Anda di halaman 1dari 4

SMK DR MEGAT KHAS, IPOH

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1
MASA: 1 JAM

NAMA: ______________________________________ TINGKATAN: ________

BAHAGIAN A (20 Markah)


Pilih jawapan yang paling sesuai

1. Nilai melindungi hak pekerja bermaksud


A. mengiktiraf perkhidmatan, jasa, dan sumbangan golongan pekerja
B. menghargai waktu bergembira golongan pekerja
C. menjaga makan dan minum golongan perkerja
D. menghargai pangkat pekerja

2. Antara berikut, yang manakah peranan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat demi keharmonian
negara?
A. Mengadakan kempen-kempen perpaduan B. Mengadakan kempen-kempen kebersihan
C. Melukis poster cinta akan tanah air D. Melukis poster antidadah

3. Gambar berikut menunjukkan penunggang motosikal itu mengamalkan nilai

A. Mematuhi peraturan B. mematuhi arahan ibu


C. mematuhi kehendak bapa D. mematuhi peraturan dan undang-
undang

4. Sikap sesetengah pengusaha kilang yang melakukan pencemaran dengan membuang sisa toksik
ke dalam sungai jelas menggambarkan mereka tidak mempunyai nilai
A. keharmonian antara manusia dengan alam sekitar B. cinta akan alam sekitar dan binatang
C. memulihara hidupan air D. keharmonian alam sekitar

5. Pengadil bola sepak SMK Methodist itu mengadili permainan tersebut tanpa mempunyai perasaan
berat sebelah. Pengadil ini mengamalkan nilai
A. Keadilan B. Berhemah C. Kerjasama D. Bertolak ansur

6. Mengapakan hak pengguna perlu dilindungi?


A. Pengguna mengharapkan perlindungan
B. Pengguna dan pengeluar akan bergaduh
C. Pengguna ialah golongan yang lemah
D. Menyedari kepentingan melindungi pengguna daripada dieksploitasi oleh pengeluar

7. Berikut ialah ciri-ciri nilai kebebasan beragama kecuali


A. sentiasa bersikap terbuka
B. perlu membuat pililhan mengikut ibubapa
C. sentiasa bersikap terbuka terhadap pilihan agama
D. sentiasa memandang agama tertentu lebih baik

8. Seorang pekerja melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Pekerja tersebut tidak pernah
menyerahkan tugasnya kepada orang lain. Pekerja tersebut mengamalkan nilai
A. amanah B. Harga diri C. Bertanggungjawab D. Kepercayaan kepada Tuhan
9. Pilih perlakuan yang berkaitan dengan cinta akan negara.
A. Seorang ayah menghantar anaknya yang sakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
B. Rakyatnya tidak bermusuhan antara satu sama lain.
C. Zainal berusaha mengharumkan nama negara dengan memenangi acara sukan badminton di
peringkat antarabangsa.
D. Melindungi sungai di Malaysia daripada pencemaran.

10. Apakah langkahh untuk menerapkan nilai hidup bersama secara aman?
A. Berjiran sambil menindas golongan miskin
B. Berjiran sambil ziarah-menziarahi
C. Hidup bersendirian tanpa jiran
D. Hidup secara individualistik

11. Pilih cara-cara yang menunjukkan seseorang individu menyayangi keluarga mereka.
I. Bersedia membantu ahli keluarga
II. Patuh nasihat ibu bapa
III. Tidak menghiraukan masalah yang dhadapi oleh ahli keluarga
IV. Menghormati ahli keluarga
A. I,II dan III B. II, III dan IV C. I,II dan IV D. I,III dan IV

12. Antara berikut, yang manakah kebaikan mengekalkan perpaduan kaum?


I. Masyarakat mementingkan diri masing-masing
II. Dapat hidup aman dan damai
III. Mengelakkan ancaman luar
IV. Keharmonian negara
A. I,II dan III B. II,III dan IV C. I,II dan IV D. I,II,III dan IV

13. Berikut merupakan ciri-ciri nilai kebebasab bersuara kecuali


A. berucap dengan tidak menyentuh isu sensitif
B. pengucapan tidak boleh menimbulkan huru-hara
C. pengucapan bebas dan boleh menyentuh apa-apa isu
D. kebebasab berucap mengikut adab dan peraturan

14. Sikap cinta akan negara dapat dilihat melalui kecuali


A. menjaga kebersihan alam sekitar
B. merosakkan harta benda awam
C. menjaga imej dan nama baik negara
D. bergotong-royong untuk menindahkan kawasan

15. Apakah tindakan anda sekiranya melihat rakan anda membuang sampah di merata-rata?
A. memukul rakan B. Menegur perbuatan rakan
C. Membiarkan perlakuan rakan D. Menggalakkan perbuatan rakan

16. Encik Adnan telah mengambil seorang pekerja baharu yang merupakan anak seorang sahabat
baiknya. Belilau mengabaikan calon-caon lain yang lebih layak. Encik Adnan tidak mengamalkan
nilai
A. Kepimpinan B. Kerajinan C. Toleransi D. Keadilan

Soalan 17 hingga soalan 20


Bulatkan pernyataan yang betul.

