Anda di halaman 1dari 5

Peribahasa Tingkatan 1

1.

Bagai aur dengan tebing


- Saling bekerjasama/hidup bantu-membantu

2.

Bagai menatang minyak yang penuh


- Melakukan sesuatu dengan penuh berhati-hati

3.

Seperti murai dicabut ekor


- Riuh/ bercakap tidak berhenti-henti

4.

Seperti lipas kudung


- Bergerak dengan pantas

5.

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak


- Melakukan satu kerja sambilan sementara menunggu hasil daripada kerja utama

6.

Indah khabar dari rupa


- Gambaran yang berlebih-lebihan atau tidak benar tentang sesuatu perkara

7.

Jauhari juga yang mengenal manikam


- Hanya seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang akan memahami
keistimewaan sesuatu benda itu

8.

Ukur baju di badan sendiri


- Lakukan sesuatu yang sejajar dengan kemampuan diri

9.

Biar putih tulang, jangan putih mata


-Tidak berputus asa atau pantang menyerah sehingga ke penghujung nyawa

10.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga


- Jangan cuba sesuatu atau menceburi sesuatu bidang sekiranya kelengkapan diri
tidak mencukupi

Peribahasa Tingkatan 2
1.

Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain


- Usaha gigih yang berterusan akhirnya akan membawa kejayaan

2.

Genggam bara api biar sampai jadi arang


- Jangan berputus asa atau meninggalkan sesuatu pekerjaan itu di pertengahan
jalan. Sebaliknya hadapi segala cabaran hingga berjaya

3.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


- Alang-alang melakukan sesuatu pekerjaan, lakukannya dengan bersungguhsungguh sehingga berjaya

4.

Bidan terjun
- Seseorang yang terpaksa memikul tugas orang lain kerana desakan keadaan

5.

Tangkai jering
- Sangat kedekut

6.

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah


- Sama taraf atau darjat

7.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


- Hasil tidak mungkin diperoleh tanpa usaha

8.

Seperti embun di hujung rumput


- Sesuatu yang sementara atau tidak berkekalan

9.

Bau-bau bacang
- Persaudaraan jauh

10.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal


- Menerima sesuatu pada masa yang tepat

Peribahasa Tingkatan 3
1.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


- Pasti ada penyelesaian bagi mereka yang benar-benar mencuba

2.

Seperti ikan pulang ke lubuk


- Kembali ke tempat asal

3.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran


- Gagal memperoleh perkara yang dihajati manakala perkara yang dimiliki pula
terlepas tangan

4.

Sambil menyelam minum air


- Melakukan dua kerja pada masa yang sama

5.

Tiada rotan akar pun berguna


- Bergantung kepada sesuatu yang kurang sempurna kerana sumber sebenarnya
tidak ada

6.

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya


- Darjat atau kedudukan seseorang itu tidak akan berkurangan semata-mata
kerana dia merendahkan diri

7.

Kalau tidak kerana angin masakan pokok bergoyang


- Sesuatu perkara itu tidak akan diperkatakan orang jika tiada kebenarannya

8.

Biar mati anak jangan mati adat


- Sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahanakan adat

9.

Ayam tambatan
- Orang kuat atau orang yang menjadi harapan

10.

Otak cair
- Sangat pandai

PERIBAHASA TAMBAHAN
Bagai ayam disambar helang
- Mati tanpa sakit.
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
- Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Bagai cincin dengan permata
- Pasangan pengantin yang sepadan.
Bagai layang-layang putus tali
- Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.
Bagai minyak dengan air
- Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
Bagai murai dicabut ekor
- Orang yang suka bercakap.
Bagai pucuk dilancarkan
- Amat cepat.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
- Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
- Tidak sombong; rendah diri.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
- Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi
penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.
Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
- Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan,
akhirnya akan berbaik semula.
Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
- Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
- Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
- Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang
sesuatu perkara itu.
Ibarat burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
- Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
Sebagai gembala diberi keris
- Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.
Semacam besar pacak daripada tiang
- Belanja lebih besar daripada pendapatan.
Seperti air dalam dulang
- Negeri yang aman sentosa.
Seperti api di dalam sekam
- Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari
Seperti aur dengan tebing
- Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu
Seperti aur ditarik songsang
- Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
- Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
Seperti hujan jatuh ke pasir
- Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Seperti lintah menghisap darah
- Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
Seperti lipas kudung
- Selalu bergerak dengan cepat.

Anda mungkin juga menyukai