Anda di halaman 1dari 4

PROSA TRADISIONAL : PANTUN KIASAN

MAKSUD
Rangkap Maksud
Rangkap 1 Kita haruslah mengelakkan perbuatan membazir kerana barang yang rosak
masih boleh digunakan.
Rangkap 2 Orang yang merantau perlu merendahkan diri apabila berada di tempat orang.
Rangkap 3 Keinginan untuk memiliki sesuatu yang di luar kemampuan dan kebolehan diri
sendiri.
Rangkap 4 Kita tidak boleh menghaap kepada sesuatu yang belum pasti.
Rangkap 5 Sikap sombong akan kelebihan diri sehingga memandang rendah kemampuan
orang lain.
Rangkap 6 Sikap seseorang yang suka memperbesar-besarkan perkara yang kecil.
Rangkap 7 Hati dan pendirian manusia yang selalu berubah-ubah.
Rangkap 8 Perasaan marah akan terpadam apabila mempunyai sikap sabar.
Rangkap 9 Seseorang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya jua.
Rangkap 10 Sesuatu perkara yang terjadi pasti ada sebab musababnya.
Rangkap 11 Seseorang yang menginginkan sesuatu di luar keupayaan dan kemampuannya.
Rangkap 12 Kita tidak boleh melawan orang yang luas pengetahuan jika pengetahuan kita
sedikit.
Rangkap 13 Seseorang yang menceritakan sesuatu kejayaan sedangkan belum mengecap
hasil yang diusahakan.
Rangkap 14 Orang yang berusaha pun belum tentu berjaya inikan pula orang yang tidak
berusaha.
Rangkap 15 Seseorang yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya.
Rangkap 16 Orang yang berdosa tetapi telah lambat untuk bertaubat atas dosa-dosanya.
Rangkap 17 Seseorang yang cantik tetapi elok budi pekertinya.

TEMA
Kiasan atau sindiran tentang pelbagai ragam manusia dalam kehidupan manusia.

PERSOALAN
1. Sikap suka membazir dalam kehidupan.
2. Sikap suka bertindak tanpa berfikir dahulu.
3. Sikap sombong dan bangga akan diri.
4. Sifat malas yang menghalang kejayaan.
5. Budi bahasa lebih penting daripada paras rupa

BENTUK
1. Bilangan rangkap : 17 rangkap
2. Bilangan baris setiap rangkap : 4 baris
3. Bilangan patah perkata setiap rangkap : 3 hingga 5 patah perkataan
4. Bilangan suku kata setiap baris : 8 hingga 11 suku kata
5. Rima akhir : abab
6. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud
GAYA BAHASA
Gaya bahasa Contoh
Imej alam Daun kayu, buah kacang
Repitisi Tikar, burung, anak, rotan, ayam
Peribahasa Jangan diikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung
Personifikasi Nyawa menangis di pintu kubur
Sinkope Air dalam kapar tak hanyut
Simile Macam melukut di tepi gantang, laksana gadis Menteri Bagor

UNSUR BUNYI
Unsur bunyi Contoh
Asonansi Patah galah haluan perahu (perulangan vokal a)
Aliterasi Rotan siput rotan berlingkar (perulangan konsonan t)

NILAI
1. Keinsafan - Seseorang itu perlu insaf setelah melakukan kesalahan.
2. Merendah diri - Sikap merendah diri amat penting apabila berada di tempat orang.
3. Rasional - Manusia perlu menggunakan akal fikian dalam sebarang tindakan.
4. Kesabaran - Sikap sabar apabila berhadapan dengan masalah.
5. Kerajinan - Rajin berusaha untuk mencapai kejayaan

PENGAJARAN
1. Kita mestilah mengamalkan sikap berjimat berjimat cermat dalam kehidupan agar tidak
melakukan sebarang pembaziran.
2. Kita perlu bersabar untuk memadamkan api kemarahan dalam diri.
3. Kita haruslah insaf dengan kesalahan diri apabila telah melakukan kesalahan.
4. Kita perlulah menghindarkan diri daripada sikap malas untuk memperoleh kejayaan.
5. Kita perlulah ada kenyakinan diri dalam sebarang tindakan yang dilakukan.
PRAKTIS PENGUKUHAN
PANTUN ALAM REMAJA
1. Nyatakan rangkap setiap maksud pantun di bawah berdasarkan Pantun Alam Remaja.
Maksud Rangkap
Adik-beradik sama-sama menyanyikan apa-apa sahaja lagu kerana gembira.
Hati anak bertambah gembira apabila ibu bapa pulang dengan membawa
hadiah, iaitu baju dan seluar.
Perasaan gembira seseorang anak apabila melihat ibunya pulang.
Anak-anak meminta jangan dimarahi mereka berpantun kerana sikap kanak-
kanak yang suka bermanja.
Kepulangan ibu menyebabkan perassan bimbang anak-anak hilang.
Apabila ibu pulang awal, hati anak berasa lega.
Kepulangan ibu bapa menambahkan lagi persaan gembira anak-anak.

2. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktivti yang dapat dilakukan untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan? Nyatakan sebab-sebab anda memilih aktiviti tersebut. KBAT

Hubungan
kekeluargaan
PANTUN KIASAN
1. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam rangkap yang diberikan berdasarkan Pantun Kiasan.
1 Rangkap 1

2 Rangkap 3

3 Rangkap 5

4 Rangkap 7

5 Rangkap 12

6 Rangkap 16

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat mengelakkan perbuatan membazir ketika
membeli-belah? KBAT
Pada pendapat saya, seseorang itu dapat mengelakkan perbuatan membazir ketika membeli-belah
ialah___________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai