Anda di halaman 1dari 16

KAWAD KAKI

PELAJARAN 1: SEDIA

Kedudukan `Sedia’ (Pertunjukan dan Penerangan)

Langkah-langkah Pergerakan:-

1.1 Kedudukan tangan dan kaki lurus, rapat ke sisi badan.


1.2 Tumit rapat, hujung kaki dibuka 30 darjah.
1.3 Kedudukan tangan, digenggam rapat ke peha dan ibu jari lurus menghala ke
tanah.
1.4 Kedudukan kepala dan badan tegak, mata terbuka dan pandang lurus ke
hadapan.

Bahasa Hukuman : Baris ……….Sedia.

SEDIA

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

1
PELAJARAN 2: SENANG DIRI

`Senang diri `(Pertunjukan dan penerangan)

Langkah-langkah Pergerakan:-

2.1 Kedudukan kaki kanan kekal diam, kaki kiri diangkat 90 darjah dan hentak ke
bumi.
(Jarak antara kaki kanan dan kiri lebih kurang 12 inci)
2.2 Dalam masa yang sama dengan pergerakan kaki, kedua tangan lurus dibawa ke
belakang punggung.
2.3 Kedudukan tangan kanan berada di dalam tapak tangan kiri dan kedua tapak
tangan bersilang, jari-jari menghala ke arah tanah.
2.4 Kedudukan kepala dan badan tegak mata terbuka dan pandang lurus ke
hadapan.

Bahasa Hukuman : Baris ……….Senang…….. Diri.

SENANG DIRI

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

2
PELAJARAN 3: REHATKAN DIRI

`Rehatkan diri ‘(Pertunjukan dan Penerangan)

Langkah-langkah Pergerakan:-

3.1 Kedua-dua lengan dibengkokkan, kedudukan tangan sama seperti dalam


keadaan senang diri, dibawa ke paras pinggang secara-cara perlahan-lahan
(kiraan masa 1,2,3, rehat).
3.2 Kedudukan kepala, badan dan kaki tegak seperti keadaan senang diri.

Bahasa Hukuman : Baris………..Rehatkan ……..Diri.

REHATKAN DIRI

(Sudut Pandangan: Hadapan, Belakang dan Sisi)

PELAJARAN 4: LURUSKAN BARISAN (Pertunjukan dan Penerangan)

Langkah-langkah Pergerakan:-

4.1 Skuad berada dalam satu/tiga barisan melintang.

4.2 Orang yang di kanan sekali diam, yang berada di sebelah kiri angkat tangan kanan
paras ke bahu orang di sebelah kanan.

3
4.3 Tapak tangan kanan digenggam, bahagian belakang tangan di atas, ibu jari kena orang
di sebelah kanan/kiri.

4.4 Hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek serta meluruskan barisan.

4.5 Tentukan orang nampak bahagian bawah muka dua orang selang darinya.

4.6 Dengan pantas, orang sebelah kanan, barisan tengah dan belakang tentukan jaraknya
ke barisan hadapan 30 inci.

4.7 Apabila bahasa hukuman “ Pandang Hadapan” diberikan, skuad pusing kepala dan
mata dengan cergas pandang ke hadapan dan jatuhkan tangan ke tepi badan dengan
lurus.

Bahasa Hukuman : 1. Luruskan barisan dengan nombor.


2. Ke kanan………… Lurus
3. Ke kanan………… Satu
4. Pandang………. Hadapan

LANGKAH SATU
LURUSKAN BARISAN DENGAN NOMBOR

LANGKAH DUA
KE KANAN LURUS, SATU

4
LANGKAH TIGA
PANDANG HADAPAN

PELAJARAN 5: BUKA DAN TUTUP BARISAN.

a. BUKA BARISAN – 3 LANGKAH


Langkah-langkah Pergerakan:-

5
5.1 Skuad berada dalam satu/tiga barisan melintang.

5.2 Barisan tengah kekal diam, barisan hadapan dan belakang buka barisan.

5.3 Selepas bahasa hukuman ` Buka ........barisan...........gerak ’, barisan hadapan langkah


kaki
kiri ke hadapan sejauh 30 inci, tapak kak kiri rata di atas bumi, kaki kanan di belakang
terangkat sedikit dan anggota yang lain diam.

5.4 Dengan masa yang sama, barisan belakang langkah kaki kiri di belakang, juga sejauh
15 inci,
tapak kaki kiri rata di atas bumi, kaki kanan di hadapan terangkat sedikit dan anggota
yang
lain juga diam.

5.5 Akhir sekali, bagi barisan hadapan, kaki kanan yang terangkat sedikit, dibawa ke
hadapan,
bengkokkan lutut, peha paras 90 darjah dan hentak kaki kanan rapat ke tumit kaki
kiri seperti
kedudukan sedia yang asal. Lakukan pergerakan yang sama bagi barisan belakang.

Bahasa Hukuman: Buka…….barisan……gerak.

