Anda di halaman 1dari 125

Terhempasnya Pesawat MH747

Oleh: Helmi Effendy

“Neraka tidak pernah sebeku itu…”

Sinopsis
Pesawat MH747 terhempas di sebuah pulau aneh. Hutan tropika, tetapi ada salju turun
mendayu-dayu dari langit terbuka. Anehnya, pokok-pokok ini mampu hidup seperti matahari
1
masih memberikan kehangatannya. Tak cukup dengan salju, pulau itu dipenuhi oleh haiwan-
haiwan pemangsa dari zaman ais yang memburu mangsanya, puak manusia yang sudah pupus
sejak ribuan tahun lalu, juga tak ketinggalan wabak penyakit yang membunuh. Ada kumpulan
penumpang yang terselamat daripada nahas itu yang harus saling kerjasama, demi memastikan
mereka terus hidup. Khairul Anuar, bekas scammer, con-man itu tiba-tiba dipilih sebagai ketua
mereka, dan dia seperti mendapat peluang kedua untuk menebus semula dosa-dosa silamnya.
Mampukah mereka keluar hidup-hidup dari pulau itu? Sungguh, neraka tidak pernah sebeku itu.

Watak Dan Perwatakkan


Nama: Khairul Anuar
Usia: 30 Tahun
Pekerjaaan: Con-Man

2
Tinggi: 180 cm
Berat: 74 Kg
Deskripsi: Dalam usaha melarikan diri selepas menipu lebih RM 20, 000 dan sebelum dia
dihukum di tali gantung. Dalam usaha pergaduhan dengan sahabatnya, Khairul secara tidak
langsung telah terbunuh sahabatnya itu. Apabila pesawatnya terhempas di pulau misteri, ia
seolah-olah seperti peluang kedua untuk Khairul Anuar membina hidupnya semula.

Nama: Puteri
Usia: 33 Tahun
Pekerjaan: Doktor
Tinggi: 163 cm
Berat: 54 Kg
Deskripsi: Antara doktor yang terselamat daripada nahas pesawat tersebut terhempas. Seorang
yang bijak, banyak menyelamatkan nyawa-nyawa sahabatnya yang terlibat dalam insiden yang
menyebabkan kecederaan. Rambut depannya seputih uban, cantik memanjang, persis Rogue
dalam X-Men kerana penyakit anehnya. Dia juga seorang yang bijak, dan tenang dalam
kebanyakan situasi. Seorang janda yang sudah bercerai dengan suaminya yang juga seorang
doktor. Memiliki seorang anak gadis yang sedang menunggunya di dunia luar sana.

Nama: Abbas Moustapha


Usia: 27 Tahun
Pekerjaan: Bomba
Tinggi: 173 cm
Berat: 65 Kg
Deskripsi: Pakar taktik ikhitiar hidup dalam keadaan hutan tebal yang diselimuti salji. Seorang
yang agak baran. Paling penting buat Abbas ialah sahabat-sahabatnya yang telah bersama cuba
selamat dalam dunia yang dihuni oleh haiwan zaman ais. Abbas juga menyimpan perasaan
terhadap Puteri, dan betapa cemburunya melihat Puteri dan Khairul akhirnya memakan dirinya
hari demi hari.

Nama: Demi
Usia: 27 Tahun

3
Tinggi: 168 Cm
Berat: 54 Kg
Pekerjaan: Wartawan
Deskripsi: Wanita berkulit sawo matang ini sentiasa mencurigai segala tindak tanduk Khairul.
Dia sentiasa menuduh Khairul sentiasa mempunyai niat buruk, atau mengesyaki peribadi
Khairul. Adanya dia sentiasa membuatkan Khairul rasa jengkel. Namun, tanpa dia sedari, Demi
mula jatuh cinta dengan Khairul hari demi hari dek Khairul yang berjaya menyelamatkan
hidupnya beberapa kali.

Nama: Ted
Usia: Misteri
Pekerjaan: Tidak diketahui
Tinggi: 175 cm
Berat: 70 Kg
Deskripsi: Lelaki paling misterius dalam kalangan survivor terhempasnya pesawat MH747.
Kebanyakan masa bersendirian. Dia mempunyai perpustakaan sendiri dalam sebuah ruangan
yang dia bina dan kerjanya hanya menyelamatkan setiap buku-buku yang dijumpainya dalam
pesawat. Pertuturannya juga banyak dipenuhi oleh falsafah.

Nama: Marina
Usia: 24 Tahun
Tinggi: 170 cm
Berat: 60 Kg
Pekerjaan: Pramugari
Deskripsi: Pramugari paling junior dan satu-satunya yang selamat daripada nahas dalam nahas
itu memandangkan kebanyakannya sudah mati. Seorang yang sangat cuai dan lurus. Namun, dia
satu-satunya yang memahami Ted. Ted cuma membuka sedikit sisi hidupnya kepada Marina,
tetapi tidak kepada survivor yang lain.

Nama: Aziz
Usia: 30 Tahun
Tinggi: 185 cm

4
Berat: 90 Kg
Pekerjaan: Outcast Puak Nobat
Deskripsi: Dia dibuang oleh puaknya dek kerana menentang amalan ritual tahunan
mengorbankan setiap anak dara sunti untuk diberi makan kepada seekor Megalodon yang
menghuni sebuah aquria gergasi yang menempatkan pelbagai spesis makhluk lautan dari zaman
purba. Sejak hari itu, Aziz berusaha untuk menyelamatkan setiap gadis yang dikorbankan untuk
sembahan sia-sia itu.

Nama: Faeez Harith


Usia: 29 Tahun
Tinggi: 168 cm
Berat: 60 Kg
Pekerjaaan: Vokalis
Deskripsi: Suatu masa dahulu, Faeez merupakan ahli sebuah band nombor satu Malaysia. Namun
skandal demi skandal, gossip murahan demi gossip murahan, telah membuatkan kumpulan
muziknya tercampak dari takhta persada. Sampai satu masa, namanya semakin dilupakan dunia.
Dek kerana terpalit dengan depression, akhirnya Faeez tercampak ke kancah dadah. Tetapi
terperangkap dalam dunia tanpa dadah, Faeez diberi peluang kedua untuk menebus dosanya.

Nama: Izzlorna
Usia: 21 Tahun
Tinggi: 155 cm
Berat: 49 Kg
Pekerjaan: Novelis
Deskripsi: Dia sedang menghadapi writer block. Menaiki pesawat MH707 yang dalam
perjalanan menuju ke Korea Selatan itu kerana mahu mencari ilham baru bagi novel Thrillernya.
Apabila pesawat tersebut terhempas di sebuah pulau asing, Izzlorna menyedari bahawa dia harus
mencatat setiap detik yang berlaku, dan kalau dia selamat, dia akan novelkan peristiwa itu.

Nama: Park Jihyo


Usia: 19 Tahun
Tinggi: 157 cm

5
Berat: 45 Kg
Pekerjaan: Pelajar
Deskripsi: Anak diplomat Korea di Malaysia yang dalam perjalanan pulang ke negaranya, Korea.
Bapa dan ibunya terkorban dalam nahas pesawat. Dia pula fasih berbahasa Melayu dek kerana
sudah lama tinggal di Malaysia. Seorang gadis yang pendiam, dan tidak banyak bercakap.

Nama: Juliana
Usia: 21 Tahun
Tinggi: 166 cm
Berat: 60 Kg
Pekerjaan: Tentera
Deskripsi: Merupakan seorang pemanah yang mewakili negeri kelahirannya, Perak dalam sukan
Sukma. Seorang yang tangkas bertempur dan bertarung. Membina panahnya sendiri daripada
akar kayu dan dahan pokok. Memiliki ilmu pemburuan yang boleh tahan hebatnya. Seorang yang
dingin, pendiam dan tidak banyak bercakap.

Nama: Zaki Sapuan


Usia: 27 Tahun
Tinggi: 163 cm
Berat: 61 Kg
Pekerjaan: Saintis
Deskripsi: Merupakan seorang ahli palentologi, Bekerja untuk sebuah muzium tanah air yang
terkenal. Merupakan ensiklopedia bergerak haiwan-haiwan zaman ais yang sangat
menjengkelkan. Dia dan Abbas merupakan musuh azali, dan senantiasa tidak pernah senada.
Suka cakap lepas, dan tidak pernah mempertimbangkan perasaan orang lain ketika bertutur.

Nama: Haziq Murshidi


Usia: 31 Tahun
Tinggi: 177 cm
Berat: 79 Kg
Pekerjaan: Juruterbang

6
Deskripsi: Merupakan manusia paling Konservatif antara para survivor. Latar belakangnya
sebagai juruterbang tidak pernah menghalang Haziq menjadi seorang yang agak pentingkan
semangat spiritual. Sampai satu masa, dia dipanggil sebagai ustaz dikalangan rakan-rakannya
yang lain.

Nama: Indah
Usia: 4 Tahun
Tinggi: 100 cm
Berat: 15 Kg
Deskripsi: Hilang kedua-dua orang tuanya dalam nahas pesawat ini. Indah menjadi rapat dengan
Khairul yang menyelamatkannya, dan mula memanggil lelaki itu sebagai papa. Selain itu, dia
menjadi magnet yang merapatkan hubungan Khairul dan Puteri. Indah turut memanggil Puteri
sebagai “Mama”.

Nama: Isaac Rahman


Usia: 31 Tahun
Tinggi: 174 cm
Berat: 65 Kg
Pekerjaan: Marshal Pesawat
Deskripsi: Diberikan tanggungjawab untuk mengetuai pasukan polis sendiri bagi kumpulan
survivor apabila mereka mula membina penempatan mereka menghadapi segala marabahaya.
Seorang yang pendiam, pemerhati kepada keadaan sekelilingnya. Tidak begitu menyukai Khairul
kerana dia mengatakan naluri pegawal polisnya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada
Khairul.

Nama: Azli Onn


Usia: 40 Tahun
Tinggi: 177 cm
Berat: 80 Kg
Pekerjaan: Ahli politik
Deskripsi: Villain utama cerita ini. Seorang narsistik yang sangat licik, manipulative, penghasut
dan suka “play victim” padahal semua benda yang berlaku adalah kerana dia. Dia terasa

7
terancam apabila seorang bekas con man seperti Khairul dipilih sebagai ketua para survivor yang
masih selamat. Dia juga merasakan dirinya lebih layak daripada Khairul. Jadi, kebanyakan benda
yang dia lakukan bersama dengan konco-konconya adalah untuk menjatuhkan Khairul.

Prolog
Sedari tadi, betapa kaki kanan Khairul bergerak sendiri. Rambut ikal beralunnya disentuh
beulang kali. Hidung mancungnya pula menjadi usapan. Wajahnya bermandi peluh menunggu
ketibaan pesawat yang bila-bila masa sahaja akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Dirgahayu. Mata sepetnya sedang memerhati jam tangannya. Tidak pula pendingin hawa dalam
lapangan terbang itu rosak sehingga membuatkan dia bermandi peluh seperi itu. Dia sedang
tunggu MH747, sebuah pesawat yang akan membawanya ke Korea Selatan.
Tetapi sepatutnya hari itu, dia tidak keseorangan, sebaliknya bersama dengan sahabatnya.
Dan sebab itu jugalah, ditangannya terdapat dua keping tiket. Menatap tiket itu sahaja, sudah
timbul seribu kesal dalam jiwanya.
“Bang… kosong ke?” soal satu suara yang menegur di sebelah Khairul. Khairul menoleh
sebelum seorang gadis sawo matang yang memakai pakaian jaket kulit hitam yang disarungkan
pada singlet putih. Rambutnya yang lurus diikat sanggul. Orangnya berkaca mata, membimbit
sebuah beg galas dibelakangnya. Ditangannya, terdapat sebuah handy-cam manakala dicelah
ketiaknya, terdapat sebuah buku nota kecil yang dikepilkan sebuah pen pada kulitnya.
“Bang… Korea jugak?” soal gadis itu.
“Ya,” jawab Khairul, sepatah.

8
“Sama flight? MH747?” soal gadis itu lagi.
Khairul mengangguk. Tiba-tiba gadis disebelahnya di tempat ruangan menunggu
perlepasan menghidupkan kamera videonya. Terus kamera itu dihalakan tepat pada wajah
Khairul.
“Bang… rakam boleh? Saya nak masuk dalam Vlog saya. Channel Youtube.
Izzlorna2027,” kata gadis itu.
“Tolong… jangan…” kata Khairul sambil menolak lembut muncung handycam gadis itu.
“Saya penulis bang. Saya nak…”
“Tak tanya tau. Maaf…” ucap Khairul sambil mengangkat beg galasnya, mengambil
tempat duduk lain yang sebolehnya sejauh mungkin daripada tempat duduk Izzlorna Dia
mengambil sebuah tempat kosong, sebelum dia tenggelam membaca Whatsapp terakhirnya
dengan Fitri. Isi kandungan mesej terakhir antara mereka penuh dengan pergaduhan yang berupa
tuduhan, makian dan ugutan antara mereka berdua.
“Mana RM 20, 000 aku celaka!” Itu mesej terakhir Fitri untuk dirinya.
“Kau nak aku bagi kat kau kan? Meh aku jumpa kau dulu!” Dan itu balasannya.
“Aku mintak maaf… aku tak sengaja…” ucap Khairul perlahan, sebelum ada titisan air
mata mengalir dari kelopak matanya. Pantas dia mengesat kesan air mata itu, takut-takut nanti
akan ada yang melihat.
“Uncle… menangis?” soal satu suara membuatkan Khairul mendongak. Suara teguran
datang daripada kerusi dihadapannya yang dihuni oleh pasangan suami isteri bersama dengan
anak perempuannya yang berusia 4 tahun. Seperti diagak, seorang budak perempuan yang
berwajah bulat dengan mata yang terbuntang luas itu sedang melutut mengarah ke belakang di
atas kerusi plastik, merenung penuh minat ke arah Khairul.
“Tak adalah… mata uncle masuk habuk,” kata Khairul sambil menggeleng. Dia
mengusap rambut budak kecil yang diikat kemas sanggul. Ada riben berwarna merah jambu
sedang terikat pada rambutnya.
“Mama bagitahu Indah… kalau kita sedih-sedih… kita kena ingat ALLAH. Berdoa kat
Dia,” kata Indah dalam pelat budak kecilnya.
“Indah… jangan kacau uncle tu. Sini kat mama…” panggil seorang wanita yang agak
berusia yang duduk. Tetapi Khairul seperti tidak menyedari itu semua, sebaliknya dia
mendongak merenung kosong siling lapangan terbang.
“Ya ALLAH… apakah ini cara kau berkomunikasi dengan aku? Betapa aku dah terlalu
jauh daripada jalanmu?” getus hati kecil Khairul. Dia termenung jauh, dan hanya apabila papan
eletronik yang kebetulan tepat di atas kepalanya berdenting, barulah dia terus mengambil beg
galasnya.

9
Dan sambil bergerak ke arah barisan yang sedang menuju ke arah laluan khas ke pesawat
yang baru menyambut mereka, Khairul sempat lagi menitipkan doa agar dia diberi peluang
kedua untuk membina hidupnya. Sekurang-kurangnya bila dia sampai di Korea Selatan nanti.

Bab 1
“RM 20, 000 aku tu celaka! Kau janji nak bahagi sama rata duit yang kita scam si Tan Sri
Pudin! Tapi kau kebas duit tu kau seorang diri! Sekarang aku nak bahagian aku balik!” tempik
Fitri sambil menumbuk dinding hotel tempat Khairul bermalam. Hampir sahaja penumbuk itu
mengenai garis rahang Khairul yang seperti dipahat itu, mujurlah sempat dia mengelak. Terus
berlubang dinding itu, manakala ada kesan luka dan darah pada penumbuk Fitri. Tetapi Fitri
yang sedang dirasuk amarah dan geram pada perbuatan Khairul mungkin tidak merasainya.
“Aku janji aku bayar balik. Aku… aku… berhutang…” Khairul cuba merayu kepada
jejaka yang berambut lurus yang disikat kemas ke tepi. Namun, tetap ada juntaian rambut sehelai
dua yang terjatuh keluar di dahinya.
“Hutang apa lagi? Hutang judi kau?” pintas Fitri dalam nada suara menengking yang
boleh membangunkan penghuni bilik dikiri dan kanan bilik hotel yang disewa oleh Khairul
untuk beberapa malam.
“20, 000 bahagian aku tu… aku bayar hutang Along… aku hutang banyak sangat kalah
judi bola dengan Ah Seng,” tutur Khairul, cuba merayu simpati daripada sahabatnya.
“Kalau aku tak dapat RM 20, 000 aku tu balik, aku akan call polis, aku akan serah diri
aku. Lepas tu dengan kau sekali terheret,” kata Fitri tersenyum sinis.
“Kita akan masuk penjara kalau kau buat macam tu,” kata Khairul.
“Kalau aku jatuh, rugi, aku akan heret kau sekali,” gumam Fitri geram.
“Tapi sekarang ni aku betul-betul tak ada duit.” Khairul menekankan lagi bahawa semua
fulus yang dimilikinya sudah dihabiskannya.

10
“Aku akan call polis. Suruh dia datang sini. Cakap aku dengan kau nak menyerah…” kata
Fitri sambil mula mendail angka 999 di telefon bimbitnya.
“Nah ambil RM 2500 dalam dompet aku. Ni jer yang aku ada. Aku simpan untuk kita
punya tarikh pergi Korea tu…”
“Hello… saya nak buat satu laporan polis,” gumam Fitri.
“Fitri…”
“Saya nak serah diri atas jenayah yang saya dah…”
Dan dalam sekelip mata sahaja, lampu meja yang berdekatan dengan Khairul sedang
berada dalam genggaman tangannya. Telefon bimbit yang sedang terlekap pada telinga Fitri tadi
kini tergeletak di atas lantai. Tubuh Fitri pula terlentang dengan kesan darah baru sahaja
mengalir, menghasilkan kesan lopak. Untuk seketika, Khairul menatap penghujung lampu meja
yang dicapainya. Ada kesan darah juga.
“Fit… bangun Fit…” bisik Khairul, tergagap-gagap sambil menampar pipi sahabatnya
yang berjambang halus itu. Dia menolak tubuh Fitri yang terlentang. Pupil mata Fitri sedang
merenung kosong ke arahnya. Jari-jemari Khairul dibawa menghala ke arah hidung pesek jejaka
itu. Tiada nafas langsung. Selepas beberapa ketika, barulah Khairul menyedari betapa dia baru
sahaja menamatkan hayat sahabatnya.
“ALLAH…” ucap Khairul dengan jari-jemari yang menggigil. Dia terlutut di atas lantai,
bergerak dalam keadaan teragak-agak menghampiri tubuh Fitri yang terletentang itu. Dicapainya
pergelengan tangan Fitri. Tiada kesan nadi. Terus dia meletakkan hujung jari telunjuknya pada
kedua-dua lubang hidung Fitri. Tiada kesan nafas.
“Fit… jangan bergurau Fit…” ucap Khairul tergagap-gagap. Dia menggerakkan tubuh
itu, namun tidak terkutik.
“Fit… aku tak nak jadi pembunuh! Tak nak!” Khairul sudah menangis teresak-esak.
***
“Encik… encik okey ke? Saya nampak encik terjerit-jerit sikit tadi,” tegur seorang
pramugari yang kebetulan melintas di sebelah tempat duduk Khairul. Terpisat-pisat Khairul
membuka matanya sambil memerhati pemilik wajah berbujur sirih yang membangunkanny
sebelum matanya tertancap pada nama Marina tertulis pada tag nama yang tersarung pada baju
kebaya biru yang disarungkan pada tubuh langsingnya, pakaian asasi bagi pramugari Malaysian
Airlines.
“Okey. Saya okey,” kata Khairul sambil menggeleng. Ada beberapa mata dalam pesawat
itu yang memandangnya.
Pramugari yang mempunyai tahi lalat pada bawah dagunya tadi sedang menolak troli
yang membawa makanan-makanan untuk dihidangkan sempat meletakkan sebuah pakej Nasi
Lemak yang ditempah oleh Khairul sebelum dia berterusan menolak troli bersama seorang lagi

11
rakan pramugaranya. Memandangkan perutnya sudah lapar, terus Khairul membuka bungkusan
nasi lemak.
Sedang Khairul kusyuk menikmati makanan pakej ekonomi itu, kelihatan bunyi jeritan
seseorang. Khairul cuba berdiri sejenak, dan gadis pramugari tadi sedang menunduk meminta
maaf manakala seorang lelaki yang berkumis halus di dagunya, berambut belah tengah dan
berkaca mata sedang mencuci seluar jeansnya dengan beberapa keeping tisu.
“Nasib baik tak kena komputer riba saya ni. Awak tahu tak dalam ni presentation pasal
projek cari gali paleontology yang saya tengah siapkan?” ucap lelaki yang kalau dalam
pengamatan Khairul, berusia dalam sekitar 20-an.
“Saya minta maaf Encik…”
“Dr… Dr Zaki. Jangan tinggalkan nama panggilan tu!” pintas Zaki membuatkan Marina
menggangguk tersengguk-sengguk sambil menundukkan kepalanya berkali-kali, persis orang
Jepun. Pada pengamatan Khairul, betapa Zaki menyebut panggilan namanya sebagai doktor
dengan begitu bangga sekali, dan setiap orang yang tidak memanggilnya demikian adalah sangat
biadab.
“Sombong… angkuh…” gumam satu suara disebelah Khairul tiba-tiba. Di sebelah kerusi
kosong yang sepatutnya milik Fitri, kelihatan seorang wanita yang turut berkaca mata sedang
meneliti komputer ribanya.
“Sorry?” soal Khairul Anuar sambil menoleh ke kirinya.
“Tak. Tak… saya tak cakap dengan awak. Saya cakap pasal laki tu. Dr Zaki,” tutur
wanita yang memakai kemeja putih. Di atas peha wanita yang pada sepintas lalu, dapat diagak
pada pertengahan 30-an, terdapat sebuah laptop yang wallpaper desktopnya ialah seorang kanak-
kanak perempuan berusia 4 tahun.
“Ohh,” balas Khairul, sepatah.
“Puteri,” ucap wanita itu sambil menghulurkan tangannya. Untuk seketika, Khairul
menatap jari-jemari runcing Puteri yang berambut lurus yang diikat ke belakang itu.
“Khairul Anuar,” balasnya. Sebaik sahaja huluran tangan itu disambut oleh Khairul, terus
pesawat mereka bergegar.
“Maaf…” ucap Marina yang terjatuh di atas lantai. Seorang lelaki yang dalam sweater
yang membalut tubuhnya yang sedang duduk di kerusi tempat Marina terjatuh menghulurkan
tangannya untuk Marina bangkit.
“Terima kasih,” ucap Marina.
Sekali lagi pesawat bergegar. Lebih kuat daripada sebelumnya. Marina terus terduduk di
atas ribaan lelaki bersweater itu. Kali ketiga pesawat bergegar, ia terus menjunam tiba-tiba.
Terus kedengaran bunyi jeritan berkumandang apabila topeng gas mula terkeluar dari atas siling
tempat mereka duduk. Beg-beg baju dan galas yang terletak di atas kepala mereka mula terkeluar

12
dari tempatnya, lalu mula berterbangan dan ada yang menghentam kepala beberapa orang
pramugari yang masih berdiri.
Serentak itu, tapak tangan Khairul dicapai oleh Puteri disebelahnya. Wanita itu
memejamkan matanya, sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu. Pada ketika itulah,
Khairul terpandang tingkap yang gelap gelita. Beberapa saat kemudian, pengelihatan Khairul
semua gelap gelita, manakala bunyi dentuman yang diringi gegaran yang mencucuk setiap nadi,
otot dan juga saraf Khairul dengan rasa kesakitan. Apabila dia mula membuka mata sahaja,
kedengaran bunyi tangisan seseorang. Bukan tangisan sahaja, tapi ada sesuatu yang menyapu
wajahnya dari langit terbuka.
“Salji?” gumam Khairul menyapu wajahnya. Dia sedang duduk di dalam pesawatnya
tadi. Bezanya, pesawat tersebut dalam keadaan paling rosak pernah dilihatnya. Siling sudah
tercabut dari atas kepala mereka. Bau darah dan bangkai menusuk hidungnya. Apabila dia mula
mengamati keadaan sekitarnya, dia sedang berada dalam sebuah hutan tebal sambil ditemani
oleh kebanyakan tubuh yang tidak bernyawa yang terikat pada kerusi asal mereka.

13
Bab 2
“Awak…” panggil satu suara disebelah Khairul. Dia menoleh sebelum perempuan
dengan wajah yang ditutupi rambutnya sedang menggeleng sambil menundukkan wajahnya.
Pada sekali imbas, ada garisan putih panjang pada beberapa bahagian rambut depannya. Apabila
wanita itu mendongak, ada kesan darah kepada kepalanya. Dan barulah Khairul baru menyedari
wanita itu ialah Puteri yang menegurnya.
“Kepala awak… berdarah…” ucap Khairul.
“Saya tahu,” kata Puteri.
Puteri melihat sekitarnya. Mereka sebenarnya sedang berada dalam sebahagian daripada
tubuh pesawat yang tercabut dari tempat asalnya. Sebab itulah betapa walau dia masih melekat
pada kerusi pesawatnya, betapa dia dapat melihat dengan jelas hutan sedang terpampang di
depan matanya, memandangkan bahagian hadapan kerusinya yang sepatutnya ruang pesawat
yang memanjang, kini merupakan sebuah lubang besar.
“Tolong saya… boleh?” pinta Puteri.
“Kenapa?” soal Khairul.
“Kaki saya… tersekat kat bawah kerusi ni. Tolong saya tolakkan kerusi ni…” rintih
Puteri. Khairul memandang barisan kerusi dihadapannya. Ada yang terlalu condong ke belakang
mungkin akibat dari impakan pesawat tersebut terhempas. Akibatnya, kaki Puteri tersepit.
“Sekejap…” kata Khairul sambil mencabut tali pinggang kaledar yang mengikat
tubuhnya pada kerusi itu. Apabila dia cuba berdiri, dia hampir tumbang semula namun Puteri
sempat menyambar tangannya.
“Awak okey?” soal Puteri.
“Pening sikit… lepas tu, satu badan rasa sakit-sakit. Lenguh dengan pedih,” kata Khairul.
“Benda biasa tu…. kita baru terhempas,” kata Puteri. Khairul terus menundukkan
tubuhnya, meneliti bahagian kaki Puteri yang tersepit. Dia mengerakkan sedikit kerusi yang
menghimpit pergelangan kaki Puteri. Kalau dia menggunakan segala kudratnya, kerusi itu boleh
ditolak, sekaligus memberikan ruang untuk Puteri mengangkat kakinya.

14
“Sedia?” kata Khairul.
“Ya, dah sedia,” balas Puteri.
“Satu… dua… tiga!” teriak Khairul menolak sedaya upaya kerusi di depan Puteri. Kerusi
tersebut bergerak sedikit sekaligus memberikan ruang untuk Puteri mengangkat kakinya.
Akhirnya, Khairul terduduk kepenatan manakala Puteri berjaya juga melepaskan diri. Dia terus
meneliti kakinya. Kasut tinggi yang tersarung pada kakinya terus dicabut, menampakkan kesan
luka dan bengkak.
“Terima kasih tau…” ucap Puteri.
“Boleh jalan?” soal Khairul sambil bangkit semula.
“Saya cuba… awak tolong saya?” pinta Puteri.
“Baiklah,” jawab Khairul. Dia menghulurkan tangannya untuk Puteri berpaut berdiri.
Hanya beberapa langkah keluar dari barisan tempat duduk yang agak sempit, Puteri terus
menggeleng sambil mengangkat sebelah kakinya di udara. Tidak mampu untuk dia berdiri
dengan kedua-dua belah kakinya sebab rasa sakit yang amat sangat akan mendatanginya.
“Kaki saya terseliuh. Lepas tu ada luka kena cuci. Kena cari aid kit tu… tapi sejak saya
bangun sejam tadi, saya cuba cari masa duduk, saya tak nampak. Kalau tak, saya tahu apa saya
nak buat dengan kaki saya,” gumam Puteri.
“Awak doktor?” teka Khairul.
“Ya, saya pakar bedah usus kat Hospital Dirgahayu,” balas Puteri.
“Sekarang kita nak ke mana?” soal Khairul.
“Biasanya flight punya aid kit ni ada dekat dengan kokpit. Saya rasa kalau awak ikut
kesan kat tanah luar sana… kita boleh cari bahagian kokpit yang terpatah dua ni,” kata Puteri.
“Jadi… macam mana awak nak jalan dalam hutan ni?” soal Khairul.
“Awak… gendong saya. Boleh?” pinta Puteri. Untuk seketika, Khairul tergamam. Dalam
bahagian pesawat yang tercabut dari bahagaiannya yang lain, Khairul menatap wanita yang
tinggi pada paras bahunya yang lengkap dalam kemeja putih beserta dengan seluar jeansnya.
Dengan hati yang berat, dia mengangguk.
“Naik belakang saya,” suruh Khairul ketika dia duduk bercangkung. Dengan berhati-hati,
Puteri melingkarkan tangannya pada leher Khairul, sambil Khairul mencapai kedua-dua kaki
Puteri sebelum bangkit serentak. Apabila berada dalam gendongan Khairul, betapa ketika itu,
Puteri mendapat pemandangan yang lebih jelas.
Betapa terdapat banyak tubuh-tubuh yang sudah bernyawa terduduk pada setiap kerusi
dalam keadaan kecederaan yang pelbagai. Patutlah bau busuk yang agak menusuk hidung
menyapa deri baunya ketika dia mula membuka mata. Hanya dia dan Khairul sahaja yang
bernasib baik selamat daripada nahas pesawat itu. Spontan, dia mengeratkan lagi rangkulan pada

15
leher Khairul. Lagi-lagi ketika Khairul melangkah, betapa bangkai pesawat itu kelihatan
terhuyung-hayang ke kiri dan kanan.
Ketika mereka berdua menghampiri bahagian paling hujung bangkai pesawat itu, terdapat
ruang agak tinggi antara lubang pesawat dan lantai hutan dibawahnya. Puteri diletakkan untuk
berdiri semula, sementara Khairul terpaksa turun dahulu sebelum menyuruh Puteri melompat
dari atas.
“Betul awak boleh sambut badan saya?” tanya Puteri.
“Lompat jer. Saya sambut,” kata Khairul sambil mendongak. Agak tinggi juga ruang atas
pesawat itu dengan lantai hutan. Inilah yang terjadi apabila tiada tangga langsung mampu
diselamatkan daripada nahas.
“Hati-hati,” gumam Puteri lalu melompat dari tingkat atas pesawat. Apabila Puteri
membuka matanya, dia sedang berada dalam dukungan Khairul. Tubuhnya diturunkan berhati-
hati oleh Khairul lantas jejaka itu kembali melutut di atas lantai hutan, menunggu untuk Puteri
kembali memanjat tubuhnya.
“Terima… kasih,” ucap Puteri ketika Khairul mengetakkan gendongannya.
“Pokok-pokok semua tumbang,” kata satu suara yang tiba-tiba muncul dibelakang
mereka.
“Kau dua tak sejuk ke?” soal Zaki yang tiba-tiba muncul sambil menggigil.
“Dr Zaki Mohyedin?” soal Puteri.
“Terima kasih sebab ingat nama aku. Lepas ni aku ikut kau jer. Kau nampak macam
lelaki kuat,” kata Zaki membuatkan kedua-dua kening Khairul terangkat.
“Sorry?” soal Khairul.
“Hutan ni. Tadi aku nampak benda yang tak sepatutnya wujud dah…” gumam Zaki.
“Saintis macam kau percaya hantu?” soal Puteri, spontan.
“Tak… tak… bukan hantu. Macam tu…” kata Zaki sambil menundingkan jarinya ke arah
sebuah dahan. Seekor burung berbulu warna merah yang kalau sekali imbas, serupa seperti
seekor itik dengan paruhnya yang agak lebih besar berbanding kebanyakan burung yang pernah
mereka lihat sedang bertenggek, mengeluarkan bunyi aneh. Saiz burung yang ditunding oleh
Zaki dalam sebesar tapak tangan manusia.
“Itu burung…”
“Tak… itu Ichthyornis. Tak sepatutnya wujud. Dah pupus sejak 90 juta tahun dulu…”
kata Zaki dengan kedua-dua dahinya berkerut.
“Kau biar betul…” Khairul hilang kata-kata.

16
“Sini…” panggil Zaki lalu menghampiri sebuah denai luas yang tidak jauh daripada
tempat mereka berdiri.
“Macam tapak kaki gajah… tapi bukan gajah,” kata Zaki.
“Maksud kau?” soal Puteri.
“Saiz kaki dia dua tiga kali ganda lebih besar daripada gajah. Ada makhluk lain, yang
macam gajah, tapi lebih besar dari gajah,” kata Zaki.
“Mammoth?” Puteri seperti dapat menangkap apa yang nak disampaikan oleh Zaki.
“Kau bijak perempuan. Kalau burung 90 juta tahun lalu boleh ada sini, gajah Mammoth
pun boleh ada kat sini,” kata Zaki.
“Lagi satu…” sambung Zaki lagi.
“Kau nampak tak hutan jenis apa kat sekitar kau?” soal Zaki.
“Tropika…” gumam Khairul sebelum dia seperti Puteri, dapat menangkap apa yang cuba
siampaikan oleh Zaki.
“Sekejap… kalau hutan hujan tropika… macam mana… salji boleh turun kat sini?” soal
Khairul.
“Dan macam mana…. pokok-pokok ni boleh hidup dalam keadaan salji? Sepatutnya dah
mati…” kata Zaki lagi.

17
Bab 3
Pokok-pokok banyak yang rebah ke tanah. Mungkin dihempap oleh bangkai pesawat
yang terputus dua dari induknya. Dan kesan pokok yang tumbang itu memberi klu kepada
mereka bertiga mengenai lokasi bahagian lain pesawat. Apa yang mereka jangkakan tidak pernah
salah kerana betapa selepas menuruti kesan-kesan hempasan pesawat, mereka berjaya menemui
sebuah pantai yang tersembunyi disebalik ketebalan hutan tempat mereka berpijak.
Betapa disebalik hutan, terdapat bahagian lain pesawat yang sedang terdampar kemas di
atas pasir pantai yang memutih. Selain daripada bangkai pesawat itu, terdapat Maharanisan
manusia yang sedang berehat di tepi pantai. Apabila Khairul muncul dengan Puteri dan Zaki,
kumpulan manusia yang sedang berkampung itu menoleh ke arah mereka bertiga.
Kemudian, ada beberapa manusia menghampiri mereka. Seorang lelaki yang dengan
rambut dan nipis di kepala dan wajahnya, serta seorang wanita yang Khairul kenal merupakan
pramugari pesawat yang mereka naiki. Dan kemudian dari jauh, seorang lelaki menghampiri
mereka dalam pakaian tubuhnya yang berbalut sut hitam. Ada uban pada rambut lelaki itu, dan
kesan kedut kelihatan pada hujung mata.
“Kami ingat ni jer yang selamat…” kata Marina.
“Alhamdulilah…” ucap Puteri yang masih digendong oleh Khairul.
“Dia okey?” soal lelaki berambut nipis itu. Orangnya agak berotot dan tegap. Ada kesan
parut pada keningnya, yang persis seperti kesan cakaran. Baru sahaja Khairul mahu menjawab,
sebaliknya Puteri mencelah.
“Ada first aid kit tak? Saya cari kat pesawat lama tak nampak…” kata Puteri, tidak
menjawab soalan lelaki tadi.
“Ikut saya. Kat tempat orang sakit. Saya yang jaga sana tu,” kata Marina tiba-tiba.
“Awak… tahu pasal perubatan ni semua?” soal Puteri ketika Marina mula melangkah,
menunjukkan arah.
“Masa training jadi pramugari dulu, adalah belajar sikit,” kata Marina sambil tersenyum.
Seketika, Khairul menoleh belakang dan kelihatan Zaki tidak mengekori mereka, sebaliknya
sedang kusyuk berbual dengan lelaki berambut nipis dan lelaki pertengahan usia tersebut.
“Kenapa awak tanya?” soal Marina.
“Saya Puteri. Sementara kita tunggu bantuan, tempat tu akan jatuh bawah tanggungjawab
saya. Jadi, saya perlu tahu berapa banyak yang cedera,” tanya Puteri.
“Akhirnya ada doktor! Sini Puteri… ada sorang ni perlukan bantuan doktor!” kata
Marina.
Mereka akhirnya sampai ke sebuah tempat di mana terdapat beberapa buah khemah yang
barangkali diambil daripada pesawat. Ada pesakit yang dibiarkan terbaring diluar khemah,
manakala yang lebih parah diletakkan ke dalam khemah. Sementara itu, terdapat juga unggun api
18
yang sudah dinyalakan meskipun hari masih siang memandangkan cuaca disekitar mereka
sangatlah sejuk dengan salji yang masih belum berhenti turun dari langit terbuka. Juga di atas
tempat tersebut, terdapat sebuah kain yang diikat hujungnya pada setiap kayu lalu membentuk
perlindungan daripada cahaya matahari.
“Terima kasih Ted sebab tolong jagakan untuk saya,” ucap Marina. Ted, lelaki yang
bersweater itu sekadar mengangguk. Tidak berapa jelas wajah lelaki itu pada pandangan Khairul
kerana betapa Ted seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan wajahnya. Dia bangkit lalu
meninggalkan Marina dan Khairul yang masih setia mengendong Puteri.
“Awak boleh turunkan saya kat sini Khairul,” kata Puteri. Dengan berhati-hati, Puteri
diturunkan di atas pasir pepantai. Sementara Marina mencari first aid kit yang diminta oleh
Puteri, Puteri meneliti kesan luka dan bengkak pada kakinya.
“Sakit?” soal Khairul sambil duduk disebelah Puteri.
“Tak penting. Yang penting semua kat sini. Ada dalam 7-8 orang yang cedera,” kata
Puteri. Khairul kembali meneliti keadaan pesakit-pesakit yang sedang tidur. Mereka dalam
pelbagai bentuk kecederaan dan tidak menyedari kehadiran Puteri.
“Nah… aid kit yang Puteri mintak,” kata Marina keluar dari sebuah khemah.
“Terima kasih,” ucap Puteri lalu membuka peti kecemasan cemas itu dan mula
menyelongkar isinya.
“Marina…” panggil Puteri tiba-tiba.
“Lepas ni, awak jadi nurse, tolong saya jagakan diaorang. Boleh?” pinta Puteri ketika dia
sedang sibuk mencuci luka dikakinya sebelum bahagian bengkak akan dibalut dengan bandage.
“Dengan berbesar hati Doktor,” kata Marina dengan senyuman ikhlasnya.
“Marina… khemah ni semua… siapa punya?” soal Puteri.
“Abbas. Lelaki botak hensem yang tegur doktor tadi. Dia ada bawak banyak khemah
dengan dia. Kami jumpa kat bahagian kargo tadi,” kata Marina membuatkan Puteri ketawa kecil.
“Tak botak pun. Ada rambut. Tapi saya setuju dengan awak. Dia hensem,” kata Puteri
usai membalut kakinya yang bengkak.
“Yang awak, kenapa kat sini lagi?” soal Puteri.
“Errrr… saya… nak tengok awak dah okey ke… kalau awak… Dr nak saya pergi…
saya…” Khairul tergagap-gagap menjawab manakala Puteri ketawa lagi.
“Tak adalah. Awak stay sini selagi mana awak suka. Saya rasa tenang bila dekat dengan
awak. Rasa selamat,” kata Puteri sebelum dia mengukirkan senyumannya. Entah kenapa, buat
Khairul, dia merasakan senyuman terukir oleh Puteri itu merupakan senyuman paling menawan
yang pernah dia lihat. Dan betapa pengakuan jujur Puteri pula sungguh menusuk jauh ke dalam

19
hatinya. Sepanjang 30 tahun dia hidup sebagai manusia, itulah kali pertama dia merasakan
bahawa dirinya dihargai.
“Doc… umur doc berapa?” soal Marina.
“33. Kenapa Marina?” soal Puteri.
“Uban depan rambut doktor tu. Macam Rogue dalam X-Men,” luah Marina jujur.
“Asyik kena panggil Rogue jer. Heii, saya lagi cantik daripada dia tau,” usik Puteri lagi
sebelum ketawa sendirian. Khairul menyedari bahawa wanita seperti Puteri, banyak ketawa.
“Ni orang namakan sebagai Poliosis. Kulit saya dengan rambut depan saya jadi putih…”
kata-kata Puteri mati disitu apabila Abbas tiba-tiba muncul lalu menghampiri Khairul.
“Bro… Dato’ Azly panggil,” kata Abbas.
“Saya?” soal Khairul.
Abbas mengangguk.
“Kenapa?” soal Khairul.
“Nak minta tolong sekejap…” kata Abbas. Khairul tanpa banyak soal, terus bangkit dan
mengekori Abbas dari belakang. Mereka menghampiri lelaki pertengahan usia tadi yang Khairul
percaya sebagai Dato’ Azly.
“Terima kasih…”
“Khairul Anuar. Panggil saya Khairul,” celah Khairul memperkenalkan dirinya.
“Terima kasih Khairul. Saya Dato’ Azly,” kata Dato’ Azly lalu bersalaman dengan
Khairul. Wajahnya sudah mula menampakkan kedutan sedikit. Jambangnya memenuhi wajah
sedang dimamah usia itu, tetapi tetap kemas. Mata Dato’ Azly separa sepet, dan cukup redup
kalau ditenung dalam. Rambutnya pula sudah mula menampakkan sedikit uban dan kesan
keguguran.
“Abbas, bomba,” kata Abbas menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan
Khairul. Khairul menyedari bahawa Abbas memiliki senyuman yang mendatangkan hangat
kepada sesiapa yang memandangnya meskipun dalam rintihan kesejukan pulau tempat mereka
terperangkap. Senyumannya itu pula seiring dengan tona hitam manis kulit lelaki yang tinggi
lampai dan berdada bidang itu.
“Saya Juliana. Tentera,” ucap seorang gadis tinggi lampai yang memakai cap dengan
rambut panjangnya diikat kuda. Wajahnya kelihatan sedikit maskulin dengan kesan parut di
hidung, bibir dan bawah dagunya, namun ciri-ciri seorang wanita masih terserlah pada rupa itu.
Kulitnya bewarna perang, yang sekali imbas seperti dipanggang. Mungkin hasil daripada latihan
dalam tentera.

