Anda di halaman 1dari 3

UJIAN MAC 2014 PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 1 NAMA : ___________________________________ TINGKATAN :______________

BAHAGIAN A Pilih jawapan yang betul dan tuliskan jawapan pada ruang yang disediakan di bawah ini. 1. Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan A bahu C leher B kaki D pinggang 2. Berikan dua contoh aktiviti yang dapat membina kekuatan otot. A Mendagu dan tekan tubi B Lompat dekam dan lompat ketingting C Bangkit tubi dan lompat jauh berdiri D Tekan tubi dan lari pecut 30 meter 3. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan? A Tekan tubi B Bangkit tubi C Ayun tangan D Jangkauan melunjur 4. Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali sebagai A kekuatan otot B daya tahan otot C komposisi badan D daya tahan kardiovaskular 5. Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan? A Ginjal C Jantung B Hidung D Paru-paru 6. Tekan tubi dan bangkit tubi adalah aktiviti yang dilakukan untuk membina A kelenturan B ketangkasan C daya tahan otot D daya tahan kardiovaskular 7. Senamrobik ialah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan A kuasa B kekuatan otot C daya tahan otot D daya tahan kardiovaskular

8. Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________ melakukan aktiviti. A sebelum C selepas B semasa D sepanjang 9. Berikut adalah aktiviti yang berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular. A Berenang B Lari pecut C Lompat tinggi D Lempar cakera 10. Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas 1 Nilam untuk melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit tanpa henti. Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut? A Berasa seronok B Bertambah mahir C Mengalami kecederaan otot D Berpuas hati dengan pencapaiannya 11. Malnutrisi merupakan masalah pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi. Apakah kesan daripada malnutrisi? A Gaut C Pitam B Kegemukan D Darah tinggi 12. Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi? A Sarapan pagi B Minum petang C Makan malam D Makan tengah hari

13. Penglihatan Pak Abu pada waktu malam adalah terhad. Apakah kemungkinan penyakit yang dihidapi oleh Pak Abu? A Buta C Rabun warna B Mata juling D Rabun malam 14. Sekiranya anda mendapat sebarang penyakit, anda hendaklah mendapatkan rawatan daripada A doktor C jururawat B ibu bapa D guru kesihatan

JAWAPAN 1. 8. 2. 9. 3. 10. 4. 11. 5. 12. 6. 13. 7. 14.

BAHAGIAN B 15. Isikan tempat kosong dengan komponen kecergasan fizikal berdasarkan definisi yang diberi. Daya tahan kardiovaskular Kuasa Kelajuan Kekuatan otot Daya tahan otot Kelenturan

Kemampuan jantung, sistem salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.

Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa yang singkat.

Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum. Kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.

16. Padankan aktiviti di bawah dengan komponen kecergasan fizikal yang sesuai. Aktiviti Tekan tubi Lari pecut 60 meter Lompat jauh berdiri Senamrobik Mendagu Kilas pinggang Komponen kecergasan fizikal Daya tahan kardiovaskular Kuasa Kekuatan otot Daya tahan otot Kelajuan Kelenturan

17. Berdasarkan piramid makanan yang telah dipelajari, lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul. Ubi kentang Minyak masak Aras Aras 1 Aras 2 Susu dan hasil tenusu Aras 3 Ikan kembong, hati ayam, kacang soya Lemak, minyak dan gula Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh Sayur-sayuran dan buah-buahan Keju Daging, ayam dan kekacang Meningkatkan sistem pertahanan badan Fungsi Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh Sawi, kobis, jambu, oren Membina tulang dan gigi yang kuat

Pembinaan otot dan tubuh yang sihat Sumber

Kumpulan Makanan Bijirin, hasil bijirin dan ubi

Aras 4

BAHAGIAN C 18. Tuliskan fasa-fasa lakuan dalam larian pecut mengikut urutan yang betul. FASA BERLEPAS FASA PECUTAN FASA PENAMAT FASA PERMULAAN

19. Tuliskan fasa-fasa lakuan dalam lontar peluru mengikut urutan yang betul. FASA LONTARAN FASA IKUT LAJAK FASA PERSEDIAAN FASA GELONGSOR

20. Tandakan (/) pada pernyataan yang betul. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Langkah keselamatan Seluar jean adalah pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti sukan. Aktiviti memanaskan badan dan regangan perlu dilakukan sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti menyejukkan badan tidak perlu dilakukan selepas melakukan aktiviti Memastikan jarak yang selamat jika melakukan aktiviti dalam kumpulan Pelajar dibenarkan bermain tanpa kebenaran guru. Tidak berebut-rebut atau menolak rakan ketika melakukan aktiviti Melakukan aktiviti mengikut kemampuan sendiri Tidak bergaduh ketika melakukan aktiviti Padang yang rata dan tidak berbatu adalah sesuai ketika melakukan aktiviti. Peralatan perlu disimpan dalam stor sukan selepas menggunakannya. Disemak oleh, Disahkan oleh,

Disediakan oleh,

(NURWAHIDAH BINTI ZOLKIFLEE) Guru Matapelajaran PJPK

(MOHD RUZAIMI BIN IBRAHIM) Ketua Panitia PJPK

(ZURAIDAH BINTI HUSSIN) GKMP Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai