Anda di halaman 1dari 11

KAWAD TANPA SENJATA DALAM KEDUDUKAN STATIK

BIL PERKARA KATA PERINTAH/ PERGERAKAN


1 Kawad Tanpa Senjata Arahan kawad:
Skuad, Skuad. Sdia
1.1.1 Sedia
Pergerakan:

1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas


pergelangan kaki (angklet) atau setinggi 6
inci dari paras bumi dan hentak di sebelah
kaki kanan.
2. Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu
bunyi sahaja serentak dengan kiraan Satu.

1.2 Senang diri Arahan kawad:


Senang Dri

Pergerakan :
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas
angklet bawa ke sebelah kiri supaya
terdengar satu bunyi dengan kiraan Satu,
2. Masa itu juga bawa kedua-dua tangan ke
belakang tangan kanan rapat di hadapan
tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang.

1.3 Rehatkan diri Arahan kawad:


Rehatkan.... Dri

Pergerakan:
1. Lemahkan semua anggota badan &
kepala.
2. Tangan dinaikkan di atas punggung
serentak dengan kiraan Satu.
1.4 Membentuk Arahan kawad:
Skuad Tiga barisan di hadapan saya... Grak

(Jadikan tiga berisan) Pergerakan:


Anggota dengan pantas berlari beratur
jadikan tiga barisan kira-kira 6 langkah di
hadapan jurulatih.

1.5 Langkah ke Arahan kawad:


Hadapan ...... langkah ke hadapan.... Grak(Contoh:
1 langkah ke hadapan.....Grak)

Pergerakan:
1. Dengan pantas ambil satu langkah kaki
kiri sejauh satu inci ke hadapan dengan
kiraan Satu.
2. Angkat kaki kanan separas angklet dan
hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan
kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.
1.6 Langkah ke Arahan kawad:
Belakang ....... Langkah ke Belakang....Grak

Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas
angklet tolak ke belakang sejauh 30 inci
dengan kiraan Satu.
2. Angkat kaki kanan separas angklet dan
hentak rapat ke tumit kaki kiri dengan kiraan
Dua balik ke kedudukan sedia.

1.7 Langkah ke Arahan kawad:


Kanan ....... Langkah ke Kanan....Grak

Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kanan separas
angklet dan bawa ke sebelah kanan sejauh 12
inci .
2. Letakkan hujung kaki kanan ke bumi
dengan kiraan Satu.
3. Angkat kaki kiri separas angklet dan
hentak rapat di sebelah kaki kanan dengan
kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.

1.8 Langkah ke Arahan kawad:


kiri ....... Langkah ke Kiri....Grak

Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas
angklet dan bawa ke sebelah kiri sejauh 12
inci.
2. Letakkan hujung kaki kiri ke bumi
dengan kiraan Satu.
3. Angkat kaki kanan separas angklet dan
hentak rapat di sebelah kaki kiri dengan
kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.

1.9 Membetul-kan Arahan kawad:


barisan Ke Kanan.........Lurus

a) Ke Kanan Lurus. Pergerakan:


1. Orang nombor satu barisan hadapan
(Penanda Kanan) diam.
2. Anggota lain dengan pantas sorongkan
kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan
letakkan tapak ke bumi dengan kiraan Satu
3. Angkat kaki kanan separas angklet dan
hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan
Dua.
4. Pada masa sama palingkan muka
memandang ke kanan kecuali orang nombor
satu di dalam setiap barisan, dan anggota di
dalam barisan hadapan angkat tangan kanan
paras bahu melalui belakang orang di
kanannya kecuali penanda kanan.
5. Setelah itu angkat kaki kiri separas
angklet dan hentakkan di sebelah kaki kanan
dengan kiraan Tiga dan terus hentak kaki
kanan / kiri berturut-turut mengambil lurus.
6. Setelah mendapat kedudukan lurus,
semua anggota diam dan tunggu perintah
Pandang Depan

Peringatan:
Jika kawad dengan senjata (tangan kanan
memegang senjata) orang dalam barisan
hadapan mengangkat tangan kiri ke sebelah
kiri serta pandang kanan.

b) Pandang Depan Arahan kawad:


Pandang ....... Dpan

Pergerakan:
Dengan pantas dan serentak palingkan muka
memandang ke hadapan dan turunkan tangan
kanan ke sebelah rusuk kembali ke
kedudukan sedia.

c) Ke Kiri Lurus Arahan kawad:


