Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga soalan 30


Pilih jawapan yang paling sesuai

1. Puan Selvi meminta izin daripada ketuanya untuk pulang awal bagi persiapan upacara
keagamaan di rumahnya. Apakah tindakan ketuanya?

A. Menyindir perbuatannya
B. Membenarkannya pulang awal
C. Tidak memberi keizinan kepadanya
D. Membenarkannya tetapi harus pulang lewat pada keesokan hari

2. Anugerah Pekerja Cemerlang akan dianugerahkan kepada pekerja yang

A. bertanggungjawab dan mempunyai prestasi kerja yang bagus


B. tekun bekerja tanpa berkomunikasi dengan pekerja lain
C. menggunakan jawatannya untuk kepentingan sendiri
D. melaksanakan kerjanya dengan baik meskipun selalu datang lewat

3. Manakah antara perkara berikut dapat menjatuhkan maruah remaja?

A. Melepak dan berpelesiran di pusat beli-belah


B. Berjaya dengan cemerlang dalam sukan
C. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik
D. Berpakaian sopan dan bertingkah laku sopan

4. Setiap kakitangan perlu menerima kritikan dan teguran yang membina dengan
_________________ demi mempertingkatkan kualiti kerja.

A. hati yang sensitif


B. pandangan sinis
C. fikiran yang terbuka
D. pandangan yang negatif

5. Membentuk peribadi mulia dan jati diri adalah penjelasan bagi nilai _____________

A. Harga diri
B. Hemah tinggi
C. Amanah
D. Bertanggungjawab

1
“Saya selalu dipandang rendah walaupun saya mendapat penyakit AIDS daripada suami saya
sendiri”

6. Pada pendapat kamu, apakah yang telah berlaku kepada Rafidah sehingga dia berkata
demikian?

A. Mendapat gangguan fizikal


B. Disisihkan oleh masyarakat
C. Hilang semangat
D. Dibenci oleh ahli keluarga suami

7. Bagaimanakah cara paling ideal menimbangkan kesan perlakuan dan pertuturan?

A. mengikut nasihat rakan


B. mengutamakan kepentingan diri
C. berfikir dahulu sebelum bercakap
D. bertutur dengan bahasa yang sopan

Puan Hafizah memasukkan anaknya ke kelas seni selepas melihat anaknya gemar melukis.

8. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah peranan Puan Hafizah terhadap anaknya?

A. mengasuh
B. mendidik
C. membina personaliti
D. menegur dan menasihati

9. Peraturan diwujudkan di rumah bertujuan untuk _________________.

A. mendidik perkara yang betul


B. melindungi keselamatan keluarga
C. membentuk disiplin yang tinggi
D. menghukum ahli keluarga yang ingkar akan arahan

10. Bagaimanakah setiap ahli keluarga menjaga maruah keluarga?

A. Menjaga tutur kata dan perlakuan


B. Mendedahkan rahsia ibu bapa
C. Menceritakan keburukan keluarga
D. Memberikan kasih sayang kepada anggota keluarga

2
Prinsip kekeluargaan
11. Apakah maksud prinsip di atas?

A. Maruah keluarga harus dipelihara dan dipertahankan oleh setiap anggota keluarga.
B. Perjanjian antara anggota keluarga supaya berakhlak mulia dalam kehidupan.
C. Satu amalan disiplin dan dihormati oleh semua anggota keluarga.
D. Peluang membentuk imej keluarga yang positif agar melahirkan keluarga yang harmoni.

12. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan akan menyebabkan seseorang itu terjebak dengan
_____________

A. aktiviti vandalism
B. penagihan dadah
C. beban hutang
D. aktiviti lumba haram

13. Apakah tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa?

A. melahirkan anak yang sihat


B. menjelaskan hutang ibu bapa
C. menjaga nama baik dan maruah keluarga
D. bekerja untuk menambah sumber ekonomi.

14. Antara berikut manakah bukan barangan yang boleh dikitar semula?

A. Kaca
B. Makanan
C. Kertas
D. Tin aluminium

15. Yang mana antara berikut adalah merupakan permainan tradisional

A. congkak
B. bola sepak
C. boling
D. hoki

16. Ideologi Negara yang menjadi pegangan hidup rakyat Malaysia yang pelbagai kaum
dikenali sebagai ___________.

A. Jata Negara
B. Tugu Negara
C. Perlembagaan Negara
D. Rukun Negara

17. Yang berikut adalah kepentingan mamahami agama dan kebudayaan kaum lain kecuali
________

3
A. mengelakkan dari berlaku pertelingkahan
B. mewujudkan sikap saling menghormati antara kaum.
C. meningkatkan persefahaman dan perpaduan rakyat
D. mewujudkan masyarakat moden yang bersikap individualistik

