Anda di halaman 1dari 5

Nota Sains Tahun 4 - Kemahiran Saintifik (Bab 1)

KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN SAINTIFIK
1. Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui
kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.
2. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses
sains dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu.

Kemahiran Proses Sains

Memerhati
Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk
mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.

Mengukur dan Menggunakan Nombor


Dengan menggunakan alat dan radas.

Membuat Inferens
Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.

Berkomunikasi
Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah.

Mengelas
Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.

Meramal dan Membuat Hipotesis


Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.

Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa


Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan
mengikut masa.

Mentafsir Maklumat
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada
maklumat
yang dikumpul.

Mendefinisi Secara Operasi


Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu
dilakukan
dan diperhatikan.

Mengawal Pembolehubah
Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati
hubungannya
dengan pembolehubah yang lain. Pada masa yang sama, pembolehubah yang lain
dimalarkan.
Membuat Hipotesis
Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu
perkara atau
peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Mengeksperimen
Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran - kemahiran proses di atas.

Kemahiran Manipulatif

Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan


murid:
 menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;
 menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat;
 membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
 mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat;
 melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.
BAB 2 : PERATURAN BILIK SAINS

Peraturan Bilik Sains Adalah penting bagi setiap murid-murid untuk mengamalkan peraturan bilik
sains ketika berada di dalam bilik sains.

Berikut adalah peraturan am ketika berada di dalam bilik sains:

 Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik sains tanpa kebenaran dan arahan guru.
 Murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah, makanan dan minuman ke dalam bilik sains.
 Murid adalah dilarang sama sekali menyentuh sebarang radas dan bahan di dalam bilik sains
melainkan mendapat arahan guru untuk berbuat demikian.
 Murid tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di dalam bilik sains tanpa kehadiran,
kebenaran dan arahan guru.
 Murid dilarang sama sekali bergurau, bermain dan berlari di dalam bilik sains.
 Sebarang kerosakan radas mestilah dilaporkan kepada guru dengan segera.
 Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam botol asalnya.
 Bahan kimia cecair yang tidak dikehendaki mestilah dibuang ke dalam singki dan
dibilas/disingkirkan dengan air.
 Bahan-bahan pepejal mestilah dibuang ke dalam bakul sampah.
 Semua radas mestilah dibersihkan dan dikembalikan ke tempat asalnya selepas digunakan.
 Bahan kimia dan radas sains tidak boleh dialihkan dan dibawa keluar dari bilik sains tanpa
kebenaran guru.
 Murid mesti berdisiplin dan mengikut arahan guru sepanjang berada di dalam bilik sains.
 Murid mestilah membersih dan mengemas tempat masing-masing sebelum meninggalkan
bilik sains.
BAB 3

Anda mungkin juga menyukai