Anda di halaman 1dari 10

KOMSAS: GAYA BAHASA 语法

Gaya Bahasa 语法 Huraian dan Contoh 描述和例子


1) Personifikasi - memberikan sifat manusia 给非生物拥有人的特性
拟人 - Contohnya : Kelat jatuh ke rengkungan
2) Simile - perbandingan 比较 secara terus dengan menggunakan kata-kata seperti
比喻
bak, umpama, ibarat, seperti, laksana, bagai 好像 dan sebagainya.
- Contohnya : bagaikan mahu diusung keliling kampung
3) Metafora - perbandingan 比较 yang menggunakan kata konkrit 具体词 dengan kata
暗喻
abstrak 抽象词(摸得到和摸不到的)
- Contohnya : negeri impian, kolam-kolam derita
4) Sinkope - penyingkatan kata 缩词
缩写 - Contohnya : Kau terpaksa pergi.
5) Inversi - susunan perkataan dalam ayat 在一个句子中的顺序 yang tidak mengikut
到反 kebiasaan
- Contohnya : ibu kita satu, ingin sekali aku
6) Hiperbola - bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan 过份夸
夸张
张 daripada
maksud yang sebenarnya 原有的意思
- Contohnya : Seribu tahun kembali juga
7) Peribahasa 谚语 - perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan, pepatah dan kata-kata hikmat

8) Pengulangan a. Anafora (前面重复) - pengulangan kata pada awal 前面 baris secara


重复 berurutan
Contohnya : Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap
b. Responsi (中间重复)- pengulangan kata pada tengah 中间 baris secara
berurutan
Contohnya : Engkau adalah pusaka moyang,
Aku adalah pelayar yang dahaga
c. Epifora (后面重复)- pengulangan kata pada akhir 后面 secara berurutan
Contohnya : Kulihat cantiknya bintang-bintang
Membawa pulang bintang-bintang
d. Repetisi (重点重复) - pengulangan kata dalam baris yang sama 同一行
Contohnya : Tinggal kampung tinggal halaman
9) Kata ganda - Perulangan kata sama 重复字 ada secara penih, berirama atau separa
叠词 - Contohnya: layang-layang, lelayang, haru-biru

10) Paradoks - Menunjukkan keadaan yang berlawanan dengan kata-kata dalam ayat
反义词 - Contohnya: Daripada hidup sebaiknya mati

11) Asonansi - Pengulangan bunyi vokal yang sama 相同的元音(a,e,i,o,u)


母音重复 - Contohnya : Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
12) Aliterasi - Pengulangan bunyi konsonan yang sama 相同的辅音
子音重复 - Contohnya : Memacu menghimpun kekuatan

HOME TUITION CENTRE


Kiki 小艾老师 NO TEL: 0168913321

Teknik Mengarang 寫作技巧- Karangan PT3


1. RANGKA KARANGAN:
a) PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan
b) ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4 x 30 : 120 Perkataan
c) PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan

2. ASPEK SOALAN:
a) Punca 原因: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b) Langkah Mengatasi 方法: Cara / Strategi / Teknik / Bagaimana / Usaha
c) Kesan 後果: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan

3. Pendahuluan Karangan Umum


Contoh 1
‘Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.’ 人 所 說 的 話 必 然 有 他 的 原 因
Isu……semakin kerap dipaparkan melalui media massa dan media eletronik. Hal ini
menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka 注意 terhadap isu semasa. Lantas mereka
cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna
masyarakat tidak akan membiarkan 忽視……… menjadi barah 毒瘤 yang memusnahkan 毀滅
kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan ………berlaku?

Contoh 2
Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu ………, isu tersebut sering kita dengar dan baca
daripada media massa. …………. sering berkaitan dengan masyarakat di negara kita. Oleh itu,
langkah-langkah/cara-cara mengatasinya harus dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktor-faktor yang
menyebabkannya perlu diteliti.