Ke Kiri...... Lurus

Pergerakan:
1. Pergerakan adalah sama dengan ke kanan
lurus kecuali semua anggota dalam barisan
belakang paling ke kiri.
2. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam
dan anggota nombor satu dalam barisan
tengah dan belakang hendaklah menentukan
jarak.

d) Luruskan Barisan Arahan kawad:


Luruskan.......... Barisan

Pergerakan:
1. Penanda diam, anggota lain dengan pantas
angkat kaki kiri separas angklet dan hentak
di sebelah kaki kanan.
2. Pada masa yang sama palingkan muka ke
kanan serentak angkat tangan kanan paras
bahu melalui sebelah belakang orang di
kanannya.
3. Hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut
bergerak ambil lurus.

1.10 Nombor Arahan kawad:


Skuad.......... Nombor

Pergerakan:
Anggota barisan hadapan sahaja menyebut
bilangan nombor (membilang) dari kanan ke
kiri.

1.11 Buka/ tutup Arahan kawad:


Barisan Buka Barisan....... Grak

a) Buka Barisan Pergerakan:


1. Dengan pantas semua anggota barisan
hadapan ambil satu langkah ke hadapan
sejauh 30 inci dengan kiraan Satu.
2. Ambil satu langkah kaki kanan ke
hadapan sejauh 30 inci dengan kiraa Dua.
3. Angkat kaki kiri separas angklet dan
hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan
dengan kiraan Tiga balik ke kedudukan
sedia.
4. Bagi anggota barisan belakang,
pergerakan dibuat secara mengundur dua
langkah ke belakang dimulakan dengan kaki
kiri mengikut jarak dan kiraan sama dengan
barisan hadapan.

b) Tutup barisan Arahan kawad:


Tutup Barisan........Grak
Pergerakan:
1. Anggota barisan hadapan membuat
pergerakan sepertimana anggota barisan
belakang semasa Buka Barisan
(Mengundur).
2. Bagi anggota barisan belakang pula
membuat pergerakan sepertimana anggota
barisan hadapan semasa pergerakan Buka
Barisan (langkah ke hadapan).

1.12 Berpusing Arahan kawad:


Bergerak ke kanan, kanan....... Sing
a) Berpusing ke
kanan Pergerakan:
1. Lutut lurus
2. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan
kiraan Satu.
3. Angkat kaki kiri separas angklet
4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan
kiraan Dua.

b. Berpusing ke kiri Arahan kawad:


Bergerak ke Kiri, kiri ....... Sing

Pergerakan:
1. Lutut lurus.
2. Pusing badan 90 darjah ke kiri dengan
kiraan Satu.
3. Angkat kaki kanan separas angklet
4. Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan
Dua.

c. Berpusing ke Arahan kawad:


belakang Bergerak ke kiri, Belakang ........ Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan


memanjang. Barisan hadapan (Penanda)
berada di sebelah kiri).
Pergerakan:
1. Lutut lurus.
2. Pusing badan 180 darjah ke belakang
melalui sebelah kanan dengan kiraan Satu.
3. Angkat kaki kiri separas angklet
4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan
kiraan Dua.

Arahan kawad:
Bergerak ke Kanan, Belakang...Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan


memanjang. Barisan hadapan (Penanda)
berada di sebelah kanan.)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:
Menghadap ke Belakang, Belakang....
Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan


melintang menghadap ke hadapan)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:
Menghadap ke Hadapan, Belakang.... Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan


melintang menghadap ke belakang)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.
d. Berpusing Arahan kawad:
separuh kanan Bergerak ke kanan, Separuh.......Kanan.

Pergerakan:
1. Kedudukan lutut lurus.
2. Pusing badan 45 darjah ke separuh
kanan dengan kiraan Satu.
3. Dengan pantas angkat kaki kiri separas
angklet.
4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan
kiraan Dua.

e. Berpusing Arahan kawad:


separuh kiri Bergerak ke kiri, Separuh.......Kiri.

Pergerakan:
1. Kedudukan lutut lurus.
2. Pusing badan 45 darjah ke separuh kiri
dengan kiraan Satu.
3. Dengan pantas angkat kaki kanan
separas angklet.
4. Hentak di sebelah kaki kiri dengan
kiraan Dua.

