Anda di halaman 1dari 13

Peribahasa Melayu selalu menyebut “sediakan payung sebelum hujan”

Huraikan kepentingan pengamalan peribahasa tersebut dalam kehidupan


masyarakat.

Dalam masyarakat Melayu terdapat begitu banyak peribahasa yang


mempunyai maksud yang mendalam. Kebiasaannya, peribahasa Melayu terhasil
daripada pengamatan masyarakat terhadap alam dan kehidupan manusia secara
keseluruhan. Peribahasa “sediakan paying sebelum hujan” merupakan bidalan
yang bermaksud kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan
dalam kehidupan ini. Jelaslah, pengamalan peribahasa ini mempunyai pelbagai
kepentingan dalam kehidupan sesuatu masyarakat itu.

Seseorang yang mengamalkan peribahasa “sediakan payung sebelum hujan”


akan senantiasa meneroka ilmu sebagai persediaan untuk kehidupan masa depan
mereka. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran ini akan sesuai dilalui
oleh mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu sahaja yang
membolehkan seseorang itu menguasai apa-apa bidang yang wujud kerana
berupaya untuk mengalahkan pesaing-pesaing mereka. Oleh itu, pemahaman
makna peribahasa ini menjadikan seseorang itu meneroka ilmu sepanjang hidup
mereka.

Selain itu, peribahasa ini turut mengaitkan sikap suka menabung. Anak-anak
perlu dididik sejak kecil untuk menabung buat kehidupan mereka yang lebih
terjamin pada masa depan. Wang yang dikumpulkan secara sedikit-sedikit itu
akan mampu digunakan pula untuk melanjutkan pelajaran mereka kelak. Jelaslah,
amalan menabung menjadi sebahagian makna dalam peribahasa ini yang banyak
kepentingannya itu.

Malahan, peribahasa ini seolah-olah memberikan satu amaran awal kepada


sesiapa sahaja untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam
hidupnya. Mereka yang memahami peribahasa ini pasti lebih sensitif dengan
keadaan sekelilingnya supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh
mendatangkan kemudaratan pula kepada. Setiap tindakan pasti akan mempunyai
dua pilihan atau aspek yakni kebaikan dan keburukan yang harus diteliti oleh
seseorang itu. Sesungguhnya, peribahasa ini menjauhkan sebarang masalah
dalam kehidupan seseorang itu.
Peribahasa ini juga amat berguna buat pelajar terutama dalam menghadapi
peperiksaan yang begitu mencabar. Mereka yang memahami maksud mendalam
peribahasa ini sudah pasti akan bersedia dengan sering menghadiri kelas di
sekolah bersama-sama membuat latihan demi latihan. Persediaan sejak awal
inilah yang bakal memberikan pelajar satu kelebihan berbanding dengan pelajar
lain yang hanya membuat persiapan pada saat-saat akhir sahaja. Sesungguhnya,
pelajar yang bersedia lebih awal akibat memahami makna peribahasa ini bakal
memperoleh kejayaan yang lebih manis dalam hidup mereka.

Kesimpulannya, peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” amat wajar


diamalkan dalam kehidupan kita. Peribahasa ini merupakan satu legasi
masyarakat dahulu kepada generasi kini yang perlu diteruskan kewujudannya.
Kehidupan masyarakat dahulu kala yang sentiasa berwaspada, beringat-ingat dan
berhati-hati perlu dijadikan contoh teladan oleh generasi kini pula. Peribahasa ini
boleh disamakan dengan peribahasa “beringat sebelum kena” yang menekankan
aspek berhati-hati dalam setiap tindakan kita.
LATIHAN 1

Arahan:
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat
pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal

Contoh 1:
Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.
(i) Tauke Lim menternak ayam daging
(ii) Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i) Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.

Sila buat latihan dalam buku latihan tatabahasa:

1. Nenek sedang melipat kain manakala ibu sibuk menggoreng keropok di dapur.

2. Jason suka melukis tetapi Joyce suka membaca buku cerita.

3. Sonia membuka kasut sekolahnya lalu masuk ke dalam rumah.

4. Ramli telah dimarahi oleh ibunya kerana ponteng sekolah.

5. Adakah Encik Azman hendak ke Putrajaya atau ke Muzium Negara.

6. Adik mengemas bilik tidurnya sambil mendengar radio.

7. En Ramli seorang yang kaya raya tetapi sangat kedekut untuk menderma.

8. Amir dan Azir didenda oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

9. Pelajar akan seronok belajar di dalam kelas yang sentiasa bersih dan kondusif.

10. Halimah membeli sejambak bunga ros untuk diberi kepada ibunya.

11. Semalam Hadi tidak hadir ke sekolah kerana demam panas.

12. Walaupun Salmah datang dari keluarga yang miskin namun dia sangat rajin belajar.
13. Hang Tuah menghunus keris Taming Sari lalu menikam Hang Jebat dalam pertarungan itu,

14. Penebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah pihak lawannya.

15. Pelajar-pelajar diarahkan berkumpul di dalam dewan untuk menjalani pemeriksaan


kesihatan mata.
LATIHAN 2
Nyatakan jenis-jenis frasa yang bergaris berikut.
Tuliskan semula frasa yang bergaris dan jawapan anda .

Frasa Nama (FN)


Frrasa Kerja (FK)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Sendi Nama (FSN)

contoh:
Kakak menanam pokok bunga di halaman.
Jawapan:
menanam pokok - frasa kerja (FN)

Bapa saya pegawai tentera yang sangat tegas.


jawapan:
pegawai tentera - Frasa Nama (FN)
sangat tegas - Frasa Adjektif (FA)

1. Salmah membuat latihan Bahasa Melayu di dalam kelas.

2. Pemuda itu menbaiki motosikalnya

3. Ramlah di perpustakaan sejak pagi tadi.

4. Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa.

5. Halim dan Halimah sangat pandai dalam mata pelajaran Matematik.

6. Bapa Ramli seorang guru.

7. Para penari kebudayaan itu dari Indonesia.

8. Para pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat.

9. Pokok kelapa itu bergoyang-goyang ditiup angin kencang

10. Adik sedang mendengar radio di dalam bilik.

11. Kami membantu ibu menyediakan makanan tengah hari di dapur.


12. Pemandangan di desa itu sangat indah dan permai.

13. Puan Hartika guru Kaunselor yang sangat baik hati.

14. Kucing dan anjing itu berkelahi di tepi jalan raya.

15. Semua warga sekolah mesti menjaga kebersihan dan keindahan kawasan sekolah.

16. Ibu menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh.

17. Pasu-pasu bunga itu pecah apabila dilanggar oleh kucing itu.

18. Kami di dalam rumah ketika kejadian rompakan itu berlaku.

19. Baju yang dipakai oleh Fatimah sangat mahal.

20. Bungkusan itu untuk adik sempena hari lahirnya.


PENGGUNAAN "DI ANTARA" DAN "ANTARA"

Banyak pengguna bahasa menyalahgunakan frasa di antara dengan antara. Oleh sebab
itu, saya ingin menerangkan perbezaan antara kedua-dua frasa ini.

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama.
Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan
fizikal atau tempat.

Contohnya:
1.
Anak kecil itu duduk antara ibu dengan bapanya.(salah)
Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. (betul)

2.
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. (salah)
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. (betul)

Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan
perbandingan.
Contohnya:

3.
Di antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. (salah)
Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. (betul)

4.
Di antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (salah)
Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (betul)

Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.

Contohnya:
5.
Antara lagu-lagu persembahannya ialah “Janji Manismu” dan “Kau Mawarku”. (salah)
Antara lagu persembahannya ialah “Janji Manismu” dan “Kau Mawarku”. (betul)

6.
Antara faktor-faktor murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. (salah)
Antara faktor murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. (betul)
Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami
penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan
sebagainya yang tertentu.

Contohnya:
7.
Mereka berbincang di antara adik-beradik. (salah)
Mereka berbincang antara adik-beradik. (betul)

Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh,
seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya,
dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya.

Contohnya:
8.
Jarak di antara dua buah bangunan itu jauh. (salah)
Jarak antara dua buah bangunan itu jauh. (betul)

Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -
nya.

Contohnya:
9.
Di antara mereka, banyak persamaannya. (salah)
Antara mereka, banyak persamaannya. (betul)

10.
Jangan ada dusta di antara ahli kita. (salah)
Jangan ada dusta antara ahli kita. (betul)

Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kata sendi nama antara dengan kata
arah di antara, sama ada dari segi golongan kata mahupun penggunaannya. Oleh itu, sebagai
pengguna bahasa yang peka kepada perbezaan tersebut,
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program
motivasI.
Bahagian B.

