Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA MENGIKUT TEMA

TEMA: BUDI BAHASA

1. Bagai kacang melupakan kulit-orang yang lupa akan asalnya atau orang yang
menolongnya.
2. Bagai melepaskan anjing tersepit.menolong orang yang tidak tahu mengenang budi.
3. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.- merendah diri
4. Berkata peliharalah lidah.hati-hati dengan setiap pertuturan
5. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.-setiap manusia
dikenang kerana baktinya semasa hidup.

TEMA: KASIH SAYANG/ PERHUBUNGAN

1. Air dicencang tidak akan putus.-perbalahan antara adik-beradik tidak akan


berpanjangan.
2. Anak di pangkuan dilepaskan, kera di riba disusui.-melebihkan orang lain daripada
keluarga sendiri.
3. Bagai isi dengan kuku/ bagai dakwat dengan kertas/ bagai beliuang dengan asahan.-
hubungan yang sangat rapat.
4. Bersatu teguh, bercerai roboh-jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat,tetapi jika
kita berpecah belah, kita akan lemah.
5. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni-perhubungan yang sangat akrab dan tidak dapat
dipisahkan.

TEMA: PERBUATAN YANG SIA-SIA

1. Ada sampan hendak berenang.-sengaja menyusahkan diri sendiri


2. harapkan gurh di langit, air di tempayan dicurahkan.-melepaskan barang yang dimiliki
demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti miliki.
3. Kalah jadi abu menang jadi arang.-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung
kerugian.
4. Kutu embun.-orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam.
5. Mencurahkan garam ke laut-melakukan pekerjaan yang sia-sia.

TEMA: SEMANGAT PATRIOTISME/ CINTA AKAN NEGARA

1. Bahasa menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa.-bahasa menjadi lambing dan identiti
sesuatu bangsa
2. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.-mematuhi peraturan dan adat di tempat
yang diduduki
3. Hilang bangsa, lenyaplah bangsa-jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga
akan lenyap
4. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.-
sebaik-baik negara orang tidak sebaik negara sendiri.
5. Seperti burung gagak pulang ke benua-seseorang yang tidak berubah keadaannya
meskipun telah lama merantau.
TEMA: PENYESALAN.

1. Buang yang keruh , ambil yang jernih-buang yang jahat dan ambil yang baik.
2. Nasi sudah menjadi bubur-perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi.
3. Sudah terhantuk,baru tengadah-setelah mendapat kesusahan barulah hendak berhati-
hati.
4. Takut akan bayang-bayang sendiri-rasa takut kerana bersalah.
5. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.-sekiranya terlanjur dalam melakukan
sesuatu kesalahan,eloklah insaf dengan segera.

 TEMA: DAYA USAHA / KESUNGGUHAN

1. Alah bisa tegal biasa-pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan
2. Alang-alang berdakwat biarlah hitam.-jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat jalan.
3. Belum suruh sudah pergi, belum panggil sudah datang.-orang yang rajin
4. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.-jika berusaha dengan gigih, arang yang
bodoh akan berjaya juga
5. Malas berdayung, perahu hanyut-kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas
berusaha.

TEMA: KEBERANIAN

1. Berani kerana benar, takut kerana salah-berani kerana berada di pihak yang benar
2. Berkata benarlah walaupun pahit-berterus teranglah demi kebenaran walaupun
mungkun akan menyakiti perasaan orang lain.
3. Cacing yang hendak menjadi naga-orang yang kecil hendak menyamai menjadi naga.
4. Membujur lalu melintang patah.-tidak menghiraukan halangan atau masalah.
5. Pantang berundur sebelum berjuang.-tidak berputus asa sebelum berjaya.

TEMA: PEMUAFAKATAN / BEKERJASAMA

1. Bagai aur dengantebing.-saling membantu dan bekerjasama


2. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.-mementingkan diri sendiri.
3. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia keraba muafakat.-mencapai kata sepakat
dengan mesyuarat.
4. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah.-pengagihan yang sama banyak.
5. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.-orang yang bermuafakat akan sehidup
semati dan tidak berubah kesetiaannya.

TEMA: BERHATI-HATI/ TELITI/ BERJIMAT CERMAT

1. Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah.-melakukan sesuatu kerja dengan berhati-
hati.
2. Biar lambat asalkan selamat.-melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati
supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna.
3. Menarik rambut di dalam tepung.-teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
4. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu.-sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa
akan datang.
5. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.-sesuatu perkara yang buruk dapat
dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal.
6. Mengukur baju di badan sendiri.-berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

TEMA: KEPENTINGAN ILMU/ PENDIDIKAN

1. Diam penggali berkarat.-ilmu yang tidak diamalkan akan hilang.


2. hanya jauhari mengenal manikam.-hanya orang yang mahir atau pakar pandai membuat
penilaian tentang perkara tertentu.
3. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.-
hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut.
4. Seperti ayam mematuk anak.-ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan
membetulkan kelakuan mereka.
5. Seperti katak di bawah tempurung.-orang yang cetek ilmu pengetahuan kerana tidak
mengetahui perkembangan semasa.

TEMA: KECANTIKAN

1. Bagai bulan dipagari bintang/emas baru disepuh.-cantik


2. Bagai cincin dengan permata.-sama-sama cantik.
3. Bagai pinang dibelah dua/ bagai kunyit dengan kapur.-sepadan,secocok.
4. Rumah buruk disapu cat.-perempuan tua yang suka bersolek                          
 

TEMA: NASIB MALANG.

1. Antan patah lesung hilang/ sudah jatuh ditimpa tangga.-kemalangan yang dialami
bertimpa-timpa.
2. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mau.-keadaan hidup seseorang yang
sangat miskin dan melarat.
3. Tanam padi tumbuhnya lalang.-orang yang bernasib malang kerana segala usahanya tidak
berhasil sebagaimana diharapkan.
4. Tiada beban batu digalas.-tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah.
5. Untung sepanjang jalan, malang sekelip mata.-kemalangan datang secara tiba-tiba.

Anda mungkin juga menyukai