18. Apakah bentuk pengiktirafan kerajaan kepada pekerja terhadap sumbangan mereka
dalam pembangunan Negara?

A. cuti umum Hari Pekerja


B. pemberian gaji
C. melancong secara percuma
D. pemberian hadiah

20. Hak cipta ialah hak eksklusif yang diperuntukkan oleh undang-undang untuk mengawal
___________

A. kenaikan harga barangan


B. keaslian sesuatu karya
C. perjanjian jual beli karya
D. penggunaan karya bagi tempoh yang ditetapkan

Soalan 21 hingga 26
Arahan : Pilih dan tulis jawapan yang betul

Ringkasan Jawapan

A. I sahaja C. II dan III sahaja


B. B. I dan II sahaja D. I, II dan III

21. “Kerajaan telah sentiasa mempertimbangkan keperluan rakyat apabila memulakan


sesuatu program kemajuan”

Nilai yang telah diambil oleh kerajaan ialah _________

I. Rasional
II. Keadilan
III. Bertanggungjawab

Jawapan: ___________________

22. Pilih aktiviti yang boleh dilakukan untuk memelihara dan memulihara bumi.

I. Menanam semula pokok


II. Mengitar semula botol kaca dan surat khabar lama
III. Membuang sisa kumbahan domestik dan kilang ke sungai
4
Jawapan: ___________________

23. Bangunan yang menjadi warisan dan khazanah Negara ialah ____________

I. Kellies Castle
II. Kota Ngah Ibrahim
III. Bangunan Sultan Abdul Samad

Jawapan: ___________________

24. Aspek pendidikan daripada segi _________ perlu untuk pengembangan kanak-kanak
yang sihat.

I. minda
II. sahsiah
III. fizikal

Jawapan: ___________________

25. Apakah maksud hak untuk memilih kepada seseorang pengguna?

I. menentukan kualiti barangan pada harga berpatutan


II. bebas membayar secara tunai atau kad kredit
III. berpengetahuan dalam hal-hal kepenggunaan

Jawapan: ___________________

26. Amalan sikap keterbukaan dapat mengekalkan kemesraaan dan mengelakkan


__________

I. perpaduan
II. perselisihan faham
III. syak wasangka

Jawapan: ___________________

5
Soalan 27 hingga 29

Arahan: Baca petikan di bawah ini. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut:

Kok Keong : Saya sangat marah dengan kakak saya tadi.

Palani : Mengapa? Tidak baik berperasaan begitu.

Kok Keong : Kakak saya selalu mengutamakan adik. Saya selalu berasa diketepikan seolah-
olah saya tidak penting.

Palani : Kakak awak mesti berandaikan bahawa awak sudah besar dan boleh berdikari.
Lagipun adik awak masih kecil dan memerlukan lebih perhatian. Jika saya
menjadi kakak awak, saya juga akan berbuat perkara yang sama.

27. Apakah punca Kok Keong berkecil hati terhadap kakaknya?

A. kerana kakak menyakiti hatinya


B. kerana kakak mengetepikan dirinya
C. kerana kakak memanjakan adik
D. kerana kakak memarahi dirinya

28. Mengapakah Palani mengatakan yang dia juga akan berbuat perkara yang sama?

A. kerana adik Kok Keong masih kecil


B. kerana adik Kok Keong lebih manja
C. kerana kakak Kok Keong bersikap pilih kasih
D. kerana kakak Kok Keong berhak berbuat demikian

29. Apakah tindakan terbaik yang perlu diambil oleh kakak Kok Keong?

A. memarahi Kok Keong kerana tidak memahami keadaan


B. memberitahu ibu bapa supaya Kok Keong dipukul
C. member layanan yang sama rata kepada adik-beradik
D. mengutamakan kehendak diri sendiri

30. Yang berikut adalah ciri-ciri individu yang bersikap adil kecuali ______

A. mengutamakan kepentingan sebelah pihak


B. mengambil tindakan yang saksama
C. membuat keputusan yang memuaskan hati semua pihak
D. tidak terpengaruh dengan orang lain

6
BAHAGIAN B
Soalan 31 hingga 35
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

> komitmen / kempen / sokongan / sukarelawan / kemajuan

31. ______________ ialah usaha penyebaran maklumat secara besar-besaran dengan tujuan
membantu masyarakat membuat pilihan dan keputusan terbaik.

