Anda di halaman 1dari 14

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa

Definisi dan Konsep keguruan


Profesion perguruan merupakan profesion memproses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Mengikut Kamus Dewan profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas . keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. Kedua-dua memberi makna profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi guru tersebut dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Maksud Etika
Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford,
1994).

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional


Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Mencukupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi.

Etika Perguruan
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1.Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. 2.Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. 3.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.

Sambungan Etika Perguruan

1. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. 2. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. 3. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Guru wajib memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara bangsa.

Konsep Negara bangsa


Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: ...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan,
1991)

Sambungan Konsep Negara bangsa

Pembinaan bermaksud pembangunan, negara bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan bangsa pula bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. (menurut kamus dewan edisi ketiga.) Negara berbilang kaum dan agama pula bermaksud penduduk sesebuah negara yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan. Perkongsian nilai bermaksud hidup bersamasama dalam suatu sifat ketinggian pemikiran kemasyarakatan.

Sambungan Konsep Negara bangsa

Semangat patriotisme merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Keseluruh frasa tersebut bermaksud pembangunan sesebuah masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa, hidup bersama-sama dalam suatu ketinggian sifat serta perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air bagi memajukan negara Malaysia yang tercinta.

Sambungan Konsep Negara bangsa

Kementerian berhasrat membangunkan warganegara daripada awal persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Glokal ( global dan lokal).
Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.

Masyarakat Glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah Masyarakat yang berakar nasional dan berakal internasional.

Sambungan Konsep Negara bangsa

Fokus kementerian dalam membina negara bangsa mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia.

Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan etika profesion keguruan dalam pembinaan negara bangsa
FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasional menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau pendekatan dari segi agama harus menjadi perkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Kerohanian yang mantap dan suci membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

Sambungan Peranan dan tangungjawab guru ....

Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan. Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat yang akan membina tingkah laku normal. Ttugas ini berjaya sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

Pemantapan akidah teras perubahan dan kemajuan Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kita terlalu bersifat akademik, mekanistik dan materialistik sehingga kadang kala melahirkan pelajar yang begitu jauh daripada pencipta. Akidah hendaklah selari dengan peningkatan pendidikan. Hasrat ini dapat dilaksanakan menerusi peranan hakiki guru untuk memantapkan akidah pelajar selari dengan peningkatan pencapaian kecemerlangan akademik. Pembangunan insan asas kualiti hidup Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap. Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang

Anda mungkin juga menyukai