Anda di halaman 1dari 9

 

PERATURAN KESELAMATAN UMUM DI M


 

 Jangan  bersikap sambil  lewa  semasa berada di makmal dan


sentiasa berhati-hati terhadap sebarang sumber bahaya.

 Gunakan  peralatan keselamatan dan alat lindung diri (ALD)


yang sesuai dengan sumber bahaya semasa berada atau
bekerja di makmal/bengkel seperti kot makmal, kasut yang
tidak bertapak licin, sarung tangan getah apabila
mengendalikan asid pekat dan seumpamanya.

 Jangan berlari atau bermain di makmal/bengkel atau di


sepanjang koridor makmal/bengkel.

 Jangan   makan/minum,   membawa   atau   menyimpan 


makanan/minuman di dalam makmal/bengkel, termasuk
menyimpan makanan/minuman di dalam peti sejuk
makmal/bengkel.

 Pastikan pintu/laluan kecemasan tidak terhalang dan dapat


dibuka dengan mudah semasa kecemasan/kebakaran.

 Pastikan semua bekas bahan kimia termasuk sisa kimia


dilabel dengan betul dan jelas.

 Apabila  mencairkan    asid   pekat  terutamanya  asid 


sulfurik, sentiasa dahulukan dengan mencampurkan asid ke
dalam air. Lakukan kerja pencairan ini di dalam kebuk wasap.

 Jangan pipet larutan dengan mulut: gunakan penyedut pipet.

 Jangan rasa atau hidu bahan kimia.

 Jangan bawa atau benarkan mereka yang tidak berkenaan


masuk atau berada di makmal/bengkel.
  Setiap tumpahan mestilah dibersihkan dengan segera.

 Gunakan bekas/alatan yang sesuai untuk membawa atau


memindahkan bahan kimia/barangan.

 Jangan    bekerja    sendirian   di makmal/bengkel. Pastikan 


Peraturan Bekerja Di Makmal/Bengkel Selepas Waktu Pejabat
dipatuhi.
 Pastikan   semua  peralatan  elektrik, kipas, lampu   dan  
seumpamanya   dipadamkan   sebelum   anda meninggalkan
makmal/bengkel.

 Pastikan radas kaca, jarum picagari, botol kosong, bekas


bahan kimia dan seumpamanya tidak dibuang bersama
sampah biasa atau dibuang dalam tong sampah biasa.

 Jangan tinggalkan botol atau bekas bahan kimia di dalam


kebuk wasap selepas digunakan.

 Jangan menuang atau membuang sisa kimia ke dalam sinki


kimia ke dalam sinki biasa. Ikuti Prosedur Pengurusan dan
Pelupusan Sisa Kimia Universiti.
 Setiap kemalangan mestilah dilapor dan disiasat. Setiap
kecederaan perlu dirawat.
  

PERATURAN MAKMAL SAINS

Keselamatan di makmal sains merupakan aspek utama untuk melindungi mereka yang
bekerja dalam makmal sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di
luar jangkaan. Antara bahaya yang mungkin berlaku di makmal sains adalah kebakaran,
letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam
makmal sains merupakan tanggungjawab pengetua, guru sains, staf sokongan makmal sains 
dan pelajar sendiri.

PERATURAN AM

 Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasukki makmal sains dan bilik
persediaan.
 Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa
kebenaran guru sains.
 Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
 Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke
tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.
 Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
 Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
 Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau staf
sokongan makmal berkenaan.
 Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
 Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan
teratur.
 Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan kertas,
lidi dan mancis tidak dibenarkan.
 Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong
sampah.
 Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa
bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
 Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke
dalam makmal sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.
 Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran
dan pengawasan guru.
 Pelajar dilarang bermain-main di dalam makmal sains.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

 Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang
akan digunakan itu adalah betul.
 Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.
 Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.
 Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.
 Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah
beracun dan mengkakis.

PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI

 Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula
ke habitatnya.
 Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.
 Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.
 Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianya hendaklah
dilaporkan kepada guru dengan segera.

Perpustakaan dibuka jika dirasakan perlu/arahan pengetua.

11.2 Kemasukan pelajar


11.2.1 Waktu persekolahan
a) Berpakaian seragam sekolah yang lengkap.
b) Merekodkan kemasukkannya di dalam buku yang disediakan di kaunter.
c) Masuk bersama guru sesuatu matapelajaran atau guru pengganti (pelajar
tidak dibenarkan masuk jika tiada guru yang mengawasinya.
d) Tidak boleh meninggalkan perpustakaan tanpa memberitahu guru yang
mengawasi/guru perpustakaan/pembantu pusat sumber.

11.2.2 Waktu petang


Berpakaian seragam sekolah yang lengkap.

11.2.3 Waktu-waktu lain


Hanya T – Shirt sekolah sahaja dibenarkan di samping pakaian lain yang
lengkap.

11.3 Semasa berada di dalam perpustakaan


a) Tidak boleh membuat bising.
a) Berkelakuan sopan.
b) Menjaga denganbaik buku-buku dan perabot perpustakaan.
c) Tidak boleh membawa masuk buku teks, kotak pensil, pisau atau gunting.
d) Tidak dibenarkan makan, minum dan tidur.
e) Tidak dibenarkan menanggalkan tanda nama atau memakai tanda nama
pelajar.

11.4 Sebelum meninggalkan perpustakaan


a) Menyusun semula kerusi yang telah digunakan.
b) Menyusun semula buku-buku yang telah digunakan diraknya.
c) Meletakkan semula akhbar-akhbar dan majalah ke tempatnya.
d) Menunjukkan semua buku dan kertas-kertas semasa keluar kepada pengawas
pusat sumber yang bertugas dipintu.

11.5 Pinjaman Buku dan Pemulangan Buku


a) Setiap pelajar dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja untuk sekali
pinjam.
b) Tidak dibenarkan meminjam buku dengan menggunakan kad perpustakaan
pelajar lain.
c) Waktu peminjaman dan pemulangan buku.

d) Tempoh Peminjam
1.5.4.1 Buku Fiksyen dan bukan Fiksyen - 1 minggu
1.5.4.2 Buku Rujukan/Siri Ulangkaji - 3 hari
e) Memastikan buku-buku yang dipinjam dalam keadaan baik.
f) Peminjam perlu mempastikan buku-buku yang dipinjamnya telah dicap tarikh
pemulangan yang betul.
g) Peminjam perlu menulis nama tingkatan pada kad peminjam buku.
h) Buku-buku yang dipinjam tidak dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan.

11.6 Denda
a. Buku yang lewat dipulang;
a) Buku Fiksyen: Hari Pertama = 10 sen
Hari-hari Berikutnya = 5 sen
b) Buku Rujukan: Hari Pertama = 20 sen
Hari-hari Berikutnya = 10 sen
b. Buku yang hilang, harga buku dan denda tambahan sebanyak RM3.00
c. Digantung kad pinjaman.
- telah melakukan beberapa kali perkara yang menyalahi undang-undang
perpustakaan.

11.7 Kad Pinjaman


a) Seorang pelajar berhak memiliki hanya dua keeping kad pinjaman (kecuali
Pengawas Pusat Sumber yang dibenarkan memiliki tiga keeping kad)
b) Pada tiap-tiap awal tahun (awal persekolahan), pelajar-pelajar tingkatan 1
akan diberi dua keeping kad secara percuma. Sekiranya kad tersebut hilang
pelajar-pelajar boleh mendapatkan kad yang baru dengan harga 40 sen
sekeping.
c) Tiap-tiap orang ahli perpustakaan akan diberi nombor ahli yang dicapkan
pada kad pinjamannya
d) Kad pinjaman tidak boleh ditukar milik.
e) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meminjamkan kadnya kepada orang lain.
f) Kad-kad ini perlu berada dalam keadaan yang baik dan sebarang
pengubahsuaian terhadapnya tidak akan diperakukan.
g) Gambar-gambar ukuran pasport perlu ditampal pada kad pinjaman ini.
Salinan Photostat juga boleh digunakan asalkan jelas. Gambar yang telah
diubahsuai tidak akan dianggap sah.

PERATURAN-PERATURAN AM PERPUSTAKAAN

1. Tanggalkan kasut sebelum masuk ke perpustakaan.

2. Dilarang berbual kosong, membuat bising atau bergaduh di dalam perpustakaan.

3. Jangan bawa makanan atau minuman ke dalam perpustakaan.

4. Murid dikehendaki meletakkan beg di luar perpustakaan.

5. Pinjam buku mengikut jadual yang ditetapkan.

6. Buku-buku yang telah dibaca mesti disimpan semula ke tempat asal.

7. Kerusi disusun dengan kemas setelah digunakan.

8. Pastikan tiada sampah ditinggalkan selepas menggunakan perpustakaan.

9. Pastikan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan perpustakaan.


10. Murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan pada sesi pembelajaran kecuali
bersama guru untuk tujuan tertentu

PANDUAN PERATURAN DI STOR

PJK (PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN )

PASTIKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA GURU PENDIDIKAN JASMANI SEBELUM
MENGAMBIL PERALATAN SUKAN YANG DIPERLUKAN.DILARANG MENGAMBIL PERALATAN SUKAN TANPA
KEBENARAN.

SILA BERATUR KETIKA BERADA DIHADAPAN PINTU BILIK STOR PJK.

SETIAP PERALATAN SUKAN YANG DIAMBIL PERLULAH DI REKOD KE DALAM BUKU REKOD PENGGUNAAN STOR PJK.

SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN, ELAKKAN  DATANG KE STOR PJK DENGAN BERSENDIRIAN TANPA
MEMAKLUMKAN PADA GURU PENDIDIKAN JASMANI.

SETIAP PERALATAN SUKAN HENDAKLAH DIKEMBALIKAN DAN DILETAKKAN MENGIKUT SUSUNAN ASALNYA. PIHAK
STOR PJK BERHAK MEMINTA TUNTUTAN GANTI RUGI DARIPADA KELAS TERBABIT ATAS SEGALA
KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN PERALATAN SUKAN YANG DIGUNAKAN.

PASTIKAN PINTU SENTIASA DITUTUP SEBELUM BEREDAR UNTUK MENGELAKKAN KEHILANGAN PERALATAN SUKAN.

AMALKAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEBERSIHAN STOR PJK,KUTIP SAMPAH APABILA TERNAMPAK DI
PERSEKITARAN DAN BUANG IA KE DALAM TONG SAMPAH.

PASTIKAN SEMUA SUIS DITUTUP SEBELUM BEREDAR KELUAR.

Peraturan di bengkel kemahiran hidup

PERATURAN KESELAMATAN AM

1. Sentiasa patuhi arahan guru.


2. Jangan masuk dan keluar makmal tanpa kebenaran guru.
3. Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel.
4. Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.
5. Tumpukan perhatian terhadap kerja yang dibuat.
6. Bekerja dengan teratur dan sistematik.
7. Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan.
8. Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.
9. Sekiranya timbul keadaan berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.
10. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

2. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua


pengguna makmal komputer:

2.1      Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam

          makmal.

2.2      Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam

makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

2.3      Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas

terlebih dahulu.

2.4      Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari

makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

2.5      Pelajar dilarang melaraskan pengdingin hawa.

2.6      Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.

2.7      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru

pengawas.

2.8      Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik

atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

2.9     Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian 

          komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal,

laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan

mana-mana suis yang perlu.

2.10         Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada

guru yang bertugas.

2.11         Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

2.12         Dilarang membuat bising di dalam makmal.


2.13         Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang

mengandungi  unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.

2.14         Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.

2.15         Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.

2.16         Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak

Boleh disimpan dalam cakera keras.

2.17         Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan

oleh guru.

2.18         Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke

makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

2.19         Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku  

log komputer.

2.20         Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal

Komputer.

Senarai Peraturan Makmal Komputer

1.     Pengguna tidak boleh masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa
ketiadaan guru.

2.     Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi supaya
kemas.

3.     Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas.

4.     Pastikan alat pemadarn api ada dan boleh digunakan.

5.     Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

6.     Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jaduai Waktu Penggunaan makmal


komputer.

7.     Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku log / rekod penggunaan makmal
komputer

8.     Pengguna dilarang melayari Internet pada alamat-alamat yang tidak senonoh (lucah).

9.     Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan
bergaduh dalam makmal komputer.
10.   Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.

11.   Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke dalam makmal
kecuali dengan izin guru yang bertugas.

12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal
kecuali dengan izin guru yang bertugas.

13.   Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau
sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera pada guru yang
bertugas.

Anda mungkin juga menyukai