20
“Haziq Murshidi. Panggil Haziq,” kata pula seorang lelaki lengkap beruniform
juruterbang yang terdapat kesan darah pada beberapa bahagian uniform itu. Keningnya berkerut
ketika dia bersalaman dengan Khairul. Orangnya memiliki wajah yang awet muda seolah-olah
Khairul sedang bercakap dengan seorang pelajar sekolah yang cuba menyamar menjadi seorang
juruterbang. Namun, sebaik sahaja Haziq mula bercakap, cukup nada suaranya sahaja
memberitahu Khairul bahawa jangan menilai seseorang daripada pras rupa.
“Macam ni… awak datang dari bangkai pesawat yang lain kan?” soal Dato’ Azly.
“Ya,” balas Khairul, sepatah.
“Abbas, Haziq dengan Juliana akan temankan kamu ke bangkai pesawat tu balik. Kami
tak sempat geledah bahagian kargo pesawat tu. Kita nak selamatkan apa sahaja barang-barang
yang kita sempat selamatkan. Baju, makanan, ubat-ubatan semua tu. Kamu tak ada masalah
kan?” Untuk seketika, Khairul menatap wajah Abbas, Haziq dan Julia silih berganti sebelum
menggeleng.
“Aku nak ikut boleh?” tutur satu suara yang muncul tiba-tiba dari belakang. Mereka
berempat menoleh sebelum Zaki muncul sambil membersihkan seluar jeansnya dari kesan pasir
pantai.

Bab 4

21
Khairul mengetuai kumpulan manusia itu dari depan, menuruti kesan tapak kaki pada
semak samun yang timbul ketika dia muncul bersama dengan Puteri dan Zaki tadi. Kayu
panjang yang dipasangkan dengan serpihan besi tajam pada hujungnya diberikan oleh Abbas
kepadanya. Ianya diikat dengan beberapa helai kain.
“Aku buat. Hutan ni… kita tak tahu apa yang ada. Jadi, kau yang paling depan, boleh
guna kalau ada apa-apa,” kata Abbas.
“Terima kasih,” ucap Khairul ketika menerima senjata yang diperbuat oleh Abbas itu.
Kalau tidak silapnya, 10 minit diambil untuk perjalanan kaki dari lokasi bangkai pesawat
bahagian ekor dari pantai yang kini menjadi lokasi tempat kebanyakan mereka yang terselamat
dari nahas pesawat berada. Adanya Zaki disebelahnya akan membantu dirinya sekiranya dia
tersalah jalan. Dia bukannya biasa sangat dengan laluan hutan ini. Dia hanya yakin bahawa dia
sedang menuruti jalan yang betul dengan mengikuti kesan-kesan tapak kaki, semak yang
diratakan juga kesan titisan darah yang barangkali datang dari mana-mana bahagian luka
tubuhnya, Zaki atau Puteri tadi.
“Boleh aku tahu… kenapa kau nak ikut?” soal Abbas tiba-tiba ketika dari belakang.
“Kau cakap dengan aku?” soal Zaki.
“Ya, dengan kau,” kata Abbas sambil tiba-tiba melingkarkan lengannya di leher Zaki,
cuba bermesra dengan jejaka itu. Namun, Zaki pantas menolak lengan Zaki lalu menjauhkan
dirinya daripada Abbas.
“Sorry. Aku allergic dengan orang pegang tangan aku,” kata Zaki sebelum mengusap
belakang tengkuknya. Abbas sekadar mengangkat kedua-dua bahunya, menoleh ke arah Juliana
disebelah, cuba tersenyum. Namun, Juliana yang berjalan sambil meletakkan kedua-dua tapak
tangannya dalam sweater yang membalut tubuhnya tidak mengendahkan langsung Abbas.
“Kau dulu kerja apa?” soal Haziq tiba-tiba menyebabkan Khairul yang sedang menebas
semak dihadapannya menoleh.
“Aku… aku meniaga,” bohong Khairul sebelum kembali menapak. Namun, jawapan
pendeknya membuatkan Haziq semakin ingin tahu latar belakangnya.
“Tak adalah. Kau dah tahu kami kerja apa. Abbas bomba. Juliana pulak tentera. Aku
pilot. Kau jer kami tak tahu…”
“Kau tak tahu aku saintis,” celah Zaki namun Haziq tidak mengendahkannya.
“Aku jual burger tepi jalan jer. Tak hebat macam korang. Tak penting pun,” kata Khairul,
cuba tersenyum.
“Jual burger ni kaya-kaya. Ada member aku buat sampai RM 5000 sebulan dengan jual
burger jer,” kata Abbas yang cuba menenangkan suasana. Akhirnya, selepas lama melangkah,
mereka tiba di bahagian ekor pesawat.

22
“Dah sampai,” kata Khairul mempersembahkan di hadapannya bangkai pesawat yang
tergeletak tidak bernyawa. Haziq menghampiri sambil memerhati penuh takjub. Dia memandang
sekitarnya. Bagaimana sebuah pesawat, atau bahagian ekornya sahaja menumbangkan setiap
pokok-pokok yang berdiri disekitarnya sehingga menimbulkan dataran kecil yang mengitarinya.
“Ada apa kat dalam sana yang kau nak mintak tolong kami?” soal Abbas sambil menepuk
bahu Haziq.
“Bawah pesawat ni ada ruangan kargo. Yang dok bawak beg-beg korang. Kita bukak
dulu, dan tengok-tengok apa yang ada. Lepas tu kita datang bawak banyak orang, untuk bawak
ke pantai,” kata Haziq.
“Aku bau bangkai,” gumam Juliana tiba-tiba.
Mereka yang lain menoleh ke arah Juliana.
“Tadi… masa aku bangun. Ada beberapa orang yang tak bernasib baik yang aku rasa dah
mati kat tempat duduk diaorang,” kata Khairul.
“Masa pesawat ni terhempas, memang bahagian ekor terpisah daripada bahagian depan.
Aku rasa impak bahagian ekor jatuh dulu dari bahagian kokpit memang lagi dasyat. Kalau tak,
tak akan 3 orang jer daripada puluhan orang yang ada kat bahagian belakang yang hidup,” kata
Haziq.
“Kau tahu kenapa pesawat terhempas?” tanya Zaki.
“Tak… masa aku bawak, tiba-tiba jer kita masuk zon hitam sebelum tiba-tiba menjunam.
Minyak semua habis. Radio hilang, tak dapat komunikasi dengan sesiapa. Bila terhempas jer,
kita ada kat pulau pelik ni,” kata Haziq. Untuk seketika, mereka berlima terdiam sejenak
sebelum Abbas kembali bersuara.
“Mana ruangan kargo yang kau cakap tu?” soal Abbas.
“Kita kena naik kat dalam sana. Susah nak masuk dari bawah. Tapi kat dalam pesawat
ada laluan dari atas untuk masuk ke kargo. Kita akan bukak pintu dari dalam. Kena ada orang kat
luar sekali,” kata Haziq.
“Kalau macam tu, aku kat luar. Aku tak sanggup nak masuk balik dalam pesawat.
Banyak sangat mayat,” kata Khairul.
“Aku dengan Khairul kat luar,” kata Zaki lalu berlari menghampiri Khairul. Untuk
seketika, Khairul menoleh ke arahnya sebelum terus melangkah ke arah bahagian bawah pesawat
sementara Haziq, Abbas dan Juliana memanjat dengan bersusah payah untuk masuk ke dalam
bangkai pesawat melalui bahagian rongga terbuka yang terhasil akibat patahnya dua pesawat itu.
“Kenapa kau nak ikut?” soal Khairul tiba-tiba ketika dia sedang berdiri tepat dihadapan
pintu kargo yang letaknya betul-betul dibawah pesawat.

23
“Aku curious dengan pulau ni. Aku saintis, jadi curiousity tu benda biasa. Aku nak
explore pulau ni. Tapi aku tak berani nak jalan seorang-seorang. Tapi… bila aku nampak korang
berjumpa, aku dengar perbualan korang, aku nak ikut,” kata Zaki.
“Kenapa?” soal Khairul, yang merasakan bahawa Zaki tidak menjawab soalannya.
“Kau nampak macam kuat. Aku nampak kau dukung doktor rambut macam Rogue tadi
pun macam tak ada apa. Gaya kau pegang lembing tu pun. Macam kau dah biasa pegang. Lepas
tu ada Juliana. Dia tentera. Abbas tu pulak macam tahu tempat dia dalam hutan,” kata Zaki.
“Kau nak cakap yang… kau nak kami lindungi kau?” soal Khairul.
“Exactly. Terima kasih sebab faham aku. Aku rasa yang aku terlalu berharga untuk
korang semua hilang aku. Aku tak nak yang bakat aku tak akan mampu korang gunakan kalau
nak survive atas pulau ni.” Zaki terus membebel seorang diri.
“Khairul! Zaki! Korang dua ada kat luar sana ke?” Kedengaran suara Haziq menempik
dari dalam pesawat yang tingginya suku daripada pokok-pokok yang berdiri tinggi di atas kepala
mereka.
“Ya, ada,” balas Khairul.
“Macam ni… pintu dari dalam ni macam tersekat sikit. Kami bertiga akan tolak dari
dalam, sementara tu, kau dengan Zaki tarik dari luar. Boleh tak?” teriak Haziq.
“Boleh. Tak ada hal…” gumam Khairul lalu meletakkan tapak tangannya pada pintu besi
tadi. Pada satu bahagian, Khairul meletakkan tapak tangannya, pada bahagian lain pula Zaki
meletakkan kedua-dua tapak tangannya.
“Sekarang! Aku tolak dari dalam! Korang tolak dari luar!” teriak Haziq. Maka mereka
berdua pun menarik dan menolak sekuat hati pintu. Akhirnya selepas usaha yang bersungguh-
sungguh, pintu pesawat itu terbuka juga akhirnya. Tubuh Haziq menggelongsor keluar bersama
dengan timbunan beg baju dan beg roda. Juliana dan Abbas kelihatan muncul dari belakang.
“Ada jumpa apa-apa tak?” soal Zaki.
“Banyak. Kita dah boleh panggil semua orang. Kita boleh bawak beg-beg ni semua dekat
kem kita belah sana,” kata Haziq sambil menghulurkan tangannya untuk disambut oleh Khairul
agar dia senang berdiri.

Bab 5
Baru sahaja Dato’ Azly mengumumkan mengenai tidak jauh dari tempat mereka
bermalam, terdapat beg-beg baju dan roda yang perlu diambil bersama, terus orang ramai yang
selamat daripada nahas pesawat tersebut mula berpusu-pusu keluar dengan ahli keluarga, sahabat
handai dan juga seorang diri meninggalkan kem. Mereka mengikuti Abbas yang terpaksa
mengetuai lautan manusia di situ untuk membawa barang-barang dari bahagian kargo pesawat.

24
Sampai satu masa, Khairul menyedari bahawa betapa hanya tinggal beberapa orang
sahaja di tepi pantai. Jadi, dia yang memang tidak berapa suka akan khalayak ramai mengambil
kesempatan untuk menikmati waktu berseorangan. Jadi, dia memilih untuk melabuhkan
punggungnya di tepian pantai sambil melemparkan pandangan ke arah laut yang tenang pada
malam itu.
Baju sejuk yang diambil daripada dalam bahagian kargo jauh lebih awal daripada mereka
disitu sedang membaluti tubuhnya. Sejuk malam itu, dan dia pula jauh dari unggun-unggun api
yang dihidupkan oleh penghuni kem tersebut. Rasa sejuk semakin mencengkam apabila angin
sepoi-sepoh bertiup dari laut.
“Nak rokok?” ucap satu suara tiba-tiba dari belakang. Seorang lelaki dengan rambut
panjang yang diikat ke belakang tiba-tiba melabuhkan punggungnya disebelah Khairul. Terdapat
celak dibawah kedua-dua kelopak matanya. Impressi pandang pertama Khairul ketika menatap
wajah lelaki itu ialah lelaki itu merupakan seorang penagih ganja kerana wajahnya seperti dia
sedang dalam halunisasi yang tinggi. Malah ketika dia menghulurkan rokok kepada Khairul pun,
mata kuyunya seperti tidak cukup tidur untuk satu detik yang sangat lama sekadar memandang
pepasir pantai.
“Macam mana…”
“Aku sempat seludup masuk flight. Ada sikit jer yang tinggal. Sekurang-kurangnya dapat
panaskan badan kau,” kata lelaki itu.
“Terima kasih,” ucap Khairul. Rokok murah dari jenama Canyon tadi dinyalakan lalu
dibiarkan bergayut dibibirnya sebelum asapnya yang berkepul-kepul dihembus perlahan di
udara. Matanya terpejam ketika melakukannya. Puas rasanya selepas hampir 2 hari suntuk
kehabisan rokok. Dia kelihatan lebih tenang daripada biasa.
“Faeez…” ucapnya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Kuku-kuku lelaki
itu diwarnakan dengan warna hitam.
“Khai…” balas Khairul.
“Khairul,” pintas Faeez sebelum sempat Khairul memperkenalkan dirinya.
“Macam mana…”
“Aku kenal kau,” kata Faeez membuatkan Khairul menoleh ke arahnya.
“Kita pernah jumpa ke?” soal Khairul.
“Kau mungkin tak ingat. Jarang betul perangkap lupakan pelanduk ni,” kata Faeez
sebelum dia ketawa sendirian.
“Tak faham…”
“Kau tipu manager aku dulu RM 10, 000. Kau bawak lari duit kami. Kononnya kau wakil
dari kerabat Selangor nak jemput band aku buat konsert kat istana. Tapi kau mintak RM 10K
pendahuluan kat dia sebagai wang upah untuk bawak kami. Dan kau janji yang istana akan bayar
25
berganda-ganda,” jelas Faeez. Dia terus melepaskan rambutnya yang terikat, berserta dengan
cermin mata yang dipakainya.
“Kenal aku?” soal Faeez sambil tersenyum sinis.
“Kau bukan ke band…”
“Ya. Vokalis Faeez and the Preachers,” sambung Faeez.
“Aku… aku…” Khairul hilang kata-kata. Namun, rasa janggal itu terganggu dek seorang
gadis dengan kamera video tiba-tiba menghampiri Faeez.
“Bang… sekejap… sekejap… abang ni bukan band Faeez and the Preachers tu kan?”
Gadis yang cuba merakam wajah Khairul di lapangan terbang beberapa hari lepas muncul
semula. Tetapi kali ini, dia menganggu pula Faeez.
“Ya… saya vokalis kumpulan tu,” kata Faeez sambil tersengih.
“Bang, saya Izzlorna. Saya penulis novel. Bila saya menulis, saya selalu dengar lagu
kumpulan abang.” Izzlorna memperkenalkan dirinya. Kesempatan itu diambil oleh Khairul untuk
menjauhkan diri daripada Faeez yang sedang ralit melayan Izzlorna.
Sasaran Khairul sekarang ialah mahu berada sejauh mungkin daripada Faeez mahupun
Izzlorna. Kedua-duanya merimaskan. Faeez pasti akan mengugut mahu mendedahkan identiti
dirinya, manakala Izzlorna dengan sikap penyibuk yang mahu merakam setiap detik dan inci
waktu di atas pulau menggunakan kamera videonya agak menjengkelkan.
Ketika Khairul sedang melangkah ke arah beberapa buah khemah yang sedang berdiri
menempatkan pesakit-pesakit yang sedang dirawat oleh Puteri, betapa langkah kaki Khairul
terhenti sejenak. Jeritan seseorang datang daripada tengah-tengah hutan berkumandang. Jeritan
itu bukan sahaja mengejutkan Khairul, sebaliknya sisa-sisa penghuni kem yang tidak teruja
untuk mendapatkan longokan barangan daripada bahagian kargo.
“Awak dengar tak bunyi jeritan tu?” soal Puteri yang keluar sambil dipapah oleh Marina.
Faeez dan Izzlorna yang sedang berbual turut bangkit berdiri. Dan seorang lelaki keluar dari
semak dalam pakaian Sweaternya turut tergamam. Dan kemudian, bunyi jeritan yang terlalu
banyak berkumandang pada malam tu.
“Datang kat tempat ekor pesawat,” kata Puteri, spontan.
“Ted, awak boleh tolong tengokkan tak pesakit-pesakit semua?” pinta Puteri pada lelaki
berkelubung yang berdiri paling hampir dengan mereka. Dia sekadar mengangguk sebagai
respon kepada persoalan yang dilontarkan oleh Puteri.
“Marina… awak tolong papah saya sampai kat sana boleh?” pinta Puteri pada
pramugarinya yang kini merupakan pembantunya.
“Saya ikut,” kata Khairul tiba-tiba.

26
“Bagus. Lembing yang awak bawak tu membantu,” kata Puteri merujuk kepada lembing
yang dibuat oleh Abbas untuknya petang tadi. Kali ini, lembing itu diikat pada tubuhnya dengan
sebuah kain. Lebih mudah untuk dibawa.
“Saya nak ikut! Saya nak rakam!” teriak Izzlorna dari jauh.

Bab 6
Khairul mengetuai 3 orang wanita yang begitu berkeras mahu mengikuti langkah kakinya
menuju ke arah tapak di mana ekor pesawat yang membawa mereka terhempas. Awalnya, dia
cuba menghalang mereka memandangkan keadaan Puteri yang tempang kerana kakinya belum
sembuh sepenuhnya. Jalannya pun dengan bantuan Marina.
Seorang lagi pula, Izzlorna pula terlalu obsess dengan kamera video ditangannya, mahu
merakam segala mungkin apa yang terhidang depan mata. Dia takut yang kamera itu akan
membuatkan Izzlorna tidak kusyuk, dan ralitnya akan memakan dirinya nanti.
Kalau sesuatu terjadi pada wanita itu bertiga, tentunya Khairul terpaksa melindungi salah
seorang daripada mereka. Dan dia paling benci membantu orang, atau itulah yang seringkali
yang diberitahu kepada dirinya setiap hari. Dia ialah con man, lelaki yang kerjanya mengambil
kesempatan pada setiap manusia. Simpati, menjadi hero bukanlah sifat dirinya.

27
Tetapi walaupun fikiran Khairul cuba menafikan seboleh mungkin dia bukanlah hero dan
pelindung kepada mereka bertiga, tetapi tubuh badan Khairul bertindak sebaliknya. Tangan
kanannya erat menggengam lembing ditangan, manakala tangan kiri pula memegang telefon
bimbitnya yang masih bersisa bateri, menyuluh kegelapan malam yang berleluasa di lantai hutan.
Sambil itu, setiap pancaindera Khairul sangat tajam memerhati sekelilingnya. Dia akan
memastikan apa sahaja yang di depan sana, biarlah dia yang pertama menghadapinya sementara
tiga wanita itu melarikan diri.
“Ingat… kalau saya suruh lari. Lari jer… saya tak sedap hati,” gumam Khairul.
Sekurang-kurangnya kalau sesuatu terjadi Puteri, Marina dan Izzlorna, sekurang-kurangnya jauh
daripada dia, dan dia tak akan dipertanggungjawabkan atas tragedy malang itu. Kenapa Khairul
begitu yakin bahawa mereka sedang mencampakkan diri ke dalam neraka?
Tentunya, kata-kata saintis muda lagi angkuh dan narsistik bernama Zaki bahawa hutan
tempat pesawat mereka terhempas bukanlah sebarangan tempat menjadi sandarannya. Salji yang
turun di tengah-tengah tropika dan kewujudan seekor burung yang sepatutnya sudah mati jutaan
tahun yang lalu cukup membuatkan Khairul begitu berhati-hati. Itu petanda tidak baik, dan apa
yang berlaku pada mereka bukan sekadar nahas pesawat biasa. Naluri seorang penipu sepertinya
kali ini tidak menipu.
Dan betapa perasaan tak sedap hati yang menyelubungi Khairul semakin terbukti
kebenaran. Ketika mereka semakin dekat dengan destinati, betapa yang selain bunyi teriakan dan
tangisan yang berkumandang, bau asap yang semakin kuat memberitahu bahawa ada sesuatu
sedang terbakar. Bukan itu sahaja, Puteri yang sedang dipapah oleh Marina turut dapat menghidu
sesuatu.
“Bau macam… darah…” ucap Puteri.
“Macam mana kak Puteri tahu?” soal Izzlorna tiba-tiba yang muncul dengan kamera
videonya.
“Turunkan benda alah tu,” gumam Puteri sambil menepis muncung kamera yang sedang
merakam dirinya.
“Izzlorna rasa yang semua orang kat channel Youtube Izzlorna nak tahu kenapa akak
boleh kenal bau darah?” soal Izzlorna. Sambil menggeleng, akhirnya Puteri mengangguk berat.
“Aku doktor. Pakar bedah usus kat Hospital Dirgahayu. Dah tentu aku kenal sangat bau
darah tu macam mana. Dah sebati dengan aku,” kata Puteri lalu terus melangkah sambil Marina
setia memimpin wanita pertengahan 30-an itu. Izzlorna dibiarkan terpingga-pingga cuba
mengejar langkah kakinya.
Dan akhirnya, semua kerisauan Khairul terjawab. Mereka sampai ke tapak lain
terhempasnya pesawat MH747 yang menanti mereka. Yang pertama menangkap perhatian
Khairul ialah ekor pesawat yang sedang disambar dek api. Marak sampai asapnya berkepul-
kepul mara di udara. Jadi, bau asap yang menusuk hidungnya datang daripada pesawat itu.

28
Kemudian, kelihatan pula betapa belasan tubuh sedang bergelimpangan tidak bernyawa,
dengan darah menjadi hiasan tanah. Tubuh mayat-mayat itu tidak lengkap. Ada organ dan
bahagian tubuh yang hilang. Ada yang mati saling berpelukan. Ada pula tubuh yang bahagian
atas tubuhnya hilang, tak dapat dijejak meninggalkan pinggang dan kaki semata-mata. Ada pula
mayat seorang wanita yang kedua-dua biji matanya hilang dari soket matanya. Maka terjawablah
bau hanyir darah yang menyapa deria bau Puteri.
Mereka yang masih hidup pula seperti hilang punca. Ada seorang lelaki yang masih
lengkap dalam sut bajunya, sedang terlutut ditengah-tengah tanah lapang, mendongak seperti
hilang harapan. Wajahnya pucat lesi. Di satu sudut pula, seorang wanita sedang memeluk satu
tubuh yang berlubang aneh di belakangnya, menangis teresak-esak. Ada pula yang berlari-lari
persis orang gila, menjerit tak tentu arah.
Dan kemudian, dari semak yang berhampiran, kelihatan seorang lelaki sedang
menunggang seekor burung yang berdiri atas dua kaki, dengan paruh sebesar dua kepala
manusia. Dia sedang memegang leher burung tersebut, bergayut untuk memastikan dia masih
berada di atas tubuhnya. Dalam paruh burung itu, terdapat bahagian tubuh manusia yang sedang
dilumat-lumat sampai hancur.
Kedua-dua kaki burung tersebut berlumuran darah, mungkin datang daripada darah
manusia. Barangkali burung tersebut telah membenamkan kukunya yang sebesar penumbuk
manusia ke dalam mana-mana tubuh yang bergelimpangan tidak bernyawa. Kemudian, dari balik
semak, seorang wanita melepaskan busur anak-anak. Mungkin kerana saiz burung itu terlalu
besar menyebabkannya tidak mampu terbang, hanya berjalan dengan kedua-dua kakinya.
“Panah sekarang Ju!” teriak Abbas sekuat hatinya. Dari balik semak, beberapa busur anak
panah terbang pantas lalu mengenai tubuh burung itu. Dan akhirnya, burung tersebut rebah di
atas tanah, bersama dengan Abbas. Seorang gadis dalam pakaian jaket kulit berbulu, dengan
beberapa anak panah tersimpan dalam sebuah kain yang dijadikan seperti bekas di bawah
pinggangnya, sedang berdiri sambil memegang erat sebuah busur yang diperbuat daripada
sumber-sumber hutan itu.
Dan kemudian, dari semak-semak hutan yang mengitari tanah lapang yang terhasil akibat
rempuhan ekor pesawat, datang beberapa ekor lagi burung gergasi itu. Paruh mereka berlumuran
darah, tetapi sepertinya belum cukup kenyang. Juliana sekarang sedang berdiri sambil
mengambil beberapa buah anak panah bersamanya. Abbas kembali berdiri sambil Juliana
menyerahkan lembing jejaka itu yang terjatuh di atas lantai Kelihatannya hanya Abbas dan
Juliana sahaja yang masih mampu berfikiran tenang.
“Empat ekor burung gergasi. Kawan-kawan semua, mungkin menemui spesis baru yang
hanya mendiami hutan ini. Sebab seumur hidup saya, saya tak pernah tengok burung macam ni,”
ucap Izzlorna yang langsung tidak terkesan dengan pemandangan api yang sedang marak juga
tubuh-tubuh bergelimpangan bermandi darah.
“Saya kira tubuh yang tumbang dalam 7 orang…”
“Khairul!” panggil Puteri membuatkan Khairul menoleh.

29
“Ya?”
“Budak perempuan tu! Tolong dia please…” rayu Puteri. Mata Khairul kemudian melekat
pada seorang budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak. Dia sedang memeluk erat
tubuh seorang wanita yang sudah tidak bermaya di atas tanah. Dan tidak jauh daripadanya,
seekor burung gergasi baru sahaja menyedari bahawa dia bakal mendapat mangsa baru. Terus,
langkah kaki bersisik dan berkuku tajam itu diayunkan menuju ke arah budak kecil itu.
“ALLAH…” ucap Khairul spontan. Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Marina.
Terus Khairul membuka langkah kakinya ke arah budak kecil itu. Burung gergasi itu turut berlari
deras ke arah budak kecil tadi. Ketika beberapa inci sahaja burung gergasi itu dari tubuh Indah,
tapak kaki bersisik burung itu diangkat setinggi mungkin, menampakkan tajinya pada belakang
kakinya. Taji itu mahu dibenamkan pada belakang tubuh budak kecil tadi dan…
“Khairul! Great!” teriak Puteri gembira apabila Khairul berjaya menyambar tubuh budak
kecil tadi lalu mereka berdua bergolek di atas lantai.
“Indah! Naik belakang uncle!” arah Khairul yang diangguk oleh Indah. Khairul berdiri
sambil mengendong Indah dibelakang tubuhnya. Sambil itu, lembing ditangannya dipegang erat.
Seketika kemudian, Khairul baru sahaja menyedari bahawa dia dikelilingi oleh dua ekor burung
gergasi.
“Uncle… Indah takut…” gumam Indah yang sedang memeluk erat leher Khairul. Dan
betapa ketika itu, minda Khairul sedang menyumpah seranah dirinya kerana dia cuba berlagak
wira. Kalau dia salah langkah tadi, kuku-kuku burung tadi pastinya terbenam pada belakang
tubuhnya. Dan kali ini, dia sedang terkepung dek dua ekor burung gergasi pemangsa yang
dahagakan daging manusia.
“Celaka! Datang sini kau!” teriak Puteri tiba-tiba sambil melontarkan sebuah batu
mengenai belakang seekor burung gergasi yang sedang mengepung Khairul.
“Jangan Puteri! Kaki kau tu cedera!” teriak Khairul.
“Saya ada! Saya boleh gendong Puteri!” teriak Marina ketika dia sedang mencangkung,
menunggu Puteri untuk memanjat tubuhnya. Izzlorna entah hilang ke mana. Langsung tidak
kelihatan, padahal tadi gadis itulah yang paling teruja merakam apa yang sedang berlaku.
“Bodoh! Semua dekat sini bodoh!” tempik Khairul, bengang. Seekor burung gergasi tadi
mula mengalihkan perhatiannya ke arah Marina yang sedang berdiri sambil mengendong Puteri
dibelakangnya.

30
Bab 7
Dialah Khairul Anuar. Lelaki sepertinya tidak harus berdiri disitu, mengendong entah
anak sesiapa dibelakangnya. Dan dia juga tidak seharusnya melemparkan tubuhnya di tengah-
tengah haiwan pemangsa yang dah terbukti membunuh belasan tubuh tidak bernyawa semata-
mata mahu menyelamatkan orang asing yang dia sendiri tidak pernah kenal seumur hidupnya.
Dia ialah seorang pembunuh dan con man yang sudah menipu banyak manusia.
Sepanjang hidupnya, dari zaman sekolah dan universitinya, dia sentiasa melawan arus,
menentang peMaharaniran dan undang-undang. Pada zaman sekolah dulu, dia ialah salah
seorang pengedar dadah dalam sekolah. Di Universiti Tun Perak, dia menyertai kumpulan motor
yang menguasai universiti dengan pelbagai aktiviti jenayah melibatkan dadah dan samseng. Dan
pada zaman dewasanya, dia sudah menipu lebih 100 orang, dan kemuncak penipuannya, dia
terbunuh sahabat sepermainannya sendiri.
Dan bayangkan, lelaki seperti itu, kini sedang berdiri mengorbankan dirinya untuk
keselamatan orang lain? Ini tak masuk akal. Dan kemudian, terus pemikiran Khairul melekat
pada Puteri. Ya, wanita bernama doktor itu yang menyeru dirinya menyelamatkan Indah. Dan
aneh, betapa setiap tubuhnya patuh dengan teguh permintaan Puteri itu. Hasilnya, dia sedang
berdiri seperti orang gila, mengacah-ngacah mata lembingnya pada seekor burung gergasi sambil
seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 4-5 tahun sedang memeluk erat lehernya dari
belakang.
“Jangan dekat! Atau aku akan bunuh kau!” teriak Khairul ketika dia berjalan berundur,
mengacah beberapa kali lembing ditangannya. Burung tersebut berbunyi aneh, lalu mula
mengembangkan kedua-dua kepaknya di udara. Untuk seketika, Khairul menyangka bahawa ia

31
mahu menyerang dirinya, tetapi rupa-rupanya sebuah anak panah telah mengenai belakang tubuh
burung itu. Juliana baru sahaja melepaskan sesuatu tidak jauh.
“Sekarang Khairul! Kita perlukan dia untuk makanan kita!” teriak Abbas. Arahan
daripada Abbas tidak jelas, tetapi Khairul seperti memahami apa yang cuba disampaikan oleh
jejaka itu. Terus, dia membenamkan mata lembing tadi tepat pada dada burung tadi. Terbenam
rapat dan burung itu kembali menapak, sebelum terhuyung-hayang untuk beberapa ketika dan
akhirnya rebah di atas lantai.
Selepas beberapa ketika, barulah Khairul menyedari bahawa Abbas dan Juliana, serta
seeorang lelaki yang memakai sweater dengan sepucuk pistol yang masih tersimpan rapi pada
belakang seluar jeansnya baru menumbangkan 2 ekor lagi burung yang lain. Aneh, lelaki itu
tidak menggunakan langsung pistol miliknya sebaliknya bersenjatakan sebuah lagi lembing yang
persis yang dimilikinya.
“Puteri!” terus pemikiran Khairul teringatkan Puteri yang sanggup mengorbankan
nyawanya. Dia terus menurunkan Indah dalam gendongan dia.
“Jaga Indah untuk aku sekejap…” suruh Khairul. Dia menghampiri burung gergasi yang
tumbang sedang nazak di atas lantai hutan. Lembing yang terbenam pada dadanya terus dicabut
oleh Khairul sekuat hatinya dan jejaka itu terus berlari sekuat hatinya. Ada darah sekali terpecik
keluar bersama tarikan lembing itu. Juga kesan isi-isi dan darah pula melekat pada beberapa
bahagian mata tombak yang diperbuat daripada besi serpihan pesawat.
Terus Khairul membuka langkah kakinya. Dia menuruti semula laluan yang dilaluinya
untuk tiba ke tempat itu. Puteri dan Marina sanggup berkorban untuk dirinya dan Indah tidak
menghadapi dua pemangsa serentak. Marina seorang wanita, terpaksa mendukung pula Puteri
yang jauh lebih berat dan tinggi daripadanya. Pastinya lambat laun, langkah kaki burung gergasi
itu akan mendapatkan Puteri juga. Dia tidak boleh lambat.
“Puteri! Marina! Mana korang!” tempik Khairul sekuat hatinya. Dia berhenti sejenak,
melepaskan nafasnya yang sedikit tercungap. Meski suhu disekitarnya sedang jatuh, sehingga
mulutnya berkabus teruk, wajah Khairul berpeluh teruk. Dia memandang sekitarnya sebelum dia
tiba-tiba keliru, dia sedang berada di mana. Keadaan di hutan itu, sama. Kerana dipandu emosi
untuk mencari Puteri, dia bergerak tanpa hala tuju, dan akibatnya dia sekarang terpacak tidak
bergerak.
“Sana… diaorang ikut sana…” tutur satu suara yang muncul disebelah Khairul.
“Abbas?” soal Khairul.
“Kau cari doktor rambut macam Rogue X-Men tu kan?” soal Abbas.
“Kau buat apa?” soal Khairul.
“Tengah jejak doktor tu. Shhyy…” tutur Abbas, Ditangannya ada lampu suluh. Dia
seperti sedang meneliti sesuatu pada denai tempat mereka berpijak. Kemudian, dia bangkit
sambil meneruskan langkah kakinya.

32
“Setakat ni… tapak kaki burung tu agak ketinggalan nak kejar langkah Marina dengan
Puteri,” kata Abbas.
“Kau boleh tahu semua tu dengan tengok kat tanah macam tu?” soal Khairul, tidak
percaya.
“Bapak aku pemburu. Aku belajar daripada dia banyak ilmu hutan ni. Diaorang ikut
sana,” kata Abbas sambil menundingkan jarinya pada satu laluan diri kiri Khairul.
“Indah… siapa jaga dia?” soal Khairul.
“Ju dengan Isaac jaga dia,” kata Abbas sambil melangkah.
“Isaac?” soal Khairul.
“Marshal flight kita tu,” kata Khairul.
Dan kemudian, Abbas dan Khairul berjalan dalam langkah yang laju menuju ke tempat
yang dijangka oleh Abbas letaknya Marina dan Puteri. Seketika, Abbas akan berhenti sambil
meneliti dahan pokok yang patah dan kesan daun yang yang gugur di atas tanah sebelum kembali
melangkah.
“Situ…” gumam Abbas menarik Khairul berlindung disebalik semak yang berdekatan.
Kelihatan Puteri dan Marina sedang berada di atas sebuah pokok, sambil burung gergasi tadi
masih belum menyerah untuk mendapatkan Puteri dan Marina yang berlindung di atas pokok itu.
Kelihatan Puteri dan Marina mencuba untuk melemparkan segala-galanya yang mereka ada demi
menghalau burung-burung tadi, tetapi semuanya tak berjaya.
“Lembing kau…” pinta Abbas tiba-tiba.
“Kau nak buat apa?” soal Khairul.
“Tengok jer,” kata Abbas. Khairul menyerahkan lembingnya kepada Abbas. Lelaki itu
melihat mata lembing yang berlumuran darah itu. Kemudian dia mengangguk. Abbas kemudian
bangkit berdiri, dia berundur beberapa tapak ke belakang sebelum tiba-tiba merejam lembing
ditangannya sekuat hati. Pada saat ketika burung gergasi itu sedar, semuanya sudah terlambat
apabila lembing tadi terbenam pada tubuh burung itu. Maka bunyi rengekan kesakitan paling
bingit yang pernah Khairul dengar datang dari seekor burung pun bergema.
Abbas terus melangkah menghampiri burung tadi, dia meneliti keadaan burung itu.
Nafasnya tahan naik, menandakan bahawa ajalnya dah tiba. Aneh, Abbas tiba-tiba melutut
sejenak pada sisi burung itu, seolah-olah dia sedang berteleku memberikan penghormatan
terakhir. Kemudian, dia menutup mata si burung yang sudah berkaca mata.
“Racun yang aku letak pada lembing ni memang racun paling membunuh. Maaf kalau
cepat sangat kau mati,” gumam Abbas lalu dia menarik lembing itu terus daripada tubuh si
burung. Seperti awal tadi, tarikan lembing itu menerbangkan darah dan cebisan daging dan isi
burung tadi.
“Korang berdua, boleh turun sekarang!” suruh Abbas.
33
Bab 8
Zaki yang sedang lena berhampiran dengan unggun api yang berdekatan terpisat-pisat
membuka matanya. Beberapa orang lelaki dan perempuan sedang mengitarinya. Dia lantas
menggosok kedua-dua biji matanya, memakaikan kaca mata yang terdampar di tepi
pembaringannya lalu duduk bersila. Khairul, Puteri, Marina, Abbas, Juliana dan Isaac sedang
memerhati wajahnya dengan wajah berkerut. Beberapa orang penumpang pesawat disekitar
unggun api yang dikongsikan dengan Zaki ada yang bangun sejenak untuk melihat apa yang
berlaku sebelum mereka kembali tidur.
“Kenapa ni? Apsal kacau aku tidur?” soal Zaki. Dari nada suaranya, tergambar yang dia
seperti agak bengang apabila mimpi indahnya diganggu.
“Dalam pesawat tu, kau cakap kau Paleontologist kan?” soal Marina.
“Dr Zaki kan?” gumam Puteri dalam nada menyindir.
“Ya, tu kerja aku. Tapi apa kaitan kerja aku dengan korang kacau aku pukul…” Untuk
seketika, Zaki meneliti jam tangan yang terpasang pada pergelengan tangannya sebelum
menoleh.
“Apa celaka pukul 2.30 pagi kacau aku ni?” soal Zaki.
“Ikut kami sekejap, boleh?” pinta Khairul.
“Kenapa?” soal Zaki, yang masih kelihatan tidak puas hati.
“Ikut jer,” kata Abbas. Belum sempat Zaki bangkit dari kedudukannya, Abbas
memberikan isyarat kepada Isaac, lelaki yang berbadan tegap dengan sweater hitam yang
membalut tubuhnya supaya mengejutkan Zaki.