32. Orang yang suka melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan digelar _____________

33. Kejayaan sesuatu kempen memerlukan _____________ yang padu daripada masyarakat.

34. Sesuatu program yang dirancang semuanya bertujuan untuk __________ Negara dan
rakyat.

35. Setiap ahli masyarakat perlu mempunyai _________ terhadap tanggungjawab


menjayakan kempen dan program yang dirancang.

BAHAGIAN C
Soalan 36 hingga 40
Tandakan ( / ) bagi jawapan yang betul

36.

A Golongan kurang upaya banyak menyumbang kepada aktiviti ekonomi


seperti mengusahakan kraf tangan

B Golongan kurang upaya tidak dilatih kemahiran vokasional kerana peluang


kerjaya yang terhad.

37.

A Dirinya tergolong dalam golongan kurang upaya, tetapi Tuhan selalunya


memberikan keistimewaan dalam bidang lain.

B Nasib golongan kurang upaya akan gelap kerana kecacatan yang ada dan
diskriminasi karajaan

38.

A Orang kurang upaya kebiasaannya kurang berjaya dan tiada keyakinan diri
untuk berjaya.

B Stephan William Hawking, pakar fizik dan matematik berjaya walaupun


tidak boleh berjalan, bercakap mahupun mengangkat kepala.

7
39.

A Pelbagai insentif dan diskaun diberikan kepada golongan kurang upaya


dalam perkhidmatan sebagai tanda pengiktirafan sumbangan mereka.

B Golongan kurang upaya kurang mendapat tempat di universiti kerana


kekurangan fasiliti untuk mereka di universiti.

40.

A Masyarakat jarang menilai keupayaan golongan kurang upaya kerana mereka


suka hidup dalam kelompok sendiri.

B Prof. Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh ialah tokoh golongan kurang upaya yang
cacat penglihatan, tetapi menjadi pakar rujuk kerajaan dalam bidang
ekinomi.

8
BAHAGIAN D
Jawab semua soalan

Mak, maafkan saya. Saya telah memalukan keluarga


dengan perbuatan negatif saya. Saya menyesal…..

1. (a) Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh budak lelaki tersebut.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________
(4 markah)

(b) Nyatakan satu akibat perbuatan negatif yang dilakukannya.

__________________________________________________________________
(1 markah)

2. (a) Nyatakan dua contoh pembakaran secara terbuka

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________
(2 markah)

(b) Nyatakan dua kesan akibat pembakaran terbuka kepada manusia

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

(2 markah)

9
(c) Apakah satu cara untuk menghapuskan sampah tanpa melakukan pembakaran sampah
sarap secara terbuka.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(1 markah)

Pilihan membeli produk

Produk tempatan Produk import

3. (a) Sebagai pengguna bijak, apakah pilihan buatan produk yang dibeli?
Jelaskan sebab anda berkata demikian.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

(b) Nyatakan nilai yang dipupuk melalui pembelian produk tempatan

i. ___________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________

iii.___________________________________________________________________

(3 markah)

Susan dan keluarganya tinggal di suatu kawasan perkampungan. Walaupun


hidup dalam kemiskinan, mereka sekeluarga tetap bahagia. Susan berasa
bertuah kerana ibubapanya sentiasa berbincang dengannya dan adik
beradiknya sebelum membuat sesuatu keputusan. Dia dan adik-adiknya
berpeluang memberi pendapat masing-masing dalam perbincangan tersebut.
Suasana yang harmoni ketika perbincangan menyebabkan mereka tidak pernah
10
berkecil hati antara satu sama lain.
4. a) Nyatakan satu nilai yang sesuai dengan petikan di atas?

______________________________________________________________________

(1 markah)

b) Berikan dua kebaikan mengamalkan nilai 4(a) di atas?

i. ___________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________

(2 markah)

c) Berikan dua panduan lain yang perlu diamalkan semasa berbincang dengan anggota
keluarga selain daripada yang ditunjukkan oleh keluarga Susan.

i. ____________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________
(2
markah)

Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh

………………………………….. ………………………………………

(Mukaramah Binti Abu Talib) (Pn Lailatul Akmar Binti Saidin)

Guru Matapelajaran Pendidikan Moral Guru Kanan Matapelajaran


Kemanusiaan

11

Anda mungkin juga menyukai