Anda di halaman 1dari 6

SENARAI PERIBAHASA

DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 HINGGA 3

Otak cair - sangat pandai.

Tangkai jering - sangat kedekut.


Bau-bau bacang - persaudaraan yang jauh.
Ayam tambatan - orang yang menjadi harapan.
Seperti ikan pulang ke lubuk - kembali ke tempat asal.

Seperti embun di hujung rumput - sesuatu yang tidak berkekalan.

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah - sama taraf atau darjat.

Sambil menyelam minum air - melakukan dua kerja pada masa yang
sama.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal - menerima sesuatu pada

masa yang tepat.

Bidan terjun - seseorang yang terpaksa memikul tugas orang lain kerana

keadaan mendesak.
Biar mati anak, jangan mati adat - sanggup melakukan apa-apa sahaja

demi mempertahankan adat.

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - hasil tidak

mungkin diperoleh tanpa usaha.

Tiada rotan akar pun berguna - bergantung pada sesuatu yang kurang

sempurna kerana sumber sebenarnya tiada.

@malaylinguist
SENARAI PERIBAHASA
DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 HINGGA 3

Genggam bara api, biar sampai jadi arang - buat sesuatu sehabis baik.
Ukur baju di badan sendiri - lakukan sesuatu mengikut kemampuan
sendiri.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain - usaha yang
berterusan akan membuahkan hasil.

Biar putih tulang, jangan putih mata - tidak berputus asa atau menyerah
hingga ke penghujung nyawa.

Indah khabar dari rupa - gambaran yang berlebih-lebihan tentang


sesuatu perkara.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - jangan cuba

sesuatu jika persiapan tidak mencukupi.


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan - setiap
pekerjaan perlu dilakukan sehingga selesai.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran - perkara yang

diharapkan tidak diperoleh, manakala perkara yang dimiliki hilang juga.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan - terlalu banyak pada sesuatu

masa.

Bagai ayam disambar helang - mati tanpa sakit.

Bagai air mencari jenisnya - berusaha untuk mencari ilmu tanpa


mengenal erti penat.

@malaylinguist
SENARAI PERIBAHASA
DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 HINGGA 3

Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang - sesuatu perkara


tidak menjadi buah mulut orang jika tiada sebabnya.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - jika mempunyai cita-cita,
seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguhnya.
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya - darjat atau kedudukan

seseorang tidak akan berkurangan kerana dia merendahkan diri.


Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak - melakukan

kerja sambilan sementara menunggu hasil daripada kerja utama.


Seperti lipas kudung - bergerak dengan pantasnya.

Seperti murai dicabut ekor - Bercakap tidak henti-henti.

Bagai menatang minyak yang penuh - memelihara anak dengan penuh


kasih sayang.
Bagai aur dengan tebing - saling bekerjasama.

Seperti lintah menghisap darah - mengenakan bunga yang tinggi pada

wang hutang.

Belum duduk sudah berlunjur - belum dapat sesuatu yang dikehendaki,

sudah berasa gembira terlebih dahulu.

Bagai minyak dengan air - orang baik kalau duduk dengan orang jahat

tidak akan menjadi jahat.

@malaylinguist
SENARAI PERIBAHASA
DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 HINGGA 3

Seperti hujan jatuh ke pasir - nasihat yang tidak dihargai atau pekerjaan
yang sia-sia.
Seperti harimau menyembunyikan kukunya - orang yang
menyembunyikan kelebihannya.
Seperti aur ditarik songsang - perkara yang sukar diselesaikan kerana

sudah salah.
Seperti api di dalam sekam - kejahatan yang dilakukan secara diam-

diam.
Seperti air dalam dulang - negeri yang aman sentosa.

Semacam besar pacak daripada tiang - belanja lebih besar daripada

pendapatan.
Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar - dua tiga maksud
tercapai apabila melakukan satu pekerjaan.

Seperti gembala diberi keris - orang yang mendapat sesuatu tidak

berguna.

Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar - mencapai dua atau

tiga maksud apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang - tidak sombong atau

rendah diri.

@malaylinguist
SENARAI PERIBAHASA
DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 HINGGA 3

Perempuan serasan, lelaki pemalu - pegangan hidup yang tidak sama.


Kalau tidak berada-ada, tak akan tempua bersarang rendah - sesuatu
yang terjadi mempunyai sebab tersembunyi.
Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan
berbau - kepandaian perlu diajar kepada orang lain kerana kalau

disimpan akan hilang begitu sahaja.


Ibarat burung, mata terlepas, badan terkurung - tidak ada kebebasan

atau kemerdekaan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - setiap kemahuan pasti ada

jalan.

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat


dapatkan tupai - tanya kepada seseorang yang mahir jika ingin tahu
sesuatu yang berkaitan.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama -

orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama

jahat.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya - perangai anak biasanya mengikut

orang yang mengasuhnya.

Bagai pucuk dilancarkan - amat cepat.

@malaylinguist
SENARAI PERIBAHASA
DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 HINGGA 3

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat - orang berilmu yang

berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh - memberikan
pertolongan kepada orang yang dalam kesusahan.
Carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga - persilisihan

faham antara saudara-mara atau adik-beradik tidak akan

berpanjangan.

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas - lebih baik menarik diri
terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul - hanya orang yang

mengalami tahu kesusahan sebenar.

Bagai layang-layang putus tali - sudah putus harapan dan bergantung

pada nasib sahaja.


Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu - hidup dalam

kemelaratan.

Bagai cincin dengan permata - pasangan pengantin yang sepadan.

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan - berasa susah

walaupun mempunyai pendapatan yang tinggi.

@malaylinguist

Anda mungkin juga menyukai