Anda di halaman 1dari 7

TERHAD

BAHAGIAN A
[20 markah]
Jawab semua soalan.
Arahan: Kertas ini mengandungi 20 soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan, iaitu A,
B, C dan D. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi setiap soalan.

Bahan rujukan yang menjadi panduan dalam pembentukan


keperibadian diri seseorang individu.

1. Pernyataan diatas merupakan definisi bagi…


A Nilai murni
B Sumber moral
C Norma masyarakat
D Kepercayaan

2. Kurangnya pegangan agama akan memberi kesan kepada diri sendiri, iaitu
A hidup terumbang-ambing dan tidak sejahtera
B mendapat pujian dan ganjaran
C dipandang tinggi oleh orang lain
D meningkatkan keyakinan diri

3. Seseorang yang melaksanakan tanggungjawab diri sebagai murid memiliki ciri-ciri yang
berikut…
I Tidak berjalan sendirian pada waktu malam
II Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
III Memberikan perhatian penuh semasa guru mengajar
IV Berdiri pada jarak yang selamat semasa menunggu bas
A I dan II C II dan IV
B II dan III D I,II dan IV

4. Apakah nilai murni yang perlu ditunjukkan oleh setiap individu ketika membantu ahli
keluarga yang sakit?
I Rasional III Bertanggungjawab
II Kasih sayang IV Patriotisme
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

5. Penyataan yang manakah yang menerangkan tentang kepentingan agensi perkhidmatan


awam kepada masyarakat?
A Imej negara bertambah baik
B Mendapat pujian di mata dunia
C Menjadi negara contoh kepada negara lain
D Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat

1
TERHAD

6. Konflik identiti diri merujuk kepada perselisihan atau _____________ dalaman individu.
A pertentangan C ketidakpercayaan
B penerimaan D kepercayaan

7. Anugerah alam adalah ciptaan Tuhan yang amat penting dalam kehidupan. Pernyataan
manakah yang TIDAK menerangkan kepentingan menghargai anugerah alam ?
A membekalkan sumber tenaga
B sumber pendapatan dan ekonomi
C Memudahkan pemburuan haram
D sumber makanan, minuman, dan perubatan.

8. Kebestarian diri dapat membentuk __________ diri yang unggul dalam dalam diri
seseorang dan kehidupannya.
A Insan C Teladan
B Bangga D Keperibadian

9. Tradisi Sesebuah keluarga di amalkan berdasarkan elemen-elemen yang berikut,


KECUALI…
A Norma C Adat Resam
B Ikutan D Keperibadian

10. Pilih Pernyataan yang TIDAK menerangkan hak pekerja.


A memastikan kebajikan pekerja terpelihara dan terjaga dengan baik
B mengagungkan majikan
C masyarakat hidup harmoni tanpa sebarang konflik
D mengukuhkan ekonomi dan seterusnya meningkatkan pembangunan negara

11. Tingkah laku benar berasaskan _________ dan diterima oleh masyarakat.
A cakap-cakap
B khabar angin
C fakta
D anggapan

12. Mengapakah Rukun Tetangga perlu diwujudkan di kawasan kediaman?


A Memudahkan masalah kejiranan dapat diselesaikan dengan baik menerusi
Rundingan.
B Menggalakkan jiran untuk masuk campur dalam pergaduhan jiran lain.
C Memberkas remaja yang balik lewat malam.
D Membolehkan semua rumah tidak perlu dikunci.

13. Berikut ialah kesan ketagihan internet dalam kalangan remaja, KECUALI…
A Leka dan membuang masa C Kesihatan terjejas
B Dapat membantu membahagikan masa D Pencemaran minda

2
TERHAD

14. Antara berikut, yang manakah cara untuk remaja menangani ketagihan internet?
A Bahagikan masa 50% untuk belajar dan 50% untuk melayari internet.
B Menjual telefon pintar kepada rakan.
C Tidak menghubugkan telefon pintar dengan wifi.
D Tetapkan matlamat dan tujuan melayari internet.

15. Ketagihan arak dalam kalangan remaja membawa kesan buruk KECUALI…
A Boleh berfikir lebih fokus
B Kesihatan terjejas
C Hilang pertimbangan diri
D Masa depan terjejas

16. Berikut adalah ciri warga sekolah yang sejahtera, KECUALI…


A Prihatin terhadap pengawal keselamatan
B Bersopan santun kepada guru sahaja
C Bekerjasama menjayakan aktiviti Majlis Anugerah Cemerlang
D Saling menghormati antara warga sekolah

17. Kita perlu menghormati ajaran agama kaum lain kerana


A mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum
B memudahkan kita mencari kelemahan agama lain
C mengurangkan tekanan daripada penganut agama lain
D mengenal pasti kelebihan agama masing-masing

18. Antara berikut, yang manakah faktor yang mendorong remaja terlibat dalam
gejala negatif ?
I Kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada keluarga
II Mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru
III Mempunyai ketahanan jiwa yang rapuh
IV Pengecualian undang-undang negara terhadap remaja
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

19. Pembaziran air dapat dielakkan dengan cara


A menutup pili paip selepas digunakan
B menggunakan air yang berlebihan ketika membasuh kereta
C menggunakan air yang berlebihan ketika mandi
D tidak perlu melaporkan masalah kebocoran paip

20. Amalan rasuah boleh dibanteras dengan kerjasama daripada semua pihak iaitu…
I Individu
II Masyarakat
III Kerajaan
IV Persatuan Cintai Haiwan Peliharaan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

3
TERHAD

HITAMKAN JAWAPAN PADA RUANG YANG DISEDIAKAN UNTUK JAWAPAN


BAHAGIAN A

No. PILIHAN JAWAPAN


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

4
TERHAD

BAHAGIAN B
[30 markah]
Jawab semua soalan.

cepat kurang senang tidak stabil


mulia bersemuka kebaikan

1. Lengkapkan ayat dibawah tentang contoh keperluan penyelesaian konflik dalam


persahabatan.

i. menyelesaikan konflik dengan ________________ supaya hubungan persahabatan


tidak renggang.
ii. mengawal emosi yang ____________________ supaya konflik tidak berpanjangan.
iii. kedua-dua pihak aka mendapat _________________ melalui persetujuan bersama.
iv. mengelakkan rasa _______________ dalam hubungan persahabatan
v. ________________ semasa menyelesaikan masalah.
(5 markah)

2. Nyatakan nilai bagi setiap pernyataan di bawah ini. Pilih jawapan yang disediakan.

M - Kejujuran O - Harga diri


N - Kerajinan P - Bertanggungjawab

i. Muhaimin dan ayahnya akan turut serta setiap kali aktiviti gotong-royong diadakan
di taman perumahan mereka.

ii. Aminah tidak akan menceritakan kepada orang lain tentang rahsia rakan-rakannya.

iii. Aman sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan pil
khayal kerana perbuatan tersebut boleh merosakkan diri sendiri.

iv. Muthu dan adiknya bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya
dan dapat membantu keluarganya kelak.

v. Pak Mail menjaga rumah jirannya dengan baik apabila jirannya itu pulang ke kampung
untuk menyambut perayaan Deepavali.

(5 markah)

5
TERHAD

3. Jawab semua soalan di bawah berdasarkan gambar yang diberikan.

a) Jelaskan perasaan anda apabila membaca keratan surat khabar diatas.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[3 markah]
b) Nyatakan dua nilai yang sepatutnya ditanam dalam diri semua orang untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini ini.
i. ________________________
ii. ________________________
[2 markah]

c) Cadangkan peranan anda untuk mengelakkan kes ini berterusan.


i. ____________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________
iii. ____________________________________________________________________
[3 markah]
d) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda mempamerkan amalan menyayangi dan melindungi
kanak-kanak?
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[2 markah]

6
TERHAD

4. Berdasarkan situasi dibawah, jawab soalan diberikan.

Jonathan ialah seorang murid yang cemerlang dalam akademik di sekolah.


Walaubagaimanapun, Jonathan tidak suka dikongkong, tidak mengendahkan
nasihat ibubapanya, sukakan kebebasan dan selalu merasa tertekan.

a) Apakah jenis konflik dalam diri Jonathan?


____________________________________________________________________
[1 markah]

b) Bagaimanakah Jonathan boleh menyelesaikan konflik yang dialami oleh dirinya?


i. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[3 markah]

c) Apakah perasaan anda jika konflik yang dialami oleh Jonathan sudah diselesaikan?
Berikan alasan anda.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[3 markah]

d) Apakah nilai yang perlu diamalkan untuk mengatasi konflik yang dihadapi oleh Jonathan?
i. ____________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________
iii. ____________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai