Anda di halaman 1dari 5

TCY KOMSAS @ PANTUN ALAM REMAJA

PUISI TRADISIONAL: PANTUN ALAM REMAJA

Pantun Maksud rangkap


Elok rupanya kumbang jati, Anak-anak akan berasa sangat gembira
Dibawa itik pulang petang; sewaktu menyambut ke Pulangan ibu ke
Tidak terkatakan besar hati, rumah.
Melihat ibu sudah pulang.

Dibawa itik pulang petang, Ketakutan dan kerisauan anak-anak


Dapat di rumput bilang-bilang; sewaktu ketiadaan ibu akan hilang
Melihat ibu sudah pulang, apabila melihat ibu pulang ke rumah.
Hati cemas menjadi hilang.

Ayam kinantan terbang mengekas, Anak-anak akan berasa sangat gembira


Hinggap di ranting bilang-bilang; jika ibu cepat pulang ke rumah.
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Kita menari keluar bilik, Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu


Sebarang tari kita tarikan; bersama-sama.
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai, Kepulangan ayah dan ibu ke rumah


Terdampar di ujung Tanjung Jati; merupakan detik yang paling
Bonda pulang bapa pun sampai, menggembirakan bagi anak-anak.
Kita semua berbesar hati.

Ramai orang bersorak-sorak, Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa


Menepuk gendang dengan rebana; membuatkan anak-anak berasa gembira.
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

Mahulah kami hendak melapun, Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi


Lapun dibawa orang menjaja; anak-anak yang gemar berpantun kerana
Jangan marah kami berpantun, anak-anak yang masih kecil dan
Budak kecil biasa manja. ingin bermanja.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi,


Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.)
TCY KOMSAS @ PANTUN ALAM REMAJA

1. Tema

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke


rumah.

2. Persoalan

a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih saying dan kebahagian kepada
anak-anak.
b) Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di
rumah.
c) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut kepulangan ibu bapa
mereka pulang beketia.
d) Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat rnengeratkan hubungan antara
adik-beradik.
e) Pernberian hadiah daripada ibu bapa dapat mennembirakan hati anak-anak.

3. Bentuk Pantun

a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.


b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.Contohnya,
• rangkap 1: empat baris,
• rangkap 2: empat baris,
• rangkap 3: empat baris,
• rangkap 4: empat baris,
• rangkap 5: empat baris,
• rangkap 6: empat baris,
• rangkap 7: empat baris.

(c) Ada pembayang dan maksudnya.

(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata.
Contohnya, Kita menyanyi adik-beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung Tanjung
Jati (5 patah kata)

(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata.
Contohnya, Elok rupanya kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana
(10 suku kata)

(f) Pantun ini berbentuk terikat.

4. Unsur Bunyi

a) Asonansi.
Contoh, • Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a);
• Menpuk gendang dengan rebana (perulangan vokal e);
b) Aliterasi.
TCY KOMSAS @ PANTUN ALAM REMAJA

Contohnya, Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b)


Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p).

c. Rima akhirnya terikat.


Contohnya,
• rangkap 1: abab;
• rangkap 2: aaaa;
• rangkap 3: abab;
• rangkap 4: abab;
• rangkap 5: abab;
• rangkap 6: abab;
• rangkap 7: abab.

5. Gaya Bahasa Lisan


(a) Inversi. Contohnya,

Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

(b) Kata ganda.

Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.

(C) Penggunaan unsur alam.

Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan; ranting; dan kumpai.

(c) Peribahasa.

Contohnya, besar hati

(d) Repetisi.

Contohnya, • kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)

6. Nilai
(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin
kebahagiaan keluarga.

(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga


keselamatan anak-anak.

(c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan
hati penerima.

(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau
senda merupakan sikap yang terpuji.

(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam


kalangan anggota keluarga.
TCY KOMSAS @ PANTUN ALAM REMAJA

7. Pengajaran
(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.

(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.

(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota
keluarga.

(d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku
kesilapan sewaktu bergurau senda.

(e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita
hingga dewasa.

LATIHAN

1. Nyatakan maksud rangkap ketiga dan rangkap kelima pantun di atas.


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

2. Beri dua nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas.

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

3. Apakah tema pantun di atas?

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

4. Pada pendapat anda, mengapakah rasa bimbang penulis hilang sebaik sahaja ibunya pulang?

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

5. Berdasarkan pantun ini, mengapakah penulis dan adik-beradiknya bernyanyi dengan


gembira?

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

6. Berikan dua gaya bahasa berserta contoh yang sesuai.


TCY KOMSAS @ PANTUN ALAM REMAJA

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai