Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA

KERTAS CADANGAN
PROGRAM SAMBUTAN MINGGU SAINS PADA 09 13 OKTOBER 2004 ANJURAN: PANITIA SAINS SK SERI KENANGA 2006
PENGENALAN

Sains merupakan salah satu daripada subjek-subjek teras yang telah diperkenalkan oleh kementerian pelajaran. Ia sering dianggap sebagai salah satu subjek yang agak membebankan oleh para pelajar. Ditambah lagi dengan pengenalan kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kesedaran saintifik di kalangan para pelajar juga semakin menurun. Program Sambutan Minggu Sains merupakan salah satu daripada strategi dan usaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi dan penguasaan subjek sains sekolah ini. Selama minggu sains ini dijalankan, ianya akan dapat memberikan impak yang positif ke atas peningkatan kesedaran saintifik dan juga prestasi para pelajar di dalam peperiksaan sains di sekolah ini. Ianya juga akan dapat membudayakan Pemikiran Saintifik di kalangan para pelajar.

MATLAMAT Matlamat program sambutan ini adalah untuk membantu mempertingkatkan prestasi pelajar dalam penguasaan kemahirankemahiran saintifik yang diperlukan di dalam mata pelajaran Sains dan seterusnya dapat membudayakan pemikiran saintifik di kalangan pelajar sekolah ini.

OBJEKTIF/ RASIONAL Antara rasional aktiviti ini dijalankan ialah ;1. Melahirkan pelajar yang boleh menguasai kemahirankemahiran saintifik dan kemahiran proses sains yang amat diperlukan dalam subjek sains sekolah rendah yang amat susah diperolehinya dalam situasi P & P harian. Menerapkan kesedaran saintifik dan secara tidak langsung dapat menambahkan pemahaman terhadap tajuk-tajuk yang telah dipelajari mereka dalam pembelajaran harian khususnya kepada topik-topik yang tidak mempunyai contoh-contoh secara maujud. Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang dapat membantu mereka menggunakan pemikiran secara KBKK. Memupuk dan membentuk minat pelajar terhadap konsepkonsep asas sains dan secara tidak langsung terhadap mata pelajaran sains.

2.

3. 4.

KUMPULAN SASARAN Semua pelajar Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. TEMPOH MASA Akan dijalankan sepanjang minggu AKTIVITI

HARI

AKTIVITI

TINDAKAN Tahun 1 Puan Siti Khadijah bt Mohd Noor Tahun 2 Puan Mariati bt Ahmad Tahun 3 Encik Mohd Zaki b Mamat Tahun 4 Encik Zafarul Islam b Mohamed Idris Tahun 5 Puan Hazlinda bt Haron Tahun 6 Puan Fatmah bt Mohd Zaki

SELASA ( 10 OKTOBER 2006 )

Pertandingan Kuiz

RABU ( 11 OKTOBER 2006 )

Pertandingan Mewarna

Encik Zafarul Islam b Mohamed Idris

Pertandingan Eureka KHAMIS ( 12 OKTOBER 2006 ) Pertandingan Rekacipta JUMAAT ( 13 OKTOBER 2006 )

Guru Sains Tahun 4, 5 dan 6 Guru Sains Tahun 4, 5 dan 6 ( Kumpul Penyertaan dari murid ) Semua Guru Sains Sesi Pagi

Pameran Sains

TEMPAT Akan dijalankan dalam bilik darjah seperti kelas harian dan juga di dewan sekolah semasa pameran.

KEWANGAN Sila rujuk Lampiran Perbelanjaan GURU YANG TERLIBAT Semua guru terlibat dalam minggu sains ini adalah guru-guru mata pelajaran sains sekolah. Tahun diajar 6, 5, 1 6, 5 4, 5 4 4, 1 5 3 2

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. PENUTUP

Nama Guru Puan Hazlinda bt Haron Puan Fatmah bt Mohd Zaki Encik Zafarul Islam b Mohamed Idris Puan Sarinah bt Md Jamin Puan Siti Khadijah bt Mohd Noor Puan Maselah bt Mohd Tahir Encik Mohd Zaki b Mamat Puan Mariati bt Ahmad

Segala aktiviti yang dirancang atau yang telah dilaksanakan adalah semata-mata untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran para pelajar. Aktiviti ini dijalankan bukan sahaja untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan malahan sebagai satu persediaan para pelajar untuk melangkau ke alam persekolahan menengah mereka, supaya mereka lebih yakin dan bersedia. Kejayaan pelaksanaan program ini juga dengan sendirinya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pencapaian mata pelajaran Sains sekolah ini agar terus berada dalam landasan kecemerlangan yang sebenar. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, Disediakan oleh :
( PUAN HAZLINDA BT HARON ) TAHIR ) ( PUAN

Disemak oleh :
MASELAH BT MOHD

Ketua Panitia Sains Sek. Keb. Seri Kenanga. Johor Bahru

Guru Besar Sek. Keb. Seri Kenanga Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai