Anda di halaman 1dari 1

STIADAT PENGIBARAN BENDERA ( PENGAKAP MUDA / REMAJA )

Kumpulan / Troup bersiap sedia dalam bentuk ladam / tapak kuda. Pemimpin-
pemimpin berbaris panjang 3 langkah di belakang tiang bendera, pemimpin bertugas
( 3 langkah di kiri tiang bendera ) akan memberi arahan berikut :

1. BENDERA

- semua mengadap bendera. Ketua Patrol bertugas keluar terus ke tiang bendera.
Petugas berhenti jarak 1 langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali
bendera dengan tangan kanan dengan satu tarikan. Petugas selangkah ke
belakang lalu memberi hormat kepada bendera serta diikuti oleh semua
pemimpin dan pengakap lain tanpa mengira bendera berkibar atau tidak.
Petugas berpusing ke belakang dan berjalan kembali ke posisi asal ( berkawad ).

2. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN

- para pemimpin dan pengakap menyanyi bersama-sama dgn penuh semangat.


( Jika ada bendera negeri / pengakap, bolehlah menyanyi lagu Negeri atau lagu
pengakap selepas lagu kebangsaan ).

3. BACAAN DOA

- pemimpin bertugas memberi isyarat ' up ' dan doa dibacakan. Pengakap
beragama lain berdoa mengikut cara masing-masing. Pemimpin bertugas
memberi isyarat ' up ' sekali lagi tanda turunkan tangan ke kedudukan sedia.
Pemimpin bertugas memberi arahan ' senang diri ' .

- Seterusnya Ketua Kem / Pemimpin Bertugas / Pemimpin akan memberikan


ucapan/taklimat dan seumpamanya kepada pengakap sebelum mengarahkan
mereka keluar baris / bersurai.

Anda mungkin juga menyukai