Anda di halaman 1dari 18

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU KERTAS 1 (02/1)
BAHAGIAN A

1. Konflik dan perselisihan faham yang berlaku baru-baru ini telah ____________ hubungan
dua hala antara kedua-dua negara itu.

A. mengeruhkan
B. mengotorkan
C. melunturkan
D. melucutkan

2. Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Anggota pengakap itu ____________ air dengan menggunakan periuk.

A. mengukus
B. merebus
C. menanak
D. menjerang

Soalan 3-4

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

3. I Asyraf sudah menarik untuk mendalami ilmu astronomi sejak kecil lagi.
II Kerja-kerja untuk menarik jalan-jalan yang rosak di kampung itu sedang dilakukan.
III Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik di negara kita.
IV Hakimi sedang berusaha untuk menarik bajunya yang tersangkut pada celah kayu itu.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
4. I Golongan remaja masih mentah dengan kehidupan yang mencabar pada zaman moden
ini.
II Adik kehairanan melihat gadis itu makan telur ayam yang masih mentah.
III Sebelum dijual, buah betik yang mentah itu akan diperam beberapa hari dahulu.
IV Rusdi berasa hendak mentah apabila menaiki feri ke Labuan.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 5-6

Bahagian bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan


Bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Bekas pemain ragbi kebangsaan itu sering menceritakan tentang pengalamannya semasa
mewakili negara kepada pemain-pemain muda.

A. ceritakan atas pengalamannya


B. menceritakan pengalamannya
C. bercerita tentang pengalamannya
D. menceritakan tentang pengalamannya

6. Puan Afifah membeli beberapa-beberapa pasang seluar ketika berkunjung ke kedai


tersebut.

A. beberapa pasang seluar


B. berapa pasang-pasang seluar
C. berapa-berapa pasang seluar
D. beberapa-beberapa pasang
Soalan 7-8

Pilih ayat-ayat yang betul.

7. I Asyraf mendapatkan kecederaan selepas dihempap oleh tiang besi di tempat kerjanya.
II Tindakan memperlebar jalan tersebut memang tepat sekali untuk mengurangkan
kesesakan lalu lintas.
III Rumah-rumah yang dibina oleh pendatang asing tanpa izin di tepi sungai itu akan
diruntuhkan oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat.
IV Pemuda yang memakai kot hitam itu ialah adik bongsu saya yang bekerja sebagai
jurutera awam.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

8. I Permainan adik yang bersepah di bilik telah dikemas oleh kakak sebentar tadi.
II Perkara tersebut perlu dijelaskan oleh kamu kepada mereka untuk mengelakkan salah
faham.
III Cadangan itu akan mereka kemukakan kepada Encik Lee pada esok hari.
IV Barangan kraf tangan itu telah dijual oleh Hasyim semalam.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 9

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

9. Kemudahan awam yang disediakan di kawasan rekreasi di negara kita sering


dirosakkan oleh golongan oleh yang tidak bertanggungjawab.

A. Akibat sering dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, kemudahan


awam disediakan di negara kita.
B. Golongan yang tidak bertanggungjawab di kawasan rekreasi di negara kita telah
merosakkan kemudahan yang disediakan.
C. Golongan yang tidak bertanggungjawab sering merosakkan kemudahan awam yang
disediakan di kawasan rekreasi di negara kita.
D. Kerosakan kemudahan awam oleh golongan yang tidak bertanggungjawab berlaku di
Kawasan rekreasi di negara kita.
Soalan 10

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

10. Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu pekerjaan separuh jalan sahaja. Sebaliknya
setiap pekerjaan itu perlu kita lakukan hingga selesai.

Berdasarkan pernyataan di atas, jika tidak berbuat demikian, kita akan dikatakan

A. seperti rumput di tepi jalan.


B. seperti kera mendapat bunga.
C. bagai melepaskan batuk di tangga.
D. bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Soalan 11-15

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan -soalan berikut.

Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan
tapai. Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada
orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang
bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim. Ah,
bencinya!
Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!" jerit bapa dengan loghat Jawanya
yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak
untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke
kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.
Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi.
Lebih-lebih lagi sejak aku memasuki sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari
aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang
diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpangi bas sekolah. Aku malu dan
marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan
bapa mencari rezeki.
Ironinya, aku tidak pernah melihat bapa dan ibu jemu dengan dunia tapai mereka.
Pagi-pagi lagi bapa akan ke kebun untuk mencabut ubi. Kebun kami bertanah gambut,
dan bapa mudah sahaja mencabut berpuluh-puluh pokok ubi. Karung ubi dipikul pulang.
Emak akan mengopek kulit berwarna coklat. Putih bersih ubi kayu yang segar itu jadinya.
Kemudian ubi itu dipotong pendek-pendek, dalam seinci setengah panjangnya. Akulah
yang sering melakukan tugas ini. Memang layak orang memanggilku Parjo Tapai.
Setelah itu, emak akan menjerang air seperiuk besar. Ubi-ubi putih itu direbus
hingga empuk. Dituskan, nampak enak juga. Akan tetapi oleh sebab setiap hari aku
menatap ubi rebus itu, seleraku sudah hilang. Jelak jadinya aku dengan ubi rebus itu.