17. A. Apabila menderma, kita perlulah melakukannya seikhlas hati.


B. Oleh sebab terlambat bangun, Johnny tidak mandi untuk ke sekolah.
C. Orang yang amanah menyimpan barang yang ditemui untuk kepentingan diri sendiri.
18. A. Ameetha terus masuk ke bilik pengurusnya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
B. Suri berebut-rebut dengan rakan-rakannya ketika menaiki bas sekolah.
C. Emma membantu kakaknya mengangkat barang ketika menaiki bas sekolah
19. A. Nazrul gemar membeli makanan ringan tanpa memikirkan kesihatan dirinya.
B. Setiap kali selepas pulang dari bercuti di luar negara, maniam akan memberikan buah tangan
kepada semua jiran tetangganya.
C. Ibu hanya menjemput jiran yang tertentu sahaja untuk datang ke rumah apabila kami
mengadakan mejlis keraian.

20. A. Penebangan hutan tanpa kawalan boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem.


B. Tidak melaporkan perbuatan mencederakan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.
C. Sebagai anak sulung, abang tidak perlu dengar nasihat adik-adiknya.

BAHAGIAN B [20 markah]


Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Siti membelikan kasut untuk kedua-dua adik lelakinya sempena hari jadi mereka. Siti menunjukkan
nilai ____________________.
2. Setiap ahli keluarga yang melaksanakan tugas masing-masing demi melahirkan sebuah keluarga
yang bahagia menunjukkan nilai ____________________.
3. Seseorang yang prihatin terhadap masalah yang berkaitan dengan alam sekeliling menunjukkan
nilai ____________________.
4. Pejuang-pejuang yang mempertahankan negara daripada dikuasai oleh komunis sehingga
mengorbankan diri pada suatu ketika dahulu menunjukkan nilai ____________________.
5. Puan Fatimah memastikan anak-anaknya dijaga dengan baik oleh penjaga walaupun dirinya sibuk
dengan perniagaan. Puan Fatimah bersikap ____________________.

Soalan 6 hingga soalan 10


Arahan: Tulis nilai berdasarkan penjelasan nilai yang diberikan.

6. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Nilai:_berdikari____________________________________
7. Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan adat dan kepercayaan yang diwarisi
secara turun temurun dalam keluarga.
Nilai: ____________________________________
8. Pengekalan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan
hidup.
Nilai: Peka terhadap isu alam sekitar____________________________________
9. Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk
negara.
Nilai: Sanggup berkorban untuk negara____________________________________
10. Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberikan sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Nilai: ____________________________________
BAHAGIAN C (10 markah)
Jawab soalan-soalan berikut.

1. Fahami kempen di bawah dan jawab soalan berikut.

KEMPEN CINTAILAH SUNGAI KITA


a. Apakah yang anda faham tentang kempen di atas? (1 Markah)
Kempen untuk menjaga sungai agar tidak dicemari.

b. Nyatakan EMPAT tindakan anda untuk memastikan kempen di atas berjaya. (4 Markah)
I. Tidak membuang sampah ke dalam sungai
II. Melaporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak individu yang tak bertanggungjawab
III. Mengitar semula bahan buangan
IV. Bergotong royong membersihkan sungai

c. Apakah faedah yang diperolehi oleh generasi akan datang jika sungai di negara kita tidak
tercemar? (2 Markah)
Generasi akan datang dapat menikmati kesegaran dan keindahan sungai.

2. a. Nyatakan DUA kebaikan yang akan diperolehi daripada sifat rajin. (2 Markah)
I. Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
II. Memperolehi kehidupan yang bahagia

b. Apakah kesan terhadap individu yang mudah putus asa? (1 Markah)


tidak akan berjaya dalam kehidupan

Disediakan Oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh,

__________________ ________________________ __________________________


(Cik Su Kher Xing) (Pn Hanisah Bt Samsuri) (Pn Hamsaadah Bt Ghazali)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Guru Kanan Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai