Anda di halaman 1dari 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Kanak-kanak itu suka __________ ais krim yang manis berperisa durian itu.
(ID:1257831817585 /KLON/UPSR/2009/1)

A B C D

menjilat mengulum menghisap mengemam

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 2 "Tuan-tuan boleh tunggu sekejap? Guru Besar __________ sedang bermesyuarat," kata guru itu kepada bapa-bapa murid yang hadir. A B C D kami dia beliau saya

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 3 "Keperluan untuk keluarga haruslah diberi __________ berbanding dengan keperluan diri," kata Encik Rahim kepada rakannya. A B C D keupayaan keutamaan sokongan petunjuk

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 4 Muka Ah Seng bengkak-bengkak kerana __________ dengan budak nakal itu pagi tadi. A bersaing

B C D

berdebat berlawan bertumbuk

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 5 Kami tidak berasa __________ semangat untuk bertemu pasukan yang pernah menjadi juara dalam pertandingan kuiz kesihatan pada minggu hadapan. A B C D lemah curiga gundah ragu

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 6 Pokok lada dan terung yang ditanam oleh Pak Said menjadi __________ sejak menggunakan baja organik yang dibekalkan oleh Persatuan Peladang. A B C D besar subur gemuk gempal

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 7 Kesemua peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian 100 meter memberikan persaingan yang __________ . A B C D kuat tegang sengit pantas

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 8 Saya dan keluarga sedang makan __________ Wong dan kawan-kawannya sampai.

A B C D

sehingga sewaktu supaya setelah

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 9 Perlawanan bola sepak itu akan disambung __________ minggu hadapan kerana cuaca buruk. A B C D pada ke kepada di

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 10 Gerai makanan yang dibina di __________ jalan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa. A B C D belakang tengah luar tepi

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

11

Dalam majlis perkahwinan, duit __________ merupakan sesuatu yang harus disediakan oleh pihak lelaki. A B C D menghantar penghantar hantaran berhantar

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

12

Pelbagai perayaan serta tempat-tempat peranginan yang indah telah menjadi daya __________ untuk pelancong datang ke Malaysia. A B C D tertarik menarik penarik tarikan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 13 Kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat supaya badan mempunyai __________ yang kuat untuk melawan penyakit. A B C D daya tahan maju jaya timbal balik ubah suai

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 14 Setelah bermain __________, akhirnya Pasukan Satria berjaya menewaskan Pasukan Perdana dalam perlawanan akhir bola sepak. A B C D berbolak-balik berasak-asak bermati-matian berselang-selang

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 15 Kedengaran __________ bunyi tembakan di kawasan pedalaman itu kerana tentera kerajaan sedang menyerang __________ yang memberontak. A B C D degum-degam ... puak-puak gegak-gempita ... lanun-lanun riuh-rendah ... penjahat-penjahat hingar-bingar ... orang-orang

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

16

Puan Kalsom menggunakan __________ benang untuk menjahit baju raya anak perempuannya. A B C D segelung segulung sebuku seketul

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 17 Tukang jahit itu memerlukan banyak __________ kain untuk membuat satu __________ alas kaki. A B C D kelompok unit kerat baris cebis bidang kilogram carik

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 18 Sebagai seorang guru yang cemerlang, kita hendaklah memberi __________ yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah. A B C D buah tangan buah fikiran buah mulut buah hati

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 19 Jalan raya menuju ke kampung itu sangat merbahaya kerana keadaannya __________. A B C D seperti duduk dalam duri bagai itik pulang petang bagai wau putus teraju seperti ular kena palu

20

Sejak berpindah ke tempat baharu, keluarga Pak Jamal tidak bahagia lagi. Pilih perkataan berlawan bagi bahagia. A B C D luka derita hancur musnah

21

Cikgu Amran mengarahkan murid-muridnya supaya membersihkan kawasan perkhemahan sebelum mereka bertolak pulang. Pilih perkataan seerti bagi mengarahkan. A B C D memerintah membantu meminta menasihati

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22 I. Emak tidak membenarkan kami berkawan dengan budak yang buruk itu. II. Perangai Ranu yang buruk itu tidak disukai oleh kawan-kawannya. III. Dia terus mengayuh perahunya dalam cuaca yang semakin buruk. IV. Pak Tajul dan dua orang anaknya tidur di atas tilam yang buruk.

A B C D

I dan II sahaja I dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23 I. Pokok-pokok durian di kebun kami berbuah lebat. II. Hujan lebat yang turun sejak dua jam yang lalu telah menyebabkan banjir kilat berlaku. III. Kawasan hutan lebat itu akan dibuka untuk projek pertanian. IV. Pemuda yang bermisai lebat itu ialah tunang Ayu.

A B C D

I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 24 Untuk menyediakan milo ais, kita hendaklah mengacau milo dengan susu sebelum ais dimasukkan. A B C D Mengapakah milo dikacau dengan susu? Bagaimanakah kita hendak membuat milo ais? Bagaimanakah milo, susu dan ais dimasukkan sebelum dikacau? Mengapakah ais dimasukkan bersama-sama dengan milo dan susu?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. 25 Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menambahkan kelazatan kek yang dibuat oleh ibu? A B C D Ya, kek buatan ibu memang menjadi kegemaran ramai. Selain telur dan gula, susu juga perlu digunakan untuk membuat kek. Telur dan gula sudah dimasukkan ke dalam adunan kuih itu. Telur dan gula yang secukupnya menjadikan kek yang yang dibuat oleh ibu itu lazat.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26 Polis telah menembak mati tiga orang perompak yang melarikan wang tebusan itu. A B C D Perompak-perompak yang telah mati ditembak oleh polis telah melarikan wang tebusan itu. Perompak-perompak telah menembak mati polis yang cuba melarikan wang tebusan itu. Tiga orang perompak yang melarikan wang tebusan itu telah ditembak mati oleh polis. Tiga orang perompak yang akan melarikan wang tebusan itu telah ditembak mati oleh polis.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 27 "Kamal, sudahkah kamu mengambil surat yang dikirim oleh Salman?" tanya Ali.

A B C D

Kamal menanya Ali tentang surat yang dikirim oleh Salman. Kamal bertanya tentang surat yang dikirim oleh Salman kepada Ali. Ali bertanya kepada Kamal yang telah mengambil surat yang dikirim oleh Salman. Ali menanya Kamal sama ada dia sudah mengambil surat yang dikirim oleh Salman.

Pilih ayat yang betul. 28 A B C D Berjam lamanya Amirul menunggu Aiman di perhentian bas. Sepertiga daripada harta Mahmud diwasiatkan kepada anak-anak yatim. Jarak antara sekolah dengan rumah saya hanya berapa meter sahaja. Setengah penjual makanan tidak mementingkan kebersihan gerai mereka.

Pilih ayat-ayat yang betul. 29 I. Adik masih lagi menggunakan susu botol untuk minum walaupun sudah berusia empat tahun. II. Ainul menggunakan papan tanda sebagai panduan untuk ke destinasi yang ditujuinya. III. Ayah mengangkut batu-batu kerikil itu menggunakan sorong kereta. IV. Walaupun sudah lama digunakan, namun lampu suluh itu masih berfungsi dengan baik.

A B C D

I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Pilih ayat-ayat yang betul. 30 I. Anda perlu membaca petikan ini dengan teliti. II. Beg adik masih ada di atas meja itu. III. Wah, pedihnya luka pada kakiku ini! IV. Kedua-dua orang murid itu berasal daripada Johor.

I dan II

B C D

I dan IV II dan III III dan IV

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Taman Negara terletak di antara sempadan 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Taman Negara Pahang merupakan kawasan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km2, diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km2, dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km2. Taman ini menjadi sebuah destinasi pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan yang merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara. Para pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Hal ini demikian kerana kawasan inilah yang mudah sekali untuk mereka lakukan aktiviti tersebut. Di Taman Negara terdapat banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus. Antaranya harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Para pengunjung berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan tersebut hidup di dalam habitatnya, namun mereka ditegah sama sekali untuk berburu. Pelancong yang datang ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat lebih daripada 300 spesies ikan terutamanya daripada keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi di sungai-sungai di Taman Negara. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada ikan kelah, iaitu sejenis ikan yang amat digemari oleh para pemancing. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan bermain sukan air. Daya tarikan lain yang boleh ditemui di Kuala Tahan, iaitu tempat utama Taman Negara Pahang. Di sini terdapat Gua Telinga, dan Lata Berkoh yang dapat menggamit kedatangan pengunjung. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, mendengar kicauan pelbagai spesis burung, ataupun merentas hutan dan melihat pemandangan yang indah ketika menyusuri Sungai Tahan. Kesemua ini memberikan keunikan kepada para pengunjung. Semua pengunjung mesti mendapatkan kelulusan atau permit

daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Mereka perlu berbuat demikian demi menjaga keselamatan diri ketika berada di kawasan ini. Para pengunjung juga berpeluang untuk bermalam kerana terdapat banyak hostel dan hotel disediakan di taman ini dengan bayaran yang berpatutan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai Kraf tangan yang menawarkan pelbagai cenderahati kepada para pengunjung. 31 Apakah nama kawasan yang paling sesuai untuk memulakan pendakian Gunung Tahan? A B C D Kuala Tahan dan Merapoh Sungai Tahan dan Gua Telinga Lata Berkoh dan Sungai Kenyam Sempadan negeri Terengganu dan Kelantan

32

Bagaimanakah para pelancong dapat menikmati keunikan Taman Negara? A B C D Memastikan keluasan kawasan hutan. Menikmati keindahan alam semula jadi. Menentukan haiwan mamalia yang ditemui. Mendapat persetujuan daripada pihak yang bertugas.

33

Mengapakah para pengunjung ke Taman Negara perlu mendapat kebenaran? A B C D Menjamin keselamatan mereka. Memudahkan pengunjung melawat kawasan taman. Memastikan mereka akan mendapat layanan yang baik. Menyenangkan pihak pengurusan menyediakan tempat penginapan.

34

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A B C D Pengunjung dapat melihat keindahan flora dan fauna. Para pelawat dapat memancing dan berburu. Para pengunjung boleh bermalam di Taman Negara. Orang ramai berpeluang untuk mendaki gunung.

35

Rangkai kata titik permulaan dalam petikan bermaksud A B C D tempat pertemuan pusat pendakian kawasan utama langkah awal

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Haji Harun Kadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Sedeli, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. Dengan izin Tuan Guru Besar, saya mewakili guru-guru pusat sumber akan memperjelaskan "Program Pertandingan Membaca Peringkat Sekolah" yang akan bermula pada minggu hadapan.Murid-murid yang dikasihi, Program ini perlu dijalankan supaya murid-murid menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada amalan harian. Mengapakah kita perlu membaca? Kita perlu banyak membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita juga perlu mempelbagaikan bahan bacaan untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kuala Sedeli dan jawatankuasanya akan terus berusaha untuk menjayakan program ini. Semua murid digalakkan menyertai pertandingan ini kecuali muridmurid tahun satu. Bacalah buku sebanyak mungkin dalam masa dua bulan ini. Sepanjang pertandingan ini berlangsung, murid-murid digalakkan membaca pelbagai jenis buku. Setelah selesai setiap pembacaan, murid-murid hendaklah membuat sinopsis sendiri tentang kandungan buku tersebut. Bagi mereka yang sukar menulis sinopsis boleh juga menulis catatan tentang watak-watak atau nilainilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. Muridmurid juga dapat mengetahui dan memahami sendiri akan nilai-nilai negatif dan nilai-nilai positif yang terdapat dalam buku cerita yang dibaca. Dengan itu, murid-murid boleh membuat kesimpulan, catatan, dan mendapat pengajaran. Murid-murid yang dikasihi, Semua Ahli Jawatankuasa Kerja Pertandingan Membaca yang terdiri daripada Ketua Pustakawan, pustakawanpustakawan, pengawas-pengawas dan murid-murid lain juga dinasihatkan supaya menyertai pertandingan ini. Semua guru Sekolah Kebangsaan Kuala Sedeli akan menjadi pengadil yang diketuai oleh Puan Rozita Ahmad, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Peserta yang

mendapat tempat pertama, kedua, dan ketiga akan menerima hadiah utama dan sepuluh hadiah sagu hati. Oleh itu, besarlah harapan saya dan semua guru sekolah ini agar murid-murid menyertai pertandingan ini secara menyeluruh. Semoga usaha yang murni ini mencapai matlamatnya. Sekian, terima kasih. 36 Orang yang berucap dalam perhimpunan itu ialah A B C D Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Sedeli. Wakil guru-guru Pusat Sumber Sekolah. Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Ketua Pustakawan Sekolah.

nilai-nilai negatif dan nilai-nilai positif 37 Apakah maksud pernyataan di atas? A B C D 38 Menilai sesuatu sikap dalam aspek baik dan buruk. Berhati-hati untuk mengamalkan sesuatu sikap. Setiap perlakuan ada mempunyai nilai moral. Murid-murid perlu menghayati nilai-nilai yang baik.

Mengapakah murid-murid disarankan supaya banyak membaca? A B C D Murid boleh merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan. Untuk menambah dan menguasai pelbagai bidang ilmu. Bagi memenuhi satu daripada kegiatan pusat sumber sekolah. Supaya mendapat kemahiran mengolah isi sesuatu bahan bacaan.

39

Siapakah yang dinasihatkan supaya turut menyertai pertandingan tersebut? A B C D Guru-guru. Semua murid yang belajar di sekolah itu. Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Murid-murid yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pertandingan.

40 Rangkai kata usaha yang murni bermaksud A B C D seseorang yang sentiasa bersifat ikhlas. menjauhi diri daripada sebarang kejahatan. ikhtiar untuk melaksanakan sesuatu yang baik. apa-apa yang kelihatan bersih dan menarik.

Anda mungkin juga menyukai