Dipetik daripada cerpen 'Legasi Tapai Ubi',


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Apakah maksud rangkai kata semakin jemu dalam petikan di atas?

A. Berlebihan geram
B. Bertambah bosan
C. Sangat kecewa
D. Berasa sukar
12. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk
berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke
kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

Bidalan yang sesuai dengan situasi di atas ialah

A. alah bisa tegal biasa.


B. alang-alang berdakwat biar hitam.
C. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
D. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

13. Yang berikut ialah faktor-faktor yang menyebabkan Parjo berasa jemu dengan perkataan
tapai, kecuali

A. dia telah disogokkan dengan tapai sejak kecil.


B. dia diberikan gelaran ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.
C. dia terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah setelah memasuki sekolah
menengah pada setiap hari.
D. dia terpaksa pergi ke pasar, ke warung, ke kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja
untuk mencari ubi pada setiap hari.

14. Antara berikut yang manakah benar tentang petikan?

A. Parjo akan menolak jika diminta oleh bapanya untuk menghantar tapai ubi ke pasar.
B. Parjo berasa jelak apabila melihat ubi rebus setelah dia perlu menatap ubi rebus itu
pada setiap hari.
C. Parjo tidak pernah berasa jemu dengan perniagaan tapai yang diusahakan oleh bapa
dan emaknya.
D. Parjo tidak pernah berasa malu apabila diejek oleh kawan-kawannya sewaktu
menjinjit karung tapai ke kantin sekolah.

15.
Pagi-pagi lagi bapa akan ke kebun untuk mencabut ubi. Kebun kami bertanah
gambut dan bapa mudah sahaja mencabut berpuluh-puluh pokok ubi. Karung ubi
dipikul pulang. Emak akan mengopek kulit berwarna coklat.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah latar masyarakat yang paling tepat dengan
penyataan tersebut?

A. Masyarakat yang berpandangan jauh


B. Masyarakat peniaga yang bijak mengaut keuntungan
C. Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki
D. Masyarakat yang berasa simpati terhadap nasib orang lain
E. BAHAGIAN A
BAHAGIAN B

1. Dalam iklan di bawah ini, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

KARNIVAL KEUSAHAWANAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU
PANJANG
“Keusahawanan Kejaya Pilihan”

Tarikh: 9 Jun 2023


Masa: 8:00 pagi hingga 4:00 petang
Tempat: Sekitar kawasan sekolah

Diskaon jualan buku sebanyak 10%


Aktiviti menarik: Motivasi Keusahawanan, Ceramah Tatacara Pendaftaran Perniagaan,
Cabutan Bertuah, Pameran, Pemeriksaan Gigi Percuma, Gerai Jualan, dan banyak lagi

Semua dijemput hadir.

(i) __________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________

2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Syafik berasa sedih amat kerana tidak dapat memenuhi permintaan sepupunya oleh
kerana wang simpanannya telah digunakan untuk membeli permainan video.

(ii) Hubungan Puan Rohani dengan jiran-jiran di kawasan kediamannya sentiasa terjalin
dengan eratnya kerana mereka saling hormat-menghormati.
3. Susun semula perkataan atau frasa di bawah ini supaya menjadi ayat susunan biasa
yang gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah
ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak
boleh menambah perkataan lain.

(i) Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)


_
di Angkatan Tentera Malaysia dibawa pulang akan Arab Saudi
_
_
_____________________________________________________________________

(ii) Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

baginda menganugerahkan kepada bintang kebesaran tokoh itu sukan

_____________________________________________________________________

(iii) Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi (FN) + (FS)

bunga ros untuk kesayangannya, Cikgu Rossa jambangan ini guru

_____________________________________________________________________

(iv) Pola: Frasa Nama + Frasa Nama (FN) + (FN)

peranginan ialah Terengganu Pulau Perhentian terkenal di yang pulau

_____________________________________________________________________
4. Lihat bahan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________
5. Baca bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1 BAHAN 2
Santap nasi suap pertama, Tabiat Makan yang Sihat
Berturut dengan suap kedua; ✓ Amalkan makan makanan yang seimbang
Dua suap, ketiga sudah, bagi mengelakkan berlakunya pengambilan
Keempatnya basuh tangan; makanan secara berlebihan atau kekurangan
Kelima halwa juadah, nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
Keenam mengiring buah-buahan. ✓ Makanan yang dimakan perlu dapat
membekalkan tenaga yang mencukupi untuk
Dipetik daripada ‘Seloka Santap Istiadat’, keperluan individu ketika menjalankan
Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
✓ Minum air sebanyak 6 hingga 8 gelas
Kementerian Pendidikan Malaysia
sehari kerana air penting dalam proses
metabolisme tubuh.

BAHAN 3

Lemak, minyak, Makan paling


garam dan gula sedikit
ARAS 4

Susu, dadih dan keju


Makan sederhana
ARAS 3

Buah-buahan dan
sayur-sayuran Makan banyak
ARAS 2

Bijirin, roti dan nasi Makan paling


ARAS 1 banyak
(a) Berdasarkan Bahan 2 dan Bahan 3, nyatakan tabiat-tabiat pengambilan makanan yang
dapat memastikan kesihatan seseorang terjaga.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(b) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(c) Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengambil makanan secara seimbang
dan berkhasiat dalam setiap sajian?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.

(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar


(ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim
(iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Penulis sesuatu karya akan menerapkan pelbagai pengajaran dalam karya yang dihasilkannya.
Pengajaran ini digambarkan melalui sesuatu peristiwa dan melibatkan watak tertentu dalam
karya tersebut.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan pengajaran yang sesuai
dengan contoh peristiwa yang diberikan. Kemudian, kemukakan dua contoh peristiwa lain
yang bersesuaian dengan pengajaran tersebut.

NOVEL CONTOH PERISTIWA


Justeru Impian Di Jaring Syahir hanya tersenyum terhadap kritikan
Engku Aiman yang mempertikaikan
permainannya yang dikatakan agak lembap,
kelam kabut, dan mudah terikut-ikut dengan
rentak lawan.
Hempasan Ombak Farid mengurus Syarikat Batik Nusantara
milik arwah bapanya walaupun dia baru
berusia 19 tahun.
Tawanan Komander Caucasus Farhani berdepan dengan pelbagai cabaran
sepanjang menjadi tawanan Komander
Caucasus.
Chot Setelah balik dari sekolah, Alias terus ke dapur
untuk memasak kerana bimbang akan ibunya
yang belum makan.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
BAHAGIAN C

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang cara-cara untuk mengelakkan diri daripada bersikap boros. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering diingatkan agar tidak membelanjakan wang yang belum ada atau dengan kata-
kata lain, berhutang. Banyak cara yang dapat kita lakukan untuk berjimat cermat. Antaranya
termasuklah dengan menabung lebihan pendapatan atau perbelanjaan harian. Hasil tabungan
tersebut dapatlah kita gunakan pada waktu-waktu kesempitan wang tanpa perlu menyusahkan
orang lain. Selain itu, hasil tabungan dapat digunakan untuk membiayai kos perubatan atau
pendidikan pada masa hadapan.

Kita perlu mengawal diri juga daripada tabiat membeli-belah yang tidak terkawal.
Memang benar, telefon bimbit yang terkini atau pakaian dengan fesyen terbaharu cantik
sekali dan menawan hati. Namun begitu, tanyalah diri sendiri sebelum membeli, adakah kita
benar-benar memerlukannya? Kita sewajarnya memanfaatkan sesuatu barangan dengan
sebaik-baiknya tanpa perlu barangan baharu mengikut trend semasa. Pembeli yang berhemat
akan bijak merancang sebelum membeli sesuatu barangan. Sehubungan dengan itu, kita perlu
membuat batasan terhadap diri sendiri ketika berbelanja. Kita hanya membeli barangan yang
diperlukan.

Selain itu, kita tidak seharusnya mudah tertarik oleh tawaran harga murah sesuatu
barangan di pasaran. Kemungkinan barangan tersebut tidak penting ataupun barangan
tersebut bermutu rendah dan tidak berkualiti. Tambahan pula, kita perlu mendidik jiwa agar
tidak membazir dan tidak berbelanja secara boros.