34
Tersarung cap yang berlogokan Nike atas kepalanya. Orangnya sentiasa berkerut
memerhati sekeliling, dengan pandangan mata redup lagi tajamnya, seolah-olah dia tidak pernah
bergurau seumur hidupnya. Di belakang seluar jeans yang tersarung pada kakinya, terdapat
sepucuk pistol yang masih belum pernah digunakannya. Tiada siapa pun dikem tersebut yang
berani mempertikaikan senjata api yang dimiliki oleh Isaac memandangkan dia merupakan
marshal yang dilantik untuk memantau keselamatan pesawat mereka.
Lantas kedua-dua mereka melingkarkan tangan mereka pada lengan lelaki itu, dan
memaksa dia berdiri. Khairul kemudian mengetuai kumpulan manusia itu memasuki kembali ke
kawasan hutan yang tidak jauh dari lokasi tidur Zaki.
Sampai jer ke sebuah lokasi, Zaki tergamam melihat Dato’ Azly sedang berdiri sambil
seorang lelaki yang memakai sweater menutup wajahnya bersama dengan seorang gadis tinggi
lampai yang singlet hijau dan juga seluar berceloreng askarnya. Mereka berdua sedang menjaga
satu bangkai burung yang setinggi bahu mereka yang tidak lagi bernyawa.
“Minta maaf tau kami ganggu lena Encik…”
“Dr Zaki,” celah Zaki.
“Dr Zaki. Kami nak…”
“Itu…” Zaki tergamam. Tubuh Dato’ Azly yang sedang berdiri menghadapnya selamba
sahaja ditolak ke tepi. Dia menghampiri bangkai tubuh burung gergasi yang baru sahaja
membunuh belasan nyawa antara mereka. Dia memegang tubuh itu
“Kau kenal benda alah tu?” soal Khairul.
“Diatryma. Burung ni sepatutnya dah pupus alam 36 Juta tahun dulu. Macam mana… dia
boleh…”
“Sekejap… 36 juta tahun dulu?” pintas Puteri.
“Ya. Burung pemangsa yang mampu tumbuh setinggi 2 meter. Saiz yang korang jumpa
ni kecik lagi. Sepatutnya ada yang lagi besar. Tapi tak kisah… macam mana haiwan dah pupus
56 juta tahun dulu boleh hidup kat sini?” soal Zaki.
“Sebenarnya… hutan ni jugak ada yang tak kena,” tutur gadis yang memakai cap-besball
tadi.
“Nama kau?” soal Zaki.
“Demi. Nama aku Demi. Wartawan,” ucap Demi yang sedang duduk di atas tubuh
Diatryma. Demi memakai cap besball berlambangkan kelab besball Amerika yang tidak dikenali
oleh Khairul. Rambut panjangnya yang diwarnakan perang dibiarkan terjuntai keluar pada paras
bahu. Meski keadaan sejuk disekitar mereka, betapa Khairul kagum Demi masih menyarungkan
singlet hijau pada tubuh badannya yang agak berotot bagi seorang gadis. Tiada langsung tanda
gadis sawo matang itu sedang kesejukan.
“Apa yang buat kau rasa hutan ni pelik?” soal Zaki.
35
“Pokok-pokok kat sekitar kita ni. Ini hutan tropika. Tapi kenapa ada salji turun, dan sejuk
macam ni?” Untuk seketika, mereka memerhati hutan yang sedang berdiri disekitar mereka
sebelum beberapa antara mereka mula berbisik.
“Itu yang pelik. Sama ada kita tercampak ke zaman silam masa pesawat kita terhempas,
kita jumpa haiwan-haiwan pelik ni. Atau kita kat masa depan, zaman ais berlaku lantas hidupkan
haiwan yang sepatutnya hidup masa zaman ais dulu,” kata Zaki.
“Zaki… kami nak mintak tolong kau…” Khairul memecahkan kesunyian yang melanda
mereka. Apa yang diungkapkan oleh Zaki sebenarnya membuatkan masing-masing tergamam
membisu.
“Ada antara kita yang hilang dalam hutan sana. Perempuan. Penulis. Aku ingat aku nak
buat satu team… yang akan cari dia. Dan kami nak kau dalam team tu,” tutur Khairul
membuatkan Zaki membetulkan kaca matanya.
“Kalau… kalau burung sebesar ni ada kat sini. Aku… aku yakin… kat luar sana… mesti
ada lagi banyak binatang-binatang yang… lagi ganas…”
“Kau takut?” soal Demi tiba-tiba bangkit dari duduk di atas tubuh burung tersebut. Dia
membetulkan seluar tenteranya.
“Kau saintis kan?” soal Demi lagi. Zaki mengangguk.
“Aku banyak baca pasal saintis kat luar sana. Ada yang sanggup minum racun, suntik
badan dia demi nak cari kebenaran. Aku wartawan ni pun dah ingin tahu kenapa kita boleh
terperangkap kat sini. Ini bukan bidang aku tau. Apatah lagi kau Zaki. Bidang kau. Kau tak
teringin jumpa lagi banyak ke binatang macam ni?” soal Demi. Zaki yang tadi kelihatan teragak-
agak seperti mendapat tonik yang baru.
“Siapa jer yang akan dengan aku nanti?” soal Zaki.
“Saya ingat nak tanya dulu…” Dato’ Azly mahu bersuara, namun pantas Khairul
mencelah.
“Abbas, dia ada ilmu hutan yang hebat. Aku nak Juliana dengan aku. Aku dah tengok dia
bertarung tadi. Lepas tu, si Demi ni. Kau sembang dengan aku kau ada Parkour kan?” soal
Khairul.
“Sekejap… saya macam mana?” soal Puteri.
“Awak cedera. Lagipun banyak yang cedera parah kat kem yang perlu awak dengan
Marina jagakan,” kata Khairul.
“Kalau aku nak… ikut boleh?” soal lelaki yang bersweater itu.
“Ted?” soal Marina tidak percaya. Terus dia menanggalkan Sweater yang menutup
kepalanya. Terserlah rambut ikal panjang yang diikat ke belakang. Ada senyuman terukir pada
wajah itu. Sesiapa yang mengenali Ted untuk beberapa hari itu, pastinya tidak pernah
menyangka disebalik pendiamnya Ted, tersimpan khazanah senyuman itu.
36
“Arghhhh! Akhirnya awan tu pergi pun!” ucap Ted tiba-tiba sambil menggeliat.
“Kenapa tiba-tiba?” soal Khairul pelik dengan perubahan tingkah Ted.
“Aku bosan siott duduk kat kem tu lama-lama!” Dan betapa dahi Marina berkerut
memerhati perubahan tingkah dingin, sedingin ais yang dipamerkan oleh Ted beberapa hari ini
kepada seorang lelaki berpewatakkan cerita.

Bab 9
Khairul Anuar sedang berdiri sambil meneliti lembing-lembing yang dihasilkan sendiri
oleh Abbas menggunakan serpihan besi daripada bangkai pesawat dan juga kayu-kayu yang
dikutipnya sendiri dalam hutan. Semuanya dihasilkan dalam satu malam sahaja, pada saat semua
orang sedang lena tidur. Selepas berpuas hati, dia menyerahkan lembing-lembing tadi kepada
beberapa tangan di situ. Selain daripada mereka yang akan menyertai ekpedisinya mencari
Izzlorna, Dato’ Azly, Marina, Isaac dan juga Puteri turut berada di situ.
“Aku ingatkan yang aku nak bagi ucapan sikit…” Belum sempat Dato’ Azly mahu
menghabiskan kata-katanya, Khairul Anuar tiba-tiba berdehem.
“Boleh seseorang panggil tak semua berkumpul kat sini?” pinta Khairul. Ted tiba-tiba
hampir melompat, lalu memberikan tabik hormat kepada Khairul. Tanpa disuruh oleh Khairul,
lelaki itu tiba-tiba menjerit, melaungkan kepada setiap orang yang sedang lena atau baru sahaja
bangun. Kalau diikutkan pada waktu pada jam yang mereka ada, sepatutnya sudah mula
memasuki waktu Subuh. Jadi, agak lama juga untuk menunggu setiap penghuni kem tersebut
berkumpul.
“Bro… dah boleh berucap,” bisik Ted disebelah Khairul, lagak orang kanannya. Kalau
seperti mana yang dimaklumkan oleh Marina, penghuni kem itu sahaja ada merangkumi lebih 50
orang. 12 orang dah terkorban, manakala terdapat 8 orang penghuni kem tersebut yang cedera
parah akibat kemalangan.
“Macam yang korang tahu… semalam lebih 12 orang mati sebab kena bunuh dengan satu
burung pemangsa. Dan seorang antara kita pula hilang. Semalam, ada antara kita yang
berbincang nak buat satu team ekpedisi mencari Izzlorna, dan aku akan ketuai ekpedisi tu,” tutur
Khairul membuka bicara.
“Siapa yang akan pergi?” soal Haziq, kapten pesawat mereka.
“Aku, Abbas, Juliana, Zaki, Demi dengan Ted,” balas Khairul sebelum menyambung.
“Jadi, aku nak mintak tolong korang semua. Sementara kami pergi ni, aku sebenarnya
dah bawak dua fighter yang kita ada…”
“Aku ada Muay Thai…” bisik Demi tidak puas hati apabila namanya tiba-tiba
diketepikan daripada ucapan Khairul.

37
“Aku dah bawak tiga orang fighter dengan kita. Abbas, Juliana dengan Ted. Maksudnya,
aku nak tahu siapa selain diaorang bertiga yang boleh berlawan sebab kena ada orang yang
berkawal kat kem kita. Tak boleh dah tidur macam sehari dua macam sebelum ni tanpa ada
orang buat kerja berkawal,” kata Khairul.
“Kenapa? Ada banyak lagi burung tadi ke?” soal satu suara lain.
“Lebih daripada itu. Aku saintis. Aku rasa yang bukan burung tu jer pemangsa kat dalam
hutan ni,” tutur Zaki tiba-tiba. Bunyi bisikan yang penuh kerisauan tiba-tiba memenuhi kawasan
kem tersebut.
“Dia tu seboleh-boleh nak bagitahu dia saintis,” gumam Puteri penuh geram sambil
sedang mendukung Indah yang sedang lena dalam rangkulannya.
“Aku Isaac. Aku marshall pesawat yang terhempas tu. Boleh bagi aku tugas kumpul
orang yang boleh berlawan?” soal Isaac.
“Baiklah. Aku amanahkan kat Isaac untuk buat team pengawal. Isaac, pastikan setiap
orang ada jadual berehat semua. Boleh?” tanya Khairul. Isaac mengangguk, patuh pada arahan
Khairul.
“Satu lagi!” Puteri tiba-tiba mengangkat tangan.
“Memandangkan Khairul akan pergi untuk cari Izzlorna, kita kena ada seseorang untuk
gantikan sekejap tempat dia sebagai leader kita…”
“Sekejap… aku apa? Leader?” soal Khairul tidak percaya.
“Yelah. Siapa akan lead kita kat sini kalau awak takde nanti?” soal Puteri.
“Saya cadangkan Puteri! Dia doktor, dia dah tolong banyak orang cedera dan masa
serangan burung gergasi tu semalam, Puteri yang bersungguh-sungguh nak tolong semua orang
walaupun kaki dia sakit!” Marina yang sedang memegang lengan Puteri bersuara.
“Saya?” Kali ini, Puteri pula hilang kata-kata.
“Siapa sini sokong Puteri gantikan tempat Khairul sementara dia tak ada? Angkat tangan
please…” arah Ted. Hampir semua tangan disitu terjulang di udara.
“Then Khairul leader kita, Puteri vice ye?” kata Ted lagi. Tiada lagi tangan terangkat di
udara.
“Kalau tak ada apa-apa, saya rasa kita dah boleh bersurai,” kata Khairul. Maka hampir
semua orang disitu mula bersurai. Ketika itu, Demi menghampirinya.
“Tak sangka budak nakal Universiti Tun Perak kat Dirgahayu dulu, geng dengan arwah
Aiman rupa-rupanya dah berubah,” gumam Demi tiba-tiba membuatkan Khairul menoleh tidak
percaya ke arahnya.
“Kita… sama batch dulu?” soal Khairul Anuar.

38
“Tak… aku muda lagi. Tapi siapa tak kenal kau Khairul? Kau dulu fighter paling kanan
si Aiman tu kot,” kata Demi.
“Kisah lama. Aku dah tinggalkan semua tu,” kata Khairul sambil cuba tersenyum.
“Ye ke dah tinggalkan?” Soalan yang dilontarkan oleh Demi kali ini seperti sindiran.
Namun, belum sempat Khairul nak menjawabnya, tiba-tiba hujung bajunya ditarik oleh
seseorang. Terus Khairul menoleh sebelum Indah yang sedang menggosok kedua-dua biji
matanya sedang berdiri di sebelahnya.
“Uncle Keyul… Auntie Puteri cakap Uncle ada kerja kat luar sana,” gumam Indah dalam
pelatnya. Khairul terus duduk bercangkung untuk sama tinggi dengan Indah. Sempat dia
menoleh ke arah Puteri yang sedang setia berdiri tidak jauh daripadanya, sabar menunggu Indah
meluahkan sesuatu.
“Ya sayang… uncle nak cari kawan uncle. Kenapa ye?” soal Khairul. Tidak semena-
mena, terus tubuhnya dirangkul oleh Indah.
“Jangan tinggalkan Indah lama-lama tau. Indah takut,” ucap Indah. Tergamam Khairul
mendengarkan ucapan Indah itu.
“InsyaALLAH, uncle akan datang balik,” kata Khairul.
Indah terus meleraikan rangkulannya lalu menghulurkan hujung jari kelingkingnya.
“Janji dengan Indah tau?” ucap Indah.
“Uncle janji,” balas Khairul sambil menyambut huluran tangan itu.

39
10
Mereka berenam kembali semula ke tapak tragedi serangan Diatryma. Itulah kali terakhir
Khairul melihat kemunculan Izzlorna sebelum gadis itu menghilang dari pandangan mata.
Selepas menunjukkan tempat lokasi kehilangan Izzlorna, maka Abbas yang bertindak sebagai
penjejak dan penunjuk arah kumpulan itu pun meneliti kesan tapak kaki.
“Izzlorna ni tinggi dia dalam 155 cm ye? Berat dalam lingkungan 50 Kg macam tu?” soal
Abbas.
“Entah. Aku tak ambil port sangat saiz badan dia semalam,” kata Khairul membuatkan
Abbas terdiam sejenak.
“Dapat jejak dia?” soal Ted di belakang.
“Shyy… jangan kacau aku,” gumam Abbas. Tangannya memegang kesan tapak kaki
yang dijumpainya. Kemudian dia berdiri, memerhati beberapa dahan kayu dari pokok renek yang
berdekatan. Kemudian, Abbas berjalan lagi. Dia tidak lagi melakukan kerja penelitian seperti
tadi sebaliknya terus memimpin pasukan eksplorasi tersebut.
“Pandai kau berlakon kan Khairul?
“Sorry?” soal Khairul dengan kedua-dua keningnya terangkat di udara.
“Konon sayang budak kecik tu? Dia tu anak siapa? ” gumam Demi tiba-tiba yang muncul
disebelah Khairul.
“Kau dah kenapa?” soal Khairul.
“Aku wartawan Khairul. Banyak dah aku dengar cerita pasal kau. Banyak betul orang
yang kau scam, tapi takde bukti kukuh, kau terlepas,” ucap Demi tiba-tiba.
“Aku tak faham…”
“Faeez… aku yang bagitahu dia semalam suruh tanya kau pasal duit dia yang hilang RM
10, 000 tu. Kau kenal kan vokalis The Preacher tu?” soal Demi. Khairul terdiam mendengarkan
soalan yang dilontarkan oleh Demi. Dia tidak menjawab sebaliknya terus melangkah, mahu
menjauhkan dirinya daripada Demi.
“Mana kawan kau, si Fitri tu? Bukan ke dari universiti dulu, korang dua selalu lepak
sama ke?” soal Demi lagi yang tidak berhenti-henti melontarkan soalan kepada Khairul. Apabila
nama Fitri hinggap pada anak telinganya, betapa langkah kaki Khairul terhenti sejenak.
“Ke dia pun kau scam? Berapa duit dia kau bawa lari sebelum kau naik kapal terbang
tu?” soal Demi. Entah kenapa, Khairul yang kebanyakan masa itu tenang tiba-tiba meluru ke
arah Demi. Tubuh Demi tersandar pada pokok yang berdekatan manakala lengan Khairul sedang
berada pada bawah lehernya.

40
“Whoa bro! Rileks. Apsal ni?” soal Ted. Abbas menoleh sejenak.
“Jangan cakap macam… kau kenal Fitri lebih… daripada aku,” gumam Khairul, sedang
menggigil menggengamkan penumbuknya.
“Bagus Khairul. Aku lagi suka kau buat perangai macam ni. Biar semua kat sini kenal
siapa kau,” bisik Demi sambil tersenyum sinis. Selepas seketika, Khairul menolak lembut tubuh
Demi ketepi, lalu dia menghampiri Abbas yang tergamam dengan babak yang sedang berlaku
depannya.
“Dah kenapa tu?” soal Abbas.
“Teruskan bro. Kita kena cari Izzlorna sebelum apa-apa jadi kat dia,” kata Khairul.
“Kebetulan. Aku rasa aku dah tahu dia ke mana,” kata Abbas.
“Mana?” soal Khairul.
“Kita dah jalan 2 kilometer daripada tempat Izzlorna hilang. Sepanjang jejak dia, aku
tengok macam dia tergesa-gesa berlari. Jauh daripada tempat serangan burung semalam tu. Lepas
tu dia berhenti sejenak. Dia macam jumpa dengan tapak kaki kuda. Ada dua ekor. Lepas tu tapak
kaki dia hilang, dan yang ada tapak kaki kuda,” kata Abbas sambil menunjukkan kesan ladam
kuda yang masih berbekas pada tanah dibawah mereka.
“Kau genius,” puji Juliana tiba-tiba.
“Thanks Ju,” balas Abbas sambil menggaru belakang kepalanya.
“Sekejap… kalau ada kesan ladam kuda macam ni, maksudnya…” Zaki terdiam.
“Pulau ni. Ada penghuni lain,” sambung Abbas.
“Kalau ada orang, sama ada Izzlorna kena culik atau dia sukarela,” kata Demi membuat
kesimpulannya sendiri.
“Aku rasa kena culik. Sebab tapak kaki dia… cara hilang tu tak natural. Macam kena
paksa naik kuda jer. Ada kesan macam pergelutan kat sini,” kata Abbas sambil menunjukkan
pada sebuah kesan tapak kasut berhampiran dengannya.
“Kalau macam tu, boleh aku panah kaki dia boss?” soal Juliana tiba-tiba.
“Diplomasi dulu. Aku tak nak kita cari gaduh dengan orang yang kita tak kenal. Kita
kena ikut jejak yang ada,” kata Khairul yang tahu panggilan boss itu dilontarkan oleh Juliana
untuk dirinya.
“Bro, kau rasa siapa agaknya yang duduk sini? Excitednya…” kata Ted yang kelihatan
teruja dua kali ganda lebih biasa.
***

41
Puteri sambil dipapah oleh Marina kelihatan begitu gigih meronda disekitar kem. Dalam
masa yang singkat sahaja, dia telah membahagikan penghuni kem tersebut kepada beberapa
pasukan. Pasukan keselamatan diketuai oleh Isaac yang merupakan Inspektor Polis akan
berkawal.
Terdapat kumpulan yang diketuai oleh Dato’ Azly yang mendakwa dirinya sebelum
menjadi ahli politik merupakan sebagai arkitek telah mengetuai lebih kurang 10 orang lelaki-
lelaki gagah antara mereka mendirikan beberapa buah tembok kayu disekitar kem. Idea tembok
kayu itu sendiri merupakan idea Puteri sendiri yang merasakan bahawa agak terdedah kepada
bahaya sekiranya kawasan penempatan itu dibiarkan terbuka. Awalnya ketika idea tersebut
diluahkan oleh Puteri, Dato’ Azly sendiri membantah dengan keras.
“Dalam pesawat kita ada banyak orang ternama. Macam anak duta Korea yang masih tak
bangun dalam khemah awak Marina. Kerajaan akan cari kita punya. Cara awak suruh saya ketuai
team jurutera macam kita akan terperangkap lama kat sini,” kata Dato Azly tak puas hati.
“Kita tak boleh optimis sangat. Kalau ada yang selamatkan kita, Alhamdulilah. Tapi
kalau kita terperangkap kat sini? Tak dengar apa yang Zaki cakap yang pulau ni mungkin ada
lagi banyak binatang buas? Sekurang-kurangnya kita bersedia,” kata Marina.
“Kalau ikut pacing team eksplorasi carikan bekalan kayu dengan makanan kat luar sana,
saya rasa dalam seminggu dua ni siap tembok kita ni,” kata Dato’ Azly ketika Marina melintasi
sebelahnya yang sedang memerhati bagaimana beberapa orang ahli kem tersebut sedang
mengikat kayu-kayu yang baru sahaja sampai dari kumpulan manusia yang diamanahkan untuk
membuat penerokaan disekitar kawasan kem demi mendapatkan bekalan makanan, kayu-kayu
dan akar-akar yang mereka temui.
“Siapa tu?” teriak Isaac yang mengeluarkan sesuatu yang seperti pistol daripada poket
seluarnya. Memang Marshall pesawat sepertinya diberikan senjata api sebagai perlindungan.
“Aku Faeez! Kami baru jumpa satu pokok pisang. Buah dia jer warna biru. Tak pernah
aku jumpa pisang warna macam tu!” teriak Faeez yang muncul dari jauh. Faeez muncul sambil
membawa beberapa buah guni yang diheret di atas lantai yang baru sahaja kering dari salji yang
turun dari dada langit.
“Boleh makan ke?” soal Isaac ketika Faeez bersama dengan dua orang ahli kem tersebut
menghampiri mereka.
“Bob ni dah rembat satu dah. Tak sempat aku halang dia tadi. Aku tengok dia hidup lagi,
boleh lah tu,” balas Faeez.
“Sedap ke Bob?” soal Marina.
“Sedap boh,” balas Bob membuatkan Puteri tersenyum.
Kemudiannya, bau sesuatu dibakar menusuk hidung Puteri. Betapa tidak jauh dari situ,
Haziq telah diberikan amanah untuk memantau kumpulan yang bertugas untuk melapah daging
burung gergasi yang mereka berjaya tumbangkan. Sekurang-kurangnya kelaparan yang mula

42
menguasai kem tersebut dapat diubati dengan memakan daging burung pemangsa yang hidup
pada sekitar 50 juta tahun lalu itu.
“Dah jumpa cara nak pastikan bekalan daging kita tahan lama?” soal Puteri.
“Ada. Kami jumpa ketulan-ketulan ais kat tepi pantai. Semua dah diletakkan dalam
bekas-bekas yang ada,” kata Haziq.
“Bagus. Rasanya boleh tahan berapa lama makanan-makanan kita?” soal Puteri.
“Kalau campur dengan daging dari 2-3 ekor burung yang diaorang bunuh semalam,
dengan buah-buahan yang diaorang jumpa kat dalam hutan sana, rasanya boleh tahan dalam
semingu kalau kita catu makanan,” kata Haziq. Namun Puteri seperti menggeleng. Dia kembali
memegang lengan Marina, memberikan isyarat supaya Marina kembali memapahnya untuk ke
tempat khemah-khemah yang didirikan untuk menempatkan pesakit-pesakit.
“Kenapa Doc? Macam tak sedap hati jer…”
“Marina, jam kat tangan kita semua semua selari kan dengan keadaan sekitar kita?” soal
Puteri.
“Ye, jam macam betul. Masuk pukul 7 malam, hari dah nak gelap. Pukul 6 pagi, hari dah
nak cerah,” ulas Marina.
“Jam kita tu ikut waktu mana?” soal Marina.
“Malaysia… sekejap…” Marina seperti menyedari sesuatu.
“Pandai. Kalau kita ikut waktu Malaysia, maksudnya kita masih dalam Malaysia,”
gumam Puteri.
“Salji ni… sejak bila Malaysia turun salji?” soal Marina.

“Saya takut yang… kita mungkin tak boleh balik. Jadi, kita kena start fikirkan cara untuk
kita semua hidup kat atas pulau ni. Kena cari jenis tanaman yang kita boleh tanam dalam sejuk
macam ni, macam mana nak kekal hangatkan badan kita tanpa hipotermia, reput froz, dan jugak,
lindungi diri kita daripada pemangsa-pemangsa kat luar sana,” gumam Puteri lagi.

11

Kedua-dua tangan Khairul terangkat ke udara. Ada mata-mata AK47 sedang terhala pada
belakangnya. Begitu juga dengan ahli kumpulannya yang lain. Terdapat kumpulan manusia yang
memakai baju sejuk berbulu, dengan seluar jeans, dengan wajah yang tercalit celoreng aneh

43
membentuk corak-corak tertentu. Bersama dengan kumpulan manusia aneh itu, terdapat juga
beberapa ekor kuda berwarna coklat dan hitam yang menemani mereka. Turut dibawa bersama
pada bahagian punggung kuda itu ialah bekalan daging yang digantungkan sahaja pada pelana.

“Jangan sesekali buat sesuatu kalau tak nak mampus!” Kedengaran suara menengking
mereka.

“Kami datang dengan aman…” ucap Khairul.

“Kau ketua diaorang?” satu suara dalam nada mengherdik bertanyakan kepada Khairul.

“Ya, aku ketua diaorang. Kami datang bukan nak bergaduh,” kata Khairul tenang. Untuk
seketika, kumpulan manusia yang memakai baju sejuk berbulu itu saling berkongsi pandangan.
Mereka kemudian mengangguk lalu menjatuhkan senjata mereka.

“Aku Lufti,” kata salah seorang yang turun dari seekor kuda berwarna putih.

“Khairul,” balas Khairul menghampiri Lufti. Baru sahaja Khairul mahu menghulurkan
tapak tangannya mahu bersalaman, Lufti tiba-tiba menggeleng.

“Kami di Inderaloka ada cara lain menyambut tetamu,” kata Lufti tidak menyambut
huluran tangan daripada Khairul. Dia menghampiri Khairul, seperti mahu memeluk tubuh lelaki
itu. Apabila tubuhnya semakin hampir, Lufti tiba-tiba menghentakkan kepalanya pada kepala
Khairul, membuatkan Khairul hilang keseimbangan seketika.

“Bawakan diaorang semua ke Inderaloka…” Itulah kata-kata terakhir yang sempat


mencapai anak telinga Khairul ketika dia mula rebah ke tanah, bersama dengan kawan-kawannya
yang lain. Sepertinya, bukan dia sahaja terkena headbutt daripada kumpulan itu, tetapi rakan-
rakannya yang lain. Dan apabila dia mula sedar, Abbas dengan Juliana sedang duduk
bercangkung dihadapannya membincangkan sesuatu.

“Boss… dah bangun?” soal Juliana.

Untuk seketika, Khairul memegang kepalanya. Ada benjolan yang terhasil dari hentakkan
kepala tadi. Dia kemudian memerhati keadaan sekelilingnya. Mereka berada di dalam sebuah
bilik yanga gak mewah keadannya. Katil empuk tempatnya duduk, begitu juga dengan beberapa
buah perabot seperti almari, meja dan kerusi. Terdapat beberapa buah katil disitu juga yang
dihuni oleh Ted, Demi dan Zaki.

“Kita kat mana ni?” soal Khairul.

“Inderaloka… maksud saya, Hotel Inderaloka,” kata Ted disebelah katil tempat Khairul
duduk.

“Ada hotel… atas pulau ni?” soal Khairul.

44
“Saya seorang jer yang tak pengsan masa diaorang headbutt kita. Saya buat-buat pengsan.
Saya cuba intai masa dia angkat kita naik kuda-kuda dia. Memang keliling kita hutan. Tapi ada
bangunan 7 tingkat tengah-tengah hutan, lepas tu ada tembok batu keliling bangunan tu,” kata
Ted menjelaskan.

“Mana kau tahu nama hotel ni Inderaloka?” soal Khairul.

“Saya nampak sendiri tadi. Jelas-jelas ada signboard atas hotel ni,” kata Khairul.

“Zaki… macam mana boleh ada hotel kat tengah-tengah pulau salji ni?” soal Khairul.

“Akhirnya! Akhirnya ada orang tanya pendapat aku!” kata Zaki puas. Kalau tadi, dia
duduk membelakangkan mereka yang berada di situ, dia menghadap Khairul dengan perasaan
teruja.

“Aku rasa yang suatu masa dulu, puluhan tahun dulu, malah Maharanisan tahun yang
lalu, tempat ni ialah taman tema,” kata Zaki memulakan. Untuk seketika, mereka yang ada disitu
saling berkongsi pandangan.

“Teruskan,” kata Khairul. Riak wajah Zaki seolah-olah memberitahu yang dia memang
menunggu respon seperti itu daripada Khairul.

“Haiwan-haiwan yang kita nampak… hutan ni… lepas tu dengan adanya hotel ni.
Seolah-olah nak beritahu kita suatu masa dahulu, tempat ni dulu macam taman tema…”

“Macam Jurrasic Park?” pintas Demi tiba-tiba.

“Nampak gayanya macam tu. Ada jalan raya lama. Masa masuk sini, aku nampak ada
banyak bangunan-bangunan tinggal api tempat hotel ni. Macam dah tak terurus lebih puluhan
tahun,” kata Zaki lagi.

“Jadi, kalau kau dengan Demi betul… burung gergasi yang kita nampak tu… klon
macam Jurrasic Park?” soal Abbas.

“Boleh jadi. Kalau tak, macam mana kita nak jelaskan pasal semua haiwan-haiwan pelik
tu?” kata Zaki. Serentak itu, bilik yang menempatkan mereka berenam terbuka luas, lantas
menampakkan beberapa orang dalam baju sejuk berbulu dengan senjata api yang pelbagai jenis
sedang menghunus senjata ke arah mereka. Lantas kemudian, muncul seorang lelaki yang
bernama Lufthi yang acah-acah nak berkenalan dengan Khairul tadi.

“Sara… Maharani kita orang panggil kau,” gumam Lufthi.

“Ada monarki ke kat sini?” soal Zaki.

“Ikut jer kami….” arah Lufthi dingin. Terus Khairul dipaksa berdiri sebelum beberapa
orang lelaki yang berpakaian aneh itu memaksa Khairul untuk berjalan dengan senjata terhunus

45
dibelakangnya. Begitu juga dengan ahli kumpulannya. Mereka dibawa menyusuri koridor-
koridor hotel yang terdapat belasan bilik di kiri dan kanan mereka. Ada masanya, Khairul
tersempak dengan ahli kumpulan manusia yang menculik mereka, yang turut memakai pakaian
aneh seperti yang lainnya.

Diluar hotel itu, terdapat lapangan yang menempatkan rumah-rumah panas yang mereka
percaya menempatkan hasil pertanian. Terdapat kandang-kandang yang menempatkan Lembu,
Kuda dan beberapa haiwan ternakan. Kawasan lapangan disekitar hotel itu dikelililingi oleh
tembok batu yang agak tinggi. Di atas tembok batu itu, kelihatan beberapa orang manusia sedang
berkawal. Apabila mereka keluar dalam keadaan diiringi dengan penuh paksa, manusia yang
berkawal di atas tembok batu itu sekadar melirik sinis ke arah mereka.

Mereka dibawa menuruni tangga, memandangkan lif tidak lagi boleh digunakan. Dari
tangga hotel, yang Khairul yakin mereka ditempatkan di tempat paling tinggi dalam hotel itu,
terus mereka dibawa menuju ke sebuah dewan yang pada dahulunya, digunakan untuk
menempatkan apa-apa upacara majlis.

Tapi untuk hari itu, ia merupakan tempat tinggal seorang wanita tinggi lampai, dengan
rambut mengerbang seperti singa, dan juga celak tebal dibawah kelopak matanya. Orangnya
memiliki hidung tajam seperti pensil, dan mata yang agak sepet, Dia sedang bersemayam di atas
sebuah pentas yang kini laksana singgahsananya. Dia sedang duduk di atas sebuah kerusi besi,
dengan sebuah kakinya berada di atas kerusi itu, manakala kakinya yang satu lagi dibiarkan
menjulur keluar.

“Tunduk hormat pada Maharani Sara! Belajar beradab sikit!” arah Lufti sambil menolak
kepala Khairul menunduk di atas lantai.

“Kau… kumpulan manusia yang baru tercampak dari langit?” soal Maharani Sara.

“Tercampak dari langit?” soal Khairul ketika dia melutut di atas lantai.

“Ya… pulau ini. Tempat ini, sejak 5 generasi yang lalu, dah jadi tempat buangan besi-
besi terbang dari langit. Kau entah yang ke berapa sampai di sini,” gumam Maharani Sara.

“5 generasi?” soal Demi, perlahan.

“Boleh aku tahu, kami berada di tahun apa?” soal Khairul.

“240 tahun sejak zaman ais melanda bumi,” gumam Maharani Sara.

“Sekejap… zaman ais pernah melanda bumi? Untuk kali kedua?” soal Zaki.

“Itu yang diceritakan dalam kronikel-kronikel nenek moyang kami tinggalkan. Dalam
buku-buku lama mereka. 2032 tarikh hari itu. Selepas zaman ais melanda, nenek moyang kami

46
menggunakan kalendar baru yang dinamakan Zaman Ais yang pertama, zaman ais yang kedua
dan seterusnya,” ucap Maharani Sara.

“Kia kat tahun 2272?” bisik Demi disebelah Khairul.

“Nenek moyang kau… kapal terbang dia terhempas dekat pulau ni jugak ke?”

“Tak… kami ialah penghuni sebenar. Yang lain, yang datang kemudian, pendatang di
pulau ini. Kau… datang dari tahun bila?” soal Maharani Sara.

“2030,” kata Khairul, pendek.

“Sama macam budak perempuan tu,” gumam Maharani Sara sendirian.

“Budak perempuan?” nada suara Khairul sedikit meninggi.

“Kami jumpa seorang budak perempuan ni. Dia merayau-rayau kat tengah hutan. Nama
dia pelik. Izzlarna. Izuna…”

“Izzlorna?” soal Khairul Anuar.

“Haa! Perempuan tu dengan satu alat aneh yang dia selalu bawak!”

“Mana dia?” teriak Abbas tiba-tiba, sambil bangkit sebelum beberapa orang konco
Maharani Sara tiba-tiba mengerumi Abbas, lalu merebahkan tubuh jejaka itu sehingga dia
tertiarap di atas lantai.

“Budak perempuan tu orang kami. Kami cuma nak kau lepaskan dia…” ucap Khairul,
masih cuba berdiplomasi.

“Bangsa Nobat seperti kami… ada peraturan utama. Tidak ada yang percuma,” gumam
Maharani Sara.

“Jadi?” soal Khairul.

“Aku nak tahu… kehebatan ahli kumpulan kau. Kalau mereka mampu menang satu
perlawanan ini, aku yakin yang anak-anak buah kau bukan calang-calang. Masa tu baru aku
percaya yang manusia baru yang jatuh dari langit kali ni mampu tunaikan apa yang aku mahu,”
ucap Maharani Sara sambil berdiri dari tempat duduk besinya.

47
12

Abbas dan Juliana sedang berdiri dengan senjata seperti busur dan parang ditangan
mereka. Maharani Sara sendiri yang menyerahkan mereka berdua senjata itu. Dan mereka pula,
sedang berdiri sambil membelakangkan antara satu sama lain di tengah-tengah gelanggang Bola
Keranjang, sambil penghuni Hotel Inderaloka dan juga ahli kumpulan mereka yang lain sedang
duduk memerhati dengan nafas naik turun, menanti penuh gelisah apa sahaja yang bakal
dihidangkan oleh Maharani Sara.

“Kau ketua kumpulan kau, aku beri keistimewaan untuk duduk dengan aku kat sini,”
gumam Maharani Sara ketika Khairul dipaksa duduk disebuah tempat duduk yang kelihatan
istimewa untuk orang sepertinya. Sambil Sara sedang menikmati daging bakar yang diletakkan
di dalam sebuah dulang perak, dia sedang memerhati penuh minat ke arah Abbas dan Juliana.

“Kau kenal mereka berdua?” soal Maharani Sara.

48
“Tak… aku tak berapa kenal. Baru jumpa 2-3 hari ni. Tapi aku nampak diaorang
kalahkan beberapa ekor Diatryma. Aku rasa diaorang dua fighter dalam kumpulan aku,” jelas
Khairul. Maharani Sara disebelah Khairul mengangguk.

“Diatryma memang menakutkan. Bukan calang-calang orang mampu bunuh diaorang.


Pahlawan pertengahan dalam bangsa aku sahaja mampu buru dan kalahkan diaorang. Tapi apa
yang dua kawan kau bakal hadapi ni, jauh lagi menakutkan daripada Diatryma,” tutur Maharani
Sara.

“Lebih menakutkan macam?” tutur Khairul, gusar.

“Tu,” balas Maharani Sara.

Pintu masuk ke dalam dewan gelanggang Bola Keranjang itu terbuka lantas
menampakkan seekor harimau dengan gigi lengkung yang terkeluar dari mulutnya. Cukup
seringai sahaja yang dipamerkan membuatkan seisi dewan itu meremang bulu roma. Tingginya
pula pada paras bahu manusia. Badannya bertompok persis harimau kumbang. Matanya
berwarna emas. Tapak kakinya sahaja sebesar dua kali penumbuk manusia. Khairul berdiri
spontan, lantas pandangannya mencari Zaki yang sedang membetulkan kaca matanya, memerhati
penuh minat seekor harimau yang dibawa masuk oleh dua orang lelaki. Harimau itu dipasangkan
padanya rerantai besi berwarna emas.