Soalan no.1:

Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan


anda sering terlibat dalam program-program tersebut.

Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program


motivasi.

CADANGAN JAWAPAN:

Pendahuluan

saya telah berpeluang mengikuti program motivasi anjuran pihak sekolah -


diadakan di tapak perkhemahan air terjun yang terkenal di tempat saya -
program motivasi ini diadakan selama tiga hari dua malam -bertujuan
untuk menimbulkan kesedaran dan motivasi - pelbagai aktiviti dijalankan
sepanjang program motivasi - ceramah, aktiviti berkumpulan. dan aktiviti
lasak

Isi-isi Penting

(a) saya mendapat semangat baharu dan motivasi untuk belajar dengan
lebih bersungguh-sungguh
- mendapat suntikan semangat daripada pakar motivasi tersohor tanah air
- turut menekankan
aspek kaedah belajar yang berkesan - memperoleh ilmu baharu yang amat
berguna untuk diaplikasikan
dalam persediaan menghadapi peperiksaan

(b) saya berpeluang berkenalan dengan pelajar dari kelas lain - dapat
bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran dengan mereka - melalui
perbincangan dan aktiviti berkumpulan - memperoleh pengetahuan dan
pengalaman baharu yang tentunya berbeza sedikit daripada apa-apa yang
diperoleh di kelas
(c) saya berpeluang merasai suasana dan persekitaran pembelajaran yang
berbeza daripada yang dialami
di sekolah pada setiap hari - beJajar di dalam kelas dengan suasana dan
situasi yang sama mengundang rasa bosan - sesekali belajar dalam situasi
yang berbeza pastinya menarik dan menyeronokkan
- seterusnya mampu menimbulkan minat dan tumpuan para pelajar

(d) saya memperoleh pelbagai sumber atau informasi tentang peluang


yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM - melalui program motivasi
yang saya sertai. penceramah menyampaikan pelbagai informasi tentang
pelbagai peluang yang disediakan oleh institusi pendidikan dan kemahiran
kepada pelajar selepas tamat peperiksaan SPM

(e) saya dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal


- program motivasi tersebut turut menyelitkan pelbagai aktiviti lasak yang
dapat melatih saya daripada aspek ketahanan mental dnn fizikal -tubuh
badan yang sihat .dapat membantu pelajar menumpukan perhatian semasa
guru mengajar di dalam kelas - badan yang sihat akan menghasilkan otak
yang cerdas - jika fizikal pelajar kurang mantap dan kurang cergas, pelajar
akan mengantuk dan mudah letih

Penutup

pengalaman menyertai program motivasi yang dianjurkan oleh pihak


sekolah amat bermanfaat -pelbagai pengetahuan dan ilmu baharu
diperoleh - jika pelajar berpeluang untuk mengikuti program motivasi.
rebutlah peluang keemasan tersebut - masa itu emas dan jika tidak
dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.
Usaha Memupuk Semangat Perpaduan Di Sekolah

Usaha Memupuk Semangat Perpaduan Di Sekolah

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk


mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara.
Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan
keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan
dapat mencapai kemajuan dengan lebih mudah dan tidak mudah
ditakluki kuasa asing. Inilah kemerdekaan yang perlu dijaga oleh
setiap rakyat Malaysia.

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan


pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama,
budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti
nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti
golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir
ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia,
penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan
rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
dalam pelbagai aspek.

Merujuk kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib,


penekanan telah diberikan kepada sistem persekolahan yang sama;
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah
yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem
pendidikan negara merupakan satu kaedah untuk mengekalkan
perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada
sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan
dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai
pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Dalam persekitaran sekolah, memupuk semangat muhibah dan


semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat
membantu menyuburkan semangavt perpaduan kaum dan
membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek
yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek
pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama
perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat
perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan
menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga


buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) dalam satu
kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan
menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin
dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah
akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di
kantin dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu,
pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada
peringkat awal usia pelajar lagi.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti


kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab dan persatuan
serta ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Para pelajar
harus dilibatkan dalam aktiviti di luar system akademik pelbagai
kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform.
Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan
dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat
termasuklah pelajar.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam


mempertingkatkan lagi nilai-nilai perpaduan dan mewujudkan
masyarakat yang cinta kepada negara dan saling berkerjasama
antara satu sama lain ibarat "berat sama dipikul ringan sama
dijinjing".

Anda mungkin juga menyukai