(b) Berikan dua bentuk pantun yang terdapat dalam bahan 1.

 
 
 
[3 markah]

(c) Sukan  merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan tubuh


badan namun aktiviti ini semakin kurang digemari oleh segelintir generasi
muda.

Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara untuk memupuk minat bersukan


dalam kalangan murid. 
 
 
 
 
[4 markah]

TERHAD
S02/1
TERHAD 16 S02/1

6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.

(i)      Sejambak Bakti, karya Rejab F.I


(ii)     Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(iii)    Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iv)    Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini

Persoalan ialah perkara sampingan yang ada hubungan dengan tema yang hendak
diungkapkan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah karya.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, kemukakan tiga contoh
peristiwa yang bersesuaian dengan persoalan yang diberikan. 

TERHAD
S02/1
TERHAD 17 S02/1

TERHAD
S02/1
TERHAD 18 S02/1

[10 markah]

TERHAD
S02/1
TERHAD 19 S02/1

BAHAGIAN C
[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang manfaat-manfaat berekreasi kepada masyarakat. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.   

    

  Pada era globalisasi ini, masyarakat  terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia
hingga mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya beriadah atau berekreasi.
Mereka terlalu memandang enteng   kepentingan aktiviti rekreasi. Sebenarnya
terdapat banyak manfaat rekreasi kepada masyarakat.

          Salah satu faedah rekreasi kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan


hubungan kekeluargaan. Melalui aktiviti ini ibu bapa boleh memberikan nasihat dan
bertukar pendapat lantas mengeratkan hubungan silaturahim. Seterusnya, aktiviti
rekreasi juga mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam
kalangan masyarakat.  Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu
menjadi landasan utama masyarakat bagi mengeratkan perpaduan.  Selain itu,
aktiviti rekreasi juga mampu memberikan ketenangan jiwa kepada anggota
masyarakat kerana masyarakat dapat menghayati keindahan alam sekitar yang luas
saujana mata memandang.

        Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. 


Aktiviti sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan udara menjadi pilihan muda-mudi.
  Seterusnya, dengan berekreasi, masyarakat juga dapat menghindari penyakit
berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.
                Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak
kepentingan kepada setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita
perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian
kerana minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas.

TERHAD
S02/1
TERHAD 20 S02/1

[15 markah]

TERHAD
S02/1

Anda mungkin juga menyukai