“Binatang peliharaan aku. Usop aku bagi nama kat dia. Usop dah bunuh 3 orang
pahlawan terhebat aku sebelum akhirnya ditangkap dan dikurung,” ucap Maharani Sara tiba-tiba
disebelah Khairul.

“Tu… harimau gigi macam tu… sepatutnya dah pupus kan?” soal Khairul.

“Smilodon, spesis harimau macam dia. Tapi, semua haiwan atas pulau ni… sepatutnya
dah pupus,” kata Maharani Sara sebelum dia ketawa sendirian. Dahi Khairul terus berkerut lalu
kembali fokus pada Abbas dengan parang ditangannya, manakala Juliana diberikan busur panah.

“Apa rancangan kau?” bisik Abbas disebelah Juliana yang masih tenang memerhati
bagaimana rantai-rantai yang membelenggu Smilodon dilepaskan satu persatu.

“Aku tak tahu berapa banyak anak panah diperlukan untuk tumbangkan dia. Tapi tolong
aku… umpan dia. Aku akan lindungi kau dengan busur ni,” kata Juliana. Abbas disebelah
mengangguk lalu dia mula menjarakkan dirinya dengan Juliana. Dia kemudian menoleh ke arah
Maharani Sara.

“Apa nama dia?” teriak Abbas tiba-tiba sambil menundingkan parangnya ke arah
Smilodon yang sedang menderam aneh.

“Usop!” teriak satu suara dari penonton.

49
“Usop!” tempik Abbas sambil menghentakkan parang ditangannya di atas lantai. Seboleh
mungkin Abbas mahu menarik perhatian Smilodon itu jauh daripada Juliana. Dan ternyata apa
yang dilakukan oleh Abbas itu sememangnya berjaya. Anak mata Abbas mengintai Juliana
sedang menarik beberapa buah busur anak panah daripada kelongsong yang diikat pada belakang
tubuhnya.

“Sini!” Suara Abbas memetir kuat. Apa lagi, tiba-tiba sahaja Smilodon itu membuka
mulutnya sebesar mungkin, lalu menerkam tepat ke arah Abbas. Dan kepantasan Abbas bergolek
di atas lantai menyebabkan terkaman itu tersasar. Tetapi bukan itu sahaja, ada beberapa busur
anak panah melekat pada belakang tubuh Smilodon membuatkan raungan kesakitan bergema
diseluruh dewan itu.

“Hebat,” gumam Maharani Sara melihatkan ketangkasan yang dipamerkan oleh mereka
berdua. Tapi ada masalah lain pula. Beberapa busur panah yang terbenam dibelakang tubuh
Smilodon tidak menumbangkan haiwan itu meski darah sudah menitik jatuh di atas lantai.

“Oh shit…” gumam Juliana yang terus mengambil beberapa busur panah dari kelongsong
kulit dibelakang tubuhnya. Smilodon tadi terus berlari deras ke arahnya. Pada setiap langkahnya
yang sedang mendekati Juliana, begitu juga beberapa busur panah terus tertusuk dalam ke batang
tubuh Smilodon bernama Usop itu. Namun, tiada satu pun yang mampu membuatkannya
tumbang.

Pada ketika Juliana sudah berkira-kira mahu berserah yang dia bakal mati, tiba-tiba
Abbas entah dari mana melompat ke belakang Smilodon, dan membenamkan parangnya tepat
pada belakang kepala Smilodon. Darah merembes diudara, membasahi kedua-dua tapak tangan
dan rupa Abbas. Smilodon yang sudah berkira-kira mahu menyambar tubuh kurus Juliana tiba-
tiba jatuh terlentang ke tepi sambil Abbas tergolek jatuh di atas lantai.

“Kau okey?” soal Juliana ketika dia membantu Abbas berdiri dengan kaki terhincut-
hincut. Untuk seketika, mereka berdua menoleh ke arah Smilodon yang sedang menggeletak di
atas lantai. Tidak mahu terus menunggu, Juliana tiba-tiba melepaskan beberapa busur anak panah
lagi pada tubuh yang tergeletak di atas lantai itu. Abbas menoleh tidak percaya ke arahnya.

“Untuk kepastian jer,” kata Juliana sambil tersenyum.

“Kami dah menang! Sekarang lepaskan Izzlorna!” tempik Abbas sambil menjulang
tangan kanannya yang berlumuran darah itu.

“Ohh tak semudah itu,” balas Maharani Sara sambil menggeleng. Serentak itu, tiba-tiba
sahaja dua busur panah melayang lalu menuju dibawah rambut lurus Maharani Sara yang berada
di paras bahunya. Busur itu melekat pada dinding putih dibelakangnya, bersama dengan
beberapa helaian rambut.

“Aku juga boleh semudah itu biar anak panah aku ni tembus dada kau! Tapi aku sengaja
biar ia sekadar melayang bawah rambut kau!” teriak Juliana pula.

50
“Kau dengar kan apa yang Abbas dengan Juliana cakap? Mereka berdua mampu
tumbangkan Smilodon yang kau kata lebih menakutkan daripada Diatryma. Sekarang, lepaskan
Izzlorna kami,” tutur Khairul tenang.

“Sayangnya… dia tak ada dalam tangan kami,” kata Maharani Sara sambil menggeleng.

“Maksud kau?” soal Khairul.

“Kami baru jer hantarkan dia semalam untuk jadi habuan ritual tahunan kami, korban
manusia ke Jerung Gergasi,” kata Maharani Sara dengan senyuman paling jahat pernah Khairul
lihat terukir pada wajah lelaki.

“Jerung Gergasi? Tapi kenapa?” soal Khairul Anuar.

“Kami percaya yang kalau kami tak buat semua tu, Jerung Gergasi itu akan keluar dari
kurungan dia dan menghuru-harakan pulau ini. Setiap tahun, dari nenek moyang kami, mesti
akan ada setiap manusia jadi korban Jerung Gergasi tu,” jelas Maharani Sara.

13

Maharani Sara memang seorang yang menepati janjinya. Ya, dia memang sudah
menyerahkan Izzlorna untuk diberi makan kepada seekor Jerung yang didabiknya sebagai salah
seorang… atau seekor TUHAN yang disembah oleh puaknya. Tinggalnya Jerung itu disebuah
Aquria yang kononnya suatu masa dahulu merupakan salah satu tempat yang paling dikunjungi
oleh manusia di atas pulau itu. Tetapi dalam masa yang sama, kononnya untuk menebus dosa
silamnya, Maharani Sara telah menyerahkan dua buah SUV pacuan empat roda jenis Jeep
Wrangler kepada Khairul Anuar dan ahli kumpulannya.

“Anggaplah hadiah daripada pihak kami,” ucap Maharani Sara sambil menundukkan
tubuhnya sewaktu menghantar mereka keluar dari koloni mereka di Hotel Inderaloka. Khairul
sedang memerhati sebuah jip dengan corak-corak celoreng hutan dengan sebuah logo kepala
haiwan yang persis serigala di atas bonet depannya. Barangkali milik syarikat, perusahaan atau
organisasi yang pernah menguasai di atas pulau itu, untuk sekurang-kurangnya 200 tahun yang
lalu.

“Pakai minyak, eletrik atau solar?” soal Zaki.

51
“Kau rasa kalau pakai minyak atau eletrik… boleh jalan ke kereta ni?” Lufti yang setia
disisi Maharani Sara bertanya sindir.

“Kalau solar…” Ted menggumam sendirian sambil mendongak menatap matahari yang
samar-samar dihujung langit.

“Ya, salji tengah turun. Tapi matahari tak pergi mana walau cahaya dia tak sekuat dulu.
Selagi matahari tu ada, kereta kau ni masih boleh berjalan,” kata Maharani Sara.

“200 tahun ke usia kereta ni… macam usia generasi yang terperangkap kat sini?” tanya
Abbas.

“Jangan risau. Kemahiran mekanik, kejuruteraan yang nenek moyang kami ada dulu,
diwarisi dengan baik untuk pastikan survival generasi yang akan datang,” tambah Maharani Sara
lagi apabila dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh Abbas.

Khairul memandu sebuah jip manakala Demi pula memandu jip yang lainnya. Mereka
terpaksa membahagikan kumpulan mereka ke dua kumpulan memandangkan sebuah jip tersebut
mampu memuatkan 3 sehingga 4 orang sahaja. Juliana dan Abbas akan bersama Khairul
manakala Demi menjadi pemandu buat Ted dan Zaki.

“Korang dua memang power betul tadi…” puji Khairul ketika dia mula menekan pedal
jip. Juliana disebelahnya yang sedang meneliti peta yang diberikan oleh Maharani Sara untuk
mereka menoleh ke sebelah sebelum tersenyum. Apabila dia tersenyum, terus Abbas
menjulurkan kepala ke tengah-tengah.

“Wow! Aku baru nampak kau senyum!” ucap Abbas membuatkan Juliana terus menolak
wajah lelaki itu membuatkan dia kembali terduduk ke belakang. Wajahnya agak merah dipuji
dan diusik oleh Khairul dan Abbas. Tapi seperti biasa, Juliana yang mereka kenal sejak hari
pertama sejak terdampar kat pulau itu tidak banyak bercakap.

“Berapa jauh Ju kita nak sampai ke Aquria World tu?” soal Khairul yang sedang kusyuk
memandu jip tersebut membelah lantai hutan.

“Dalam 4-5 kilometer. Kena masuk hutan tebal dulu, lepas tu ada padang rumput luas.
Then kita akan jumpa lembangan sungai,” ucap Juliana yang sedang menatap peta.

“Jadi… Aquria itu dekat tepi sungai?” soal Abbas yang kembali bersandar. Dahinya
berkerut sedikit, seperti sedang memikirkan sesuatu.

Sementara itu, di jip belakang yang terus setia mengekori pengerakan jip yang dipandu
oleh Khairul, Ted sedang berdiri sambil mendepakan kedua-dua tangannya. Betapa Zaki
memerhati penuh risau jejaka itu membiarkan angin sejuk bermain dengan rambut ikal
beralunnya. Tetapi entah kenapa, akhirnya Zaki memilih untuk mendiamkan diri sambil
melontarkan pandangan kosong ke arah pemandangan hutan yang sedang mengapit mereka.

52
“Kau pelik Ted…” gumam Demi tiba-tiba.

“Kenapa Demi?” soal Ted yang kembali duduk ditempat belakangnya, sebelum kembali
bersila.

“Aku suka perhatikan manusia. Memang itu tabiat aku sebagai wartawan. Aku tengok
kau sehari dua, kau orang yang berbeza dengan apa yang aku kenal,” kata Demi.

“Maksud kau?” soal Ted.

“Kau… 2-3 hari dari hari ni, aku tengok gloomy. Muka kau macam kau macam
kehilangan seluruh ahli keluarga kau. Macam ada benda berat diletakkan kat atas kedua-dua
bahu kau. Lepas tu kau pendiam, tak bercakap sepatah pun,” kata Demi.

“Lepas tu pagi tadi, aku tengok kau macam lelaki paling gembira kat dunia. Muka kau
macam baru menang loteri 1 juta jer,” sambung Demi lagi. Kali ini, Ted ketawa sendirian
sebelum dia tiba-tiba menghulurkan tapak tangannya kepada Demi.

“Tahniah, sebab jadi orang kedua yang macam nampak aku ni siapa,” kata Ted. Huluran
tangannya tidak bersambut lagi sebelum Demi mencelah.

“Sorry, driving,” balas Demi.

“Aku ada bipolar. Masa kau tengok aku gloomy hari tu, mood depression aku datang.
Aku kalau mood tu datang, aku seboleh-bolehnya nak tidur, dan 24 jam aku akan fikir semua
benda yang sangat menyedihkan dalam hidup aku. Kalau boleh, aku nak bunuh diri aku kalau
agama tak melarang. Tapi, bila awan hitam tu blah jer, aku akan rasa sebebas-bebasnya. Masa tu
fasa maniac ambil alih diri aku. Aku rasa gembira yang sangat-sangat. Aku rasa macam nak
menyanyi 24 jam jer. Dan selalunya fasa maniac aku ni tak lama, jadi aku nak nikmatinya!” ucap
Ted lagi, sebelum dia tersenyum.

“Kesiannya…” ucap Zaki tiba-tiba.

“Kenapa pulak?” soal Ted.

“Aku baca yang orang ada Bipolar ni hayat dia dipendekkan beberapa tahun daripada
hayat sebenar dia,” ucap Zaki selamba. Untuk seketika, mood dalam jip yang sedang memanjat
tanah yang agak curam itu agak tegang. Terus hilang senyuman yang terukir di wajah Ted.
Untuk seketika, dia merenung kosong wajah Zaki sebelum menggeleng. Terus dia memakai
penutup kepalanya lalu ditukarkan posisi duduknya dengan membelakangkan Zaki.

“Sekejap… kenapa Khairul perlahankan jip dia…” Persoalan yang sedang bermain dalam
benak Demi tidak bertahan lama apabila mereka mula menyedari bahawa mereka sedang
memasuki kawasan bersemayamnya lebih daripada 5 ekor makhluk berbulu setinggi sehingga 2

53
meter yang sedang mengapit mereka dari segala arah sudut hutan tebal seperti mana yang tertera
dalam peta yang diberikan oleh Maharani Sara kepada mereka.

“Macam Sloth… tapi Ya ALLAH… tingginya,” ucap Ted spontan.

“Megatherium Americanum, sepatutnya dah pupus kira-kira 8000 tahun yang lalu masa
zaman ais…” ucap Zaki spontan, sambil membetulkan kaca matanya.

“Makan… orang?” soal Demi, takut-takut.

“Tak… asalkan korang tak datangkan ancaman kat dia, dia buat korang macam tak
wujud,” gumam Zaki yang memberanikan dirinya melangkah keluar dari jip.

“Zaki… masuk balik,” suruh Demi, namun Zaki menggeleng.

“Indahnya….” ucap Zaki, spontan.

Seekor Megatherium Americanum yang sedang kusyuk menjilat jari-jemarinya yang


terdapat kuku panjang yang sebesar separuh kaki Zaki tiba-tiba tertarik dengan kewujudan Zaki.
Namun, dia masih lagi tercegat berdiri tidak berganjak apabila makhluk persis Sloth gergasi itu
menunduk sejenak, memerhati figura Zaki yang sedang menatap wajahnya penuh minat. Tidak
semena-mena, lidah seperti tirus makhluk itu tiba-tiba menjilat habis keseluruhan tubuh Zaki
sebelum berlalu pergi.

“Comelnya…” ucap Ted spontan sambil meletakkan kedua-dua tapak tangannya dibawah
dagunya, seolah-olah yang sedang menjilat tubuh Zaki menjadi kuyup itu ialah seekor anak
kucing comel, bukannya makhluk berbulu yang mempunyai ketinggian dua kali ganda mereka.

“Aku nak turun boleh tak Demi?” pinta Ted. Namun, Demi masih terpaku ditempat
duduk pemandunya, memerhati bagaimana seekor Megatherium Americanum yang menghampiri
kereta mereka, menghidu-hidu penuh minat bau tubuh Demi. Pada raut wajahnya, betapa Demi
sedang ketakutan manakala Ted pula ketawa terbahak-bahak ditempat duduk belakangnya. Dan
kemudian, habis seluruh tubuh Demi dijilat oleh Megatherium Americanum sebelum dia berlalu
pergi.

“Euwwww! Busuknya air liur dia!” rungut Demi membuatkan ketawa Ted semakin
kencang dalam jip itu. Namun, ketawa yang membuatkan dia sampai mengalir air mata terbantut
seketika, apabila dari kejauhan kedengaran bunyi seperti ngauman sesuatu.

Bam! Tiba-tiba sahaja tubuh Zaki terpelanting mengenai tepi jip Demi. Kaca mata jejaka
itu jatuh pecah di atas lantai manakala dia sedang terduduk kesakitan memegang dadanya. Dan
betapa keadaan jinak Megatherium Americanum yang dilihat mereka, bertukar menjadi dengan
sangat ganas.

54
“Ada pemangsa… dekat dengan diaorang… tu yang diaorang jadi macam tu…” gumam
Zaki perlahan sambil cuba bangkit sambil memegang dadanya yang sakit. Ada kesan koyakan
pada bajunya, menampakkan kulit dadanya yang terdapat kesan cakaran.

14

Tanah dibawah jip yang dinaiki oleh Khairul itu bergegar aneh. Ketika Juliana dan Abbas
yang sedang kusyuk menatap penuh minat sloth gergasi yang sedang mengapit jip tersebut, mata
Abbas dapat menangkap dari kejauhan kelibat sesuatu sedang berlari deras, melanggar segala
halangan berupa kayu-kayan, semak-samun, batu-batu kerikil dan tanah debu yang menjadi
hiasan hutan. Dan dalam sekelip mata sahaja, kumpulan Sloth itu mula bangkit dan memijak
lantai dibawah mereka, seperti sedang panik.

“Babi dari neraka!” teriak Zaki tiba-tiba dibelakang mereka, datang dari sebuah jip lagi.

“Babi apa?” soal Demi yang kembali menghidupkan enjin jipnya. Mereka perlu bergerak
dari situ atau nanti sama ada mereka lenyek dipijak oleh Sloth yang setinggi lebih 2 meter itu,
atau mereka bakal digondol oleh segerombolan haiwan aneh yang dipanggil oleh Zaki sebagai
babi dari neraka. Dan kemudian, tubuh seekor Sloth melayang ke arah mereka. Mujurlah Demi
sempat menghidupkan kereta, lantas menekan pedal mengelakkan tubuh yang terpelanting itu.

Kemudian, dari kesamaran hutan, muncul beberapa ekor makhluk setinggi bahu manusia,
dengan gigi seperti pengisar daging, dan tubuhnya menyerupai babi hutan zaman moden, dengan
hidung pesek dan penyet, tubuh gemuk pendek, dan tentu tabiat makanannya. Kalau tak, mereka

55
tidak akan sedang melahap penuh nikmat isi perut Sloth gergasi yang terbaring dengan bunyi
degusan menahan kesakitan. Dan bunyi degusannya, kemudian disambut oleh sloth lain yang
sedang mula bergerak menjauhkan diri mereka.

“Holy shit… ada puluh ekor kat sana lagi on the way datang sini…” teriak Ted sambil
menunding ke arah kejauhan. Ketika itu, jip yang dipandu oleh Demi sedang mencelah
memasuki celah kangkang belasan ekor Megatherium Americanum yang turut berlari melarikan
diri di kiri dan kanan mereka.

“Elak Demi! Ada seekor sloth tu tengah lari ke arah jip kita!” teriak Ted dari belakang.
Serentak itu, Demi memusingkan steringnya, lantas jip tersebut bergerak ke tepi, memberi laluan
untuk seekor Megatherium Americanum melarikan diri. Pengerakkan mereka agak lembab
memandangkan tubuh mereka yang besar dan tinggi lampai. Sebab itulah di belakang jip
tersebut, beberapa ekor sudah tumbang menjadi mangsa haiwan yang Zaki panggil sebagai “babi
dari neraka” itu.

“Apa benda tu Zaki?” soal Ted menoleh ke arah Zaki yang sedang memerhati dengan
mata yang tidak berkelip ke arah

“Entelodont. Pakar panggil sebagai babi dari neraka. Mereka karnivor. Memburu mangsa
dalam jumlah puluhan ekor macam tu. Menyondol apa sahaja yang ada depan mata diaorang,”
tutur Zaki. Dan serentak itu, dihadapan mereka, jip yang dipandu oleh Khairul, entah dari mana
seekor Entelodont yang seberat 900KG kalau sekali imbas baru sahaja menghentam jip yang
dipandu oleh Khairul menyebabkannya hampir sahaja terbalik.

“Dia nak langgar lagi!” Ted menundingkan jarinya ke arah Entelodont tadi tidak
menyerah. Ketika Entelodont tadi sedang berlari deras, menghulurkan kepalanya untuk
menyondol belakang jip Khairul, tiba-tiba sahaja Demi naik gila apabila menekan pedalnya lebih
dalam daripada biasa. Ted menggeleng seperti orang gila apabila menyedari niat Demi.

“Kau gila ke?” soal Zaki tak puas hati.

“Pegang apa sahaja yang korang mampu!” teriak Demi. Entah apa yang merasuki gadis
itu sehingga menjadi senekad itu.

“Memang semua wartawan segila ni ke celaka?” pekik Zaki. Dan jip tadi terus memecut
laju lantas menghentam Entelodont yang sedang berkira-kira mahu menyodok belakang jip
Khairul. Tubuh Entelodon tadi tercampak mengenai pokok yang berhampiran, manakala jip yang
dipandu oleh Demi sekadar kemik sedikit dibahagian bonet depannya.

“Abbas! Catat dalam peta yang kita kena datang balik kat sini. Ada babi mati!”
Kedengaran suara Juliana dari kejauhan.

“Kenapa?” soal Abbas.

56
“Makanan macam tu. Kena bawak balik ke kem kita!”

“Kau nak makan babi?”

“Darurat Abbas. Darurat,” balas Juliana.

Dan akhirnya, kedua-dua jip tersebut mula meninggalkan kawasan hutan tebal yang
memayungi langit mereka. Kini terbentang depan mata ialah padang rumput seluas mata
memandang. Bunyi raungan dan dengusan Megatherium Americanum sayup-sayup kedengaran
dibelakang mereka, memberi petanda betapa terdapat beberapa ekor lagi yang tumbang dek babi
dari neraka tadi.

“Khairul… aku nak tanya…” gumam Juliana tiba-tiba. Khairul hampir terkejut
mendengarkan gadis tersebut bersuara tiba-tiba.

“Ya Ju. Silakan…” balas Khairul.

“Apa yang kau nak cakap kat orang-orang yang tunggu kita kat kem nanti yang kita
tercampak kat masa depan?” soal Juliana tiba-tiba. Abbas yang sedang meneliti peta ditangannya
tiba-tiba mendongak.

“Maksud kau Ju?” soal Khairul.

“Kau bayangkan, apa respon diaorang nanti kalau dapat tahu yang diaorang tak akan
mampu balik dah kat zaman diaorang? Apa diaorang rasa yang keluarga diaorang, harta benda
diaorang, segala benda yang diaorang sayang, diaorang kena lupakan dan mulakan hidup baru
kat pulau yang kena zaman ais ni, dengan haiwan-haiwan musibat tu semua?” Juliana mengatur
ayatnya dengan sangat kemas. Dan betapa Khairul hampir terngaga mendengarkan Juliana
sebenarnya mampu bercakap sepanjang itu, padahal selama beberapa hari ini, mahu
mendengarkan hatta satu perkataan pun dari lidahnya adalah peristiwa yang sangat jarang sekali.

“Aku cadangkan yang… kita semua zip mulut kita. Sampai kita rasa diaorang semua dah
bersedia dengan kebenaran. Aku takut nanti panik yang luar biasa jadi kalau benda dapat ke
diaorang,” tambah Juliana lagi.

“Abbas… kau rasa macam mana pandangan Ju?” soal Khairul.

“Aku rasa kita dah sampai kat Aquria World macam dalam peta ni cakap…” balas
Abbas.

57
15

Sebuah sungai luas terbentang dihadapan mata mereka. Hampir tidak kelihatan daratan
yang terbentang diseberang sungai sana. Arusnya tenang mengalir. Bau tanah yang kuat
menyenangkan sesiapa sahaja yang terhidu. Cuaca yang dikatakan sebagai zaman ais yang
melanda tamadun manusia, tambahan pula dengan mereka dekat dengan sumber air
menambahkan lagi kesejukan. Kabus juga agak tebal, membataskan pengelihatan mereka.

Mujurlah ketika meninggalkan Hotel Inderaloka tadi, mereka dibekalkan dengan baju
sejuk yang serupa seperti puak Nobat yang diketuai oleh Sara. Tetapi berbanding dengan sungai
seluas mata memandang, atau kabus yang mendatangkan kesejukan yang menggigit sehingga ke
tulang hitam, betapa berdiri sebuah struktur bangunan yang setinggi 2 tingkat dihadapan mereka
yang paling mencuri perhatian.

Bumbungnya membentuk seperti sebuah kubah, dengan patung menyerupai seekor jerung
gergasi yang agak lusuh, dengan kesan karat sedang berdiri di atas puncak kubah tersebut. Selain
itu, semak-samun tumbuh meninggi mengapit kiri kanan bangunan tersebut, dengan cat yang
sudah pudar. Beberapa buah jip yang persis seperti yang dinaiki oleh oleh mereka tersidai tanpa
pemandu. Tidak tergerak langsung mereka untuk memeriksa keadaan jip tersebut.

“Ini ke Aquria World yang si Maharani tu sembang akuarium paling besar di dunia?” soal
Ted ketika dia keluar dari jipnya.

“Gini punya saiz bangunan, aku rasa simpan Arowana pun tak lepas,” gumam Demi.

“Betul ke Abbas ni tempat dia?” soal Zaki.

58
“Aku cuma bawa korang ikut peta yang si Sara bagi aku jer,” ungkap Abbas yang sedang
melipat peta menjadi beberapa bahagian kecil sebelum meletakkannya ke dalam seluar jeansnya.

“Sekejap…” gumam Abbas seketika. Mata dia seperti dapat menangkap sesuatu yang
kelihatan disekitar Aquria World. Dia menghampiri semak samun yang paling hampir dengan
bangunan dua tingkat yang tersergam dihadapan mereka. Seketika disitu, dia seperti meneliti
kesan di atas tanah.

“Kenapa Abbas? Dapat detect apa?” soal Khairul.

“Khairul… ada kesan ladam kuda. Aku percaya yang anak-anak buah Maharani Sara
sampai dulu sebelum kita. Kesan masih baru. Aku syak baru 3-4 jam tadi diaorang sampai sini.
Jadi, Izzlorna mungkin ada kat dalam sana,” kata Abbas.

“Kita masuk dulu. Cari apa jer klu yang kita dapat jumpa melibatkan Izzlorna. Okey?”
kata Khairul. Ahli kumpulannya yang lain sekadar mengangguk. Khairul berada paling hadapan,
manakala Abbas mengekori di belakang sambil menghidupkan cahaya daripada batteri telefon
bimbitnya yang masih bersisa.

“Selamat datang ke Aquria World, akuarium awam palingggg besar di dunia!” ucap satu
suara tiba-tiba sebaik sahaja Khairul menolak pintu kaca yang masih utuh itu. Demi dibelakang
melatah sambil menghamburkan beberapa kata-kata kesat.

“Ada perempuan…” kata Ted.

“Hologram?” gumam Abbas sambil menyuluh obor apinya ke arah punca suara tersebut.

Ya, memang sebuah hologram membentuk seorang wanita sedang berdiri dalam uniform
persis seorang pramugari sebuah pesawat. Bezanya terdapat logo Aquria World pada dadanya.
Hologram wanita tadi juga memakai sebuah topi persis seorang kelasi kapal persiaran mewah.

“Aquria World ialah salah satu tarikan yang ada dalam Cage Of Eden, sebuah taman
tema milik Gadaffi Corporation yang dibina di atas Pulau Nobat. Cage Of Eden dibina selama 10
tahun, sebahagian daripada projek rahsia Gaddafi sendiri bersama dengan sebuah lagi taman
tema iaitu Park, di pulau yang tidak jauh dari Pulau Nobat iaitu Pulau Setiaraja.” Dan hologram
berbentuk wanita itu terus bersuara menceritakan sejarah Aquria World.

“Gaddafi Corporation… bukan ke milik arwah Tan Sri Gaddafi?” soal Demi.

“Kalau Dino Park terdiri daripada menempatkan pelbagai spesis dinosaur dari pelbagai
era, Cage Of Eden yang dibina di atas Pulau Nobat pula menyajikan anda pemandangan haiwan-
haiwan dari era pra-sejarah yang seharusnya sudah pupus. Tetapi, dek kerana teknologi yang
berkembang pesat, Gaddafi Corporation berjaya menghidupkan semula haiwan-haiwan yang
sudah pupus ini,” sambung hologram tadi.

59
“Aku bersyukur yang kita tak terperangkap kat pulau yang ada dinosaur tu,” kata Ted
mengurut dadanya.

“Aquria World memiliki lebih 300 spesis haiwan-haiwan air pra-sejarah. Dan saiz aquria
ini ialah 5 kali ganda lebih besar daripada akuarium awam di Amerika, Atlanta…”

“Tak nampak macam besar pun….”

“Shhy! Diam Ted” Zaki mencelah membuatkan Ted yang dari tadi membebel terdiam.

“Anda akan dibawa menyusuri dasar Sungai Lengkung. Laluan bawah air yang sepanjang
lebih 2 kilometer dibina untuk pengunjung menyelami sendiri dengan lebih mendalam beberapa
bahagian akuarium. 2 kilometer pengembaraan di dasar Sungai Lengkung akan dibahagikan
kepada empat buah bahagian. Anda akan menyelami kehidupan di empat bentuk muka bumi
yang berbeza. Deep Sea Majestic, Amazon Flooded Forest, Keajaiban Nil, dan Shark World
akan menanti anda perjalanan meneroka dasar Sungai Lengkung, sebelum memasuki kawasan
lautan.” Serentak itu, hologram yang berdiri di hadapan mereka terus lenyap dan serentak itu,
setiap lampu yang tadi terpadam bercahaya satu demi satu.

“Korang datang nak selamatkan kawan korang yang jadi korban Megalodon tu ke?” soal
satu suara yang muncul dibelakang. Mereka berenam menoleh serentak sebelum lelaki tinggi
lampai, sekitar 190 cm dalam pakaian baju sejuk, membawa sebuah kapak yang dikedua-dua
tangannya muncul. Serentak itu, Juliana dan Abbas menghulurkan lembing mereka ke arah lelaki
tinggi lampai itu.

“Simpan senjata tu. Kau dua tak akan mampu tumbangkan aku. Lebih baik digunakan
untuk lawan makhluk yang dah duduk tempat ni lebih 200 tahun,” ucap lelaki itu.

“Kau… anak buah Maharani Sara?” soal Khairul.

“Tak… aku kena halau dari puak aku sebab aku menentang belahan jiwa aku dijadikan
korban untuk makanan Megalodon. Dah 5 tahun,” balas lelaki tinggi lampai yang memiliki
rambut beralun sampai paras bahu, hidung mancung, dengan jambang halus memenuhi pipi,
bawah dagu dan atas bibirnya. Matanya separa sepet, dengan pandangan redup. Ada kesan parut
pada mata kirinya, seperti dicakar sesuatu.

“Hensemnya…” bisik Ted, spontan.

“Kau ni gay ke?” balas Zaki menoleh tidak percaya ke arah Ted.

“Dan apa kau buat kat sini?” soal Abbas.

“Selamatkan kawan kau jugak. Aku tekad sejak hari tunang aku kena jadikan makanan
Megalodon, aku akan selamatkan siapa sahaja yang dijadikan korban pada hari ini,” kata lelaki
itu lagi.

60
“Setakat ni, berapa nyawa dah kau selamatkan?” soal Demi.

“Malangnya… kosong,” balasnya sambil terus melangkah ke arah sebuah lubang yang
baru sahaja muncul di atas lantai sebaik sahaja hologram tadi terpadam. Sebuah tangga yang
membawa mereka ke laluan bawah tanah kelihatan selepas lantai bawah mereka bergerak,
memberikan ruang yang mampu memuatkan beberapa orang manusia serentak.

16

Lampu yang datang daripada telefon bimbit mereka menerangi sebuah laluan panjang
yang terbentang dalam kegelalan. Laluan itu diapit oleh dinding kaca dikiri, kanan malahan di
atas mereka yang membentuk lengkungan, seolah-olah memberikan gambaran bahawa mereka
sedang berjalan dibawah terowong bawah air.

Benarlah seperti mana yang diperkatakan oleh hologram tadi. Betapa akuarium itu dibina
dibawah sungai yang terbentang dibawah mereka. Betapa lampu yang datang daripada telefon
bimbit mereka menjadi hampir tidak berguna.

Tapi, dek kerana kegelapan yang membelenggu koridor panjang, isi air yang menyelimuti
akuarium itu hampir tidak kelihatan. Di hadapan kaca yang berbeza, terdapat papan tanda yang
terpacak di sisi kiri dan kanan yang menerangkan mengenai isi haiwan yang mendiami yang
akuarium disekitar mereka.

“Aku hampir… tak kenal semua spesis-spesis sungai ni semua…” gumam Zaki ketika dia
sedang meneliti papan tanda yang menerangkan haiwan-haiwan yang mendiami akuarium itu.

“Aziz…” panggil Zaki.

Aziz merupakan nama lelaki misteri yang tiba-tiba memunculkan dirinya dibelakang
mereka. Dan pada ketika itu, dia sedang gigih menghidupkan api melalui obor yang dibawanya.
Sebaik sahaja Zaki membawa haluan lampunya menyuluh ke arah wajah Aziz, terus obor api
ditangannya menyala.

“Ya empat mata?” soal Aziz memaksudkan kaca mata yang disarungkan oleh kedua-dua
mata Zaki.

“Zaki. Nama aku Zaki,” balas Zaki.

“Kenapa panggil aku?” soal Aziz sambil menjulang obor apinya. Berbanding lampu
suluh yang mereka bawakan, yang kebanyakannya sudah mula berkelip-kelip kerana mula
kehabisan bateri, obor api yang dibawa oleh Aziz menerangi kegelapan yang seperti tiada
penghujungnya. Penempatan ikan-ikan dan segala makhluk air yang mendiami bahagian kiri dan
61
kanan akuarium itu dihias seboleh mungkin menampakkan seperti tempat muasal spesis itu
berasal.

Berdasarkan hologram yang membentuk wanita di pintu masuk akuarium gergasi itu,
mereka berada dibahagian yang menempatkan spesis-spesis yang kononnya mendiami lautan
paling bawah. Mungkin sebab itu ada rumpai air gergasi yang bergerak meliang-liuk mengikut
arus air. Dan betapa di dasar akuarium juga terdapat beberapa buah batu karang, yang juga
bersaiz gergasi.

“Obor-obor ni… saintis cakap nenek moyang segala obor-obor moden. Fosil dia dijumpai
dan dianggar berusia 500 juta tahun yang lalu. Korang tengok isi dia warna merah tu,
menyerupai obor-obor moden dari jenis Cunina. Interesting…” ucap Zaki, membebel seorang
diri. Dia kemudian, menghampiri Aziz.

“Obor-obor ni dulu duduk kat sungai ke?” soal Abbas.

“Aku tak tahu… sebab tak banyak info pasal diaorang,” balas Zaki, jujur.

“Diaorang masih dalam kurungan ni kan?” soal Zaki sambil menoleh ke arah Aziz.

“Ya, masih dalam kurungan ni. Dinding kaca yang memisahkan haiwan-haiwan ni masih
wujud,” kata Aziz.

“Sekejap… kalau macam tu… macam mana diaorang hidup? Diaorang masih dalam
kurungan. Dan tak mungkin kurungan tu mampu tamping ekosistem mampu berjalan macam
biasa,” soal

“Si bangsat Maharani tu tak beritahu korang ke?” soal Aziz ketika mereka memulakan
langkah mereka.

“Bagitahu apa?” soal Khairul.

“Yang akuarium ni juga sebenarnya macam ladang untuk makanan-makanan laut dengan
untuk Puak Nobat. Mereka jaga dengan baik, ternak, dan sampai masa, pahlawan-pahlawan
mereka akan tangkap dan buat makanan. Biasanya makanan diaorang ni untuk perayaan-
perayaan tertentu,” jelas Aziz.

“Boleh jadi ada apa-apa sistem tapisan yang masih berfungsi, dikendalikan sendiri oleh
orang-orang Maharani,” gumam Zaki membuat kesimpulan bagaimana spesis-spesis lautan
dalam boleh hidup di dasar sungai.

“Kenapa kau panggil dia bangsat?” soal Demi tiba-tiba yang berada di tempat paling
belakang.

“Kau rasa kenapa dia baik sangat, serahkan jip dia untuk kau orang datang ke sini?” soal
Aziz tiba-tiba, tidak memilih untuk menjawab secara terus soalan yang dilontarkan oleh Demi.
62
“Dia kata dia rasa berdosa sebab serahkan orang asing macam Izzlorna untuk santapan
entah apa benda dalam ni,” kata Abbas.

“Dia tengok kemampuan Juliana dengan Abbas tewaskan Smilodon dia. Dia percaya
yang kami mampu selamatkan Izzlorna,” kata pula Ted, menyokong Abbas.

“Usop ke Smilodon tu?” soal Aziz.

“Ya, Usop,” kata Juliana.

“Usop tu dia bela dari kecik. Tak seliar dan seganas kumpulan-kumpulan Smilodon kat
luar sana. Jadi, jangan tertipu. Dia sebenarnya hantar korang ke sini untuk jadi santapan apa
sahaja makhluk dalam ni,” kata Aziz.

Dan serentak itu, sesuatu menghentam dinding kaca disebelah kiri mereka. Betapa
beberapa orang antara mereka terjerit kecil. Demi sampai memeluk erat lengan Khairul,
manakala Abbas dan Juliana sudah membuka langkah silat mereka. Ted pula terus bersembunyi
dibelakang tubuh Aziz yang tinggi lampai. Dan selepas beberapa ketika, mereka menyedari
bahawa seekor haiwan yang menyerupai sotong sedang menekapkan lebih 7 janggutnya pada
dinding cermin itu. Tapi masalahnya, sotong yang sepanjang 8 meter itu memiliki cengkerang.

“Hebat… sotong hari yang kita kenal, memang tak ada cengkerang. Tapi, jutaan tahun
dulu, kebanyakan sotong-sotong ni memang ada cengkerang dia,” jelas Zaki.

“Tak cukup hebat. Cuba pandang atas sana,” tutur Aziz menyebabkan mereka yang ada
disitu mendongak memandang atas. Meskipun permukaan sungai masih terlalu tinggi
sehinggakan hampir tidak tercapai dek pancaindera mereka, namun ada beberapa buah tali
sedang menuju deras ke dasar akuarium, atau lebih tepat pada seekor sotong yang melekat pada
dinding kaca akuarium gergasi itu. Di hujung tali itu, terdapat sebuah besi berbentuk seperti mata
kail gergasi yang sangat tajam. Cecair hitam pekat tersembur merata-rata dalam air.

Prapp! Ianya terus mengenai belakang sotong tersebut menyebabkan sotong gergasi itu
terus meronta-ronta, menghempaskan tubuhnya berkali-kali mengenai dinding kaca. Beberapa
orang antara mereka terundur beberapa tapak ke belakang. Cengkaman tangan Demi pula makin
erat. Hanya Aziz sahaja yang cekal berdiri.

“Kalau korang takut akan bocor, dinding kaca ni dah bertahan 200 tahun sejak ia dicipta.
Tak ada seekor pun haiwan air dalam ni hatta Megalodon yang dipuja bagai dewa tu mampu
pecahkannya,” kata Aziz.

Dan kemudian, beberapa buah lagi tali kelihatan meliang-liuk turun dari permukaan,
deras menuju ke belakang sotong tersebut. Cengkerangnya pecah lantas menyebabkan dua buah
lagi mata kail gergasi terbenam belakang tubuhnya. Darah biru yang sinonim dengan sotong
gergasi merembes keluar. Selepas beberapa ketika, sotong tadi berhenti meronta manakala
tubuhnya perlahan-lahan ditarik naik ke permukaan.

