Anda di halaman 1dari 4

ASAS KAWAD KAKI TKRS

Jadikan tiga barisan 


Hukuman: Skuad masuk baris 

Kesalahan biasa: 
- datang beratur tiada berlari 
- bercakap-cakap 
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih 

Paras 
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang
tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras 

Nombor 
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor! 
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke
belakang......gerak 
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri.
Barisan kanan dan kiri......Pusing 
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan. 
Hukuman : Ke kanan lurus. 

Kesalahan biasa : 
- tidak bilang nombor dengan cepat 
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan 
- lupa nombor masing-masing 

Sedia 
Hukuman : Skuad,skuad......sedia 

Kesalahan biasa : 
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan 
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak 
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat 
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan 
-belakang tangan menghala ke hadapan 
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata 
-tidak memandang 200m ke hadapan 
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi 

Senang diri 
Hukuman : Senang ......diri 

Kesalahan biasa : 
-siku bengkok 
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan 
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu 
-menggerakkan kaki kiri 
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan 
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu 
Rehatkan diri 
Hukuman : Rehatkan ...... diri 

Kesalahan biasa : 
-kedua-dua tapak kaki bergerak 
-menggeliat dan bercakap-cakap 

Membetulkan barisan 
Hukuman : Ke kanan...... lurus 
Pandang......depan 

Kesalahan biasa : 
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil
lurus 
-pinggang lemah semasa kaki bergerak 
-badan dan kepala tidak tegak 
-siku bengkok 
-turun tangan dengan lambat 

Buka dan tutup barisan 


Hukuman : Buka barisan......gerak 
Tutup barisan......gerak 

Kesalahan biasa: 
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan 
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang 
-tangan dan bahu bergerak 
-mata pandang ke bawah 
-badan tidak tegak 

Berpusing 
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing;
menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan,
belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan,
belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke
hadapan, kanan/kiri......pusing 

Kesalahan biasa : 
-badan berlonjak semasa berpusing 
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing 
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing 
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki 
-keberatan badan di atas kaki yang belakang 
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang 
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang 

Bersurai dan keluar baris 


Hukuman : Ber......surai 
Hukuman : Keluar......baris 

Kesalahan biasa ; 
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris 
Berjalan 
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit ) 
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci 
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci 
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci 
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci 

Masa berjalan 
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit 
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit 
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih 
~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit 

Cepat jalan 
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan 

Ingatan: 
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya
separas bahu. 
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki. 

Kesalahan biasa : 
-lutut kendur 
-lenggang tidak lurus 
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit 
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret
tumit. 
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik
tangan juga tidak sama 

Berhenti 
Hukuman : Skuad, skuad...... henti 

Kesalahan biasa : 
- bergoyang selepas berhenti 
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti 
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti 
-turun tangan terlalu lambat 
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan 

Pusing ke belakang 
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing 

Kesalahan biasa : 
- lutut bengkok semasa pusing 
-membiarkan tangan berayun-ayun 
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi 
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan 

Tukar langkah 
(cepat jalan) 
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan) 

Kesalahan biasa : 
-melenggangkan bahu dan tangan 
- tidak membongkokkan lutut 
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga 

(semasahentak kaki sahaja) 


Hukuman : tukar langkah 

Kesalahan biasa : 
-badan seolah-olah mengeliat 
-terlalu pantas 

Hormat semasa berjalan 


Ke kanan hormat 
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat 
hadapan hormat 
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat 

Kesalahan biasa : 
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan. 

Anda mungkin juga menyukai