LANGKAH SATU
SELEPAS BAHASA HUKUMAN, BUKA BARISAN, GERAK

6
LANGKAH DUA

KAKI KIRI GERAK KE HADAPAN & KE BELAKANG

LANGKAH TIGA

KEDUDUKAN SEDIA SEPERTI ASAL

7
b. TUTUP BARISAN – 3 LANGKAH

Langkah-langkah Pergerakan:-

5.1 Skuad berada dalam satu/tiga barisan melintang.

5.2 Pergerakann tutup barisan gerak adalah sama seperti buka barisan gerak, hanya
pergerakan
barisan hadapan buat seperti pergerakan barisan belakang buka barisan barisan gerak.

5.3 Pergerakan barisan belakang buat seperti pergerakan barisan hadapan semasa buka
barisan
gerak.

Bahasa Hukuman: Tutup…….barisan……gerak.

LANGKAH SATU

8
LANGKAH DUA

LANGKAH
TIGA

PELAJARAN
6: BERSURAI
DAN KELUAR
BARIS.

9
Tujuan.

a. Bersurai adalah menentukan tamatnya (baris)pekerjaan pada hari itu

b. Keluar baris adalah menandakan untuk berihat sementara dan akan menyambung
perkerjaan lagi.

Langkah-langkah Pergerakan:-

a. BERSURAI

6.1 Skuad berada dalam tutup barisan, satu/tiga barisan melintang.

6.2 Skuad pusing ke kanan sebagaimana dalam berhenti.

6.3 Skuad terus berjalan (dengan bilangan masa 40 pergerakan satu minit), ambil tiga
langkah baru, dimulai dengan kaki kiri dan bersurai dari barisan.

6.4 Skuad hendaklah berjalan bersendirian dengan betul sehingga keluar dari padang
kawad.

b. KELUAR BARIS

- Pergerakan keluar baris adalah sama seperti pergerakan bersurai.

Bahasa Hukuman: Baris.............Ber.......surai/Keluar......... Baris.

LANGKAH SATU

10
LANGKAH DUA

LANGKAH TIGA

11
LANGKAH EMPAT

PELAJARAN 7: PARAS

a. Satu skuad yang cukup baik, paras memberi kesan –kesan yan baik kepada penuntut-
penuntut dan kepada anggota-anggota peluang yang baik berkawad bersama-sama .Oleh itu
skuad hendaklah diparaskan pada awal pagi.

b. Paras boleh dilakukan samada yang tinggi kekanan atau yang tinggi ditengah–tengah.
Ini boleh dilakukan dengan cermat dan menjadikan semua orang kedalam satu barisan,
menyusun mereka mengikut tinggi rendah atau sebaliknya, sebagaimana yang dikehendaki . Ini
boleh dilakukan dengan cara mereka dalam bertiga-tiga atau berapa banyak sekali pun baris yang
di kehendaki . Cara yang terakhir ini hendaklah berhak kepada kumpulan kecil umpamanya
pengawal kem.

Langkah-langkah Pergerakan:-

7.1 Skuad membentuk satu barisan melintang, dengan yang tinggi di sebelah kanan
sekali, dan
yang rendah di sebelah kiri.
Bahasa Hukuman : Baris ..........sedia!
Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri dalam satu barisan,
paras!

7.2 Pengakap akan membuat kiraan nombor dari kanan ke kiri, dimulai di sebelah kanan
sekali, nombor satu.
Bahasa Hukuman : Dari kanan .................. Nombor!

7.3 Barisan hadapan akan mengambil satu langkah ke hadapan, manakala barisan
belakang akan
mengambil satu langkah ke belakang.

12
Bahasa Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap
satu
langkah ke belakang.........Gerak!

7.4 Pengakap di sebelah kanan sekali, berdiam diri, tetapi yang lain akan berpusing ke
kanan
untuk luruskan barisan dan kemudian menghadap ke hadapan.
Bahasa Hukuman : Yang di kanan sekali diam, yang lain ke kanan, pusing!
Pandang...........Hadapan.

7.5 Pengakap di sebelah kanan sekali diam menghadap ke hadapan, manakala yang lain
akan
berpusing. Barisan hadapan (nombor ganjil) akan berpusing ke kanan barisan
belakang (nombor genap) akan berpusing ke kiri.
Bahasa Hukuman : Orang yang di sebelah kanan sekali diam. Nombor ganjil
ke
kanan, nombor genap ke kiri, barisan kanan dan
kiri .......Pusing!

7.6 Skuad yang berada di dalam dua barisan akan menjadi tiga barisan melintang.
Bahasa Hukuman : Jadikan tiga barisan...........Cepat jalan!

7.7 Skuad itu akan jadi tiga barisan, nombor genap mengikut belakang nombor ganjil,
misalnya nombor satu tinggal diam sebagai nombor satu dalam barisan hadapan.
Nombor 3 jadi nombor satu dalam barisan tengah . Nombor 5 jadi nombor satu dalam
barisan belakang.Nombor 7 jadi nombor 2 dan seterusnya.

7.8 Dalam barisan hadapan dan seterusnya, sila berhenti dalam kedudukan setiap orang
berpusing kehadapan serta luruskan barisan dan tinggal dalam keadaan sedia .

LANGKAH SATU

SKUAD DALAM SATU BARISAN MELINTANG

13
LANGKAH DUA

BARISAN HADAPAN & BELAKANG GERAK

Sudut Pandangan : Hadapan

14
LANGKAH TIGA

LANGKAH EMPAT

15
16

Anda mungkin juga menyukai