Anda di halaman 1dari 8

59

Asas Kawad Kaki KRS



Dengar sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di depan saya gerak.
Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengah-
tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad. (Faham) Jadi tiga barisan cepat gerak.

J adikan tiga barisan
Hukuman: Skuad masuk baris

Kesalahan biasa:
- datang beratur tiada berlari
- bercakap-cakap
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi
ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras

Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke
belakang......gerak
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri.
Barisan kanan dan kiri......Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.
Hukuman : Ke kanan lurus.

Kesalahan biasa :
- tidak bilang nombor dengan cepat
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan
- lupa nombor masing-masing





60
Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia

Kesalahan biasa :
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
-belakang tangan menghala ke hadapan
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
-tidak memandang 200m ke hadapan
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri
Hukuman : Senang ......diri

Kesalahan biasa :
-siku bengkok
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu
-menggerakkan kaki kiri
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri

Kesalahan biasa :
-kedua-dua tapak kaki bergerak
-menggeliat dan bercakap-cakap

Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan

Kesalahan biasa :


61
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus
-pinggang lemah semasa kaki bergerak
-badan dan kepala tidak tegak
-siku bengkok
-turun tangan dengan lambat

Buka dan tutup barisan
Hukuman : Buka barisan......gerak
Tutup barisan......gerak

Kesalahan biasa:
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
-tangan dan bahu bergerak
-mata pandang ke bawah
-badan tidak tegak

Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing;
menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang
......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing;
menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan,
kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa :
-badan berlonjak semasa berpusing
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
-keberatan badan di atas kaki yang belakang
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang




62
Bersurai dan keluar baris
Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Berjalan
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

Masa berjalan
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
~ Berlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan

Ingatan:
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya
separas bahu.
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.

Kesalahan biasa :
-lutut kendur
-lenggang tidak lurus
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret
tumit.
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan
juga tidak sama


63
Berhenti
Hukuman : Skuad, skuad...... henti

Kesalahan biasa :
- bergoyang selepas berhenti
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti
-turun tangan terlalu lambat
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing

Kesalahan biasa :
- lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar langkah
(cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)

Kesalahan biasa :
-melenggangkan bahu dan tangan
- tidak membongkokkan lutut
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga

(semasa hentak kaki sahaja)
Hukuman : tukar langkah

Kesalahan biasa :
-badan seolah-olah mengeliat
-terlalu pantas



64
Hormat semasa berjalan
Ke kanan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat
hadapan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat

Kesalahan biasa :
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.


Hukuman Kawad Statik

Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawad kaki statik, kawad kaki
dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu (dalam
tentera). Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik,
iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan.


Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
1. sedia, senang diri dan rehatkan diri
2. berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3. langkah sebelah
4. hentak kaki
5. buka dan tutup barisan
6. luruskan barisan
7. hormat

Bahasa Hukuman Kawad Statik

1 - sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"




65
2 - senang diri
"SENAAANG DIRI!"


3 - rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"
4 - berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"


5 - berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"


6 - berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"

*sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk
menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

**sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk
menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"

***sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk
menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!"

[Ingatan: Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan
badan, walau ke arah mana pun platun anda sedang menghadap]


7 - langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"



66

8 - hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platun dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"


9 - buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"


10 - luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan
pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawad
"PANDAAAANG..DEPAN!"


11 - hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

Anda mungkin juga menyukai