Anda di halaman 1dari 8

KECEKAPAN

ASAS PERBARISAN
PENGUKUHAN ASAS KAWAD KAKI LENCANA KERS GANGSA

REHATKAN DIRI

SENANG DIRI

SEDIA
KE KANAN LURUS

KE HADAPAN LURUS

KE KANAN PUSING
KE KIRI PUSING

1. KEBELAKANG PUSING

Bahasa Hukuman : ‘Barisan menghadap ke belakang, ke belakang… pusing’


Sudut pusingan kaki : 1800

Apabila menghadap ke hadapan :-


Bahasa hukuman : ’Barisan menghadap ke hadapan, ke kanan.... pusing’

Kedudukan ke belakang pusing


2. BUKA BARISAN

i. Pengakap berada dalam tiga barisan


ii. Dilakukan oleh pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang
iii. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukakan pa-apa
pergerakan
iv. Pengakap yang berada di barisan hadapan bergerak tiga langkah ke hadapan
dan barisan belakang tiga langkah ke belakang.
v. Apabila bergerak kaki kiri keluar dahulu
vi. Bilang satu pada kaki kiri, dua pada kaki kanan, tiga pada kaki kiri, satu
angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri seperti dalam keadaan sedia
vii. Bahasa hukuman : ’Barisan hadapan, tiga langkah ke hadapan, barisan
belakang tiga langkah ke belakang; barisan tengah diam. Buka barisan.....
gerak.’

3. TUTUP BARISAN

i. Dilakukan oleh Pengakap yang berada di barisan hadapan dan barisan


belakang sahaja
ii. Pergerakan adalah tiga langkah ke belakang bagi pengakap yang berada di
barisan hadapan dan tiga langkah ke hadapan bagi pengakap yang berada di
barisan belakang
iii. Langkah dimulakan dengan kaki kiri dahulu
iv. Bilang satu pada kaki kiri, dua pada kaki kanan, tiga pada kaki kiri, satu
angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri seperti dalam keadaan sedia
v. Bahasa hukuman: ’barisan hadapan tiga langkah ke belakang; barisan
belakang tiga langkah ke hadapan, barisan tengah diam. Tutup barisan.....
gerak’.
4. ASAS IKATAN

A. Bunga Geti

(a) (b)

1. Kegunaan : untuk menyambungkan dua utas tali yang tidak sama besar saiznya
2. mula dengan membuat satu gelung pada hujung satu tali dan menyilangkan hujung
tali yang berikutnya (rajah a)
3. Tarikkan hujung tali mengikut arah yang ditunjukkan pada rajah ( a ) untuk
menyudahkan simpul tersebut menjadi rajah ( b )
4. kemudian tarikkan kedua-dua hujung tali untuk mengemaskannya

B. Simpul Sentak

Kegunaannya:
1. Mengikat tali sampan ke tiang jeti
2. Tidak sesuai digunakan di leher haiwan kerana mudah terjerut
CARA MEMASANG, MENGIBAR, MENURUN DAN MELIPAT BENDERA

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.


1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.
2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.
3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.
4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
5. Pemimpin berteriak “BENDERA”
6. Petugas mara ke tiang bendera.
7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.
8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.
9. Semua yang hadir memberi hormat.
10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh semua yang hadir.
11. Petugas kembali ke tempat asal.
12. Menyanyi Lagu Kebangsaan
13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah
14. Membaca doa
15. AKELA memberi arahan “Senang diri”
16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA


1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam
keadaan sedia.
2. AKELA berteriak “BENDERA”
3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.
4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.
5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan
memberi hormat.
6. Semua yang hadir memberi hormat.
7. Petugas balik ke tempat asal.
8. Menyanyi lagu Pengakap
9. Membaca doa
10. Akela memberi arahan “SENANG DIRI”
11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.
Istiadat Menurunkan Bendera

4.1 Kedudukan

4.1.1 Peserta : Dalam bulatan

4.1.2 Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera mengadap peserta

4.1.3 Perjalanan Upacara

Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia”

Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua mengadap bendera,

dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan
tiang bendera,

seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan
cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan
menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera

Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua”

PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik
ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap
ketua,

beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke


sekawan

Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. Pembaca doa


selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan
Petugas : 
(beri arahan) “PEK ! Bersurai”

A. CARA-CARA MELIPAT BENDERA


Cara-cara melipat bendera adalah seperti berikut . (dua orang Pengakap diperlukan untuk
melipat)
1. Mula-mula bentangkan bendera (Rajah 10.1 (a))

2. Setiap seorang pengakap hendaklah memegang dua juru bendera, kemudian


dilipat dua bendera tersebut secara memanjang (rajah 10.1 (b))

3. Untuk mengecilkan saiznya, lipat sekali lagi (Rajah 10.1( c ) )

4. Kemudian lipat dua bendera yang sudah dilipat empat tadi (rajah 10.1 ( c ) dan (d)
).

5. Seterusnya lipat bendera tadi sehingga saiznya berukuran kira-kira 25cm X 30 cm


(rajah 10.1 (d) dan (e))

6. Ikat bendera tadi menggunakan simpul sentak (rajah 10.1 (f))

Anda mungkin juga menyukai