1.13 Bersurai dan Arahan kawad:


keluar baris Keluar......Baris

a. Keluar baris Pergerakan:


1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan
Ingatan: kiraan Satu.
keluar baris 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan
digunakan semasa: hentak di sebelah kaki kanan balik ke
- Anggota dalam kedudukan sedia dengan kiraan Dua
kelas. 3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh
- Jurulatih memberi 30 darjah dengan kiraan Satu terus ke
penerangan . hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan
bersurai.
(berbeza dengan bersurai, ianya belum tamat.
Hanya bersurai sementara dan anggota tidak
dibenarkan keluar dari kawasan latihan.

b. Bersurai Arahan kawad:


Ber.........surai

Ingatan: Pergerakan:
Tujuan bersurai 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan
adalah menandakan kiraan Satu.
tamatnya latihan / 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan
aktiviti. hentak di sebelah kaki kanan balik ke
kedudukan sedia dengan kiraan Dua
3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh
30 darjah dengan kiraan Satu terus ke
hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan
bersurai.
Ingatan:
Pegawai di padang Arahan kawad:
digunakan untuk Pegawai di padang/ dalam baris,
skuad pegawai. Ber........surai

Pergerakan:
1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan
kiraan Satu.
2. Angkat kaki kiri separas angklet dan
hentak di sebelah kaki kanan balik ke
kedudukan sedia dengan kiraan Dua.
3. Buat pergerakan hormat dengan kiraan
Satu.
4. Turun tangan balik ke kedudukan sedia
dengan kiraan Dua.
5. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh
30 darjah dengan kiraan Satu , terus ke
hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan
bersurai.
1.14 Paras Arahan kawad:
Tinggi ke Kanan, rendah ke kiri, dalam satu
barisan....Paras

Ingatan: Pergerakan:
Semua anggota buat 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan
pergerakan keluar kiraan Satu.
baris kemudian 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan
beratur mengikut hentak di sebelah kaki kanan balik ke
tinggi masing-masing kedudukan sedia dengan kiraan Dua.
dan berdiri sedia 3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh
menunggu perintah 30 darjah dengan kiraan Satu , terus ke
seterusnya. hadapan tiga langkah dengan kiraan Dua,
Tiga dan terus beratur dalam satu barisan.

Arahan kawad:
Dari Kanan.......Nombor

Pergerakan:
Anggota menyebut bilangan nombor dari
kanan ke kiri.

(Anggota sebelah kanan sekali menyebut


nombor Satu, yang lain mengikut dengan
nombor Dua dan seterusnya sehingga
anggota terakhir dalam barisan. Semasa
membilang kepala tegak ke hadapan. )

Arahan kawad:
Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu
langkah ke belakang......... Grak

Pergerakan:
1. Ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30
darjah ke hadapan dengan kiraan Satu.
2. Angkat kaki kanan separas angklet dan
3. Hentak rapat ke tumit kaki kanan
dengan kiraan Dua balik ke kedudukan
sedia.
4. Bagi anggota yang mengundur, mula
dengan kaki kiri mengikut jarak dan kiraan
yang sama.

Arahan kawad:
Penanda diam, ganjil ke kanan, genap ke
kiri, kanan dan kiri......... Grak

Pergerakan:
1. Anggota barisan nombor ganjil dengan
pantas pusingkan badan 90 darjah ke kanan
dengan kiraan Satu.
2. Angkat kaki kiri separas angklet dan
hentak di sebelah kaki kanan balik ke
kedudukan sedia dengan kiraan Dua.
3. Bagi anggota barisan nombor genap
berpusing ke kiri dengan kiraan yang sama.
Arahan kawad:
Jadikan tiga barisan di hadapan saya, dari
kiri/kanan....cpat jalan

Pergerakan:
1. Langkah ke hadapan sejauh 30 inci
(tumit ke tumit) mulakan dengan kaki kanan
dengan memacakkan tumit ke bumi.
Ingatan: 2. Orang nombor genap ikut belakang
Apabila sampai di orang nombor ganjil.
tempat ditetapkan, 3. Orang nombor satu tetap menjadi orang
anggota dikehendaki nombor satu barisan hadapan.
belok ke kiri dan 4. Nombor tiga jadi nombor satu barisan
mengambil jarak dan tengah.
lurus dengan betul 5. Nombor lima jadi nombor satu barisan
serta berhenti di belakang.
tempat masing- 6. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan
masing dalam hadapan dan seterusnya sehingga anggota
kedudukan sedia. yang penghabisan.

Anda mungkin juga menyukai