63
“Bila Puak Nobat memburu sotong gergasi. Biasanya bila mereka yakin yang ritual yang
mereka persembahkan untuk TUHAN mereka, Megalodon tu dah diterima. Mereka akan
berpesta sampai ke pagi, dengan sotong buruan mereka,” kata Aziz.

“Jadi… Izzlorna dah mati?” soal Khairul, ada raut risau terlukis pada wajahnya.

“Kita tak tahu. Kita kena sampai ke tempat kurungan Megalodon baru kita tahu nasib
Izzlorna,” jelas Aziz.

17

64
Meninggalkan kawasan Deep Sea Majestic yang menawarkan pelbagai spesis haiwan
pra-sejarah yang mendiami lautan dalam membawa mereka semakin jauh ke dalam bawah
sungai. Kali ini, mereka disajikan pula dengan ruangan yang sememangnya menempatkan
haiwan-haiwan air dari zaman pra-sejarah yang memang mendiami kawasan air.

Masuk sahaja ke bahagian baru akuarium itu, perhiasan dan keadaan cahaya tidak
sesuram bahagian koridor suram pada kawasan Deep Sea Majestic, yang sekadar dihias dengan
laluan koridor yang kelihatan suram dengan lantainya dicat dengan dengan warna bagi
membentuk warna pepasir di dasar laut. Koridor Amazon Flooded Forest selain diapit oleh
tangki-tangki akuarium gergasi yang dipisahkan oleh kaca yang menurut Aziz sangat kukuh,
laluan pejalan kaki yang tersedia dihias memberi gambaran seperti mereka sedang meredah
sebuah hutan tropika.

Yalah, warna hijau yang menghiasai lantai, patung-patung yang berbentuk pokok di atas
siling, dan juga betapa banyaknya kayu-kayu gergasi tercacak, akar-akar kayu yang berselirat
pada dasar akuarium memang membuatkan mereka hampir percaya bahawa mereka memang
sedang melalui hutan amazon yang sedang ditenggelamkan oleh banjir bah.

“Sekejap…” tutur Aziz sambil menyerahkan obor kayunya pada Ted yang berdiri di
sebelahnya. Sejak kemunculan sotong gergasi yang kemudian menjadi mangsa penangkapan
Puak Nobat, dia seperti tidak mahu berpisah dengan Aziz langsung.

“Zaki…” panggil Aziz. Jari-jemarinya yang comot dengan kesan tanah itu sedang
memegang beberapa keping kulit bersisik di atas lantai.

“Ini…” Kedua-dua mata Zaki hampir terbeliak menuturkannya. Dia mengambil kulit
yang sedang dipegang oleh Aziz. Dan kulit itu rupa-rupanya memanjang, dan dua orang itu
tersengguk meneliti panjangnya. Selepas beberapa ketika, mereka sampai ke penghujung kulit
tersebut.

“Berapa kaki?” soal Aziz.

“40 kaki. Macam yang rekod palentologi jumpa,” kata Zaki sebelum dia menoleh ke
belakang.

“Kenapa guys?” soal Ted menyedari ada perubahan riak seriau pada wajah Zaki.

“Khairul… kita kena patah balik,” kata Zaki sambil kembali berdiri.

“Kenapa?” soal Khairul.

“Ular gergasi. Titanoboa,” kata Aziz menyertai mereka dari belakang.

“Aku takut ular….” ucap Demi, spontan disebelah Khairul.

65
“Dan lebih dasyat, dia baru jer bersalin kulit. Masih panas. Dahlah laluan akuarium ni
macam pagar sesat. Mungkin dia ada kat belakang kita. Mungkin kat depan sana. Sebelum apa-
apa jadi, kita kena balik.” Zaki menyusun hujahnya.

“Izzlorna macam mana?” soal Khairul.

“Kau nak korbankan lebih 6 orang antara kita sebab dia yang kau tak kenal pun? Aku tak
nak jadi bodoh,” kata Zaki.

“Tapi…”

“Aku rasa apa yang Zaki cakap tu betul. Aku nak balik jugak,” celah Demi.

“Aku tak nak rasa bersalah…”

“Sejak bila kau jadi wali ni Khairul? Khairul yang aku kenal bukan nak berlagak hero
gini!” pintas Demi lagi sebelum Khairul belum habis memujuk. Nada suaranya sedikit meninggi.
Ada perubahan riak terlukis pada wajah Khairul. Dia seperti berfikir sesuatu sebelum mengeluh
berat.

“Siapa nak patah balik ke jip kita?” soal Khairul. Untuk seketika, hanya tangan Zaki dan
juga Demi sahaja terangkat di udara. Untuk seketika, mereka berdua saling berkongsi
pandangan.

“Kalau lebih 2 jam aku tunggu kat luar sana, kau orang tak keluar lagi. Aku akan bawak
balik jip kita dengan Demi. Aku akan anggap yang kau orang berdua MIA. Missing In Action,”
kata Zaki sebelum dia melangkah.

“Seriuslah korang… memang nak pergi bazirkan nyawa perempuan asing tu?” soal Demi
yang masih tercegat, sementara Zaki sudah jauh pergi.

“Kalau kau kat sana Demi, atau Zaki, aku tetap akan selamatkan,” kata Juliana tiba-tiba.

“Nah parang ni,” kata Aziz tiba-tiba, menyerahkan sebilah parang daripada sarung yang
tergantung disebelah seluar jeansnya.

“Kalau macam tu, adios,” kata Demi, memberikan tabik sebelum dia pun beransur hilang,
mahu mengejar langkah kaki Zaki.

***

Langkah kaki Demi mati. Nafasnya seperti terhenti di hujung kerongkong. Wajah sawo
matangnya terus bertukar pucat. Dan betapa setiap jari-jemari Demi sedang menggigil menatap
pemandangan baru yang terpapar depan matanya. Zaki, dengan keadaan tubuh yang lemah-
gemalai sedang dibelit oleh seekor ular sawa gergasi yang saiznya sahaja cukup untuk

66
memuatkan separuh ruang koridor. Panjangnya tidak diketahuinya kerana ada bahagian ekornya
terlindung disebalik kegelapan.

“Ya ALLAH… Zaki…” Demi hilang kata-kata melihatkan separuh tangan kanan Zaki
sudah tenggelam dalam kerongkong ular gergasi yang kulitnya berwarna coklat, dengan corat
persis batik yang melingkari tubuh bersisiknya.

“Akhirnya… tolong aku…” gumam Zaki perlahan.

“Aku… takut… ular…” ucap Demi.

“Kau dengar… cakap aku Demi. Aku ajar kau, macam mana… nak lepaskan aku
daripada sini,” ucap Zaki.

“Aku… fobia…” kata Demi lagi.

“Kau patah balik. Cari….” Dan untuk seketika, Zaki tidak dapat menghabiskan ayatnya.
Belitan ular gergasi itu seperti membuatkan beberapa bahagian tulang pada tubuhnya patah.
Demi sendiri mendengar dengan anak telinga aku.

“Kau okey?” soal Demi.

“Aku akan… mati. Cari Abbas… atau Ju…”

Masalahnya ialah betapa fobia Demi pada ular, dan fobianya membuatkan dia mahu
mengerakkan hatta jari kelingkingnya pun dia tidak mampu. Barangkali dia hanya mampu
memerhati dengan mata kepalanya, Zaki secara perlahan-lahan hilang upaya untuk bernafas dek
semakin erat belitan ular sawa gergasi itu, sebelum ditelan hidup-hidup. Menyedari akan hakikat
itu, air mata sudah mencurah-curah mengalir dari kelopak matanya.

18

Zaki sedang berdiri dihadapan sebuah khalayak dalam sebuah dewan kuliah dalam
pakaian kemeja yang disarungkan bersama dengan kot hitam. Lampu dalam dewan kuliah itu

67
digelapkan bagi memudahkan seisinya dapat melihat kandungan yang terpapar pada skrin putih
gergasi yang sedang tergantung di belakangnya. Dia kelihatan seperti membetulkan kaca
matanya, sebelum kembali mengarahkan cahaya merah yang datang daripada laser kecil
ditangannya.

“Titanoboa… seekor ular gergasi ditemui oleh Jonathan Bloch dari Universiti Florida dan
Jason Head dari Universiti Nebraska di Hutan Cerrejon, Colombia. Blorch meramalkan bahawa
panjang ular ini dalam 30 hingga 35 kaki iaitu bersamaan dengan 9 hingga 10 meter. Beratnya
dalam sekitar 900 kilogram dan dipercayai kelebaran Titanboa ialah 0.91 meter,” jelas Zaki
begitu bersungguh-sungguh depan kelasnya. Belum sempat Zaki menghabiskan ayatnya, tiba-
tiba satu tangan terangkat di udara.

“Nama?” soal Zaki.

“Ulya!” balas gadis tadi.

“Kenapa?” soal Zaki.

“Prof…”

“Panggil saya Dr! Dr Zaki!” celah Zaki.

“Maaf. Dr Zaki… katakanlah kita dibelit oleh ular sebesar tu. 0.91 meter diameter badan
dia. Tu bukan main besar. Ada peluang tak kita nak selamatkan diri kita?” soal Ulya. Untuk
seketika, Zaki merenung kecil wajahnya sebelum senyuman terukir pada wajah itu.

“Tak mungkin Ulya. Haiwan ni dah pupus sejak 56 juta tahun yang lalu,” kata Zaki.

“Teknologi pengklonan bertambah hebat sejak ratusan tahun ni Dr! Katakanlah kalau
manusia berjaya mencipta semula haiwan-haiwan yang dah pupus, dan salah seekor daripadanya
ialah Titanoboa. Kalau kita kena belit dengan ular sebesar tu, apa yang kita perlu buat?” soal
Ulya, mengatur hujah.

“Kalau macam tu, kita kena tengok balik macam mana kita akan lepaskan diri kita kalau
kita kena belit dengan ular sawa sebesar ni. Kalau ular sawa hari ini tengah belit kita, apa yang
kita akan buat? Ada sesiapa boleh jawab soalan Cik Ulya?” soal Zaki.

“Ayah saya cakap masa kena belit dengan ular, kita kena jaga pernafasan kita sebab
semakin kita pantas bernafas, semakin erat belitan ular tu,” kata seorang pelajar di sudut
belakang dewan tersebut.

“Bagus Ehsan! Yang lain?” soal Zaki.

“Kalau kita dengan kawan kita, kita suruh kawan kita serang kulit Titanoboa? Maybe
kalau dia bawak paranga tau ambil batu paling dekat?” Ada seorang pelajar kelihatan teragak-
agak.
68
“Kalau Anakonda biasa, ular sawa, mungkin cara awak tu berkesan. Sukanya saya
ingatkan ular gergasi belakang saya ni, kulit dia tebal. Jadi, saya nak cadangkan daripada serang
badan dia, apa kata kita serang dua tempat yang paling dia lemah. Mata dia dengan ekor dia,”
terang Zaki sebelum menyambung.

“Kalau… kalau… mulut dia mula makan tangan awak dulu! Masa tangan kamu dalam
mulut dia, jangan lupa tarik anak tekak dia!” pesan Zaki sebelum disambut oleh ketawa seluruh
isi kelasnya.

***

“Demi… tolonglah…” Wajah Zaki sudah berubah biru. Demi sedang menggigil
mengeluarkan bilah parang dari sarung yang dipasangkan pada tepi pinggulnya. Parang itu
adalah pemberian Aziz kepada dirinya.

“Aku… nak kena buat apa sekarang?” soal Demi.

“Mata dia… mata dia…” suruh Zaki.

Demi mendongak memandang kepala Titanoboa yang sebesar suku daripada saiz
tubuhnya. Tetapi untuk sampai ke bahagian kepala Titanoboa itu, Demi harus memanjat tubuh
ular gergasi yang berbelit-belit itu. Tetapi memanjat ini bukanlah kesukaran untuk Demi yang
merupakan pengamal Parkour. Cuma, fobia Demi pada seekor ular, lagi-lagi ular sawa.
Semuanya gara-gara pengalamannya beberapa tahun lepas.

“Aku… cuba Zaki,” gumam Demi sambil mengangguk memberi semangat kepada
dirinya.

***

Mata Demi terbeliak. Nafasnya tercungap-cungap. Dia mahu bergerak, tetapi ada seekor
Ular Sawa baru sahaja menjalar menaiki atas badannya. Untuk seketika, sahabatnya yang sedang
memusingkan tubuhnya untuk menghadap dirinya dalam khemah itu. Apabila melihatkan Demi
kini ditemani oleh seekor ular, terus dia berlari keluar dari khemah itu.

“Ular! Ular! Ada Ular masuk khemah Demi!” teriak rakannya itu. Dan selepas beberapa
ketika, masuk dua orang lelaki ke dalam khemah itu. Seorang lelaki dengan rambut ikal yang
disarungkan penutup kepala, manakala seorang lagi lelaki sawo matang dengan kumis halus
dibawah dagunya muncul.

“Shahmil… Azam… to…long aku…” gumam Demi. Ada titisan air mata mengalir dari
kedua-dua kelopak matanya.

“Aku nak kau bertenang Mi. Aku akan tolong sedaya upaya,” ucap Shahmil.

69
“Azam… aku perlukan lighter,” gumam Shahmil kepada Azam. Azam mengangguk
sebelum Shahmil turut hilang. Dan ular sawa sebesar lengannya itu sudah mula membelit
tubuhnya. Demi yang tidak berupaya hanya mampu menangis sedaya-upaya. Dan belitan ular
Sawa itu semakin kuat, menghimpit tulang-belulangnya.

“Ya ALLAH…” ucap Demi. Dan beberapa saat kemudian, Shahmil muncul dengan
beberapa batang kayu yang penuh dengan dedaunan. Azam pula muncul disebelahnya. Shahmil
menoleh ke arah Azam. Terus pemetik api yang berada dalam tangan Azam dihalakan pada
longokan kayu yang dibawa oleh Shahmil. Api mula muncul, memakan dedaunan dan kayu-
kayan. Asap mula terbentuk berkepul-kepul dalam khemah itu.

“Tahan nafas kalau perlu,” pesan Shahmil. Demi mula terbatuk-batuk dek asap yang
memenuhi ruangan kecil itu. Ular yang sedang membelit tubuh Demi mula meleraikan
cengkamannyam sebelum perlahan-lahan menjalar keluar dari khemah itu.

***

Demi memahami perasaan yang sedang menyelubungi Zaki. Dia pernah dibelit oleh ular
sawa. Tubuhnya pernah kaku, tidak mampu mengerakkan hatta seinci tubuhpun. Bergerak
sahaja, cengkaman ular akan bertambah erat, dan nanti dia akan merasakan betapa setiap tulang-
belulangnya mula bertembung antara satu sama lain. Nafasnya semakin lama akan semakin
terputus, lemas dan rimas dipeluk oleh makhluk bersisik itu.

Apatah lagi sekarang ini betapa Zaki sebenarnya sedang dibelit oleh ular gergasi yang
saiznya ialah berpuluh-puluh kali ganda lebih besar daripada Ular Sawa yang pernah membelit
Demi suatu masa dahulu, ketika gadis itu menyertai sebuah pendakian gunung bersama dengan
rakan-rakan universitinya. Jadi, sebab Demi pernah berada di tempat Zaki, dia sangat membenci
sekiranya sesiapa sahaja merasai pengalamannya. Menggunakan rasa benci itu, akhirnya, Demi
dapat mengatasi rasa fobia yang sememangnya sudah lama tersimpan jauh dalam jiwanya.

“Demi… aku ada suka… perempuan ni…”

“Jangan bercakaplah bodoh! Kau tunggu jer atas tu!” pintas Demi ketika gadis itu
bersungguh-sungguh memanjat tubuh memanjang Titanoboa itu. Agar sukar usaha memanjatnya
kerana tubuh ular itu agak licin dan bersisik. Kesan lendir pun masih segar di beberapa bahagian
memandangkan ular purba itu baru sahaja bersalin kulit.

“Mak ayah aku… hidup lagi… aku nak…” Zaki tiba-tiba terdiam sebelum dia menjerit
kesakitan.

“Kan aku dah suruh jangan bercakap!” gumam Demi ketika gadis itu sedang memanjat
bahagian belitan terakhir sebelum dia berada di atas kepala Titanoboa yang sedang berusaha
menelan Zaki hidup-hidup.

70
“Aku rasa… tulang rusuk aku patah,” gumam Zaki sambil memejamkan matanya,
menahan kesakitan.

“Aku kat atas kepala dia ni. Nak kena buat apa?” soal Demi.

“Benamkan parang tu kat mata dia,” suruh Zaki.

“Baik,” balas Demi, sepatah. Terus Demi yang sedang duduk di atas kepala Titanoboa,
sambil kedua-dua kakinya dibiar bebas terhayun di kiri dan kanan. Parang ditangannya dijulang
setinggi mungkin di udara sebelum dia membenamkan pada salah satu mata Titanoboa itu. Terus
tiba-tiba kepala Titanoboa terdongak di udara.

Tetapi sesuatu ditarik bersama dengan kepalanya iaitu tangan kanan Zaki. Jeritan Zaki
semakin berkumandang apabila tangan kanannya putus dari tempat asalnya. Demi pula sedang
bergayut pada kepala Titanoboa demi mengelakkan dirinya terjatuh. Sambil tangan kirinya
berpaut pada rahang Titanboa yang terbuka luas itu, Demi membenamkan parangnya lagi pada
satu lagi mata Titanoboa yang masih terbuka luas. Darah terpercik di udara manakala Demi jatuh
terlentang di atas lantai.

Titanoboa masih menghentakkan tubuhnya berkali-kali di atas lantai menahan kesakitan.


Kepalanya terhuyung-hayang di udara, menahan kesakitan kehilangan kedua-dua matanya.
Betapa juga ketika itu, Zaki akhirnya bebas dari belitan maut ular gergasi itu. Dan ketika Demi
membuka matanya, dia melihat Zaki terbaring disebelahnya dengan tangan kanan yang terputus.
Ada senyuman terukir pada wajahnya.

“Kau berani Demi…” ucap Zaki. Ada darah sedang keluar membuak-buak keluar
daripada lengan kanannya.

“Oh shit! Tangan kau!” ucap Demi. Gadis itu terus berdiri. Dengan sedaya upaya, dia
mendukung Zaki dibelakangnya.

“Kau… kuat,” puji Zaki.

“Darah kau banyak keluar ni. Aku kena bawak kau jumpa Puteri!” ucap Demi sambil
membetulkan sedikit gendongannya.

71
19

Izzlorna, gadis sawo matang itu sedang menangis teresak-esak ketika dia mula sedar dari
pengsannya. Tubuhnya sedang diikat pada sebatang kayu besar yang terpacak di tengah-tengah
kolam yang sangat luas. Angin lembut yang datang dari belakangnya sedang membelai pula
rambut ikal paras bahunya. Dia berada ditengah-tengah kolam sebelum dia menyedari bahawa
“kolam” keruh yang airnya berwarna hijau itu diapit oleh ruangan tempat duduk yang
melengkung seperti sebuah amfiteater.

“Tolong!” teriak Izzlorna sekuat hatinya apabila dia mula mendapat semula kewarasan
dan tenaganya. Namun, teriakannya seperti tidak langsung disahut oleh sesiapa. Sepertinya,
hanya dia seorang sahaja yang berada di situ. Dia cuba melepaskan diri daripada belenggu tali-
tali yang membuatkan dia terikat pada batang kayu itu. Namun, tenaga seorang gadis sepertinya
tentunya tidak memiliki daya yang setepatnya untuk meleraikan ikatan tersebut.

“Siapa yang ada dekat dengan sini! Tolonglah saya…” teriak Izzlorna lagi. Rintihannya
sekadar menjadi gema yang memantulkan kata-katanya semula.
72
“Saya… saya sejuk sangat…. Tolonglah!” Hanya pada kali ketiga, barulah Izzlorna
menerima hakikat bahawa dia sebenarnya keseorangan. Yang menemaninya hanyalah salju yang
sedang renyai-renyai turun dari langit terbuka. Kesejukan yang sedang menggigit setiap inci
kulitnya itu anehnya, sebenarnya mendatangkan rasa sunyi yang sudah lama tidak pernah
dirasainya langsung. Terus Izzlorna mendongak memandang langit.

“Ya ALLAH… kau datangkanlah bantuan kau pada hamba-Mu ini. Aku merayu… Ya
ALLAH…” gumam Izzlorna. Ada sisa-sisa salju jatuh tepat ke wajahnya ketika gadis itu mula
berdoa. Digelengnya jatuh ke atas air.

***

Imbas kembali…

Izzlorna sedang fokuskan kamera videonya tepat ke arah dirinya. Dia membetulkan
sedikit rambutnya dan kesan tanah pada rambutnya. Dehemen sedikit sahaja cukup untuk
memastikan bahawa suaranya tidak tenggelam.

“Malam pertama MH747 terhempas. Pulau ni bersalji. Sejuk. Tapi kami yakin yang kami
akan diselamatkan sebab orang-orang penting dalam pesawat ada di sini. Kita ada anak duta
Korea yang fasih berbahasa Melayu. Perkenalkan, Park Jihyo. Park, ada sepatah dua kata untuk
penonton channel YouTube saya?” soal Izzlorna yang tiba-tiba melabuhkan punggunungnya
disebelah seorang gadis yang berambut lurus yang lengkap dalam pakaian baju sejuk, berwajah
kuning langsat, dengan mata sepet dan hidung yang agak mancung. Dia kelihatan teragak-agak
menerima kehadiran Izzlorna disebelahnya.

“Nak cakap apa?” soal Jihyo.

“Perkenalkan diri. Dalam bahasa Melayu. Channel YouTube saya, Izzlorna Wonders ada
lebih 300 ribu subscriber tau! Mungkin diaorang nak kenal dengan orang Korea yang fasih
berbahasa Melayu ni,” kata Izzlorna. Dari riak wajah Jihyo itu dia seperti terasa dengan kata-kata
daripada Izzlorna.

“Errr… mak saya Melayu. Memanglah saya fasih cakap Melayu,” tutur Jihyo.

“Alamak! Sorry gaiss. Fakta tu saya tak berapa tahu!”

“Ada nama Melayu tak?” soal Izzlorna.

“Secara rasmi tak. Tapi mak saya selalu panggil saya Kesuma,” balas Jihyo.

“Jadi, macam mana perasaan cik Jihyo? Pengalaman pesawat MH747 terhempas, lepas tu
selamat daripada nahas ni?” soal Izzlorna. Untuk seketika, Jihyo seperti terdiam sejenak sebelum
dia terus menatap tajam kamera video Izzlorna.

73
“Ayah… saya masih tunggu mak sedar. Mak antara yang cedera teruk masa pesawat
terhempas. Kesuma cuma nak cakap yang Kesuma rindukan ayah. Kami akan sampai secepat
mungkin kat Seoul. Semoga pembedahan ayah selamat hendaknya. InsyaALLAH,” tutur Jihyo.

“Cukup untuk views channel awak?” soal Jihyo, yang kali ini nada suaranya agak sinis.
Izzlorna yang dapat menangkap perubahan nada bengkeng dalam cara Jihyo bertutur
mengangguk sebelum dia beredar mencari mangsa seterusnya.

Tentunya, Dato’ Azly yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh tidak jauh daripada
lokasi Jihyo sedang melayan perasaan. Pada ketika itu, Dato’ Azly yang rambutnya sedikit uban
sedang kusyuk berbual dengan Marina, pramugari pesawat mereka. Perbualan mereka berdua
terhenti sejenak apabila Izzlorna kelihatan menghampiri.

“Ye cik, ada apa?” soal Dato’ Azly.

“Ini untuk channel YouTube saya. Ada 300, 000 subcriber. Kalau tak silap saya, Dato’ ni
ahli parlimen Muar kan?”

“Ya saya. Saya ahli Parlimen Muar. Kenapa?”

“Saya nak subscriber channel saya mengenali leader yang dah banyak menyatukan kami
waktu macam ni. Tanpa Dato Azly yang tenang memimpin, saya tak rasa kami kat sini mampu
survive, selamat, berorganisasi macam ni,” terang Izzlorna. Kali ini, senyuman terukir pada
wajah Dato’ Azly. Dia terus menoleh sambil menghadap kamera video yang setia ditangan
Izzlorna.

“Pesan saya satu jer. Kepada pesaing politik saya kat luar sana, jangan nak happy sangat
tau. PRK tak akan berlaku dalam waktu terdekat,” kata Dato’ Azly sebelum disambut oleh
ketawa oleh Izzlorna.

“Cik…”

“Izzlorna,” pintas Izzlorna.

“Boleh tinggalkan saya dengan Marina sekejap? Kami tengah bincangkan nak dirikan
khemah special untuk mereka yang cedera dari nahas pesawat,” kata Dato’ Azly. Izzlorna
mengangguk. Sebenarnya dia sudah memiliki sasaran baru iaitu Faeez yang sedang menguji
sebuah gitar sambil beberapa orang gadis sedang mengitarinya.

“Boleh saya rakam?” soal Izzlorna. Untuk seketika, Faeez mendongak memandang gadis
itu.

“Kalau kat luar, orang nak rakam saya buat live show gini kena bayar. Tapi untuk awak,
saya bagi free jer,” kata Faeez.

74
“Bersama dengan saya, vokalis salah satu band nombor satu Malaysia, Faeez Hartih
daripada Faeez and The Preacher. Boleh saya tahu encik Faeez nak nyanyi lagu apa?” soal
Izzlorna.

“Hmmm… lagu… sekejap… apa nama channel YouTube awak?” soal Faeez.

“Izzlorna Wonders,” balas Izzlorna.

“Untuk pengikut adik manis kita ni, istimewa peminat Izzlorna Wonders, saksikan
daripada Faeez, lagu kegemaran semua. Tamat Jua Akhirnya,” gumam Faeez sambil jari-
jemarinya mula bermain dengan gitar ditangannya.

“Dalam ruang-ruang kosong masih ada engkau, kedap kedip ingatan, berterbangan seperti
kunang-kunang,” Faeez mula bernyanyi. Matanya terpejam. Serentak itu juga, angina bermain
dengan rambut ikalnya, mengerbangkan beberapa helai. Dan sememangnya suaranya itu ialah
emas yang tidak boleh dijual beli. Baru serangkap lirik yang dilontarkan, betapa ramai orang
menghampiri Faeez dari segenap arah pantai yang menjadi kem sementara kebanyakan mangsa
nahas MH747 itu.

***

“Dalam ruang-ruang kosong masih ada engkau, kedap kedip ingatan, berterbangan seperti
kunang-kunang.” Dan betapa Izzlorna mengalunkan kembali muzik yang dimainkan oleh Faeez
dalam ingatannya. Pada waktu seperti itu, Izzlorna harus berpaut pada kenangan indahnya, untuk
sekurang-kurangnya mencari kewarasan. Masuk detik itu, sudah lebih 3 jam dia masih terikat
pada kayu ditengah kolam itu. Jari-jemari, tangan malahan kakinya sudah mula kebas.

Semuanya yang terjadi adalah kerana betapa dia terlalu obsess untuk merakam setiap
peristiwa yang berlaku di atas pulau itu. Kalau dia tidak begitu teruja merakam apa yang berlaku,
dia tidak mungkin akan diikat disitu oleh manusia asing berbaju sejuk beberapa lapis dengan
muka yang penuh celoreng aneh.

Dan berseorangan dalam tempoh beberapa jam itu, tanpa ditemani oleh sesiapa,
membuatkan betapa Izzlorna terasa sunyi. Walau dia akan mati, ada sejenis kematian yang dia
tidak mahu rasai. Mati tanpa sesiapa di sisi, mati tanpa ada orang yang menemani. Dan betapa
efek salji yang longlai menyembah permukaan kolam dan juga tempat duduk yang kosong
sememangnya menambah sayu pula.

“Aku rindu kamera aku. Aku rindu nak buat video untuk Channel YouTube,” gumam
Izzlorna seorang diri.

***

Imbas kembali…

75
“Empat ekor burung gergasi. Kawan-kawan semua, mungkin menemui spesis baru yang
hanya mendiami hutan ini. Sebab seumur hidup saya, saya tak pernah tengok burung macam ni,”
ucap Izzlorna yang langsung tidak terkesan dengan pemandangan api yang sedang marak juga
tubuh-tubuh bergelimpangan bermandi darah.

Dalam masa yang sama, kamera Izzlorna mengarah ke arah Khairul yang tiba-tiba
menjadi terlebih berani dengan tiba-tiba menyerbu ke tengah-tengah medan tempat beberapa
ekor Diatryma tadi sedang mengganas, merobek tubuh-tubuh untuk menjadi makanan mereka
malam itu. Akhirnya, seorang budak perempuan berjaya diselamatkan Khairul sebelum lelaki itu
menyedari bahawa dia terkepung dari arah yang lain.

“Khairul Anuar. Dia seorang lelaki yang sangat berani. Saya tak pernah jumpa lelaki
seberani dia. Dia boleh berhadapan dengan burung yang….” Izzlorna mati kata-kata apabila
tidak jauh dari semak tempat dia bersembunyi, betapa kamera video tersebut dapat merakamkan
Diatryma sedang meratah isi perut seorang lelaki yang kedua-dua matanya terbeliak. Bau busuk
darah menusuk hidung Izzlorna, tetapi dia perlu untuk merakam lebih dekat babak burung yang
seharusnya sudah pupus itu.

“Korang nampak tak? Burung ni saiz dia macam burung unta. Tapi, tengok macam mana
dia guna paruh besar dia tu robek perut lelaki tu. Gila betul. Tak sangka yang ada burung macam
ni wujud…” Belum sempat Izzlorna memberi ulasan babak ngeri burung gergasi tadi meratah isi
perut manusia, tiba-tiba dia merasa ada tapak tangan muncul dari belakang lantas menekap
mulutnya. Kamera video tadi terjatuh.

“Makanan untuk kita. Diatryma dengan budak ni. Boleh kita bawa jumpa ratu,” gumam
satu suara dari belakang. Anak mata Izzlorna dapat menangkap bagaimana beberapa busur panah
dilepaskan mengenai tubuh Diatryma tadi sebelum burung tadi rebah di atas lantai hutan.

“Kamera budak ni nak buat apa?” soal satu suara lain.

“Buangkan jer,” balas suara itu. Dan akhirnya, selepas bergelut untuk melepaskan dirinya
daripada lelaki yang tiba-tiba muncul dibelakangnya, akhirnya Izzlorna dipengsankan dengan
sekali ketukan pada kepalanya.

***

Izzlorna menjerit beberapa ketika sebelum dia menyedari bahawa dia sedang bermimpi.
Keseorangan diulit rasa sejuk membuatkan kantuk mula menguasai kelopak matanya sebelum
akhirnya dia terlelap. Dia hanya sedar semula selepas dia merasak ada tangan menutup
mulutnya, sebelum dia hanya menyedari bahawa rasa itu datang akibat trauma yang terulang
semula melalui mimpinya.

Dan akhirnya dia kembali terikat pada kayu yang terpacak di tengah-tengah air itu.
Keseorangan… atau kali ini sebenarnya tidak keseorangan. Pancaindera Izzlorna dapat
menangkap sesuatu muncul dari dalam air. Sekejap…. itu bukan sirip Jerung ke? Tapi

76
masalahnya, sirip Jerung itu berkali-kali ganda lebih besar daripada sirip Jerung yang pernah
dilihat oleh Izzlorna. Dan sirip Jerung itu kelihatan sedang mengelilingi kayu tempat Izzlorna
terpacak.

“Ya ALLAH…” Barulah Izzlorna menyedari sebab-musabab dia diikat pada kayu itu.
Dia sebenarnya ialah korban untuk apa sahaja makhluk yang menghuni kolam besar lagi luas itu.

20

Pada penghujung koridor akurium gergasi yang gelap lagi suram yang persis pagar sesat
itu, akhirnya mereka disambut oleh sebuah amfiteater yang dibina mengelilingi sebuah kolam
yang maha luas. Ratusan tempat duduk yang kebanyakannya ditumbuhi oleh lumut, tidak lagi
sempurna dengan pelbagai kerosakan dan karat terbentang dalam ruangan melengkung dan
bertingkat-tingkat.

Barangkali suatu masa dahulu, atau kalau kata-kata daripada Maharani Sara itu boleh
dipercayai, makanya 200 tahun yang lalu, pastinya di situ merupakan sebuah tempat
pertunjukkan untuk apa-apa spesis haiwan air. Dan memperkirakan betapa luasnya kolam
tersebut, pastinya spesis haiwan yang menghuni dasarnya bersaiz gergasi. Di tengah-tengah
kolam tersebut, terdapat sebatang kayu sebesar tiga pemeluk lelaki dewasa sedang terpacak.

Seorang gadis berambut ikal paras bahu sedang menangis teresak-esak, terikat pada
batang kayu. Dan apabila mata Khairul melekat pada sirip gergasi yang sedang mengelilingi
gadis itu, tahulah Khairul mereka sudah sampai ke tempat tinggal Megalodon, seekor jerung
purba yang diberi makan saban hari, dijaga seperti dewa, dan setiap tahun apabila tiba masa yang
tepat, seorang gadis akan dikorbankan dalam ritual yang penuh berdarah.

“Khairul! Tolong aku Khairul! Ada jerung!” teriak Izzlorna sebaik sahaja dia melihat
kemunculan Khairul.

“Bawah sana!” Aziz yang muncul dari belakang mengarahkan kapak ditangannya ke arah
dua buah bot yang tergeletak ditempat paling bawah amfiteater. Ada beberapa buah senjata yang
kelihatan seperti lembing dan juga sebentuk sauh. Sebuah lagi bot tanpa sebarang senjata.

“Aku ada idea,” kata Khairul tiba-tiba sambil menoleh ke arah rakan-rakannya.

77
“Aziz, berapa jauh kau boleh lontar lembing?” soal Khairul.

“Sejauh dan setepat mungkin,” kata Aziz.

“Kau dengan aku Aziz. Kita dua akan sangkutkan sauh tu kat belakang jerung tu. Aku
akan kemudi bot ni sementara kau lontarkan sebanyak mungkin lembing kau kat belakang jerung
tu. Sementara tu, Abbas dengan Ju, kau orang dua pergi selamatkan Izzlorna!” arah Khairul.

“Kau gila ke?” soal Ted sambil memegang lengan Khairul.

“Seseorang kena bertindak segila mungkin, atau si Izzlorna tu tak akan selamat,” kata
Khairul.

“Tu Megalodon…” kata Abbas, tak puas hati.

“Aku percaya kat mamat nama Aziz ni. Dah, berhenti bercakap dan buat apa yang aku
suruh. Izzlorna akan mati kalau kita lambat,” kata Khairul.

“Habis aku nak buat apa?” soal Ted. Untuk seketika, mereka berempat merenung ke arah
Ted.

“Kau bagi kata semangat dari jauh,” kata Juliana sambil menepuk belakang badan Ted.
Mereka kemudiannya menuruni tangga tersebu sepantas mungkin. Khairul dan Aziz mengambil
bot yang terdapat sauh sebesar peha mereka. Terdapat lebih 10 buah lembing yang lebih kemas
buatannya daripada yang dicipta oleh Abbas sendiri berdasarkan serpihan besi tajam yang
terhasil dari bangkai pesawat MH747 yang dinaiki oleh mereka.

“Kau pegang sauh ni dulu. Aku akan bergerak ke atas badan dia dengan bot ni. Lepas tu
kau terus sangkut sauh ni kat belakang jerung tu. Boleh Aziz?” soal Khairul.

“Khairul… kau betul nak buat ni?” soal Aziz, yang takut-takut melihat betapa nekadnya
Khairul. Tetapi senyuman terukir pada wajah Khairul.

“Aku dah nekad. Aku anggap yang TUHAN beri aku peluang kedua untuk hidup ni sebab
nak tebus semua dosa-dosa aku pada waktu silam,” kata Khairul.

“Tapi tu Megalodon. Jerung gergasi. Kau akan mati…”

“Kau pun sama. Kenapa kau tetap patuh pada arahan aku?” soal Khairul.

“Sebab aku tak ada sebab nak hidup lagi. Aku mati, tak ada siapa pun yang sedih. Tapi
kau Khairul…” gumam Aziz tiba-tiba.

“Aku ada orang lain yang tunggu aku kat dunia sana. Aku ada orang yang aku nak
lindungi balik kat kem aku. Jadi, aku ada sebab untuk aku hidup lagi. Jadi, aku tak akan mati,”
kata Khairul sebelum dia menghidupkan enjin bot kayu menuju ke arah sirip gergasi yang masih

78
mengitari Izzlorna. Aziz sudah berdiri sambil memusingkan tali yang membawa sauh yang bila-
bila masa akan dibenamkan pada belakang tubuh Megalodon.

“Aku rasa lembing-lembing dengan sauh ni semua milik Puak Nobat. Senjata mereka
kalau Megalodon buat hal masa diaorang nak ikat mangsa ritual bodoh diaorang,” gumam Aziz
lagi, namun Khairul tidak menjawab. Dia membisu sambil matanya tajam ke arah sirip gergasi
yang muncul lagi di permukaan air. Dari atas, betapa bayang jerung gergasi itu terlalu besar, dan
saiz bot itu hanya satu perlima daripada saiz jerung yang bakal mereka cari gaduh.

“Sedia?” soal Khairul. Aziz mengangguk.

“Sekarang!” teriak Khairul.

Aziz terus melemparkan sauh tadi sekuat hatinya masuk ke dalam air. Sauh itu kemudian
mengenai belakang Megalodon yang berada di dalam air. Apa lagi, kesan darah berwarna merah
mula timbul ke udara. Bot yang dinaiki oleh Khairul dan Aziz bergegar sejenak sebelum
bergerak dengan sendiri. Jerung yang sauh disangkut ke belakangnya membawa bot Khairul dan
Aziz berpusing-pusing disekitar kolam.

“Serius… aku tak pernah jumpa orang segila Khairul,” gumam Abbas ketika botnya
menghampiri kayu yang terpacak menjadi tempat Izzlorna diikat.

“Terima. Terima kasih sebab sudi datang selamatkan saya,” rintih Izzlorna ketika Juliana
sedang berdiri di atas bot, berusaha sedaya upaya untuk memotong ikatan tali yang
membelenggu tubuh Izzlorna. Akhirnya, dengan tidak bermaya, selepas dilepaskan daripada
ikatan, tubuh Izzlorna longlai ke dalam dakapan Juliana.

“Shit Khairul! Berenang sini cepat celaka! Macam mana kau boleh jatuh tu?” teriak Aziz
apabila tubuh Khairul sedang terapung dalam isi kolam.

79
Bab 21

Ke kiri, ke kanan, habis segala pelusuk kolam gergasi itu bot yang dinaiki oleh Aziz dan
Khairul bergerak, dek dibawak oleh jerung gergasi yang dimana belakang tubuhnya tersangkut
sauh tajam yang dilontarkan oleh Aziz. Beberapa kali, percubaan Aziz melemparkan lembing
tersasar. Sampai satu masa, Khairul terpaksa melarang Aziz daripada terus melontarkan lembing
yang semakin berkurangan.

Tapi aneh, pada saat jerung tadi sedang menggelupur kesakitan, dihujani lembing Aziz
dan belakang tubuhnya tersangkut pada sauh yang disambung pada bot tersebut, tiba-tiba air
dibawah mereka berubah dengan tenang. Tiada langsung sebarang riak pada atas permukaan air.
Aziz dan Khairul yang sedang berada di atas bot mereka saling berkongsi pandangan.

