Anda di halaman 1dari 4

BAB 2: PEREDARAN DARAH & PENGANGKUTAN

Nota Guru I my Science notes


2.1 Sistem Pengangkutan dalam Manusia

1. Sistem peredaran merupakan sistem tiub yang memastikan


pengaliran darah dalam satu arah melalui pam dan injap.
2. Jantung bertindak sebagai pam dan salur darah bertindak
sebagai tiub.

3. Rajah berikut menunjukkan strukrur jantung manusia:

a. Jantung terletak di dalam rongga toraks.


b. Jantung dibahagi kepada empat ruangan: atrium kiri,
ventrikel kiri, atrium kanan, ventrikel kanan.
c. Dinding ventrikel adalah lebih tebal dan kuat daripada
dinding atrium
d. Dinding ventrikel kiri adalah lebih tebal, lebih berotot,
lebih kenyal daripada ventrikel kanan.
e. Hal ini kerana ventrikel kiri perlu mengepam darah di
bawah tekanan yang tinggi ke seluruh badan

4. Setiap ruangan jantung bersambung dengan salur darah


yang utama
a. Atrium kanan bersambung dengan vena kava
b. Atrium kiri bersambung dengan vena pulmonari
c. Ventrikel kanan bersambung dengan arteri pulmonari
d. Ventrikel kiri bersambung dengan aorta.

5. Aorta merupakan salur darah yang terbesar di dalam badan


manusia.
6. Injap memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja.
Apabila injap terbuka, darah mengalir melaluinya tetapi
apabila injap tertutup, darah tidak dapat mengalir semula.

7. Jantung mempunyai tiga jenis injap:


a. Injap trikuspid
b. Injap bikuspid
c. Injap sabit

8. Terdapat tiga jenis salur darah:


a. Arteri
b. Vena
c. Kapilari

Nota Sains Tingkatan 3/pa 1


Nota Guru I my Science notes
9. Jadual berikut menunjukkan perbandingan antara arteri, vena
dan kapilari.

Ciri-ciri Arteri Vena Kapilari

Keratan
rentas

Saiz
Kecil Besar Sangat kecil
lumen
Nipis, kurang
Tebal, berotot Setebal satu
Dinding berotot dan
dan kenyal sel
kurang kenyal
Arah
Keluar dari Masuk ke Dari arteri ke
pengaliran
jantung jantung vena
darah
Tekanan
Tinggi Sederhana Rendah
darah
Tiada
Kehadiran
(kecuali arteri Ya Tiada
injap
pulmonari)
Darah
Jenis Darah Darah beroksigen
darah beroksigen terdeoksigen dari arteri
yang (kecuali arteri (kecuali vena dan darah
diangkut pulmonari) pulmonari) terdeoksigen
ke vena

10. Terdapat dua jenis peredaran darah:


a. Peredaran pulmonari
b. Peredaran sistematik

11. Peredaran pulmonari


a. Darah terdeoksigen di ventrikel kanan dipam daripada
jantung ke peparu melalui arteri pulmonari.
b. Di peparu, pertukaran gas berlaku.
c. Darah beroksigen mengalir ke dalam atrium kiri melalui
vena pulmonari.

12. Peredaran sistemik


a. Darah di atrium kiri ditolak ke dalam ventrikel kiri.
b. Ventrikel kiri mengecut dan mengepam darah ke dalam
aorta.
c. Darah mengalir ke bahagian badan yang lain (kecuali
peparu).
d. Apabila darah tiba di tisu, oksigen, nutrien dan bahan-
bahan lain meresap ke dalam tisu.
e. Bahan perkumuhan meresap ke dalam darah.
f. Darah terdeoksigen mengalir semula ke jantung melalui
vena kava dan memasuki atrium kanan.

Nota Sains Tingkatan 3/pa 2


Nota Guru I my Science notes
2.2 Darah Manusia

1. Terdapat dua komponen dalam darah. Komponen cecair


dinamakan plasma dan komponen pepejal terdiri daripada sel
darah merah, sel darah putih dan platlet.

2. Plasma mengangkut makanan tercerna, bahan perkumuhan,


dan menyebarkan haba ke seluruh bahan.
3. Haemoglobin yang terdapat di dalam sel darah merah
bergabung dengan oksigen untuk membentuk
oksihemoglobin. Oksihemoglobin akan membebaskan
oksigen apabila tiba di tisu.
4. Sel darah putih melindungi badan daripada jangkitan
penyakit.
5. Platlet membantu dalam pembekuan darah.
6. Kumpulan darah
a. Terdapat empat jenis kumpulan darah: A, B, AB dan O.
b. Orang yang mempunyai kumpulan darah O dikenali
sebagai penderma universal kerana mereka boleh
menderma darahnya kepada sebarang kumpulan darah.
c. Orang yang mempunyai kumpulan darah AB dikenali
sebagai penerima universal kerana mereka boleh
menerima darah daripada sebarang kumpulan darah.
d. Jadual di bawah menunjukkan kesesuaian darah dalam
kalangan penderma darah dan penerima darah.

Kumpulan Darah penerima


darah
penderma A B AB O
A
B
AB
O
: sesuai
: tidak sesuai (pengaglutinan berlaku)

Nota Sains Tingkatan 3/pa 3


Nota Guru I my Science notes
2.3 Sistem Pengangkutan dalam Tumbuhan

1. Jika tumbuhan kehilangan banyak air, tumbuhan akan layu.


2. Transpirasi merupakan suatu proses kehilangan air secara
berlebihan daripada tumbuhan ke atmosfera dalam bentuk
wap air.

3. Stoma merupakan liang pada permukaan daun. Terdapat


banyak stoma pada permukaan bawah daun.

4. Air daripada tumbuhan kebanyakannya hilang melalui stoma.


Di samping itu, stoma merupakan tempat bagi pertukaran
gas.
5. Sel pengawal mengawal bukaan dan penutupan stoma pada
daun.

6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi:


a. Suhu: semakin tinggi suhu persekitaran, semakin tinggi
kadar transpirasi dan sebaliknya
b. Keamatan cahaya: keamatan cahaya yang lebih tinggi
meningkatkan kadar transpirasi dan sebaliknya.
c. Angin: angin menyebabkna air menyejat dengan lebih
cepat, dengan ini meningkatkan kadar transpirasi
d. Kelembapan udara: kadar transpirasi adalah lebih
rendah jika udara adalah lembap.
7. Kadar transpirasi boleh diukur dengan menggunakan
photometer gelembung.

8. Peranan transpirasi:
a. Menyingkirkan air yang berlebihan daripada tumbuhan
b. Menyejukkan tumbuhan pada hari panas
c. Mengangkut air dan garam mineral terlarut daripada
akar ke bahagian tumbuhan yang lain.

9. Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas bagi batang


tumbuhan berkayu.

a. Xilem mengangkut air dan garam mineral terlarut


daripada akar ke daun.
b. Floem mengangkut makanan (glukosa) daripada daun
ke batang dan akar.
c. Kambium menghasilkan sel xilem dan floem yang baru.

Nota Sains Tingkatan 3/pa 4

Anda mungkin juga menyukai