Selain itu, kita perlu membuat anggaran perbelanjaan pada setiap bulan agar tidak
berbelanja secara berlebihan kerana "gunung jika dicangkul setiap hari akan runtuh juga".
Jika kita bijak merancang perbelanjaan, pasti kita mempunyai harta untuk kelangsungan
hidup yang lebih stabil pada masa hadapan.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 (02/1)

BAHAGIAN A

1A 2D 3B 4C 5B

6A 7D 8B 9C 10 C

11 B 12 A 13 D 14 B 15 C

BAHAGIAN B

1. (i) Kejaya – Kerjaya


(ii) Diskaon - Diskaun
2. (i) oleh kerana - oleh sebab
(ii) saling hormat-menghormati - saling menghormati/hormat-menghormati
3. (i) Angkatan Tentera Malaysia di Arab Saudi akan dibawa pulang.
(ii) Baginda menganugerahkan bintang kebesaran kepada tokoh sukan itu.
(iii) Jambangan bunga ros ini untuk guru kesayangannya, Cikgu Rossa
(iv) Pulau Perhentian ialah pulau peranginan yang terkenal di Terengganu.
4. (i) air dicencang tiada putus
(ii) carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga
5. (a) Tabiat-tabiat pengambilan pemakanan yang dapat memastikan kesihatan seseorang
terjaga:
Bahan 2 - mengamalkan makan makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan
tubuh badan
Bahan 3 - mengambil makanan paling banyak pada aras 1 yang terdiri daripada bijirin,
hasil bijirin, dan ubi-ubian
(b) Dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1:
- kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera
- masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum
(c) Sebab kita u mengambil makanan secara seimbang dan berkhasiat dalam setiap sajian:
- dapat memberikan tenaga yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti pada
setiap hari
- dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan jangkitan penyakit
- dapat membina tubuh badan yang sihat dan cergas
- dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan

6. Pengajaran dan dua contoh peristiwa lain:

Novel Justeru Impian di Jaring

• Pengajaran: Kita hendaklah berfikiran positif dan rasional apabila menerima sesuatu
kritikan agar kita dapat memperbaik kesilapan dan kelemahan diri.

• Dua contoh peristiwa lain:

- Syahir meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir
daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton
Antarabangsa di Jakarta.
- Syahir tetap memakai pakaian yang menutup aurat semasa bermain badminton walaupun
menerima kritikan yang banyak daripada pelbagai pihak.

Novel Hempasan Ombak

• Pengajaran: Kita hendaklah gigih berusaha Ketika melaksanakan tanggungjawab yang


diberikan kepada kita agar kita memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

• Dua contoh peristiwa lain:

- Zuraida begitu gigih ketika melayan pelanggan yang elbagai kerenah ketika berurus niaga
di gerai pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol.
- Zuraida gigih menimba ilmu dalam bidang perniagaan dengan mengikuti kursus luar
kampus dalam jurusan pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap minggu.
Novel Tawanan Komander Caucasus

• Pengajaran: Kita hendaklah gigih ketika menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan agar
setiap cabaran tersebut dapat kita hadapi dengan baiknya.

• Dua contoh peristiwa lain:

- Farhani gigih masuk ke dalam hutan seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun dan
tanpa memikirkan bahaya serta keselamatan nyawanya untuk mencari kumbang
sebagaimana yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk menjayakan zoo mini serangga
di sekolahnya.
- Farhani gigih mengakses laman sesawang untuk mencari maklumat tambahan berkaitan
dengan pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya.

Novel Chot

• Pengajaran: Hendaklah menjadi anak bertanggungjawab terhadap terhadap ibu dan bapa
agar kita dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka.

• Dua contoh peristiwa lain:

- Alias mencari duit untuk membeli barangan dapur dan ubat batuk ibunya dengan
mengambil upah sebagai pemetik buah kelapa di kebun Pak Din.
- Alias menjaga ibunya yang sakit dan lumpuh dengan baiknya setelah ayahnya meninggal
dunia sejak lima tahun yang lalu.
BAHAGIAN C

Ringkasan

1 Kita tidak membelanjakan wang yang belum ada atau berhutang.

2 Kita digalakkan untuk menabung lebihan pendapatan atau perbelanjaan harian.

3 Kita perlu mengawal diri daripada tabiat suka membeli-belah yang tidak terkawal.

4 Kita perlu memanfaatkan sesuatu barangan dengan sebaik-baiknya tanpa perlu membeli
barangan baharu.

5 Kita perlu membuat batasan terhadap diri sendiri ketika berbelanja dan membeli barangan
keperluan sahaja.

6 Kita tidak seharusnya mudah tertarik oleh tawaran harga murah sesuatu barangan di
pasaran.

Anda mungkin juga menyukai