Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL

BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY RESORT,


57000 KUALA LUMPUR

NAMA : ……………………………………………………TINGKATAN :………...


______________________________________________________________
UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2023/2024
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 2
OGOS

1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagan A dan Bahagian B

2. Jawab semua soalan.

3. Sila bulatkan jawapan anda di Bahagian A pada ruangan yang telah


disediakan pada muka surat 7.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

1
Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang tepat.

1. Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan



A bahu
B kaki
C leher
D pinggang

2. Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot.


A Mendagu dan tekan tubi
B Lompat dekam dan lompat ketingting
C Bangkit tubi dan lompat jauh berdiri
D Naik turun bangku dan lari pecut 30 meter

3. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot
kaki. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot
tangan?
A Tekan tubi
B Bangkit tubi
C Ayun tangan
D Jangkauan melunjur

4. Latihan kekuatan otot boleh memberi beberapa faedah kepada semua


individu. Antara yang berikut, manakah bukan faedah latihan kekuatan
otot?
A Dapat mengawal berat badan
B Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
C Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
D Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-
ulang

2
5. Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap
kelenturan yang baik. Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat
membantu membina kelenturan?
A Aktiviti angkat tumit untuk bahagian kaki
B Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang
C Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan
belakang badan
D Aktiviti bengkok sisi untuk bahagian abdomen, belakang badan,
dan bahagian kaki

6. Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan


Jasmani untuk melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit
tanpa henti. Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada
pelajar tersebut?
A Pelajar akan berasa seronok
B Pelajar akan bertambah mahir
C Pelajar akan mengalami kecederaan otot
D Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya

7. Kelenturan berubah mengikut…


A usia
B kaum
C bangsa
D berat badan

8. Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen


kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali
sebagai …
A kekuatan otot
B daya tahan otot
C komposisi badan
D daya tahan kardiovaskular

3
9. Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah
yang membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan?
A Ginjal
B Hidung
C Jantung
D Paru-paru

10. Aktiviti kekuatan otot adalah bersifat …


A aerobik
B kalistenik
C anaerobik
D senamrobik

11. Bilangan pemain bagi setiap pasukan bola sepak


diwakili oleh _____ orang pemain termasuk
penjaga gol semasa sepak mula hendak
dilakukan.
A. 8
B. 9
C. 10
D. 11

12. Pemain bola sepak berada dalam kedudukan


ofsaid jika :
A. Melakukan tindakan berbahaya
B. Bola telah disentuh oleh pemain lain
sebelum bola dijaringkan.
C. Berada lebih hampir dengan garisan gol
pasukan lawan daripada bola.
D. Pasukan bertahan melakukan kesalahan
dalam dalam kawasan penaltinya sendiri.

4
13.Kad merah akan diberikan jika pemain :

A. Memegang bola dengan sengaja kecuali penjaga gol.


B.Menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan yang
dilakukan dengan sengaja.
C. Mendapat kad kuning kali ke dua.
D. Tendangan dimulakan di pusat padang

14. Huruf pengenalan mengikut peranan dan posisi


pemain dalam permainan bola jaring. GS atau
Goal shooter bermaksud :
A. Penyerang gol
B. Penjaring gol
C. Pengadang gol
D. Penjaga gol

15. Pemain ______ boleh berada dalam keseluruhan


padang kecuali bulatan gol.
A. WA- Wing Attack (Penyerang sayap)
B. WD – Wing Defence (Pengadang sayap)
C. C – Centre (Pemain tengah)
D. GA – Goal Attack (Penyerang gol)

16. Dalam perlawanan permainan bola jaring, pemain


tidak dibenarkan melakukan perkara berikut KECUALI :
A. Pemain hanya dibenarkan bermain dalam kawasan tertentu
bergantung kepada posisinya.
B. Menumbuk, menggolek atau menyepak bola.
C. Menghantar bola semasa berbaring,duduk atau melutut.
D. Memegang tiang gol untuk mengimbangkan badan.

5
17. Lari pecut adalah salah satu acara balapan dalam
olahraga KECUALI…
A. 100m
B. 200m
C. 400m
D. 800m

18. Pelontar peluru lebih banyak melakukan pergerakan di bahagian …


A. tangan, bahu, pinggang dan kaki
B. tangan , pinggang, lutut dan kaki
C. tangan, dada, pinggang dan kaki
D. bahu, dada, pinggang dan kaki

19. Berikut adalah faedah aktiviti perkhemahan,KECUALI …


A. Menambah stress
B. Menambah pengalaman.
C. Meningkatkan kemahiran bersosial.
D. Mensyukuri dan mengagungi ciptaan Tuhan.

20. Berikut adalah langkah mengawal malnutrisi


KECUALI ..
A. Mengamalkan makanan seimbang.
B. Sentiasa mengambil makanan yang segar.
C. Meningkatkan pengambilan makanan ringan.
D. Makan mengikut masa.

6
RUANGAN JAWAPAN BAHAGIAN A
Sila bulatkan jawapan anda pada ruangan disediakan.
1 A B C D 11 A B C D
2 A B C D 12 A B C D
3 A B C D 13 A B C D
4 A B C D 14 A B C D
5 A B C D 15 A B C D
6 A B C D 16 A B C D
7 A B C D 17 A B C D
8 A B C D 18 A B C D
9 A B C D 19 A B C D
10 A B C D 20 A B C D

BAHAGIAN B (20 MARKAH)

1. Berikan 4 aktiviti yang terdapat dalam ujian SEGAK . (4m)


a)_________________________
b)_________________________
c)_________________________
d)_________________________

2. Nyatakan 4 kesan buruk akibat tabiat merokok. (4m)


a)____________________________________________________________
b)____________________________________________________________
c)____________________________________________________________
d)____________________________________________________________

3. Dadah adalah musuh Negara . Pada pendapat anda , apakah punca


seseorang itu terjerumus dalam penagihan dadah. (2m)
______________________________________________________________
______________________________________________________________

7
4.

Rajah 1.
Rajah 1 menunjukkan sumber bahan mentah yang memerlukan penelitian
proses penyediaan makanan yang baik. Tuliskan perkara yang perlu diambil
berat pada setiap proses tersebut. (10 markah)

Memilih

Menyimpan

Menyedia

Memasak

Menghidang

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………........……........... …………………...............
( En Muhammad Syafiq Aizat ) (Pn Zakiah Bt Mohd Nawi)
Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia PJK
PJK

Anda mungkin juga menyukai