“Dah mati?” soal Khairul.

“Baru tiga lembing aku kena belakang dia. Tak akanlah dia selemah tu,” gumam Aziz,
makin menggengam erat lembing ditangannya. Anak matanya sedang melihat tidak jauh
daripada situ, betapa Juliana sedang bersusah-payah melepaskan Izzlorna yang masih terikat
pada kayu yang tercacak. Selagi mana Izzlorna masih belum sampai ke daratan, maka Aziz dan
Khairul harus bertahan berdua di dalam bot mereka.

Namun, jerung yang dicari oleh mereka masih tak kunjung tiba. Air masih setenangnya,
seolah-olah beberapa minit tadi, tidak berlaku babak di mana mereka diheret ke setiap sudut
kolam gergasi itu.

“Betul ke dah mati ni?” Aziz seperti mahu bersetuju dengan Khairul. Dia mula
mengeluarkan kapaknya, dan berkira-kira mahu memutuskan tali sauh tadi.

“Potong?” soal Aziz.

“Sekejap… Izzlorna baru kat atas bot…” Tak sempat Khairul menghabiskan kata-
katanya, tiba-tiba dari belakang mereka, dari dalam air keruh berwarna hijau itu, keluar seekor
Jerung yang terus mengagakan mulutnya sebesar-besarnya. Khairul dan Aziz tertoleh ke

80
belakang serentak. Bahagian belakang bot terangkat seiring dengan gelombang air yang
meningkat naik. Habis juga pakaian mereka disimbah oleh air keruh itu.

“ALLAH!” teriak Khairul spontan. Gigi-gigi tajam dan sebesar dua jari Khairul terpapar
tersusun dalam jumlah ratusan ketika mulut Megalodon yang mampu memuatkan beberapa buah
bot lagi dalam seluruh mulutnya ternganga luas, mahu memakan segala isi bot.

“Lembing tu Aziz!” teriak Khairul. Aziz tidak mengambil sebatang lembing, tetapi kali
ini bersama dengan dua batang lagi. Terus batang itu dilemparkan lalu mengenai lelangit
Megalodon, ketika beberapa inci sahaja mulutnya yang sebesar alam itu mahu menelan seluruh
isi bot. Apa lagi, Megalodon tadi kembali menghilang jauh ke dalam air. Tetapi masalahnya,
ketika Megalodon menyelam, sebahagian daripada tubuhnya mengenai bahagian belakang bot
yang dinaiki oleh mereka berdua menyebabkannya terangkat tinggi. Khairul cuba berpaut, tetapi
entah bagaimana dia tercampak juga akhirnya ke dalam air. Hanya Aziz yang cekal bertahan.

“Shit Khairul! Berenang sini cepat celaka! Macam mana kau boleh jatuh tu?” teriak Aziz
apabila tubuh Khairul sedang terapung dalam isi kolam. Dari kejauhan, dia melihat Megalodoin
yang menyelam itu muncul semula. Seperti biasa, separuh dari rahangnya sudah mula terngaga,
menuju deras untuk menyambar tubuh Khairul.

“Berenang! Berenang sini cepat!” teriak Aziz. Khairul berusaha sedaya upaya untuk
menghampiri bot. Aziz sudah bercangkung di sudut bot sambil menghulurkan tapak tangannya
untuk dinaiki oleh Khairul.

“Lembing Aziz! Lembing! Abaikan aku!” teriak Khairul ketika dia masih gigih berenang.
Sempat juga Khairul menoleh ke belakang. Aziz terus melihat beberapa batang lembing yang
tinggal, sebelum pandangan matanya hinggap pada jerung yang sedang berenang ke arah
Khairul. Kalau dia berusaha membantu Khairul untuk naik ke atas bot, dah tentu dengan bot
tersebut akan menjadi isi perut Megalodon.

“Sekarang!” teriak Khairul sambil tangannya menyambar hujung bot. Serentak itu juga,
sebatang lembing lagi terus menuju tepat ke arah langit, manakala sebatang lagi mengenai tepat
ke arah mata Megalodon.

“Kau hebat,” puji Khairul ketika dia menyambut tangan Aziz yang membantu dirinya
yang basah kuyup itu untuk naik semula ke atas bot.

“Dalam keadaan macam tu, kau mampu berfikir. Apa kurangnya kau,” Aziz membalas
pujian yang dilontarkan oleh Khairul untuknya.

“Berapa batang lembing yang kau dah benamkan kat dia?” soal Khairul ketika dia sedang
memerah beberapa bahagian bajunya yang kuyup itu.

“Dalam 7 macam tu,” balas Aziz.

81
Untuk seketika, Khairul memerhati sekelilingnya. Air kembali tenang seperti biasa. Dan
Aziz dan Khairul kembali bersedia.

“Ambil ni sekali,” kata Aziz menyerahkan sebatang lembing kepada Khairul.

“Kau rasa… kali ni dia betul-betul dah mati?” soal Khairul sambil mengambil lembing
tersebut dari tangan Aziz.

“Jangan tanya,” balas Aziz.

“Kenapa?”

“Sebab bila kau tanya benda yang sama, dia akan muncul,” kata Aziz. Spontan, Khairul
terus memandang sekitarnya. Namun, untuk kali itu, betapa tidak muncul pula Megalodon. Bot
yang dinaiki oleh Juliana dan Abbas pula sudah sampai ke tempat duduk pengunjung akuarium
gergasi itu. Betapa pemandangan Ted sedang membantu Izzlorna turun dari botnya memberi
kelegaan kepada Khairul.

“Izzlorna dah selamat. Rasanya kita boleh potong tali tu,” kata Khairul, mencadangkan.
Untuk seketika, Aziz menoleh ke arah Izzlorna yang sedang dipeluk bahunya oleh Juliana. Aziz
kemudian mengangguk. Kapak yang digantungkan ditepi seluar jeansnya diambil sebelum
dihayunkan pada tali yang bersambung dengan sauh yang melekat pada belakang Megalodon.
Khairul serentak itu menghidupkan enjin bot mereka.

“Akhirnya,” gumam Ted dari jauh sambil tersenyum. Namun, senyuman lelaki yang
mendakwa dirinya penghidap Bipolar itu berubah tiba-tiba. Matanya dapat menangkap satu
bayang gelap sedang muncul dari bawah bot.

“Khairul! Aziz!” teriak Ted. Nafasnya seperti terhenti sejenak apabila melihatkan
Megalodon melompat dari dalam laut, dengan rahang terngaga. Lokasi lompatan itu betul-betul
dibawah bot yang dinaiki oleh Aziz dan Khairul, menyebabkan bot tersebut turut tercampak di
udara, sambil Megalodon tadi dalam saiz yang sangat besar, mengagakan rahangnya. Mujurlah
Khairul dan Aziz sudah melompat ke dalam laut. Di belakang mereka, betapa bot tersebut hancur
dengan sekali sambaran sahaja.

“Sekarang Ju!” ucap Abbas yang terus melompat ke dalam bot yang paling dekat dengan
mereka. Juliana terus memeriksa beberapa anak panah dalam bekas kayu yang diikat pada seluar
jeansnya. Sambil itu, dia sudah bersedia dengan busur panah yang disarungkan secara menyilang
pada tubuhnya sentiasa.

“Khairul! Aziz! Belakang korang! Dia nak makan korang pulak!” teriak Ted memberi
amaran apabila rahang yang sama muncul separuh, terngaga keluar dari permukaan air. Apa lagi,
terus Khairul dan Aziz berenang sedaya dan secepat mungkin menuju ke arah bot yang sedang
dikemudikan oleh Abbas.

82
“Cepat! Naik cepat!” teriak Abbas. Juliana sudah mula menarik tali busur panahnya.

“Kau betul dah letak racun Ipoh dari pokok yang kau jumpa kat dalam hutan tu?” soal
Juliana ketika Abbas sedang membantu Aziz dan Khairul memanjat naik ke dalam bot mereka.
Abbas sekadar mengangguk menjawab soalan yang dilontarkan oleh Juliana.

Juliana terus melepaskan beberapa busur anak panah. Kesemuanya tepat mengenai
lelangit Megalodon yang sedang terngaga itu. Serentak itu, Abbas berjaya menghidupkan semula
botnya. Terus bot tersebut dipecut laju menjauh dari Megalodon yang sedang mengejar mereka
dari belakang. Juliana masih tenang mengambil beberapa batang anak panah lagi. Dan
kesemuanya tepat mengenai Megalodon yang sedang mengejar mereka dari belakang.

“Sampai!” ucap Abbas. Tetapi malangnya Megalodon di belakang mereka seperti sudah
nekad. Ketika beberapa orang sudah mula naik ke tempat duduk penonton, betapa Juliana masih
gigih berdiri.

“Kau buat apa lagi tu Ju! Naik cepat!” teriak Abbas.

“Sekejap… sikit jer lagi…” kata Juliana. Dia mengambil beberapa anak panah lagi. Satu
demi satu dilepaskan tepat ke arah Megalodon. Dan pada panahan yang terakhir, pengerakan
Megalodon menjadi semakin perlahan, sebelum akhirnya tenggelam dengan sendiri ketika hanya
beberapa inci sahaja daripada memakan bot Juliana.

“Aku dah kira. 9 batang anak panah yang disalut dengan racun paling kuat di bumi
diperlukan untuk tumbangkan Megalodon,” kata Juliana sambil menoleh ke arah rakan-rakannya
yang lain yang tercenggang dengan apa yang mereka perhatikan.

83
Bab 22

Zaki tersenyum seperti orang gila ketika dia disandarkan pada sebuah dinding di dalam
Aquria gergasi. Demi baru sahaja mengoyakkan jaket kulitnya lantas mula mengikat bahagian
tangan kiri Zaki yang putus. Terdapat sebatang kayu yang entah dari mana dijumpai oleh Demi
yang diikat bersama dengan kain daripada jaketnya. Darah sedang menitik keluar dari bahagian
yang terputus akibat disambar secara mengejut oleh ular yang mengamuk seperti orang gila.

“Kau kena bertahan! Aku tak boleh biar banyak darah kau hilang lagi Zaki!” tutur Demi
ketika dia memastikan ikatan kain jeans dari jaket kulitnya yang koyak cukup kejap mengikat
tangan Zaki.

“Nah, pegang handphone aku ni. Battery tinggal sikit jer. Suluh sementara aku gendong
kau,” suruh Demi. Zaki sekadar mengangguk. Kemudian, dengan begitu bersusah-payah dan
bersungguh, betapa Demi kembali mengendong Zaki di belakangnya. Lampu yang datang
telefon bimbit di tangan Demi memang sedang menyuluh setiap inci kegelapan yang merajai
dalam akuarium tinggal itu.

“Macam mana… kau boleh atasi fobia kau tadi?” soal Zaki.

“Entah. Aku teringat balik apa yang aku rasa masa 1 st time aku kena belit dengan ular
sawa. Kalau ular sawa kecik macam tu pun aku rasa seriau sangat, apatah lagi kau. Bekalkan
tekad aku tak nak kau rasa apa yang aku rasa, aku beranikan diri,” balas Demi.

“Kau… perempuan paling… kuat dan berani aku pernah kenal…” puji Zaki tiba-tiba.
Langkah kaki Demi terhenti sejenak, manakala Zaki ketawa kecil.

“Kau berhenti… sebab blushing?” soal Zaki.

“Dah. Jangan mengarut. Kau duduk diam jer. Aku akan bawa kau keluar dari sini,” kata
Demi. Untuk seketika, Zaki mendiamkan diri sambil meletakkan dagunya atas bahu Demi.

“Sorry tau. Kepala aku rasa berat. Boleh… kan aku tumpang bahu kau?”

“Bo… leh,” balas Demi, sepatah. Dan Zaki, kembali membisu ketika Demi meneroka
kegelapan koridor panjang lagi gelap untuk mencari jalan keluar. Dan betapa ketika itu, Zaki
seperti terlelap sejenak, atau itulah yang anak mata Demi dapat menangkap.

“Woii, jangan tidur! Aku perlukan lampu tu…” sergah Demi tiba-tiba membuatkan Zaki
terkebil-kebil membuka matanya.

“Sorry… aku… rasa penat sangat…” balas Zaki.

84
“Sikit jer lagi kita nak keluar ni. Kau bertahan tau…” ucap Demi, memberikan kata
semangat.

“Demi…” panggil Zaki, sayu.

“Ya Zaki?” soal Demi.

“Sebab ni lah aku tak suka keluar sangat dari kem. Aku tak seberani macam Khairul. Hati
dia kering sangat. Aku bukan survivor macam Abbas. Aku tak sekuat Ju. Aku… aku lemah.
Fizikal aku, aku ada asma sebenarnya. Lari sikit, aku semput. Jalan pun dah mengah. Aku beban
sebenarnya…” luah Zaki tiba-tiba. Demi sebenarnya agak terkejut mendengarkan luahan yang
datang daripada lelaki yang Demi anggap sebagai narsistik, angkuh dan sangat poyo. Demi
memilih tidak menyahut, malah menuturkan hatta sepatah kata pun ketika Zaki membuka sesi
luahan tersebut.

“Angkuh… tu topeng aku… untuk lindungi betapa aku benci diri aku sangat-sangat.
Aku… insecure…” tambah Zaki lagi.

“Kau ni… dah kenapa tiba-tiba cakap semua ni?” soal Demi.

“Aku… aku rasa masa aku dah tak lama dah Demi. Jadi, sekurang-kurangnya sebelum
aku… mati… ada juga orang yang tahu siapa aku,” tambah Zaki.

“Tak bro. Aku tak akan biarkan kau mati. Kita dah nak sampai dah kat jip kita… aku
akan pecut sampai ke kem kita. Dr Puteri boleh selamatkan kau punya!” Gadis itu bersuara lagi
memberikan semangat. Dan kali ini, Zaki kembali terdiam. Tapi tak lama, sebab beberapa ketika
kemudian, Zaki kembali bersuara.

“Demi… kenapa aku bau wangi sangat… bau kau ke?” soal Zaki tiba-tiba.

“Wangi? Kau jangan merepek yang bukan-bukan. Haisy,” balas Demi ketika dia berlari
anak-anak sambil mengendong Zaki di belakangnya.

“Aku bau macam bau bunga… kemboja lah,” ucap Demi.

“Aku cuma bau udara sembab, busuk sebab tak banyak aliran udara jer. Kau jangan
merepek,” kata Demi ketika dia membetulkan gendongan tubuh Zaki yang semakin jatuh.

“Kau seharusnya bersyukur yang aku masih fit. Selalu buat Parkour untuk video Tik Tok
aku. Kalau tak, aku dah pancit dah, tak mampu nak dukung kau macam ni,” kata Demi ketika dia
gigih berlari. Peluh sudah membasahi wajahnya meskipun suhu disekitarnya masih lagi kekal
menggigit setiap inci kulit yang terdedah tanpa jaket atau baju sejuk.

“Aku dengar… perempuan menyanyi…” kata Zaki sambil cuba menoleh belakang.

“Ahh sudah! Tadi, bau sekarang dengar pulak,” kata Demi.

85
“Ulik mayang… mayang diulik…. Ulik mayang…” Zaki tiba-tiba melagukan yang
sememangnya memiliki urban legend tersendiri dikalangan orang Melayu. Bulu roma Demi
meremang sebaik sahaja mendengarkan lagu itu diungkapkan oleh Demi. Lagi-lagi dalam
kegelapan seperti itu.

“Yang kau nyanyi tiba-tiba dalam gelap macam ni dah kenapa?” soal Demi.

“Aku dengar diaorang semua. Menyanyi lagu tu…” kata Zaki. Demi terus memandang
sekitarnya. Tiada “diaorang” yang dilihat. Tiada sesiapa pun melainkan dia dan Zaki sahaja.
Sambil menggeleng, Demi terus memanjat anak tangga yang terbentang di depannya. Anak
tangga itu membawa mereka ke kawasan lobi awal tadi. Apabila dia menginjak keluar, Demi
spontan memandang langit.

“Aku rasa hari dah petang…” kata Demi. Zaki tidak bersuara. Demi mencari jip yang
paling dekat. Dia sebagai pemegang kunci jip tersebut menghidupkannya selepas meletakkan
Zaki di sebelahnya.

“Demi…” panggil Zaki ketika Demi sudah mula memandu jip yang tersadai depan
Aquaria World.

“Ya Zaki?” soal Demi sambil menoleh ke arah Zaki disebelahnya.

“Tadi kan kat dalam sana… masa aku nyanyi lagu tu… sebenarnya aku nampak banyak
orang…”

“Orang?” soal Demi.

“Ya. Diaorang pakai baju putih. Banyak,” kata Zaki.

“Aku… tak nampak…”

“Arwah nenek aku, beberapa hari sebelum dia mati, dia selalu nampak benda-benda
macam ni,” tambah Zaki tiba-tiba.

“Tak. Kau tak akan mati selagi tak jumpa Dr Puteri. Kita dah nak sampai dah. Bertahan
tau!” ucap Demi.

“Aku rasa… kau lagi cantik kalau rambut pendek. Sesuai… dengan imej tomboy…
kau…” Tiba-tiba sahaja, Zaki menuturkan kata-kata tersebut selepas beberapa kali berbicara
mengenai kematian. Apabila Jip yang dibawa oleh Demi akhirnya sampai ke lokasi yang
ditujunya, Zaki sudah terlalu lemah. Mahu berdiri pun tidak mampu.

“Aku gendong kau lagi. Bertahan tau,” kata Demi ketika dia kembali mendukung Zaki
dibelakang tubuhnya. Dia kemudian berlari anak-anak meredah semak-samun, akar kayu dan
beberapa halangan semula jadi hutan sebelum tiba di tepi pantai.

86
“Dr Puteri! Marina! Ada orang cedera!” teriak Demi membuatkan seisi kem yang sedang
meratah daging Diatryma yang dimasak oleh Haziq menoleh ke arah mereka. Puteri, wanita
dengan rambut uban putih membentuk jalur di depan rambutnya bersama dengan Marina yang
sempat menjilat jarinya menghampiri Demi yang tercungap-cungap kepenatan.

“ALLAHU… macam mana boleh jadi macam tu?” soal Puteri.

“Tak penting. Sekarang kita kena selamatkan dia!” kata Demi.

“Bawa dia ke ke khemah sana. Marina, awak tolong saya, boleh?” ajak Puteri.

“Tak ada masalah doc. Dengan sepenuh rela saya.”

Bab 23

Sebaik sahaja parang yang dipanaskan itu diletakkan pada luka putus tangan Zaki itu,
terus bunyi jeritan Zaki berkumandang diseluruh kem membuatkan Demi memalingkan
wajahnya. Genggaman tangan Zaki pada tapak tangannya yang semakin erat menandakan betapa

87
rasa sakit sedang dirasai oleh Zaki semakin bertambah berbanding sebelum ini, ketika Dr Puteri
menuangkan isi daripada botol arak yang didapatkan daripada pesawat.

Syukurlah Peti Kecemasan Cemas daripada pesawat sempat diselamatkan oleh mereka
sebelum serangan burung gergasi Diatryma tempoh hari. Maka ada pembalut untuk membalut
luka putus tangan Zaki, serta beberapa biji pil painkiller untuk ditelan oleh Zaki. Semoga
kesetiaan Demi disebelah Zaki itu juga mampu mengurangkan rasa sakit yang sedang bersarang
pada tangan Zaki, hendaknya.

“Demi…” panggil Puteri perlahan, ketika Zaki sedang terbaring lemah. Demi yang
sedang menongkat dagunya, memerhati Zaki perlahan-lahan tutup matanya. Sejak membawa
lelaki itu meredah hutan tebal kepada Puteri, betapa Demi tidak melepaskan walau sesaat pun
menemani lelaki itu. Zaki pula seperti tidak mahu berenggang dengan gadis itu pula.

“Ye doc?” soal Demi.

“Boleh saya cakap sekejap dengan awak? Jauh daripada Zaki?” pinta Puteri. Untuk
seketika, Demi menoleh ke arah Zaki yang sudah lena di atas tikar sambil beberapa baju sejuk
sedang diletakkan bertimbun di atas tubuhnya.

“InsyaALLAH, dia okey tu,” ucap Puteri sambil tersenyum. Demi akhirnya mengangguk.
Satu-persatu jari Zaki yang menggengam tapak tangannya dileraikan sebelum dia menghampiri
Puteri yang sedang berdiri di salah satu ruangan yang menempatkan beberapa pesakit.

“Awak dengan Zaki jer balik? Khairul mana? Yang lain-lain?” soal Puteri.

“Saya… saya dengan Zaki sebenarnya ambil keputusan untuk patah balik sebab kami
tersempak dengan kulit ular yang bersalin. Tapi lain pulak jadinya, Zaki yang kena belit dengan
Titanoboa. Tangan dia putus kena gigit dengan ular tu,” jelas Demi.

“Ya ALLAH… Titanoboa tu ular gergasi tu kan?” soal Puteri sambil menoleh ke arah
Zaki. Walaupun lelaki itu sudah lena, namun sesekali, riak wajahnya dalam tidur akan berubah
sedikit, menandakan rasa sakit kehilangan tangan masih wujud meski sudah menelan beberapa
pil ubat penahan sakit.

“Awak cakap tadi yang… Izzlorna nak dikorbankan kat jerung gergasi?” soal Puteri.

“Ya doc. Tapi ada lelaki misteri ni, dia offer bantuan dia untuk tolong diaorang. Bekas
puak Nobat yang culik kami,” tambah Demi lagi.

“Boleh bawa saya ke akuarium tu?” pinta Puteri.

“Kaki doc?” soal Demi. Puteri kelihatan jijik dengan kakinya sendiri. Pada raut wajahnya
sahaja sudah memberitahu betapa

88
“Kalau macam tu, saya hantar Marina? Saya takut nanti ada yang cedera kat sana, tapi
orang yang boleh rawat orang tak ada-ada. Lagi-lagi Izzlorna,” cadang Puteri.

“Jadi doc nak saya bawa Marina patah balik ke akuarium tu?” soal Demi.

“Boleh kan Demi? Please…” rayu Puteri. Untuk seketika, Demi menatap wajah Puteri
sebelum menoleh ke arah Zaki yang sedang tidur lalu mengangguk berat.

“Saya tak akan bawa Marina ke dalam. Saya akan tunggu luar. Entah apalah yang ada kat
dalam sana tu,” kata Demi.

“Marina!” terus Puteri pergi memanggil jururawat tidak rasminya yang banyak
membantunya merawat orang-orang sakit. Puteri terus menghilang. Selepas melayangkan
pandangan terakhir ke arah Zaki, Demi terus mengambil sehelai baju sejuk dalam longokkan
helaian baju sejuk yang diletakkan di atas tubuh Zaki. Jaket kulitnya yang koyak bahagian
lengan ditukarkan dengan baju sejuk berbulu yang baru.

“Demi… jip yang bawa awak ke sini tu mana?” soal Marina, menegur Demi dari
belakang.

“Jom,” tutur Demi, sepatah.

Mereka berdua keluar dari ruangan khas menempatkan pesakit-pesakit. Ada beberapa
mata menoleh pandang ke arah Demi dan Marina yang sedang menuju ke dalam hutan. Jip tadi
diparkirkan tidak jauh dari lokasi kem mereka di tepi pantai.

“Tak sangka yang pulau ni ada manusia lain. Lepas tu ada jip macam ni,” kata Marina
ketika dia memanjat masuk sementara Demi menghidupkan enjin. Demi masih membisu. Jip
terus dihidupkan lantas meredah kawasan muka bumi hutan.

“Kenapa awak parking jauh dari kem?” soal Marina tiba-tiba.

“Kalau aku parking dekat kem, satu kem akan tahu hakikatnya yang diaorang tak boleh
balik dah. Panik akan berlaku,” kata Demi membuatkan Marina terdiam.

“Betul lah yang Doc bagitahu saya? Kita tercampak ke masa depan, dan ada manusia
yang dah tinggal kat sini lebih 200 tahun?” soal Marina. Demi sekadar mengangguk menjawab
soalan daripada Marina itu.

“Kalau 200 tahun, diaorang masih kat sini, maksudnya… kita pun akan jadi macam
diaorang?” soal Marina.

“Marina, kau tengok sekeliling kau. Salji turun kat Malaysia. Ada haiwan pra-sejarah
yang tak sepatutnya hidup lagi. Aku rasa kau boleh agak apa yang akan jadi dengan tamadun
manusia kat luar sana?” soal Demi.

89
“Lepas semua balik, aku rasa kita semua kena bincang balik benda ni. Kena fikirkan
kemungkinan kita tak boleh balik, dan macam mana kita nak hidup kat atas pulau neraka ni,”
tambah Demi lagi. Dan selepas ungkapan daripada Demi itu, betapa Marina tidak lagi banyak
bertanya. Dia lebih banyak termenung memerhati pemandangan alam. Hanya apabila Demi
memperlahankan jipnya, barulah Marina menoleh kembali ke arah Demi.

“Kenapa?” soal Marina.

“Jip diaorang,” kata Demi ketika dia menghampiri sebuah jip yang tersidai ditengah-
tengah hutan. Terus Demi keluar dari jip tersebut manakala Marina kelihatan terpingga-pingga.

“Marina!” panggil satu suara dari belakang Marina. Terus gadis itu menoleh. Kelihatan
Ted sedang berdiri sambil membawa beberapa batang tebu ditangannya.

“Ted Safiuddin!” panggil Marina lalu melangkah keluar dari jip tersebut. Pantas Marina
berlari menuju ke arah Ted sebelum memeluknya erat sampai rebah batang tebu yang diambilnya
sendiri. Ted seperti tergamam menerima pelukan tiba-tiba itu.

“Woii Ted, mana tebu yang Khairul min….” Abbas yang muncul dari mana terdiam
melihat Marina sedang memeluk erat Ted.

“Marina…” gumam Ted, perlahan.

Marina terus meleraikan rangkulannya. Terus kedua-dua tapak tangannya menyentuh pipi
Ted, seolah-olah sedang membelek sama ada terdapat mana-mana luka, cedera yang terguris
pada wajah kuning langsat itu.

“Awak okey Ted? Saya risau sangat…” luah Marina, spontan.

“Saya okey, Marina,” balas Ted, sambil cuba tersenyum.

“Kenapa awak buat kerja gila pergi ikut diaorang? Bukan ke awak cakap yang…”

“Marina… marina. Shyyy. Lepas ni boleh? Abbas tengok tu,” balas Ted membuatkan
Marina terdiam. Pantas dia menoleh belakang. Abbas sedang memeluk tubuh sambil menggeleng
melihat mereka berdua.

“Alamak,” ucap Marina menyedari bahawa dia baru sahaja memeluk erat tubuh Ted.
Lebih memalukan, Abbas memerhati di belakang.

“Tebu untuk anak gajah tu mana? Kemaruk sangat bercinta bro, sampai lupa kami ye?”
Abbas mengusik. Ted sekadar mengangguk. Lirik kecil terukir pada wajah itu, dan dia tidak
banyak celoteh seperti mana tingkah biasanya. Beberapa batang tebu yang terdampar di atas
tanah tadi diambilnya semula.

“Anak gajah? Anak gajah apa?” soal Marina mengejar langkah kaki Ted dari belakang.

90
“Tak jauh dari sini. Jom,” ajak Abbas yang membawa mereka berjalan untuk beberapa
minit sebelum dari kejauhan, kelihatan seekor anak gajah setinggi pinggang Marina. Sekejap…
itu bukan gajah biasa kerana bentuknya yang agak unik. Bayangkan di atas kepalanya ada seperti
benjolan kecil, manakala tubuhnya memiliki bulu yang berwarna perang, sesuatu yang tidak
dimiliki oleh gajah biasa. Ada gading kecil kelihatan mulut tumbuh dicelah-celah belalainya.

“Mammoth?” soal Marina sambil menoleh ke arah Ted.

“Marina,” panggil Khairul yang sedang duduk bercangkung disebelah anak Mammoth
yang seperti terbaring itu. Marina menghampiri Khairul.

“Kaki dia… macam cedera. Rasanya… boleh tak kita bawa ke kem? Mungkin Puteri
boleh tengok-tengokkan?” cadang Khairul. Marina seperti tidak mendengar cadangan Khairul
itu, sebaliknya dia memberanikan dirinya membelai kepala anak Mamoth tersebut. Ada bunyi
erekkan manja yang keluar.

“Comelnya…” ucap Marina, teruja.

Bab 24

Sebulan sudah berlalu sejak dia diselamatkan oleh kumpulan manusia asing yang
Izzlorna sifatkan sangatlah berani sehingga sanggup korbankan nyawa mereka untuk orang asing
sepertinya. Dan seminggu itu juga merubah perwatakkan Izzlorna daripada seorang periang dan
peramah kepada lebih banyak termenung sendirian, dan tidak lagi petah berbicara.

Sepanjang masa sebulan itu, Izzlorna lebih banyak memerhati keadaan disekitar kem.
Pagar-pagar kayu sudah berdiri dengan kemas diketuai oleh Isaac, seorang polis marshall dalam
pesawat yang dinaiki oleh mereka. Kayu-kayu diambil sendiri dari dalam hutan, kemudian
didirikan mengikut pelan yang direka sendiri oleh Faeez yang merupakan bekas pelajar arkitek
ketika zaman mudanya. Hasilnya, mereka kini lebih selamat sambil pasukan yang sama berjaga
setiap malam berdasarkan jadual yang disusun sendiri.

Makanan? Abbas yang memiliki keupayaan pemburuan yang baik, bersama dengan
Juliana yang memiliki kemahiran bidikan panah yang sangat tepat telah membentuk pasukannya
yang terdiri daripada beberapa orang telah meneroka jauh ke dalam hutan-hutan tebal yang
mengelilingi kawasan pantai. Bukan setiap hari merek akan kembali dengan makanan, contohnya
91
seperti beberapa hari lepas, mereka menemui beberapa ekor kuda yang terbiar di dalam hutan
yang kemudian dibawa pulang. Selain itu, mereka juga melakukan tugas yang dianggap oleh
Khairul sebagai sangat kritikal iaitu memetakan kawasan pulau itu.

Ada kalanya mereka menghilang selama beberapa hari sebelum kembali dengan salah
seorang daripada ahli mereka gugur, manakala bekalan daging yang merupakan sumber protein
utama mereka hilang di pertengahan jalan. Hanya tubuh yang tidak bernyawa sahaja dibawa
pulang yang diiringi dengan wajah penuh sugul.

“Maafkan kami. Pertengahan jalan tadi, kami dikejar oleh kumpulan Smilodon. Seekor
kuda kami pun habis tumbang.” Itulah ucapan Abbas ketika dia menggali kubur untuk
menempatkan ahli daripada kumpulan pemburunya. Izzlorna hanya mengenali nama lelaki yang
mati itu sebagai Azman, seorang lelaki yang agak pendiam. Duduknya pun hanya berselang
sebuah kerusi dengan Izzlorna ketika di dalam pesawat.

Mujurlah hari-hari tanpa daging haiwan pra-sejarah untuk dinikmati berjaya diisi dengan
buah-buahan yang dikumpul oleh pasukan yang diketuai oleh Park Jihyo, gadis kacukan Melayu-
Korea yang kononnya merupakan anak kepada diplomat Korea.

Katanya, Jihyo ialah seorang pelajar botanist di Universiti Tun Perak. Tidak jauh dari
lokasi kem mereka, tetapi agak jauh ke dalam hutan. Jihyo dengan beberapa bantuan ahli
kumpulan tersebut telah menanam beberapa buah tanaman pelik yang mereka jumpai di dalam
hutan.

“Buah ni. Macam pisang kan Izz?” Jihyo seorang sahaja yang memanggil Izzlorna
dengan nama tersebut.

“Semalam aku keluar senyap-senyap…” Riak wajah Izzlorna berubah sebaik sahaja
mendengarkan pengakuan gadis kuning langsat itu.

“Janganlah bagitahu Khairul dengan Puteri. Aku keluar pun sebab aku nak tengok
tumbuhan apa yang mampu bertahan dalam sejuk macam ni. Kalau tak aku, siapa lagi yang ada
pengetahuan dalam benda-benda macam ni kan?”

“Dan kau rasa kenapa?” Sejujurnya, Izzlorna turut berkongsi rasa ingin tahu yang sama.
Sepanjang 2 minggu mereka disitu, mereka dapati yang betapa walaupun hutan-hutan disekitar
mereka ialah hutan tropika, tetapi betapa pokok-pokok disitu hidup subur.

“Aku ada dua teori. Pertama, sebab evolusi. Ikut cerita diaorang yang kita mungkin
terperangkap 200 tahun…”

“Sekejap, kau tahu? Khairul tak bagi antara kami bagitahu apa yang jadi. Nak elak
panik,” pintas Izzlorna. Jihyo tersenyum.

92
“Aku terdengar si Ted tu sembang dengan buah hati dia, Marina. Tapi jangan risau, aku
tak bagitahu orang lain pun. Pinky promise,” kata Jihyo sambil menghulurkan jari
kelingkingnya. Izzlorna menyambut sambil tersenyum.

“Boleh aku sambung?” pinta Jihyo. Izzlorna sekadar mengangguk.

“Evolusi telah menyebabkan pokok-pokok ni adaptasikan diri diaorang dengan cuaca


ekstrem. Atau… boleh jadi pokok-pokok ni semua hasil genetic engineer yang maha genius.
Kalau orang yang hidup 200 tahun dulu mampu hidupkan balik haiwan yang sepatutnya dah
pupus, apalah sangatkan diaorang cipta pokok-pokok yang special dan unik ni kan?” cadang
Jihyo.

“Apa yang buat kau fikir macam tu Kesuma?” Seperti mana Jihyo memanggil Izzlorna
dengan nama Izz, manakala Izzlorna untuk memilih memanggil gadis itu dengan nama Melayu
yang diberi oleh ibu Jihyo sendiri.

“Pisang ni lah. Semalam aku nampak ada babi hutan makan. Lepas tu hari ni aku datang
balik kat tempat yang sama, buah yang sama tumbuh balik. Gila cepat pisang ni tumbuh. Tak
sampai 24 jam!” ucap Jihyo.

“Maksudnya?”

“Mustahil yang pisang yang ada kemampuan tumbuh secepat ini. Aku rasa mungkin…
ini salah satu pisang purba aku tak kenal, atau dah diubahsuai,” kata Jihyo sebelum dia berdiri.

“Kau nak ke mana tu?” soal Izzlorna.

“Aku nak jumpa Khairul. Nak cadangkan kat dia suruh kita buat ladang pisang. Kalau Ju
dengan Abbas tak dapat bawak balik makanan, atau si Haziq tu tak dapat tangkap hasil laut
untuk kita, sekurang-kurangnya pisang yang aku akan tanam ni boleh jadi sumber makanan
kita,” kata Jihyo.

Dan 4 minggu sudah berlalu, maka penemuan Jihyo itu ternyata bukanlah sia-sia. Pokok-
pokok pisang yang ditanam oleh Jihyo tumbuh segar, meski dalam kesejukan yang menggigit
kulit mereka. Bahkan buahnya yang berbuah dalam tempoh 24 jam itu mampu memberikan
kekeyangan walau terdampar ditengah-tengah belantara.

“Aku namakan pisang yang aku jumpa ni Pisang Kesuma. Boleh kan Khairul?” ucap
Jihyo gembira ketika dia memberi makan kepada anak Mammoth yang mereka jumpa sebulan
lepas. Hasil, rawatan rapi daripada Puteri sendiri, anak gajah itu semakin sihat meski masih
belum mampu berjalan dengan sempurna.

“Suka hati kau lah Jihyo nak namakan apa,” kata Khairul.

“Anak gajah ni belum ada nama kan?” soal Jihyo.

93
“Belum lagi. Tak terfikir…”

“Kalau nama aku Kesuma, nama kau ialah Sukma!” ucap Jihyo lagi, mengusap kepala
anak gajah itu sebelum dibalas rengekan manja Mammoth tersebut.

“Comel,” ucap Puteri yang menyertai Jihyo dan Khairul.

Sejujurnya, Izzlorna mengakui betapa sebenarnya mereka mampu hidup sehingga hari ini
adalah berkat pimpinan Khairul dan Puteri sendiri. Selain bagaimana mereka berdua
membahagikan tugas melibatkan setiap penghuni kem tersebut, menguruskan setiap masalah
yang berlaku dalam koloni mereka, mereka berdua juga menguruskan hubungan diplomatik
dengan koloni lain yang diperintah oleh Ratu Sara.

“Kesuma, aku nak pergi ambil angin sekejap kat luar sana,” tutur Izzlorna sambil
menepuk tubuh Jihyo yang sedang baring berhampiran dengan unggun api yang berdekatan
dengan mereka. Jihyo yang sedang lena itu sekadar mengangkat tangan, melambai.

Sepatutnya menurut Khairul, apabila matahari sendiri jatuh dihujung langit, mereka
semua diharamkan untuk keluar. Pegawal yang berjaga setiap malam disekitar pagar-pagar kayu
yang didirikan oleh penghuni kem tersebut akan berkawal, memastikan tiada kelibat berbahaya
diluar kem, ataupun ada penghuni dalamnya yang cuba keluar.

“Kalau kau nak keluar malam ni, kau ambil benda ni. Kau bagi ke Faeez,” kata Jihyo
sempat memesan kepada Izzlorna.

“Apa benda tu?” soal Izzlorna. Untuk seketika, Jihyo memandang sekelilingnya sebelum
dia berbisik.

“Liverwort. Aku jumpa kat dalam hutan sana. Daun ni dapat beri effect yang sama
macam weed kalau kau ambil. Si Faeez tu memang drug addicted. Kau rasuah jer daun ni, kau
akan dapat keluar punya,” kata Jihyo.

Berbekalkan tips yang diberikan oleh Jihyo itu, dia berjaya keluar tanpa ada seorang
pegawal lain menyedarinya kecuali Faeez. Izzlorna malas nak ambil tahu tentang bagaimana
proses untuk Faeez menggunakan daun-daun yang diberikan oleh Jihyo itu demi memenuhi
nafsunya terhadap dadah. Apa yang Izzlorna nak cari sekarang ialah ketenangan. Sesuatu yang
seolah-olah sudah hilang dari jiwanya.

Selepas beberapa minit dia berjalan seorang diri, dia akhirnya sampai ke tempat di mana
serangan Diatryma berlaku bulan lepas. Dia sedang berdiri di tempat di mana dia diculik oleh
ahli puak Nobat sebelum dia sedar, dia diikat pada sebatang batang kayu yang dicacakkan
ditengah-tengah kolam hanya semata-mata untuk diberi makan kepada seekor jerung gergasi.

“Awak masih berani jalan seorang-sorang malam ni lepas apa yang jadi pada awak?” soal
satu suara yang membuatkan Izzlorna pantas menoleh. Seorang lelaki sedang duduk

94
bercangkung di atas salah satu dahan pokok tidak jauh dari Izzlorna. Terus Izzlorna membawa
obor api yang berada ditangannya, diarahkan cahaya pada jelmaan lelaki itu.

“Aziz?” soal Izzlorna.

Aziz terus melompat daripada atas dahan pokok itu. Agak tinggi, tetapi lelaki tinggi
lampai itu mampu mendarat dengan selamat.

“Apa awak buat kat sini?” soal Izzlorna.

“Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu. Apa yang perempuan lemah macam awak,
buat tengah-tengah malam ni?”