Contoh 3
Isu …… sering diperkatakan oleh semua pihak. Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua
pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi 解 決 masalah ………… Sekiranya semua pihak
bekerjasama, hal ini dapat diatasi untuk kesejahteraan 和平 dan kebaikan semua, bak kata pepatah
‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.團結一致

Contoh 4
Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang …… melalui
dada-dada akhbar serta media elektronik. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan
masyarakat dan juga pada peringkat global. Pelbagai pihak telah mengambil ……yang semakin
serius ini. Peribahasa ‘Sediakan payung sebelum hujan’未雨綢繆 wajar dijadikan pedoman 指南
individu dalam mengatasi masalah ini.

Contoh 5
Dalam menempuhi 面對 era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul
dan fenomena ini amat meresahkan 使不安 pelbagai pihak. Isu ………telah menjadi perbualan 話題
dalam kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif 主動 telah diambil namun segala usaha ini
bagai hujan jatuh ke pasir 忠言逆耳. Sikap tegar 頑固 masyarakat menyebabkan masalah ini bukan
sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah 嚴重. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana
tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing 各持己見. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di tangga
袖手旁觀. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang ………………………………………………..

4. Penutup Karangan Umum


Kesimpulannya, masalah …… perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama
anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-
besaran tentang …… kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat). Jika masalah ……
tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan ……. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi
menjadi bubur, kita berharap agar masalah …… dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi
lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan
negara kita akan bebas daripada ……. (Kepentingan)

HOME TUITION CENTRE


Kiki 小艾老师 NO TEL: 0168913321
KARANGAN: TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA
Isi:
Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan
belajar bersungguh-sungguh 努力學習. Kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh agar
dapat mengerapi segala impian dan harapan ibu bapa. Oleh itu, janganlah kita mudah berputus asa 放
棄 dan rajinlah bertanya kepada guru-guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah dipelajari
kerana malu bertanya sesat jalan 若不努力就不會成功. Sebagai kesannya, segala penat-lelah 精疲
力 盡 ibu bapa akan terbayar 對 得 起 . Jelaslah bahawa, anak-anak perlu melaksanakan
tanggungjawabnya terhadap ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh.

Di samping itu, sebagai seorang anak kita hendaklah mentaati segala perintah dan suruhan
serta nasihat 服從指令和勸告 yang telah diberikan oleh ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa merupakan orang yang lebih tua daripada kita. Oleh itu, kita mestilah patuh dan
mendengar nasihat ibu bapa dan janganlah sesekali membantah 反抗 percakapan mereka selagi mana
suruhan tersebut tidak bertentangan dengan 對立 hukum syarak 回教條規. Tuntasnya, taatilah
perintah, suruhan dan nasihat ibu bapa kerana amalan 行為 ini merupakan salah satu tanggungjawab
anak-anak terhadap ibu bapa.

Seterusnya, tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anak-anak terhadap ibu bapa kita adalah
dengan menghormati ibu bapa 尊敬父母 . Tanggungjawab ini amat penting kerana ibu bapa
merupakan pihak pertama yang perlu kita hormati. Jangan sesekali kita menderhaka 造反 terhadap
ibu bapa. Contohnya, kita dilarang sama sekali meninggikan suara kepada ibu bapa. Oleh itu,
bercakapalah dengan ibu bapa kita dengan menggunakan nada suara yang sederhana. Tegasnya,
hormatilah ibu bapa kerana itu merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.

Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa yang seterusnya pula adalah dengan memberi
kebahagiaan 幸福 kepada ibu bapa. Apabila dewasa kelak 長大後, kita tidak seharusnya melupakan
遺忘 ibu bapa kita yang pernah membahagiakan kita dahulu. Kita perlulah meluangkan 抽出 sedikit
masa bersama ibu bapa dengan membawa mereka pergi bercuti atau ke rumah kita untuk makan
bersama-sama. Hal ini sekali gus 同 時 dapat mengeratkan 密 切 lagi hubungan kekeluargaan.
Jelaslah, antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah
dengan membahagiakan mereka.

Sebagai intihanya 作为总结, kita perlulah membalas jasa yang tidak dapat ternilai. Janganlah
bersikap kacang lupakan kulit 不要有忘恩负义的态度. Anak bagai kain putih, ibu bapa yang
mencoraknya 孩子就好像一块白布,绘画他的是父母 manakala ibu bapa bagai lilin, anak-anak
yang membalas jasanya 父 母 就 好 比 蜡 烛 , 报 答 他 的 是 孩 子 . Konklusinya 总 结 , jika setiap
keluarga dapat hidup dengan bahagia, masalah masyarakat dapat dikurangkan. Dengan ini, negara
akan cepat canggih dan aman.

HOME TUITION CENTRE


Kiki 小艾老师 NO TEL: 0168913321
KARANGAN: Kepentingan Membeli dan Menggunakan Barangan Tempatan
1. Kata alu-aluan
安好我說給理事会主席,尊敬的校长,明智的法官們,老師和同學們。在这个光荣的早
晨,我有机会发表演讲题目是“购买和使用当地商品的重要性。”
2. Isi
a) menjimatkan perbelanjaan
 harga barangan tempatan lebih murah
 menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain
 dapat menabung untuk masa depan
 sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

b) memajukan industri tempatan


 banyak industri desa yang muncul pada masa kini
 dapat membantu rakyat hidup dengan lebih selesa
 industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar
 dapat membantu perkembangan industri tempatan .

c) meningkatkan peluang pekerjaan


 mengurangkan kadar pengangguran
 masalah sosial dapat dikurangkan
 menikmati hidup yang lebih selesa

d) mengurangkan pengaliran mata wang ke luar negara


 membantu rakyat
 dapat menyediakan pelbagai kemudahan
 ekonomi negara menjadi lebih stabil

3. Penutup
memberikan banyak kebaikan
bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan
Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua,
barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini
saya berpeluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kepentingan Membeli dan
Menggunakan Barangan Tempatan.”

Kepentingan dalam membeli barangan tempatan yang paling dominan ialah kita dapat
menjimatkan perbelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana harga barangan tempatan lebih murah
berbanding barangan import. Sebagai contoh, harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih
murah berbanding motosikal import. Oleh itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat
menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat menabung untuk
masa depan, bak kata peribahasasedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Dengan membeli barangan buatan tempatan juga dapat memajukan industri tempatan. Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat banyak industri desa yang muncul seperti cendawan tumbuh
selepas hujan pada masa kini. Sebagai contoh industri desa yang terkenal di Malaysia ialah industri
batik, kraf tangan, songket dan tembikar. Oleh itu, industri ini dapat membantu rakyat hidup dengan
lebih selesa. Jelaslah bahawa dengan membeli barangan tempatan, rakyat dapat membantu
perkembangan industri tempatan .

Selain itu, peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang. Rakyat
mendapat peluang pekerjaan. Hal ini akan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan
rakyat. Seterusnya, masalah sosial dapat dikurangkan. Rakyat dapat menikmati hidup yang lebih
selesa. Oleh itu, rakyat dapat membantu perkembangan industri tempatan.

Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Negara dapat mengeluarkan barangan yang
bermutu. Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import. Sebagai contoh,
barangan daripada kulit, seperti kasut, beg dan dompet. Barangan ini menjadi buah tangan pelancong
yang datang ke negara kita. Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan
pelbagai barangan yang berkualiti.

Akhir sekali, dengan membeli barangan tempatan, pengaliran mata wang keluar negara dapat
dikurangkan.Wang tersebut dapat digunakan untuk membantu rakyat. Sebagai contoh, kerajaan dapat
menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan
pendidikan. Rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera. Oleh itu,ekonomi negara menjadi lebih stabil.

Kesimpulannya, industri barangan tempatan memberikan banyak kebaikan kepada pelbagai pihak.
Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan. Kita bertanggungjawab untuk
memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Belilah
barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama-sama.
HOME TUITION CENTRE
Kiki 小艾老师 NO TEL: 0168913321
KARANGAN: Usaha-usaha ibu bapa menyemai sikap suka membaca dalam kalangan anak-
anak
Bagi menyemai sikap suka membaca dalam kalangan anak-anak, peranan ibu bapa amat penting.
Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa mampu menerapkan tabiat suka membaca dalam diri
anak-anak. Ibu bapa hendaklah menyediakan bahan-bahan bacaan di rumah. Bahan bacaan tersebut
hendaklah sesuai dengan keupayaan dan minat anak-anak. Langkah ini penting kerana anak-anak
tidak perlu ke tempat yang lebih jauh untuk mendapatkan bahan bacaan. Situasi ini akan merangsang
mereka untuk membiasakan diri dengan buku.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membawa anak-anak mereka ke pameran buku, kedai
buku atau perpustakaan. Melalui tempat-tempat ini, mereka akan didedahkan dengan melihat
orang ramai, termasuk rakan sebaya mereka memilih buku. Situasi ini dapat menimbulkan
persaingan dalam diri anak-anak untuk turut serta memiliki buku. Sekiranya ibu bapa kerap kali
membawa anak-anak ke kedai buku dan perpustakaan, langkah ini akan dapat menimbulkan
kesedaran kepada anak-anak betapa pentingnya buku dalam kehidupan harian mereka.
Di samping itu, ibu bapa akan memberikan hadiah untuk meraikan kejayaan anak-anak.
Sesetengahnya pula memberikan hadiah sempena sambutan hari lahir anak-anak. Oleh itu, usaha
menyemai sikap suka membaca dalam kalangan generasi muda lebih berfaedah sekiranya ibu bapa
menjadikan buku sebagai hadiah untuk anak-anak mereka. Perubahan seumpama ini perlu dilakukan
untuk memperlihatkan kepentingan buku kepada generasi muda. Apabila buku sudah tersedia di
hadapan mata, ditambah pula dengan dorongan ibu bapa, minat membaca dapat mudah diterapkan
dalam diri anak-anak.
Bagi merealisasikan matlamat untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan anak-anak,
ibu bapa perlu menunjukkan tabiat membaca kepada anak-anak. Hal ini penting memandangkan
anak-anak akan mencontohi segala perlakuan ibu bapa mereka. Sebagai contohnya, sekiranya anak-
anak melihat ibu bapa atau ahli keluarganya yang lain rajin membaca, sudah tentu keinginan untuk
turut membaca akan timbul dengan sendirinya. Tegasnya, usaha untuk menanam tabiat membaca
dalam diri anak-anak, ibu bapa tidak harus menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan
dengan betul.
Kesimpulannya,usaha untuk meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak bukanlah
perkara yang mudah.Walaupun ibu bapa dikatakan orang yang paling berpengaruh dalam
meningkatkan tabiat membaca dalam diri anak-anak,namun tanpa sokongan pihak lain,matlamat ini
sukar menjadi kenyataan.Oleh itu,semua pihak harus bekerjasama meningkatkan minat membaca
dalam kalangan generasi muda agar negara ini dapat menjadi sebuah negara maju suatu hari nanti.
HOME TUITION CENTRE
Kiki 小艾老师 NO TEL: 0168913321
KARANGAN: Punca-punca semangat membaca masih rendah dalam kalangan masyarakat
Secara amnya masyarakat kita lebih suka melakukan aktiviti lain sebagai hobi mereka seperi
mamancing dan bersukan daripada membaca buku. Mereka lebih suka melakukan aktiviti sebegini kerana
