Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI

Laras Ilmiah

Arahan: Petikan di bawah mengandungi SEPULUH (10) penggunaan perkataan/frasa/ayat yang kurang
sesuai untuk laras ilmiah. Gariskan, nomborkan dan gantikan dengan perkataan/frasa/ayat yang paling
tepat pada ruangan jawapan yang disediakan. Nyatakan ciri-ciri laras ilmiah berdasarkan kesalahan yang
telah dikenal pasti.

Lembah Lenggong: Manusia Istimewa


Oleh: Aminah Janang

Teks Jawapan
Pada tahun 1990, penyelidik menemukan penemuan
paling menakjubkan 0. dan mengagumkan yang 0. dan mengagumkan @ frasa
mengubah taraf Lembah Lenggong sebagai Tapak digugurkan (melewah)
Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Penemuan rangka manusia paling tertua di Asia Tenggara
yang berusia 11 ribu tahun yang dikenali sebagai
Manusia Perak sekali lagi membuka mata dunia.

Kajian terhadap rangka Manusia Perak


memberitahu bahawa terdapat sesuatu yang pelik tentang
manusia tersebut. Bila Profesor Jacob melihat tulang
tangan Manusia Perak, beliau mendapati bahawa
strukturnya agak pelik kerana Manusia Perak memiliki
tulang jari tengah yang pendek, terutama pada bahagian
kiri, satu anomali yang disebut sebagai
brachymesophalangia, yang jarang-jarang berlaku
walaupun dalam kehidupan sekarang. Manusia Perak
juga tidak sempurna dan mengalami kecacatan genetik
iaitu mempunyai lengan dan kaki kiri yang lebih pendek
berbanding dengan bahagian kanan. Saiz yang tidak sama
pada lengan dan kaki kiri dan kanan Manusia Perak ini
jelas membuktikan bahawa Manusia Perak adalah tidak
sempurna dan mempunyai masalah pada genetik mereka.
Hal ini menggambarkan bahawa Manusia Perak
mempunyai lenggok jalan yang agak berbeza berbanding
dengan manusia normal.

Namun begitu, yang paling mengagumkan ialah


di sebalik kecacatan dan kesukaran untuk mendapatkan
makanan, Manusia Perak hidup dengan umur yang
panjang, iaitu antara 40 hingga 45 tahun. Tempoh
tersebut merupakan dua kali ganda jangka hayat
kebanyakan manusia pada zaman tersebut. “Rangka
Manusia Perak yang lengkap ini mungkin memberikan
petunjuk yang jelas tentang cara kematiannya. Manusia
Perak tidak ditinggalkan begitu sahaja setelah meninggal
dunia kerana pengebumiannya dilaksanakan dengan
penuh istiadat. Tangannya diletakkan pada perut,
manakala kakinya dilipat dalam kedudukan fetus,” terang
Dr. Goh.

Peralatan batu turut juga ditemukan di dalam


kubur Manusia Perak. Terdapat lebih kurang 20 ribu
cangkerang siput yang diperolehi di sungai yang
berhampiran ditanam bersama-sama Manusia Perak.
Cangkerang siput yang lebih besar ditanam hampir
dengan tubuhnya manakala, yang kecil ditabur di serata
kubur. Tulang binatang ditemukan pada sebelah tangan
kanan yang agaknya menerangkan bahawa dia turut
diberikan penghormatan selepas meninggal dunia. Lebih
daripada lima jenis daging binatang, termasuk monyet
dan biawak ditemukan tertanam bersama-samanya.
Pengebumian ini bukan sahaja memberikan gambaran
dan bayangan tentang diet manusia pada ketika itu, tetapi
juga membuktikan kepentingan Manusia Perak kepada
masyarakat.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Masyarakat, Ogos 2015)

Anda mungkin juga menyukai