Bab 25

Izzlorna hilang kata-kata melihatkan kemunculan Aziz tiba-tiba. Lelaki itu sekadar
membetulkan kedua-dua kapak yang diikat pada belakang tubuhnya. Dan tiba-tiba. Aziz
menapak ke arahnya, dan Izzlorna juga berundur beberapa tapak ke belakang. Ya, memang Aziz
antara orang yang selamatkan dia. Namun, Aziz memilih untuk tidak menyertai koloni mereka
ketika mereka keluar dari Akuarium gergasi bulan lepas.

“Aku dah lama hidup sebagai lone wolf. Aku rasa aku lebih selesa hidup kat luar sana,”
kata Aziz.

“Kalau macam tu, jaga diri kau. Terima kasih sebab sudi tolong strangers macam kami
ni,” kata Khairul sebelum dia berpelukan dengan Aziz. Aneh, walaupun pertemuan antara
mereka baru beberapa jam, tetapi rangkulan yang diterima oleh Aziz itu seolah-olah mereka
sudah bersahabat sejak sekian lama.

“Aziz!” panggil Izzlorna tiba-tiba ketika Aziz mahu menghilang.

“Ya… Izzlorna kan?” Izzlorna mengangguk.

“Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat sebab selamatkan saya,” ucap Izzlorna
sebelum dia menundukkan kepalanya berulang kali, persis seorang Jepun. Ketika dia
mendongak, lelaki itu sudah menghilang. Dan kini, Aziz sedang berdiri di depannya, cuba
mendekati dirinya meski sudah disuruh berkali-kali berundur.

“Tolong jangan dekat. Aku tak nak apa-apakan kau!” Kali ini, Aziz ketawa mendengar
amaran yang dilontarkan oleh Izzlorna.

95
“Juliana dengan Abbas pun belum tentu dapat kalahkan saya. Apa yang awak ada?” soal
Aziz yang kini selangkah lebih rapat mendekati Izzlorna. Izzlorna berundur lagi sebelum
akhirnya dia tersandar pada pokok, dan tiada lagi ruang untuk dia berundur.

“Kau nak buat apa? Aku menjerit nanti!” teriak Izzlorna. Obor api ditangannya terjatuh
ke atas lantai. Terus Aziz yang dekat dengannya memijak obor api itu dengan kasut kulitnya,
memadamkan api.

“Kem jauh. Dan saya takut awak jerit lagi kuat, benda lain yang akan datang malam-
malam ni,” kata Aziz.

“Saya tak sangka awak gatal macam ni!” teriak Izzlorna sambil dia memejamkan
matanya apabila wajah Aziz hanya seinci sahaja daripada wajahnya. Namun, selepas seketika,
Izzlorna merasakan tiada apa yang berlaku sehinggalah dia membuka sebelah matanya. Aziz
hanya tersenyum sambil menunjukkan sebilah pisau ditangannya yang di mana mata pisau
tersebut, terdapat seekor lipan sebesar tapak tangan manusia sedang menggelupar apabila
ditikam oleh Aziz.

“Apa… tu?” soal Izzlorna, tergagap.

“Arthropleura. Lipan gergasi. Awak bersyukur tau ni spesis anak-anak jer tau. Kalau
dapat mak dia, boleh sampai 2 meter panjangnya,” kata Aziz.

“Benda tu… kat belakang saya?” soal Izzlorna.

“Ya. Saya cadangkan awak balik ke kem awak. Saya takut mak dia ada sekitar sini. Takut
awak jadi mangsa kena makan dengan dia,” kata Aziz.

“Lipan tu makan orang?” soal Izzlorna dengan mata hampir terbeliak. Aziz mengangguk.

“Habislah, saya kena maklumkan kat kem….” Aziz menggeleng.

“Lipan tu, biar saya uruskan. Yang penting, awak balik ke kem sana, dan jangan keluar
lagi. Boleh?” soal Aziz. Untuk seketika, Izzlorna mengangguk sebelum dia beransur melangkah
pulang. Aziz hanya mengekorinya dari belakang, memastikan bahawa dia selamat sampai.

Namun, Izzlorna rupa-rupanya terlalu degil. Diculik oleh Puak Nobat atau terdapat anak
Arthropleura pun tidak mampu membuatkan dia untuk tidak keluar lagi pada malam seterusnya.
Cuma kali ini, dia keluar bukan kerana mencari ketenangan jiwa, menikmati angin malam. Dia
keluar kerana dia keresahan. Sejak semalam, betapa bayangan Aziz mekar dalam tubir matanya.
Denyut nadinya terasa berbunyi syahdu. Alasannya tidak diketahui, tetapi Izzlorna ada mengadu
kepada Jihyo.

“Aku tahu rawatan kepada penyakit kau,” kata Jihyo.

96
“Ada tumbuhan yang dapat buat aku lupakan dia ke?” soal Izzlorna, teruja. Kali ini, Jihyo
ketawa sambil menggeleng.

“Aku rasa kau makan daun paling beracun ajelah dapat lupakan dia,” kata Jihyo.

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Sebab kau ni dah Angau aku rasa,” kata Jihyo.

“Haisy. Mana ada. Tak mungkin aku angau. Baru aku kenal dia,” kata Izzlorna.

“Kau tengok si Khairul dengan Puteri. Berapa lama diaorang kenal? Aku tengok macam
Belangkas diaorang dua. Tu tak sembang pasal Ted dengan Marina. Masa si Ted tengah depress,
Marina jer yang faham dia. Masa dia Maniac, Marina jer dapat tenangkan dia,” kata Jihyo.

“Tapi… aku dengan si Aziz tu beza langit dengan bumi kot. Mana mungkin kot aku
angau kat dia. Tak mungkin,” kata Izzlorna.

“Kau tengok si Demi dengan Zaki. Bezanya Kau pernah jangkakan yang tangan putus
boleh rapatkan si Demi dengan Zaki?” Dan betapa sesungguhnya hujah daripada Jihyo itu
membuatkan Izzlorna mati akal untuk menjawab.

“Malam ni cuba kau turun kat tempat yang sama balik. Manalah tahu jumpa dia ke. Boleh
terubat rindu kau,” kata Jihyo. Dan untuk malam itu, betapa Izzlorna terpacak seorang diri di
tempat yang sama dia berjumpa dengan Aziz.

“Kan saya cakap jangan datang balik? Degilnya dia ni,” soal Aziz yang muncul tiba-tiba
dari kegelapan.

“Semalam, saya cuma cari…”

“Cari ni?” soal Aziz sambil mengeluarkan sesuatu. Kamera video yang selalu dibawa
walau ke mana sahaja oleh Izzlorna kini sedang berada dalam tangannya.

“Ya ALLAH. Mana awak jumpa ni?” soal Izzlorna terus mengambil kamera video
tersebut dari tangan Aziz.

“Dah lama dah saya jumpa. 2 minggu lepas,” kata Aziz membuatkan Izzlorna yang
sedang membelek kamera video tersebut mendongak, memandang Aziz dengan pandangan
geram.

“Dan awak baru bagi saya benda ni sekarang?” Nada suara Izzlorna sedikit meninggi.

“Tengok dulu kamera awak tu dulu,” kata Aziz. Terus Izzlorna cuba menghidupkan
kamera tersebut. Terus skrin kamera tersebut menyala, memaparkan logo syarikat yang
mengeluarkan kamera tersebut.

97
“Saya dah suruh kawan saya, mekanik yang bertugas untuk Puak Nobat. Dia ubahsuai
dan tukar sikit fungsi kamera awak dalam beberapa minggu ni. Tak perlu dah bergantung pada
bateri. Cukup dengan cahaya matahari, awak boleh charge tiap-tiap hari,” kata Aziz.

“Kenapa awak buat semua ni untuk saya?” soal Izzlorna.

“Awak ingat awak jer angau tak dapat lupakan saya?” Mendengarkan jawapan daripada
Aziz itu, terus merona merah wajah Izzlorna.

Bab 26

Dan betapa tahulah Izzlorna sebab musabab dia agak murung dalam bulan ini. Sebaik
sahaja dia mendapatkan kamera video ditangannya, terus dia membelek. Rakaman-rakaman yang
dibuatnya dulu masih lagi mampu dimainkan. Air mata kegembiraan dikesatnya sebelum
senyuman terus terukir pada wajah itu.

Akhirnya, Izzlorna yang pendiam, banyak termenung telah berubah keesokan harinya.
Pagi itu, sambil menghidupkan kamera videonya, Izzlorna nekad untuk membuat rakaman baru.
Genap sebulan dia dan sahabat-sahabatnya tersidai di pulau tersebut, dan kalau suatu hari nanti,
dia mampu keluar hidup-hidup dari pulau itu, video kali ini akan menjadi video yang paling
bermakna untuk semua.

Rutin harian setiap pagi itu, Zaki akan berjalan sambil ditemani oleh Demi. Sejak Demi
menyelamatkan lelaki berkaca mata itu, mereka berdua sepertinya tidak mahu berpisah langsung.
Demi sentiasa ada untuk Zaki. Ketika Zaki sambil dipapah oleh Demi sedang berjalan sambil
memandang pantai yang agak tenang pada malam itu, Izzlorna tiba-tiba muncul di depan
pasangan itu.

“Izzlorna?” soal Demi.

“Bukan ke kamera kau hilang ke?” soal Zaki.

“Tak penting. Yang penting, aku nak ubat rindu aku buat video ni. So Demi dengan Zaki,
aku nak jadikan korang dua sebagai orang pertama yang aku nak rakam untuk pagi ni. Macam
mana Demi, rasanya jaga mamat yang paling cengeng antara kita ni?” soal Izzlorna. Untuk
seketika, Demi kelihatan membetulkan baju sejuk berbulunya sambil menoleh ke arah Zaki
disebelahnya.

“Muhammad Zaki bin Sapuan. Dia lelaki yang paling grumpy, paling mulut tak ada
insurans, paling… Izzlorna, kau tak ada ayat lain ke untuk describe dia?” soal Demi sambil

98
menoleh ke arah Zaki sambil berpeluk tubuh. Tapi aneh, walaupun dihamburkan dengan kata-
kata yang agak kasar itu, Zaki boleh pula ketawa.

“Tapi itu diri dia yang korang semua tak kenal. Sebulan aku berkawan dengan Zaki. Zaki
ni sebenarnya baik hati, tabah, seorang yang kuat, berani, dan dia sangat ambil berat kat kawan-
kawan dia. Jadi, aku nak kawan-kawan kita, kalau kita dah keluar dari pulau ni, aku harap
tanggapan korang pasal Zaki ni berubah,” kata Demi. Zaki yang tadi ketawa tiba-tiba merah
wajahnya.

“Zaki? Ada harapan apa-apa ke nak cakap kat kamera ni?” soal Izzlorna.

“Harapan apa bendanya? Tangan aku dah putus kena ngap dengan ular gergasi. Kita
tersidai 200 tahun kat masa depan. Harapan aku ialah aku boleh hidup untuk hari esok jer,” kata
Zaki sebelum tiba-tiba Demi mencubit lengannya yang masih ada.

“Auch apa ni?” soal Zaki sambil mengusap.

“Berapa kali aku cakap dengan kau jangan cakap macam tu? Mana semangat kau? Kau
janji apa dengan aku hari tu? Ni tiba-tiba macam orang hilang semangat?” bebel Demi.

“Janganlah cubit. Kalau macam ni, aku suruh Puteri potong tangan lengan kanan aku
pulak lah. Bagi tak boleh kena cubit dengan kau,” kata Zaki. Dan Demi dan Zaki pun terus
bergaduh. Sambil tersenyum sendirian, Izzlorna terus menghilang daripada dua pasangan itu.

Apabila hari semakin beransur cerah, ketika matahari mula naik di sudut alam, dan rasa
hangat yang beriringi dengan rasa sejuk sudah mula menyelimuti tubuh mereka, barulah Izzlorna
kembali meneruskan sesi rakamannya. Ada seseorang yang sudah lama Izzlorna nekad untuk
temubual dalam rakaman videonya.

Setiap pagi, Isaac Rahman, bekas flight marshall pesawat mereka yang kini merupakan
Ketua Keselamatan akan memberi ucapan kepada beberapa ahli kumpulannya. Dan betapa setiap
pagi itu juga, betapa Izzlorna akan memerhati dari jauh betapa ucapan semangat Isaac sebelum
kumpulan itu akan berpecah, bergerak ke arah kedudukan yang telah ditentukan seperti dalam
peta.

Sebulan tempoh mereka terperangkap di situ telah memberikan tempoh untuk Abbas
menyediakan setiap antara mereka versi lembing yang lebih kemas dan membunuh daripada
ketika hari-hari terawal mereka tersidai. Jadi, pemandangan ahli kumpulan tersebut membawa
lembing sambil berkawal, ialah pemandangan biasa buat Izzlorna.

“Dekat dalam sana ada perempuan yang lemah, ada orang tua, ada kanak-kanak. Mereka
semua bergantung kepada kita semua untuk kekal selamat. Jadi, macam setiap hari yang saya
selalu pesan, beramanahlah kita semua dalam tanggungjawab kita. Mungkin kita tak dapat apa-
apa gaji, tetapi ketahuilah ALLAH ada bersama dengan kita. ALLAH akan membalas setiap

99
titik…” Isaac terhenti ucapannya apabila melihat di satu sudut pintu masuk ke pagar kayu yang
mereka dirikan, Izzlorna sedang berdiri

“Boleh saya rakam?” soal Izzlorna yang menyedari betapa Isaac sedang merenung ke
arahnya.

“Errrr… mana kau dapat kamera kau balik? Bukan hilang ke?” soal Isaac. Ketika Isaac
bertanyakan soalan tersebut, betapa riak wajah Faeez tiba-tiba berubah. Ada isyarat yang cuba
disampaikan oleh Faeez melalui kenyitan matanya.

“Ju. Ju jumpa kat dalam hutan sana masa dia balik berburu,” kata Izzlorna. Namun, Isaac
mengecilkan matanya memandang ke arahnya, masih curiga dengan jawapan yang dilontarkan
oleh gadis itu.

“Boleh kan aku pergi?” soal Izzlorna. Namun, Isaac tidak memberi respon, sekadar
memanjangkan lagi renungan penuh curiganya. Izzlorna yang tidak selesa terus berlari ke
bahagian lain kem tersebut.

Sambil menggeleng sendirian, Izzlorna membawa langkah kakinya ke arah Haziq yang
sedang mengetuai beberapa orang ahli kem tersebut yang sedang melapah beberapa haiwan
buruan yang dibawa oleh Juliana dan Abbas semalam.

“Apa benda tu?” soal Izzlorna sambil memfokuskan kameranya ke arah beberapa ekor
haiwan yang sekali imbas, rupanya seperti arnab. Cuma bezanya, arnab yang sedang dicabut
bulunya oleh Haziq sangat besar, sekurang-kurangnya kalau mereka berdiri sama tinggi, akan
berada pada paras pinggangnya.

“Zaki cakap dengan aku ni arnab pra-sejarah. Arnab gergasi dengan nama dia Nuralagus.
Abbas dah jejak binatang ni dari dua tiga hari lepas sampailah diaorang jumpa sarang dia. 4 ekor
sekali Juliana sempat panah,” kata Haziq.

“Nak bakar ke?” soal Izzlorna.

“Yup. Itu aje kan cara kita boleh makan? Kenapa?” soal Haziq.

“Nampak macam sedap jer. Tak sabar nak makan,” ucap Izzlorna sambil mengusap
perutnya.

Ketika Izzlorna sedang kusyuk merakam Haziq sedang melapah empat ekor arnab gergasi
itu, tiba-tiba anak telinganya dapat menangkap bunyi kecoh yang sedang berlaku tidak jauh
daripadanya. Terus Izzlorna bangkit berdiri, mengintai dari kejauhan. Namun, apabila matanya
dapat menangkap seorang lelaki tinggi lampai, dengan rambut ikal para paras bawah leher,
dengan jambang halus memenuhi wajahnya, terus Izzlora berlari ke arah pintu masuk ke kem
mereka.

100
“Bagi aku masuk! Aku tak banyak masa! Panggil ketua korang Khairul! Dia kenal aku
siapa!” teriak Aziz. Faeez dan seorang lagi ahli pasukan yang ditugaskan menjaga keselamatan
kem tersebut sedang memegang erat tubuh Aziz di kiri dan kanannya.

“Aziz?” soal Izzlorna dari belakang.

“Haa Izzlorna! Mana Khairul! Aku kena jumpa dia sekarang!” kata Aziz.

“Aziz… apa yang jadi ni?” soal satu suara yang tiba-tiba muncul di belakang mereka.
Khairul sambil mendukung Indah, sedang menghampiri mereka bersama dengan Puteri.

“Kau kenal dia ke?” soal Isaac. Khairul mengangguk menyebabkan Faeez dan salah
seorang ahli

“Izzlorna tak bagitahu aku pun korang simpan anak gajah Mammoth dalam ni!” teriak
Aziz gusar.

“Kau rileks sekejap boleh tak? Apa bendanya ni?” soal Khairul.

“Masa aku kat dalam hutan tu, aku tersempak dengan kawanan Mammoth yang dalam
keadaan amuk, tengah datang ke sini. Habis pokok-pokok semua tumbang!” Aziz menurutkan
kata-kata itu sambil memegang kedua-dua lengan Khairul.

“Mana kau tahu diaorang dalam perjalanan ke sini?” soal Khairul.

“Itu! Anak mammoth yang si Marina dukung tu! Apa dia buat sini?” soal Aziz. Mereka
menoleh ke arah Marina yang sedang mendukung anak gajah purba itu, berdiri dari kejauhan
merenung ke arah mereka.

“Kau nak bagitahu yang…”

“Mak dia dah dapat kesan anak dia kat mana. Korang sebenarnya dah bangkitkan
kemarahan seluruh kawanan Mammoth!”

Dan sebaik sahaja Aziz menghabiskan ayat tersebut, dari kejauhan, kelihatan satu demi
satu pokok tumbang di belakang mereka. Seorang demi seorang penghuni kem tersebut mula
bangkit, menghampiri tempat kekecohan berlaku. Dan beberapa saat kemudian, betapa tanah
dibawah mereka bergegar.

“Semua…. dalam kiraan tiga! Kita kena tinggalkan tempat ni!” teriak Aziz memberi
amaran.

101
Bab 27

Khairul hilang kata-kata melihat bagaimana kubu-kubu kayu yang mereka dirikan dalam
sekelip mata menjadi mangsa hentakan tapak kaki gajah-gajah Mamot yang setinggi tiang lampu
yang melanggar koloni mereka dalam sekelip mata sahaha.

Beberapa anak buah Isaac cuba menyerang beberapa ekor gajah, namun akhirnya mereka
sama ada dibantai oleh belalai yang sekali hayung, membuat tubuh mereka tercampak, atau ada
yang dilambung ke udara sebelum tubuh mereka tertusuk pada gading gajah yang saiznya berkali
ganda daripada saiz gading gajah biasa.

Tetapi bukan sahaja gading gajah itu yang berkali ganda saiznya, tetapi belalai, kaki
bahkan tubuh gajah-gajah prasejarah itu lebih 2 kali ganda dari saiz biasa gajah yang selalu
dilihat oleh mereka. Bukan itu sahaja, gajah pra-sejarah itu memiliki tubuh yang berbulu lebat,
lebih ganas dan lebih menakutkan dengan mata mereka yang merah menyala.

Dibahagian yang lain koloni manusia itu pula, kelihatan Dato’ Azly sedang dibelit pada
belalai seekor. Sambil itu, Juliana dan Abbas cuba untuk menyelamatkan Dato’ Azly. Sambil
Abbas menunggang seekor kuda, di belakangnya Juliana membidik beberapa anak panah yang
disasarkan tepat ke arah matanya. Hanya pada bidikan yang keempat yang tepat menyebabkan
tubuh Dato’ Azly tercampak ke atas tanah, tergolek.

Haziq Murshidi kebetulan ketika itu sedang membakar beberapa daging terus mencipta
obor api. Dari obor apinya itu, dia berjaya melindungi kumpulan manusia yang cedera yang
sedang berlindung di tempat khas mereka. Dek kerana api tersebutlah tiada seekor pun yang
berani menghampiri kawasan tersebut.

Sebaik sahaja anak gajah itu menghampiri seekor Mamot yang merupakan paling
menonjol antara semua, barulah amukan itu tiba-tiba reda apabila ketua kawanannya tiba-tiba
menderam aneh. Pada ketika itulah baru Khairul menyedari betapa keadaan disekitar koloni
mereka yang dibangunkan dalam masa sebulan itu sudah hancur lebur.

“Khairul!” teriak satu suara membuatkan Khairul seperti terpempan seketika. Puteri
disebelahnya menarik Khairul kembali ke dalam realiti.

“Marina! Tolong dia!” teriak Puteri. Barulah Khairul menyedari Marina masih tercegat
sambil mendukung tubuh anak gajah yang baru berusia beberapa bulan itu. Dalam masa yang
sama, kawanan gajah-gajah prasejarah itu sedang berlari deras menuju ke arahnya.

102
“Dukung indah please,” suruh Khairul sambil dia menyerahkan Indah ke tangan Puteri.
Baru sahaja Khairul mahu mendapatkan Marina, tiba-tiba entah dari mana Ted muncul dengan
seekor kuda berwarna hitam yang berjaya dijinakkan oleh Juliana dan Abbas beberapa hari lepas.
Sambil menunggang deras, ketika beberapa inci sahaja seekor gajah paling depan mahu melibas
tubuh Marina dengan belalainya, Ted muncul sambil menyambar tubuh Marina naik ke atas
kudanya, manakala anak gajah tadi terus berlari ke arah kawanan gajah tadi.

Rumah kayu yang sedang dibina, pagar dan tembok kayu, bahkan Khairul dapat melihat
betapa ada antara mereka yang mungkin mati dilenyek, cedera dibantai belalai, dan tidak
bernyawa ditusuk belalai gajah. Kemudian, Aziz muncul entah dari mana sambil menggengam
penumbuknya. Dia seperti sedang mengendong Izzlorna di belakangnya.

Untuk seketika, Aziz seperti berbalas renungan dengan seekor Mamot yang kalau dari
pengamatan Khairul, persis seperti ketua mereka. Izzlorna pula seperti tidak sedarkan diri. Ada
bunyi dehemen daripada ketua kawanan mamot itu. Tiba-tiba sahaja Aziz bertempik.

“Pergi, tinggalkan tempat ini! Diaorang ni tak bersalah! Tanpa diaorang ni, anak kau tu
tak akan selamat, dan akan mati kat luar sana! Sekarang, pergi dari sini dan kacau kami!” Suara
Aziz memetir kuat. Untuk seketika, gajah yang berdiri di paling hadapan itu berdehem sekali
lagi, sebelum akhirnya dia memusingkan tubuhnya, meninggalkan Aziz yang masih terpacak.

Seekor demi seekor mula menghilang kembali ke dalam kawasan hutan. Akhirnya,
apabila seekor gajah terakhir melangkah ke dalam rimba, akhirnya tubuh Aziz yang sedang
menggendong Izzlorna akhirnya rebah ke atas lantai. Dia terlutut di atas tanah, sambil kesan
darah mengalir dari dahinya.

“Tolong… tolong aku ambil Izzlorna. Dia tak sedarkan diri kena dengan gajah,” gumam
Aziz. Puteri yang paling hampir mengambil tubuh Izzlorna yang tersandar di belakang tubuh
Aziz manakala Khairul menghampiri Aziz.

“Kenapa kepala kau?” soal Khairul.

“Aku tercampak kena libasan gajah tadi masa nak lindung Izzlorna tadi,” gumam Aziz
sambil dia berpaut pada tangan Khairul.

“Terima kasih sebab sudi bersusah payah untuk kami,” kata Khairul.

Namun, entah dari mana tiba-tiba Dato’ Azly muncul sambil dipapah oleh Faeez. Dia
tiba-tiba menolak tubuh Khairul menyebab Khairul jatuh terjelopok di atas lantai. Aziz pula
terlangkah beberapa tapak ke belakang, terkejut dengan tindakan tiba-tiba Dato’ Azly itu.

“Apa benda ni Dato’? Kenapa tiba-tiba tolak saya?” soal Khairul.

103
“Idea siapa suruh bawak anak gajah ni balik ke sini?” soal Dato’ Azly. Untuk seketika,
seisi kem mereka senyap.

“Sa…” Baru sahaja Puteri mahu menjawab, tiba-tiba Khairul bersuara.

“Salah aku sebab aku benarkan gajah ni dibawa ke sini tanpa memikirkan apa yang akan
berlaku,” gumam Khairul.

“Sekarang kau orang dah faham kenapa selama ni aku cakap yang lelaki ni tak layak
mengetuai korang semua? Dia lemah, lembik, lepas tu aku tak rasa dia betul-betul jadi ketua
korang. Kerja dia ialah akur dengan apa yang Puteri dok bisikkan kat dia. Lemah. Sebab tu hari
ni ada lebih 5 orang kita mati sebab tindakan bodoh si Khairul! Kalau korang rasa nak hidup
lama atas pulau ni, aku cadangkan malam ni kita buat undian semula.”

Untuk seketika, Khairul seperti terpempan mendengarkan kata-kata Dato’ Azly itu.
Bukan sebab tuduhan Dato’ Azlu ke atas dirinya, tetapi kerana dia terkejut mendengarkan angka
5 orang yang terkorban itu. Dan apabila dia melihat sekitarnya, bukan sahaja 5 orang yang
terkorban, tetapi betapa sebenarnya banyak antara mereka yang cedera, sama ada cedera parah
atau ringan.

Bab 28
104
Khairul memilih untuk duduk memeluk tubuh pada malam itu di satu sudut kem mereka
yang sudah seperti padang jarak padang terkukur. Apa yang diluahkan oleh Dato’ Azly pada
awal tadi barangkali ada benarnya. Dia tidak sesuai menjadi ketua mereka, dan dek kerana dia
begitu lembut, maka tak hairanlah mereka kehilangan 5 orang lagi dengan kebanyakan antara
mereka cedera.

Dia tidak kisah sekiranya malam itu dia barangkali akan dilucutkan kedudukan sebagai
ketua mereka. Dia sendiri pada awalnya memikirkan yang sebenarnya dia tidak layak untuk
memegang jawatan itu. Scammer, atau bekas scammer sepertinya, mana layak untuk mengetuai
puluhan penumpang daripada pesawat MH747.

Kesempatan itu diambil oleh Khairul untuk duduk sendirian melayan perasaan sambil
memerhati saki-baki penghuni kem tersebut yang mampu bertahan. Indah sedang tidur lena
sambil berbantalkan peha Khairul sambil Khairul sendiri mengusap lembut rambut anak kecil
itu. Sepertinya dirinya berpasangan dengan budak perempuan yang dianggap seperti anak kecil,
begitu juga dengan beberapa orang antara mereka.

Aziz terutamanya. Dialah wira utama malam itu. Kepalanya berbalut dengan kain oleh
Puteri. Dan betapa kerana Aziz menjadi penyelamatnya, Izzlorna memilih untuk setia disisi
jejaka itu. Sepertinya Izzlorna sedang membebel sendirian sambil Aziz ketawa sendiri.
Senyuman lantas terukir pada wajah Khairul. Siapa sangka jerung gergasi yang menghuni sebuah
akuarium gergasi menemukan dua manusia berbeza watak dan dari dunia berbeza itu?

Pandangan Khairul kemudian hinggap pula pada Ted yang kini menyarungkan penutup
kepala dari sweater hitamnya. Dia sekadar membisu sambil Marina melentokkan kepalanya di
atas bahu Ted. Bukan rahsia lagi mengenai hubungan mereka berdua. Dan dari gaya Ted yang
sedang membisu, melontarkan pandangan dinginnya, maka Khairul sekadar meneka bahawa
jejaka itu sedang dalam fasa depressionnya, dan hanya Marina sahaja mampu membuatkan lelaki
hatta untuk meluahkan sepatah kata.

Di tengah-tengah dataran itu, Khairul sekadar merenung kosong bagaimana Dato’ Azly
sedang bercakap dengan Faeez, Demi dan Zaki. Serius sahaja perbualan mereka. Baru tadi
mereka bertiga mengiringi Dato’ Azly melawat sendiri ahli-ahli kumpulan mereka yang
tercedera. Dan Dato’ Azly sendiri mengetuai ucapan di pengebumian beberapa ahli mereka yang
meninggal dunia akibat amukan daripada kawanan Mamot itu.

“Politikus,” gumam Puteri tiba-tiba duduk disebelah Khairul.

“Sorry?” soal Khairul.

“Dato Azly tu. Typical politikus. Gila kuasa. Tak boleh tengok awak lagi baik daripada
dia. Narsisitik,” gumam Puteri geram.

“Dah habis rawat semua orang?” soal Khairul.

105
“Alhamdulilah. Marina tadi banyak tolong,” kata Puteri sambil tersenyum.

“Indah tidur?” soal Marina. Khairul mengangguk.

“Kesian dia. Menangis teruk dia,” kata Khairul.

“Saya tak faham kenapa si Faeez dengan Demi tu benci sangat kat awak sampai
sanggup…”

“Saya tipu duit Faeez dulu. Demi pulak kenal siapa saya masa zaman universiti dulu,”
luah Khairul tiba-tiba.

“Eh?” Puteri tergamam dengan luahan Khairul.

“Saya bukan penjual burger macam saya cakap. Saya ni sebenarnya scammer. Saya tipu
orang banyak, saya tipu banyak duit orang,” kata Khairul.

“Saya tak percaya,” sambut Puteri tiba-tiba.

“Saya tak tipu. Saya…” Tapak tangan Khairul tiba-tiba disambar oleh Puteri
membuatkan riak wajah Khairul terus berubah.

“Saya tak nak ambil tahu siapa awak kat luar sana. Tapi saya kenal awak kat atas pulau
ni, awak sanggup pertaruhkan nyawa awak demi orang lain. Awak sanggup mati untuk saya,
untuk Indah, untuk Izzlorna dan saya sendiri nampak, kalau tak Ted yang selamatkan Marina
tadi, awak dah selamatkan dia,” kata Puteri.

“Tapi…”

“Khairul yang saya kenal ialah seorang lelaki yang sanggup pertaruhkan nyawa dia demi
orang lain!”

“Semua! Berkumpul! Dato’ Azly ada benda nak cakap ni,” teriak Faeez memanggil
seluruh penghuni kem tersebut untuk berdiri mengelilingi Dato’ Azly. Selepas beberapa minit,
maka cukuplah jumlah manusia mengelilingi Dato’ Azly.

“Begini, kita semua tahu kan cadangan saya supaya kita menukar leader? Jadi, saya nak
suruh Faeez, vokalis band nombor satu Malaysia dengan Demi, wartawan jenayah untuk akhbar
Sinar Harian ni kongsikan dengan kita siapa sebenarnya Khairul,” tutur Dato’ Azly. Riak wajah
Khairul terus berubah, manakala mata-mata yang ada disitu ditujukan tepat ke arah Khairul.

“Awak kuat,” gumam Puteri disebelah Khairul. Sekali lagi Puteri menggengam tapak
tangan Khairul.

“Mamat yang korang anggap pemimpin korang tu, dia pernah tipu duit band aku lebih
RM 10, 000. Konon nak bawak kami buat persembahan kat istana Selangor. Dia tipu dia tu

106
kerabat diraja,” kata Faeez sambil menundingkan jarinya ke arah Khairul. Suara bisikan mula
memenuhi seluruh kawasan kem.

“Khairul yang aku kenal zaman aku belajar dulu, dia tu geng dengan satu kumpulan
samseng universiti kami. Ketua geng dia nama Aiman Hakim. Kena tangkap polis sebab cuba
rogol makwe dia. Sepanjang dia kat universiti dulu, kerja dia peras ugut orang, jual dadah, tipu
duit orang. Tak hairan aku dia kena buang universiti masa semester terakhir dia,” sambung Demi
pula.

“Jadi, kau orang dah dengarkan siapa sebenarnya si Khairul tu?” Suara Dato’ Azly
berkumandang.

“Aku rasa dah boleh kot kita…”

“Boleh aku cakap?” Puteri mengangkat tangannya di udara.

“Tapi… kita ada pemilihan…”

“Belum dapat kuasa, kau nak jadi diktator pulak ke Azly?” sindir Puteri. Riak wajah
Dato’ Azly terus berubah.

“Korang ingat tak siapa yang selamatkan budak kecik ni, sanggup korbankan nyawa dia
lawan Diatryma? Kau orang ingat tak siapa yang sanggup korbankan diri dia dengan terjun ke
dalam kolam ada jerung gergasi semata-mata nak selamatkan strangers, padahal dalam masa
yang sama, orang macam Demi yang tuduh dia tu semua, pilih untuk patah balik sebab takutkan
seekor ular gergasi,” kata Puteri. Riak wajah Demi terus berubah sebaik sahaja mendengarkan
serangan yang dilontarkan oleh Puteri.

“Khairul dengan Aziz, diaorang dua sanggup naik bot umpan Megalodon daripada makan
saya sementara Juliana dengan Abbas selamatkan saya,” kata Izzlorna.

“Dan Khairul yang bersungguh-sungguh pujuk Demi dengan Zaki supaya jangan patah
balik dan teruskan untuk selamatkan Izzlorna,” kata pula Aziz.

“Ju… Abbas, korang ada kan masa Khairul selamatkan Indah?” soal Puteri tiba-tiba.

“Ya, Khairul masa tu dah tak fikir apa dah. Dia terus meluru untuk selamatkan Indah
sampai dua tiga ekor burung gergasi tu kepung dia. Kalau tak sebab Puteri dengan Marina pergi
umpan salah seekor daripada burung tu, aku rasa Khairul dah mati dah,” kata Abbas.

“Sekarang dengar sini. Ketua korang, pemimpin… leader yang kau orang cari kat atas
pulau ni ialah orang yang sanggup mati untuk korang. Katakanlah kalau sesuatu terjadi pada
korang macam Izzlorna, orang macam Khairul akan pilih untuk selamatkan korang, buat pasukan
dia sendiri. Tapi kalau Dato’ Azly, typical politician yang berkomplot kat belakang Khairul

107
sebab kuasa, aku rasa dia akan pentingkan diri sendiri jer,” kata Puteri berhujah bagi pihak
Khairul.

“Tapi kau sendiri dengar cerita…”

“Dalam undang-undang ni Azly, ada satu prinsip. Seseorang tu tak bersalah selagi tak
dibuktikan bersalah. Dalam kes ni, testimonial daripada Faeez dengan Demi seorang sahaja tak
cukup. Bukti tak ada. Tapi, apa yang Khairul lakukan sepanjang sebulan kita terperangkap kat
sini, cukup membuktikan kita siapa ketua sebenar Khairul Anuar yang saya kenal.” Puteri terus
menggulungkan hujahnya. Kali ini, Dato’ Azly terdiam tak berkutik. Begitu juga dengan Faeez
dan juga Demi.

“Siapa sini pilih Dato’ Azly jadi ketua?” soal Zaki tiba-tiba. Hanya beberapa tangan
terangkat di udara iaitu tangan milik Faeez, Demi, Zaki dan juga beberapa orang antara mereka.

“Khairul?” soal Zaki. Hampir semua tangan disitu terjulang diudara termasuklah milik
Aziz.

“Muktamad. Khairul akan jadi ketua kita lagi,” kata Zaki. Serentak Zaki menghabiskan
kata-kata itu, helaian salju mula turun mendayu-dayu dari dada angkasa. Tidak jauh daripada
lokasi mereka berdiri, Aziz dapat menangkap awan mendung dengan guruh sedang menjerit
diangkasa sedang berarak ke arah mereka.

“Kenapa awak?” soal Izzlorna disebelah Aziz.

“Ribut… salji tengah datang sini,” gumam Aziz.

Bab 29

“Ambil apa sahaja yang korang boleh ambil. Bawak baju setebal-tebalnya. Balut diri
korang! Yang cedera parah, cedera, kita kena dahulukan mereka dulu!” teriak Khairul memberi
arahan. Aziz hanya memerhati dari jauh. Dahinya berkerut. Dia terus memandang dada langit.
Awan hitam semakin tebal, berarak mendung menghampiri mereka.

108
Dia seperti tidak bersetuju langsung dengan idea Khairul untuk selamatkan mereka yang
tercedera. Khairul jelas tidak mengenali bagaimana keadaan ribut salji yang sememangnya
merupakan salah satu bala yang cuba dielak oleh sesiapa. Mereka yang paling kuat di atas pulau
itu pun belum tentu mampu bertahan dengan asakannya, apatah lagi yang cedera.

“Khairul,” gumam Aziz sambil menepuk belakang tubuh Khairul. Terus lelaki itu yang
sedang berbual sesuatu dengan Puteri menoleh.

“Ya Aziz?” soal Khairul.

“Aku nak cakap dengan kau. Puteri sekali. Boleh?” panggil Aziz.

“Boleh. Ada apa Aziz?” soal Aziz.

“Kita kena tinggalkan mereka yang cedera ni kat sini. Yang tak mampu berjalan, yang
nak kena ada orang angkat,” kata Aziz membuatkan riak wajah Aziz berubah.

“Kau dah gila?” soal Puteri tak puas hati.

“Diaorang tu…”

“Aku, fit, kuat macam ni pun pernah hampir mati dalam ribut salji tu. Tak mungkin
orang-orang yang cedera ni akan mampu harungi ribut salji tu! Kita kena cepat. Aku ada lokasi
lain yang kita boleh berlindung sekejap daripada ribut salji tu sebelum kita cari tempat baru!
Kalau kita lambat sebab orang-orang ni, habislah kita!” kata Aziz.

“Tapi diaorang yang cedera tu…”

“Bagi aku, lebih baik korbankan beberapa antara kita yang cedera parah demi selamatkan
lebih banyak orang,” kata Aziz. Untuk seketika, Khairul melontarkan pandangan ke arah
beberapa orang antara mereka yang sedang dipapah oleh ahli kumpulan kem mereka. Mujurlah
Abbas sudah menyiapkan beberapa buah topang ketiak yang boleh digunakan oleh beberapa
antara mereka yang cedera tidak mampu berjalan. Ada orang yang cedera sekadar dipapah oleh
sahabat dan ahli keluarga mereka sahaja.

“Aku… aku… kau tak tahu macam mana rasa bunuh orang bro. Aku tak nak jadi
pembunuh lagi. Aku tak nak kita semua yang sihat ni rasa apa yang aku rasa…”

“Kau pernah bunuh orang?” soal Aziz.

“Tak penting. Yang penting, kalau kita ada peluang untul elak diri kita dari jadi
pembunuh. Aku akan pastikan yang kalau ada yang mati, bermaksud bukan kita tinggalkan
diaorang kat sini, tapi kita akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan diaorang!” pintas Khairul
sebelum dia meninggalkan Aziz.

“Jihyo!” panggil Khairul.

109
“Ya boss?” balas gadis kacukan itu.

“Dah kira semua orang ada berapa?” soal Khairul.

“Ada dalam 52 orang jer tinggal. 4 orang mati masa serangan gajah tu,” kata Jihyo.

“Dah kebumi?” soal Khairul.

“Isaac dengan Haziq tengah siapkan kubur kat dalam hutan sana. Tinggalan Si Mati
semua dah dibawa ke sana,” jelas Jihyo sebelum Khairul mengangguk.