kesannya lebih jelas seperti mengeluarkan peluh berbanding membaca yang hanya boleh menambah
pengetahuan seseorang sahaja tanpa diketahui oleh orang. Aktiviti masa lapang yang lain seperti menjahit dan
memasak pula dikatakan mampu membawa keuntungan atau pendapatan kepada seseorang berbanding dengan
menghabiskan masa dengan membaca tanpa mendapat keuntungan kewangan. Oleh sebab itu, membaca tidak
dminati oleh masyarakat kita.
Selain itu, amalan membaca juga tidak subur dalam jiwa masyarakat kita kerana kehidupan zaman
moden yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan peibadi. Urusan di pejabat yang sudah sibuk
kemudiannya aspek menjaga keluarga di rumah menyebabkan tidak ramai yang sanggup menghabiskan masa
rehat mereka yang beitu singkat itu dengan hanya membaca sahaja. Mereka lebih sanggup menghabiskan
masa yang sedikit itu dengan tidur atau melakukan aktiviti lain yang pada mereka lebih memberikan faedah
kepada masa depan mereka. Sesungguhnya, kesibukan hidup menyebabkan membaca tidak menjadi satu
amalan yang penting buat rakyat negara ini.
Malah, ibu bapa juga tidak memainkan peranan memupuk amalam membaca dalam jiwa anak
mereka sejak kecil. Masyarakat kita jarang mendedahkan anak mereka dengan bahan bacaan seperti buku dan
akhbar sehingga menjadikan kanak-kanak itu langsung tidak berminat untuk membaca apabila dewasa kelak.
Ibu bapa lebih suka menerangkan aspek kehidupan lain seperti cara-cara mencari wang atau belajar daripada
menjelaskan kepentingan membaca dalam kehidupan seseorang itu. Kalau sejak kecil kita tidak didedahkan
dengan amalan membaca bagaimanakah seseorang itu akan membaca apabila dewasa kelak?
Buku juga dikatakan tidak diminati kerana menerima persaingan daripada teknologi lain dalam
aspek penerimaan informasi. Lihat sahaja teknologi televisyen, radio dan internet yang begitu mudah
menyalurkan maklumat dalam bentuk visual yang lebih menarik berbanding bahan dalam buku yang begitu
statik bentuknya. Bahan dalam media massa moden juga lebih terkini dan pantas untuk diterima oleh
masyarakat berbanding buku yang boleh dibiarkan sahaja. Keadaan inilah yang menyebabkan buku tidak
diminati oleh masyarakat terutama remaja yang lebih mengutamakan teknologi moden.
Pada masa yang sama pihak swasta tidak lagi berminat untuk menganjurkan program yang
berkaitan dengan membaca kerana sedar mereka tidak akan menerima kesan positifnya. Lebih banyak
program berunsur hiburan dianjurkan oleh pihak swasta yang mampu menarik lebih banyak pengunjung lalu
memberikan keuntungan seperti menjalankan program muzik atau pameran teknologi internet. Ketiadaan
program anjuran pihak swasta pasti akan memastikan semangat sesiapa sahaja yang berminat untuk membaca
kerana mereka tidak lagi berpeluang untuk menikmati buku-buku yang bermutu tinggi. Sebenarnya, amalan
membaca semakin kurang kerana pihak swasta tidak lagi yakin dan mahu menaja sebarang program berkaitan
dengan amalam membaca di negara ini.
Kesimpulannya, amalan membaca di negara ini harus dipupuk semula oleh pihak berkuasa. Masyarakat
pula perlu sedar bahawa membaca itu jambatan ilmu kerana banyak pengetahuan boleh diperoleh menerusi
aktiviti sebegini. Membaca menjadikan masyarakat negara ini satu kelompok manusia yang celik ilmu dan
mampu menangani cabaran kehidupan semasa pula. Jadi, marilah kita semua membaca mulai sekarang.

Anda mungkin juga menyukai