“Guys, dengar sini!” panggil Khairul sambil memberikan tepukan. Mereka yang sedang
bersiap-siap membawa segala alatan-alatan penting bagi meninggalkan kawasan kem tersebut
menoleh ke arahnya.

“Sahabat kita ni, Aziz ada bagitahu dalam 2-3 kilometer dari kawasan pantai kita ni, ada
sebuah rumah api. Kita akan ke rumah api tu. Tapi kita kalau semampu mungkin, kita kena
pastikan yang kita sampai ke rumah api tu sebelum ribut salji tu sampai ke kita! Sekarang semua
berbaris, kita nak bergerak sebelum ribut salji tu serang kita!” kata Khairul memberi penerangan
kepada ahli-ahli kumpulannya.

“Yang lemah, cedera, akan berada di bahagian hadapan! Yang fit, mampu berjalan, tak
cedera, semua kat belakang! Okey tak?” Khairul terus memberi arahan ketika ahli-ahli
kumpulannya sedang mula berbaris untuk bergerak. Aziz yang memerhati sekadar menggeleng.

“Kenapa Aziz? Menyesal undi si Khairul tu?” soal satu suara membuatkan Aziz menoleh.
Dato’ Azly muncul sambil berpeluk tubuh.

“Si Khairul tu, dia tak tahu realiti jadi pemimpin. Lemah. Tapi korang semua idealis
sangat,” gumam Dato’ Azly sebelum dia menghilang menyertai barisan yang sedang disusun.

“Percaya pada Khairul tau,” bisik Izzlorna sambil menyentuh bahu Aziz dari belakang.
Aziz hanya mengangguk sambil mengeluh berat.

“Puteri, awak dengan Indah kat depan boleh? Saya nak jaga belakang?” pinta Khairul
ketika menghampiri Puteri yang sedang mendukung Indah.

“Marina dengan Ted tolong saya kat depan sana. Boleh?” tanya Puteri. Khairul sekadar
mengangguk.

“Hati-hati,” gumam Puteri ketika Khairul pergi mendapatkan Aziz di belakang. Ada risau
terlukis pada wajahnya.

“Aziz, kau ikut kat belakang boleh dengan aku?” pinta Khairul. Ada kelihatan teragak-
agak terlukis pada wajah Aziz ketika Khairul meminta tolongnya.

110
“Kenapa? Rasa berat hati?” soal Khairul.

“Aku bukan tak nak tolong, tapi kau tak boleh ke pertimbangkan permintaan aku tadi?”
pinta Aziz.

“Kau pandang wajah budak yang cedera tu, orang-orang tua yang ada dalam pesawat
dengan kita, budak kecik tu semua, tenung mata diaorang, kau sanggup nak tinggalkan
diaorang?” soal Khairul. Untuk seketika, Khairul memerhati bagaimana Puteri, Marina dan Ted
sedang membantu mereka-mereka yang cedera supaya beratur dibahagian hadapan. Malah ada
antara mereka yang memapah, mengendong mereka yang tidak berupaya.

Bab 30

Manusia merancang, tetapi TUHAN yang mementukan. Dek kerana betapa lambatnya
pengerakkan mereka yang cedera dan lemah dibahagian hadapan, maka pengerakan mereka jadi
lambat sehinggakan ribut salji yang lambat beberapa batu dibelakang mereka mula mampu
mengejar mereka. Kini terperangkaplah mereka dalam ribut salji yang sedang menggila.

Angin yang maha kuat sedang menderu-deru datang dari arah depan mereka. Rasa sejuk
yang menyelubungi mereka bertambah berkali-kali ganda. Sampaikan kaki dalam tapak kasut,
atau tangan yang berbalut dengan sarung tangan itupun sudah mula rasa kebas.

Wajah yang terdedah pada angin yang sedang bertiup ke arah mereka, terasa seperti
setiap dihiris oleh hujung pisau yang tajam. Paling membimbangkan, betapa tebalnya ribut salji
ini, penglihatan mereka paling jauh pun mampu pergi sejauh beberapa meter sahaja. Mereka
hanya bergantung kepada keupayaan Abbas mengetuai mereka dibarisan hadapan.

111
Tanpa disangka-sangka, Zaki yang berada disebelah Khairul jauh terjelopok lantas
rupanya menghentam salji dibawah kakinya. Maka Khairul dan Demi yang paling dekat pun
membantu Zaki untuk kembali berdiri sambil Zaki dengan satu-satunya tangannya yang masih
tinggal mengesat wajahnya.

“Aku dah cakap banyak kali kat kau! Pergi depan sana!” arah Demi.

“Aku tak lemah lah celaka. Aku cuma...” Belum sempat Zaki mahu menghabiskan kata-
katanya, Demi sudah memeluk erat lengan Zaki, mengheretnya supaya berada dibarisan paling
hadapan.

“Seseorang! Jihyo dah tak mampu nak berjalan dah!” teriak Izzlorna, sayup-sayup
kedengaran suaranya di barisan hadapan.

“Aku gendong dia!” Dato Azly menawarkan dirinya untuk mendukung gadis itu. Lantas,
perjalanan mereka diteruskan. Pengerakan mereka agak perlahan kerana orang yang cedera parah
dibarisan hadapan tidak mampu bergerak dalam kadar yang amat pantas.

Dan pengerakan mereka bertambah lambat kerana ribut salji yang sedang menderu
seperti tiada akhirnya itu sedang menambahkan ketebalan salji dibawah kaki mereka semakin
bertambah. Menyedari betapa sukarnya untuk mereka meredah ribut salji itu, Khairul menoleh ke
arah Aziz yang sedang melangkah seiring dengannya di barisan paling belakang. Aziz menoleh
ke arahnya dengan senyuman sinis.

“Khairul. Aku tahu kau nak tebus dosa kau atas apa yang kau buat pada Fitri. Aku tahu ni
percubaan kau untuk cuba bina hidup baru kat atas pulau ni. Tapi Khairul, kau tak sedar ke yang
kau akan membunuh banyak orang lagi sebab kau nak kejar misi peribadi kau tu,” gumam Aziz
membuatkan langkah Khairul terhenti.

“Macam mana… macam mana kau tahu pasal Fit?” soal Khairul.

Serentak itu, kepala Aziz tiba-tiba berputar 360 darjah sebelum tiada lagi Aziz dengan
rambut beralun pada paras bahu sedang terpamer dihadapannya, sebaliknya Fitri dengan darah
yang sedang meleleh turun dari kepalanya. Khairul terundur beberapa tapak ke belakang. Jari-
jemarinya menggigil menatap wajah Fitri.

“Khairul… kau ingat tak macam mana… kau bunuh aku?” gumam Fitri.

“Aku… tak… macam mana… tadi… Aziz mana…” Khairul mula melihat sekitarnya.
Kejutan kedua yang menyerangnya apabila dia tidak melihat walau seorang pun ahli
kumpulannya sedang bersama dengan dirinya dalam meredah ribut salji itu. Semuanya hilang
dalam sekelip mata.

“TUHAN telah kembalikan aku ke atas muka bumi ni. Aku datang sebab nak bunuh kau.
Aku nak bawak kau ke neraka balik!” gumam Fitri sambil merenung tajam ke arah Khairul yang

112
sedang berdiri menghadap Fitri. Tiba-tiba sahaja, muncul ditangan Fitri ialah lampu hotel yang
menjadi senjata Khairul memukul kepalanya.

“Mesti kau ingat kan lampu ni sahabat? Tergamak kau pukul aku dengan lampu ni!”
teriak Fitri tiba-tiba. Khairul berundur beberapa tapak ke belakang sebelum dia tersandar pada
sebuah dinding. Ehh ada dinding? Dan sekelip mata sahaja, daripada pemandangan ribut salji
yang membataskan pengelihatannya, sebaliknya dia kembali dalam bilik tempat dia membunuh
Fitri dulu.

“ALLAH! Bilik ni lagi?” soal Khairul.

“Baru nak ingat TUHAN ke celaka!” tempik Fitri lalu menghayunkan lampu meja
ditangannya ke arah kepala Khairul. Mujurlah Khairul sempat menunduk, lantas lampu meja itu
mengenai dinding dibelakangnya sebelum pecah.

“Boleh tak kau dengar dulu aku nak cakap? Demi ALLAH aku tak sengaja bunuh kau
hari tu! Aku…”

“Tak sengaja kau rampas nyawa aku lah celaka!” pintas Fitri. Sekali lagi dia
menghayunkan lampu meja itu, dan buat kali kedua, Khairul sempat mengelakkannya. Semakin
jauh Khairul menjauhkan dirinya daripada Fitri. Daripada koridor biliknya, Khairul bergerak ke
arah dapur yang berdekatan sebelum dia mencapai sebilah pisau paling dekat dengannya.

“Jangan dekat atau aku bunuh kau untuk kali kedua!” teriak Khairul memberi amaran.

“Cubalah. Kalau kau mampu. Kalau kau mampu bunuh aku, aku tak akan kacau lagi,”
tawar Fitri. Senyumannya semakin sinis.

“Aku mintak maaf. Aku… terpaksa,” gumam Khairul. Dia terus mengetatkan pegangan
pisaunya. Dan tiba-tiba sahaja dia meluru ke arah Fitri, lalu membenamkan mata pisaunya di
perut Fitri. Ada darah mula terbuak-buak keluar dan Khairul berundur beberapa tapak ke
belakang. Tetapi Fitri masih berdiri gagah.

“Khairul Anuar nak bertaubat. Khairul Anuar nak berubah. Tapi Khairul Anuar yang aku
lihat depan mata aku, langsung tak teragak-agak nakk bunuh aku buat kali kedua. Khairul Anuar
yang aku lihat, sebenarnya cuba nak berlagak baik, padahal dalam jiwa dia, kejahatan yang dia
dilahirkan bersama, tak pernah pun hilang. Khairul… munafik nombor satu aku pernah jumpa,”
gumam Fitri sambil mencabut pisau yang terbenam pada perutnya sebelum dicampakkan jauh
dari tangannya.

“Kenapa… kau tak mati lagi?” gumam Khairul, tergagap.

“Sebab aku sememang dah mati. Aku datang balik sebab nak bunuh kau. Nak bawak kau
ke neraka semula dengan aku,” ucap Fitri.

113
“Dah mati… neraka… sekejap…” gumam Khairul.

“Dah bersedia nak ikut aku?” soal Fitri.

Terus Khairul menoleh ke arah rak kayu di dapur tersebut. Sambil Fitri menghampirinya,
sambil itu Khairul tiba-tiba menghentakkan kepalanya beberapa kali pada rak kayu itu.

“Come on. Kau tak wujud. Cepat! Cepat! Aku kena kembali ke realiti!” gumam Khairul
sambil menghentakkan kepalanya beberapa kali pada rak kayu itu. Entah pada hentakan yang ke
berapa, darah mula meleleh dari dahi Khairul. Pada ketika itu, bayangan Fitri sedang
menghampirinya semakin hilang.

“Sikit lagi. Sikit lagi!” teriak Khairul memberi semangat kepada dirinya. Pada hentakan
yang terakhir, barulah gambaran hotel tempat dia terbunuh Fitri ghaib dari pancaindera,
sebaliknya dia sedang memegang sebongkah batu sambil melutut di atas tanah. Aziz dan Puteri
sedang mengapit dirinya, cuba menyedarkannya.

“Aziz… Puteri…”

“Kepala kau berdarah,” gumam Aziz.

“Banyak ahli dalam kumpulan kita kena hipotermia. Bukan awak jer alami halunisasi,”
gumam Puteri sambil menunjuk ke arah barisan yang berhenti sejenak. Mata Khairul dapat
menangkap bukan dia sahaja dalam halunisasi, tetapi beberapa antara mereka. Antaranya ialah
Izzlorna, Jihyo, Haziq, Zaki, Ted dan banyak lagi.

114
Bab 31

Izzlorna terkebil-kebil membuka matanya. Tiada lagi ribut salji yang mencengkam setiap
inci kulitnya. Tiada lagi rasa sejuk yang menular sehingga ke tulang hitamnya. Sebaliknya dia
sedang terikat pada kayu yang dipasakkan pada tengah-tengah takungan air besar yang
menempatkan seekor jerung pra-sejarah gergasi.

“ALLAH! Tak akan aku kena tangkap untuk kali kedua!” gumam Izzlorna yang sedang
berusaha untuk melepaskan dirinya. Tetapi ikatan itu terlalu kuat membelenggu dirinya. Dan
kemudian, matanya dapat menangkap kelibat sirip ikan jerung sedang bergerak mengitari
dirinya.

“Ya ALLAH! Dia tak mati lagi!” ucap Izzlorna. Dan kemudian, mata Izzlorna dapat
menangkap kelibat Aziz dan Khairul sedang menghampiri dirinya dengan sebuah bot. Ada
kelihatan juga ratusan lembing-lembing dalam bot yang sedang dipandu oleh Khairul sendiri.

“Syukurlah korang datang!” Ada riak kelegaaan terukir pada wajah Izzlorna. Terus
senyuman terukir sambil memandang penuh pengharapan ke arah dua jejaka itu. Namun, entah
kenapa, tiba-tiba sahaja bot yang dikemudi oleh Khairul itu tiba-tiba berhenti ditengah-tengah
tasik.

“Korang?” soal Izzlorna dari jauh. Senyuman yang terukir tadi mula kendur sedikit.

“Kau mesti ingat kami datang nak selamatkan kau kan Izzlorna?” soal Khairul.

115
“Kali pertama kau tertangkap, mungkin kami akan buat macam tu. Tapi maaf, bukan kali
ni. Kau sebenarnya beban dalam kumpulan kita. Apa skill kau ada? Rakam video, kacau orang?
Menulis? Tak ada siapa sini yang perlukan bantuan kau. Kemahiran kau hanya membiarkan
musuh tangkap kau, lepas tu kami kena bersusah-payah selamatkan kau!” ucap Aziz pula.

“Janganlah buat aku macam ni. Aku tak nak mati lagi. Khairul… Aziz…” rayu Izzlorna.

“Kali terakhir kita selamatkan kau, Zaki hilang tangan dia tau! Kalau kami selamatkan
kau, apa yang kami akan hilang? Mata aku? Kaki Aziz?” soal Khairul.

“Aku cadangkan kita duduk dalam bot ni dan tengok si Izzlorna kena makan hidup-hidup.
Aku tak sanggup nak hilang anggota badan aku ni Aziz,” kata Khairul.

“Aku setuju dengan kau. Kita tengok jer,” balas Aziz.

***

Apabila Ted membuka matanya sahaja, dia mendapati yang dia sedang berada dalam
selimut. Tiada lagi kabur yang datang dari hasil ribut salji yang sedang menggila disekitar
mereka. Tiada lagi raja sejuk yang menggigit, sebaliknya dia sedang diselebungi oleh rasa
hangat. Apabila Ted menanggalkan selimut yang sedang menutupi seluruh tubuhnya, terus Ted
mendapati bahawa dia berada dalam sebuah bilik seorang budak kecil. Ada mainan bersepah di
atas lantai.

Tapi bukan itu yang mencuri perhatian Ted. Anak telinganya dapat menangkap bunyi
teriakan dari bilik sebelah. Bunyi itu berselang-seli dengan tangisan dan bunyi dinding dihentam
dengan sesuatu. Untuk seketika, Ted bangkit dari katilnya. Selimut tadi diletakkan ke tepi. Dia
terus mencapai anak patung Power Rangers yang sentiasa menemani lenanya. Patung itu akan
menenami Ted berhadapan dengan ayahnya.

“Sakit! Sakit abang! Jangan pukul Nisa macam ni!” teriak suara itu.

“Mak!” ucap Ted menyedari itu suara seseorang. Terus Ted berlari keluar dari biliknya.
Dia terus membuka pintu bilik tadi sebelum dia melihat kepala ibunya berdarah teruk, manakala
ayahnya sedang mengangkat tangan di udara, terkaku sejenak apabila Ted muncul sambil
memeluk anak patung Power Rangers.

Tanpa diarahkan, Ted terus berlari mendapatkan ibunya yang sedang menangis teresak-
esak. Apabila Ted sampai ke ibunya, terus ayahnya tiba-tiba menghadiahkan sepakan tepat ke
arah ibunya yang sedang meratap di atas lantai.

“Aku dah suruh kau diam! Kau tak reti diam! Sekarang kau dah bangunkan Safiuddin!”
pekik si ayah lalu terus memijak ibunya berkali-kali.

116
“Ayah! Jangan pukul mak!” teriak Ted. Tetapi ayahnya langsung tidak mengendah
kehadirannya. Dan tanpa disangka, Ted terpandang sebuah botol arak yang pecah, tergeletak di
atas lantai.

“Ayah! Jangan pukul mak!” teriak Ted lagi. Tapi kali ini dia meluru sambil memegang
botol kaca tadi. Terus botol kaca itu ditusuk sekuat hati pada perut ayahnya. Pengerakan kaki
ayahnya terhenti sejenak sebelum dia menoleh ke arah Ted.

“Ayah jahat! Ayah pukul mak sampai darah-darah. Safiuddin kena bunuh ayah jugak!”
gumam Ted dengan tangan yang berlumuran darah. Serentak itu, entah dari mana, ibunya terus
menamatkan riwayat si ayah apabila menghentam kepala lelaki itu dengan sebuah kerusi. Rebah
habis tubuh si ayah, Ted terus berlari memeluk ibunya.

***

Abbas terus terjun dari kudanya. Beberapa orang lain yang turut menunggang kuda turut
berhenti, mengikut jejak Abbas. Dia seperti sedang meneliti sesuatu di atas tanah sebelum
mendongak memandang langit. Akhirnya, jejak haiwan yang diburu oleh mereka dijumpai.

“Panah Anchiornis tu!” teriak Abbas memberi arahan. Seekor ayam pra-sejarah setinggi 1
meter yang memiliki bulu-pelepah hitam putih dengan jambul aneh berwarna oren sedang
melompat dari sebuah dahan ke dahan yang lain. Dari gayanya, ayam tadi tidak boleh terbang,
sebab itu ia meluncur dari pokok. Juliana dari atas kudanya terus mengejar pengerakan burung
itu, sambil meredah hutan tanah pamah.

“Dapat!” teriak Juliana apabila beberapa batang anak panahnya tepat mengenai tubuh
burung tersebut, lantas jatuh perlahan-lahan menyembah tanah. Apa lagi, Abbas terus
mendapatkan kudanya, lantas dipacu sederas mungkin ke tempat ayam tadi jatuh. Ahli kumpulan
pemburu yang dibawanya bersama ikut serta sekali. Namun, apabila mereka sampai ke situ,
bukanlah Anchiornis ditemui, sebaliknya beberapa ekor Smilodon muncul dari semak-samun,
sambil menderam ganas.

“ALLAH!” Spontan Abbas melafazkannya.

“Nak lari?” soal Juliana. Tetapi soalan itu tak sepatutnya ditanyakan.

“Dalam kiraan tiga, cabut!” teriak Abbas. Maka sambil memacu kudanya, Abbas
mengetuai kumpulan pemburu itu. Deras kuda tersebut berlari walaupun pelbagai halangan
seperti akar kayu, semak samun, dan bongkah batu. Akhirnya, mereka berjaya meninggalkan
kawasan hutan tebal itu, memasuki padang rumput yang luas.

Tetapi rupa-rupanya padang rumput yang luas terbentang itulah merupakan medan
permainan kumpulan Smilodon itu. Semakin pantas larian mereka mengejar hayunan kaki kuda-
kuda yang dinaiki oleh mereka. Sampai satu ketika, seorang rakan mereka bernama Rauf
tumbang ke tanah apabila seekor Smilodon berjaya menyambar kaki kuda mereka. Habis

117
terjelopok jatuh Rauf. Seekor Smilodon yang lain terus menyambar kaki Rauf, lantas jeritan
jejaka itu berkumandang di udara.

“Shit!” gumam Abbas sambil menoleh belakang.

“Kau nak ke mana tu?” soal Juliana yang menunggang kuda seiring dengan Abbas apabil
Abbas tiba-tiba mengambil keputusan untuk berpatah balik.

“Tolong kawan kitalah! Apa lagi!” balas Abbas.

***

Koridor hospital itu riuh apabila Isaac tiba-tiba muncul sambil mendukung seorang
wanita dengan perut memboyot. Ada kesan darah kelihatan mengalir dari kakinya. Wajah Isaac
pulak berkerut, dengan bermandi peluh. Terus seorang jururawat paling dekat menolak sebuah
katil untuk Isaac meletakkan wanita itu.

“Isteri encik dah berapa lama mengandung?” Seorang doktor menghampiri Isaac ketika
mereka sama-sama menolak katil tersebut.

“9 bulan. Doc, tolong selamatkan isteri saya. Saya sayang dia,” ucap Isaac spontan.
Doktor yang bertuga sekadar mengangguk. Isteri Isaac dibawa masuk ke Dewan Bersalin. Isaac
disuruh untuk duduk diluar sementara doktor selamatkan isterinya. Tertidur Isaac menunggu
doktor menyelamatkan isterinya. Apabila pintu dewan itu terbuka, barulah Isaac terkebil-kebil
membuka matanya.

“Macam mana isteri saya doc?” soal Isaac. Namun, Isaac seperti dapat menangkap apa
yang berlaku berdasarkan riak wajah yang terpamer pada wajah doktor tadi. Dia tidak menjawab
soalan Isaac, sebaliknya tapak tangannya menyentuh belakang Isaac.

“Saya minta maaf. Isteri dan anak encik tak dapat diselamatkan,” gumam doktor yang
bertanggungjawab menyelamatkan isteri Isaac. Ada air mata yang mengalir tanpa sedar,
manakala Isaac terduduk di salah satu kerusi besi yang paling hampir. Kalau tadi air mata
mengalir, namun sekarang Isaac persis seperti budak kecil yang menangis apabila sesat daripada
ibunya. Tangannya menggigil mahu mendail nombor seseorang.

“Mak… Raihana dah pergi…” ucap Isaac.

“Siapa… cakap Raihana dah pergi?” soal satu suara membuatkan Isaac mendongak.
Rahaina yang didukungnya tadi sedang berdiri sambil mendukung seorang bayi.

“Sa…yang?” Isaac tergamam. Dia cuba menyentuh Raihana yang sedang berdiri
depannya, tetapi telus. Namun, Raihana masih kekal tersenyum.

“Abang belum sampai ke alam tempat Raihana dah sampai. Abang tak nak ikut Raihana
ke?” soal Raihana.
118
“Macam… mana?” soal Isaac.

“Dalam seluar jeans abang kan ada pistol. Apa kata abang guna pistol tu, dan tembak
kepala abang. Nanti, abang boleh pegang Raihana dengan anak abang.”

Bab 32

Khairul sambil dipapah oleh Aziz menghampiri Izzlorna yang sedang menjerit histeria.
Izzlorna tidak habis-habis menjeritkan pertolongan sambil sesekali-kala dia melaungkan nama
jerung gergasi bernama Megalodon. Air mata dari gadis itu sudah mencurah-curah keluar.
Kepalanya terliang-liuk ke kiri dan kanan. Terus Khairul memegang kedua-dua pipi Izzlorna.

“Izzlorna! Dengar sini. Ni aku Khairul. Apa yang kau nampak tu halunisasi kau jer.
Megalodon tak wujud. Aziz semua ada kat sini. Please… bangun,” pesan Khairul, berbisik ditepi
telinga Izzlorna. Namun, gadis itu masih berterusan menjerit kesakitan.

“Khairul! Sini! Tengok si Ted ni,” panggil Marina tidak jauh daripada Khairul.

“Jaga Izzlorna, pastikan dia tak jauh dari sini,” pesan Khairul. Terus Khairul sambil
memegang kepalanya yang masih tersisa rasa sakit menghampiri Ted yang sedang duduk
berpeluk tubuh. Dia seperti ketakutan. Air mata mengalir dari matanya. Dari jauh, kelihatan
seperti Ted menggumam seorang diri.

“Kenapa dengan Ted? Halunisasi sekali?” soal Khairul.

“Dengar ni…” suruh Marina.

“Ayah. Jangan pukul Safiudin lagi…”

“Safiudin?” soal Khairul sambil menoleh ke arah Marina.

“Nama betul dia. Ted tu nama panggilan untuk kawan-kawan,” kata Marina. Khairul
mengangguk. Marina beralih ke tepi, memberi ruang untuk Khairul bercakap sendiri dengan Ted.

“Safiuddin. Ni abang Khairul. Safiuddin dengar sini. Ayah Safiuddin dah tak pukul
Safiuddin lagi. Dia dah jauh dari Safiuddin,” tutur Khairul.

119
“Abang Khairul?” soal Marina.

“Yup. Aku rasa dia terperangkap dalam memori dia masa budak-budak dulu. Macam aku
tadi, terperangkap dalam memori silam aku,” kata Khairul.

“Ayah! Janganlah pukul mak! Mak tak bersalah!” teriak Ted tiba-tiba. Kalau tadi dia
menderam aneh, kali ini dia menjerit, lalu tiba-tiba berdiri dan mahu berlari. Terus Marina
memeluk lengan lelaki itu, memaksa dirinya untuk kekal setempat.

“Abbas! Abbas! Jatuhkan lembing itu!” teriak Puteri tidak jauh daripada situ. Kalau tadi
Izzlorna dan Ted tenggelam dalam halunisasinya sahaja, tidak membahayakan orang
disekitarnya. Namun lain dengan Abbas, dia mengancam untuk membunuh setiap antara mereka.

“Kenapa ni Puteri?” soal Abbas ketika dia menghampiri Puteri.

“Abbas! Dia nak tikam semua orang!” ucap Puteri. Khairul dapat menangkap Juliana
menenangkan Isaac dari arah yang lainnya.

“Rauf! Kau bertahan sekejap jer kat situ! Aku dengan Juliana akan pertahankan kau
daripada Smilodon ni!” teriak Abbas sambil berkerut dahinya.

“Ju! Siapa Rauf?” soal Khairul.

“Aku rasa Abbas masih tenggelam memori minggu lepas masa kami pulang daripada
berburu. Kami terkepung dek beberapa ekor Smilodon yang cuba rampas daging buruan kami.
Rauf terkorban dalam kepungan tu,” jelas Juliana.

Seperti dirinya, Khairul menyedari halusiniasi yang menimpa kebanyakan daripada


mereka disitu melibatkan memori paling gelap, menakutkan dalam hidup mereka. Dia dengan
penyesalan terbesar dalam hidupnya yang melibatkan dia terpaksa membunuh Fitri. Bagi
Izzlorna, terikat pada sebatang kayu ditengah-tengah tasik besar untuk dijadikan korban jerung
pra-sejarah paling mendatangkan seriau untuknya. Dan untuk Ted, memori paling hitam didera
oleh ayahnya membuatkan dia memiliki personaliti seorang Bipolar.

“Abbas! Dengar sini. Aku tahu yang kau masih waras kat dalam sana. Jatuhkan lembing
kau tu! Smilodon tak wujud di sini! Yang ada kawan-kawan kau!” tutur Khairul sambil cuba
menghampiri Abbas. Namun, pandangan jejaka itu tetap kosong, merenung penuh bengis ke arah
Khairul yang cuba menghampirinya. Sambil mendekati Abbas, Khairul memberikan isyarat
kepada Juliana untuk menghampiri Abbas dari belakang.

“Sini kau binatang! Jangan cuba kau hampiri aku!” teriak Abbas sekuat hatinya sebelum
dia tiba-tiba meluru ke arah Khairul sambil menghunus lembing ditangannya. Mujurlah Khairul
sudah bersedia lantas mengelakkan percubaan Abbas cuba menusuk perut Khairul. Dan ketika
Abbas terdedah akibat tertikam udara, Khairul dan Juliana terus merebahkan tubuh Abbas ke atas
tanah penuh bersalji.

120
“Pengsankan dia!” teriak Khairul. Juliana mengangguk. Sekali hayunan tangan sahaja
terus mata Abbas terlelap.

“Woii Isaac! Ingatlah TUHAN! Apa kejadah kau nak tembak diri kau?” teriak satu suara
yang datang tidak jauh dari daripada tempat Khairul dan Juliana berjaya menumbangkan Abbas
di atas tanah.

“Ju, kau tengok-tengokkan dia. Aku nak tolong Isaac!” Khairul memberi arahan kepada
Juliana yang dibalas angukkan.

Apabila Khairul sampai ke punca suara tersebut, maka tahulah dia bahawa Azly sedang
membantu Isaac untuk mendapatkan kewarasannya. Tetapi apabila Khairul muncul, terus Azly
melontarkan pandangan jijiknya.

“Kenapa dengan dia Dato’?” soal Khairul.

“Kau buta ke tak nampak? Dia nak tembak diri dialah!” balas Azly sinis.

“Raihana. Abang… abang akan tembak diri abang…. macam yang Raihana suruh. Abang
tak sabar-sabar nak jumpa Raihana kat alam sana…” ucap Isaac dengan air mata yang mengalir
deras dari kedua-dua kelopak matanya.

“Celaka! Kau akan neraka kalau kau bunuh diri!” teriak Khairul sebelum dia menoleh ke
arah Isaac.

“Macam mana dia boleh ada pistol?” soal Khairul.

“Marshall pesawat macam dia memang dibenarkan bawa senjata dalam pesawat,” kata
Azly.

“Tunggu abang tau Raihana,” gumam Isaac sambil mula memejamkan matanya. Laras
pistol ditangannya mula ditarik. Jarinya sudah diletak kemas pada tempat picunya.

“Celaka! Jangan ambil nyawa kau! Raihana tu tak wujud!” Azly sudah menjerit,
manakala Khairul sempat merempuh tubuh Isaac. Bunyi tembakan bergema manakala tubuh
mereka berdua bergolek di atas lantai. Kumpulan mereka yang sedang mengendalikan manusia-
manusia yang mula dilanda halunisasi akibat cuaca sejuk melampau menoleh ke arah mereka.

“Khairul! Awak okey ke?” soal Puteri ketika dia menghampiri Khairul yang terbaring
sambil Isaac tidak sedarkan diri.

“Lengan saya, kena peluru. Tapi sipi jer. Luka sikit jer,” tutur Khairul sambil bangkit
memegang lengannya.

“Puteri, diaorang boleh mati sebab ketakutkan kan?” soal Khairul. Puteri disebelahnya
mengangguk.

121
“Semua dengar sini! Atas arahan daripada aku! Kita kena pengsankan setiap kawan-
kawan kita yang alami halunisasi. Aku takut diaorang akan buat benda bodoh dengan bunuh diri
diaorang. Dr Puteri kat sebelah aku bagitahu yang ada kemungkinan diaorang akan mati
ketakutan jugak! Lepas tu kita gagahkan diri kita papah, dukung diaorang untuk bawak ke
rumah api yang Aziz cakap!” teriak Khairul memberi arahan. Aziz yang tidak jauh dari Khairul
terus memegang lengan Khairul.

“Kau gila ke? Ini masa untuk kita tinggalkan orang yang lemah…”

“Pada mata aku, Izzlorna tu lemah! Apa yang dia boleh buat? Tapi kau sanggup
tinggalkan dia mati kesejukan kat sini?” soal Khairul tiba-tiba, berbisik penuh geram. Lengan
Aziz turut dicengkamnya. Untuk seketika, Aziz menoleh ke arah Izzlorna yang sedang menangis
teresak-esak, menjerit ketakutan meminta tolong.

“Aku hanya akan bawa Izzlorna jer. Jangan paksa aku bawa orang lain,” kata Aziz sambil
menepis cengkaman jari-jemari Khairul.

Bab 33

122
Khairul memilih untuk menggendong tubuh Abbas. Tubuh lelaki itu kekar, berotot, dan
agak berat, tetapi Khairul sendiri memilih untuk menyelamatkan semua yang ada disitu tanpa
meninggalkan hatta seorang pun dalam ribut salji yang sedang menggila.

Aziz disebelahnya mengetuai jalan sambil mengendong Izzlorna dibelakangnya, seperti


mana yang Aziz sendiri tekad. Dan hampir setiap orang ahli kumpulannya, mereka patuh sahaja
dengan arahan Khairul. Ada yang memapah rakan mereka bersama. Yang kuat, terutama kaum
lelaki akan menggendong sahaja dibelakang macam yang Khairul dan Aziz lakukan.

“Kenapa kau beriya-iya nak selamatkan semua orang ni?” soal Aziz.

“Sebab kalau aku masa zaman jahiliyyah aku akan tinggalkan korang semua kat sini,”
balas Khairul.

“Tak berdosa kalau kalau kau fikirkan tentang diri mereka yang lebih layak diselamatkan.
Manusia tak boleh selamatkan semua orang Khairul,” pesan Aziz.

“Dan kenapa kau beriya nak tinggalkan manusia yang sangat susah nak diselamatkan tu
semua?” soal Khairul.

“Sebab aku pernah berada ditempat kau, dan aku hilang segala-galanya. Dan aku tak nak
hilang segala-galanya nanti,” kata Aziz sebelum dia melajukan langkahnya dihadapan. Khairul
sekadar memandang sambil membetulkan gendongannya.

“Saya setuju awak ambil keputusan untuk selamatkan semua orang,” gumam satu suara
yang tiba-tiba muncul di sebelah Khairul. Puteri sedang mendukung Jihyo, gadis kacukan Korea-
Melayu yang kononnya merupakan anak duta Korea di Malaysia.

“Kenapa kita nak menyerah sesenang itu? Lagipun lagi 1 kilometer jer rumah api tu. Tak
jauh dah. Kita cuma kena kuatkan diri kita. Redah sikit jer ribut salji ni untuk sampai ke rumah
api tu. Awak jangan dengar sangat cakap si Aziz tu. Dia mungkin dah berseorangan lama sangat
kat luar sana sampai lupa dah macam mana menjadi manusia, sampai lupa macam mana kuatnya
ikatan antara kumpulan manusia yang bekerjasama demi satu matlamat,” tutur Puteri.

Khairul memilih untuk diam. Dia sebenarnya terperangkap untuk senada dengan
pandangan realis Aziz, atau ucapan indah penuh idealis yang dilontarkan oleh Puteri. Kalau
diikutkan hatinya, memang dia akan ikut pilihan Aziz. Tetapi sebagai seorang yang dilantik
sebagai ketua, pemimpin antara mereka, apabila dia memandang setiap mata mereka, maka
perasaan bersalah itulah yang membuatkan dia tekad untuk membantu mereka disitu.

“Betul ke sebab rasa bersalah pandang mata diaorang Khairul? Betul ke sebab kau rasa
tanggungjawab sebagai ketua? Atau tu cara kau tipu diri kau?” Soal satu suara tiba-tiba yang
muncul dari arah kiri Khairul.

123
“Siapa tu?” soal Khairul. Ada seseorang sedang melangkah seiring dengannya sambil
meredah salji itu. Tetapi dek kerana ribut salji, wajah lelaki itu tidak berapa jelas pada
pandangan Khairul.

“Aku. Musuh utama kau yang kenal diri kau dari A sampai Z,” kata suara itu ketika dia
melangkah lebih dekat dengan Khairul untuk memastikan Khairul dapat melihat wajahnya
dengan jelas.

“Kau tak wujud,” gumam Khairul apabila Fitri tersenyum sinis. Dia masih dalam
penampilan yang sama ketika detik sebelum dia mati dibunuh oleh Khairul. Darahnya masih
jelas mengalir pada dahinya. Bezanya, dia masih melangkah bersama Khairul.

“Ya, aku tak wujud. Tapi aku wujud dalam kepala kau. Aku halunisasi yang kepala kau
cipta untuk ingatkan kat kau siapa diri kau yang sebenarnya Khairul,” ucap Fitri. Khairul
berterusan untuk tidak mengendahkan bayangan Fitri, lantas dia mengambil keputusan untuk
melajukan langkahnya demi mengejar Puteri yang berada di depannya.

“Puteri. Cakap dengan aku Puteri. Please,” suruh Khairul.

“Kenapa?” soal Puteri.

“Halunisasi aku tadi datang balik. Aku perlu kekal waras untuk sampai ke rumah api tu,”
kata Khairul. Puteri menoleh ke arah sekitar Khairul sejenak, seolah-olah cuba mencari bayangan
halunisasi yang sedang mendera Khairul.

“Jadi, ini ialah perempuan yang kau cuba curi hati dia dengan berlagak baik? Khairul,
kau simping kat dia ke sampai kau nak berlagak jadi malaikat?” soal Fitri.

“Baik. Saya akan cakap something. Oh ya, saya pernah cakap pasal anak saya kat awak
tak? Nama dia Amru. Nama sempena sahabat nabi yang merupakan panglima perang umat
Islam,” kata Puteri lantas dia mula bercerita mengenai Amru.

“Bro. Ingat ni bro. Kalau kau dengan dia, macam buy 1 free 1. Kau nak ke tanggung anak
dia dengan orang lain tu? Banyak lagi makwe-makwe dekat sini Khairul. Dengan perangai
berlagak baik kau, kau boleh dapat semua dan dapat pussy diaorang!” Fitri terus menghasut,
tetapi Khairul tidak mengendahkan suara-suara yang sedang dilontarkan oleh Fitri.

“Ingat tak masa kita dalam satu geng Aiman Hakim kat Universiti Tun Perak? Apa jer
benda jahat kita tak pernah buat? Dadah, pelacur, peras ugut orang, semua kita pernah bro. Aku
ingat lagi masa kau mengidam kat seorang makwe ni kat kelab malam. Kau mintak tolong aku
bubuh apa entah dalam minuman dia. Malam tu kita dua dapat rasa dia bro!”

“Amru tu umur dia dalam 3 tahun. Mak saya jaga dia sementara kita terperangkap dekat
sini. Saya rindu dekat dia. Khairul, awak tak ada seorang ke yang awak rindu kat luar sana?” soal
Puteri.

124
“Jawab nama aku bro. Jawab nama aku! Aku ni yang paling kau rindu. Sebut nama aku!”
Fitri terlompat-lompat sambil menuturkannya.

“Ada. Saya rindu sahabat saya. Nama dia Fitri,” balas Khairul.

“Auww. So sweet,” ucap Fitri dengan mata yang bersinar.

“Mana dia?” soal Puteri.

“Jawab aku dah mati. Jawab kau bunuh aku. Aku nak tengok reaksi dia bila tahu yang
lelaki yang dia mati-mati nak angkat sebagai ketua ni sebenarnya pembunuh!”

“Dia hilangkan diri dia. Sepatutnya dia dengan saya untuk ke Korea, naik flight dengan
saya. Kami rancang nak bina hidup baru kat sana,” kata Khairul.

“Dasar penipu punya pembunuh!” Fitri membersut marah.

“Tolong!” teriak satu suara yang datang dari hujung barisan kumpulan manusia yang
sedang menapak meredah ribut salji itu.

“Kenapa tu?” soal Khairul spontan.

“Ada burung besar sambar Faeez dalam ribut salji!” teriak satu suara yang lain. Tapi
masalahnya dalam kepekatan ribut salji itu, langsung tidak kelihatan sebarang burung besar atau
gergasi yang dimaksudkan oleh ahli kumpulannya.

“Faeez mana?” teriak Khairul. Serentak itu, dari udara, jatuhnya sebuah tubuh berdebuk
di hadapan Khairul. Faeez dengan kepala berlumuran darah, mata terbeliak, dengan tangan
terlipat belakang manakala kaki longlai.

“ALLAH!”

“Ada… garuda…” terputus-putus Faeez, cuba menuturkannya.

125

Anda mungkin juga menyukai