Anda di halaman 1dari 11

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 5
PENTAKSIRAN FORMATIF AKHIR 2022/2023
TAHUN 5
PENDIDIKAN MORAL
(PM)

DIS/JAN
1 jam
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C


dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

5. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

6. Soalan Bahagian B perlu dijawab pada kertas soalan di ruangan jawapan


yang disediakan.

7. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan
jawapan.

BAHAGIAN MARKAH

BAHAGIAN A /20

BAHAGIAN B /30

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

Halaman1 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian A
Soalan Objektif
[ 20 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 20 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh


empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat
bagi setiap soalan.

1. Mengapakah kita mesti menghormati amalan agama dan kepercayaan


masyarakat setempat?

A. Supaya dapat mementingkan diri sendiri


B. Supaya dikenali oleh masyarakat setempat
C. Supaya dihormati oleh masyarakat
D. Supaya dapat hidup denga naman dan harmoni

2. Apakah bantuan yang kamu boleh berikan kepada seorang


gelandangan yang hidup di kaki lima?

A. Memberi makanan
B. Menghantarnya ke hospital
C. Menghalaunya keluar dari tempat tersebut
D. Tidak mengendahkan gelandangan tersebut

3. Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita mesti


____________ tugas masing-masing.

A. melaksanakan
B. membiarkan
C. menanguhkan
D. meninggalkan

4. Sumbangan seperti makanan dan pakaian kepada mangsa banjir dapat


_____________ kesusahan mereka.

A. melegakan
B. meringankan
C. meningkatkan
D. mengucapkan

Halaman2 [ lihat halaman sebelah…]


5. Apakah sikap orang yang bersopan?

A. Tidak mendengar nasihat


B. Berbangga dengan kekayaan
C. Menjaga percakapan dan perbuatan
D. Menolong kawan untuk mendapat balasan

6. Jiran kamu memberikan kuih-muih semasa perayaan Deepavali. Kamu


_______________.

A. membuangnya ke dalam tong sampah


B. mengembalikan semula kuih-muih tersebut
C. menerima pemberian jiran dengan perasaan ikhlas
D. memberitahu jiran kamu bahawa kamu tidak suka pemberiannya

7. Bagaimanakah cara kamu menunjukkan kasih sayang terhadap


golongan kurang upaya

A. Bergaul mesra dengan mereka


B. Tidak mempedulikan mereka
C. Menghindari mereka
D. Mengejek mereka

8. Hukuman dan sumbangan hendaklah diberikan tanpa ____________


antara anggota masyarakat.

A. tangan panjang
B. mulut murai
C. pilih kasih
D. buruk siku

9. Kita akan berasa _______________ apabila berani mempertahankan nama


baik masyarakat.

A. sedih
B. bangga
C. kecewa
D. bongkak

Halaman3 [ lihat halaman sebelah…]


10. Kita perlu melaporkan kepada pihak ____________ apabila melihat
kejadian jenayah dengan segera.

A. polis
B. bomba
C. tentera
D. ambulans

11. Seseorang yang bersikap jujur akan mendapat _____________ masyarakat


setempat.

A. kebaikan
B. keikhlasan
C. kesukaan
D. kepercayaan

12. Antara yang berikut, manakah sikap orang yang jujur?

A. Bercakap bohong setiap masa


B. Menyuruh kawan melaksanakan tugas kita
C. Melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh
D. Menceritakan rahsia kawan kepada orang lain

13. Orang yang rajin sentiasa berusaha untuk

A. memajukan diri.
B. cepat berputus asa.
C. mengkhianati orang lain.
D. menyusahkan orang lain.

14. Berikut ialah sikap orang yang rajin kecuali

A. tekun berusaha.
B. mementingkan masa.
C. mengikuti kelas tambahan.
D. berbual kosong dengan kawan.

Halaman4 [ lihat halaman sebelah…]


15. Antara berikut, manakah peribahasa yang menggambarkan sikap
bekerjasama sesama masyarakat?

A. Mandi kerbau
B. Bagai cincin dengan permata
C. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
D. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

16. Saya berasa _____________ kerana dapat mencurahkan khidmat bakti


terhadap program masyarakat di tempat tinggal saya.

A. gembira
B. sombong
C. sedih
D. Kesal

Soalan 17 dan 18 berdasarkan gambar dibawah.

17. Apakah sikap yang tidak boleh dicontohi dalam gambar tersebut?

A. Bertolak ansur
B. Menghormati keputusan
C. Bergaduh semasa bermesyuarat
D. Menerima pandangan dengan terbuka

18. Mengapakah kita mesti mengawal perasaan marah?

A. Supaya kesihatan tidak terjejas


B. Supaya tidak berlaku pergaduhan
C. Supaya orang lain menghormati kita
D. Supaya orang lain tidak memarahi kita

Halaman5 [ lihat halaman sebelah…]


19. Sikap toleransi dapat mengelakkan ______________ antara anggota
masyarakat.

A. perbincangan
B. pertelingkahan
C. persamaan
D. pertemuan

20. Antara berikut yang manakah cara mengamalkan nilai toleransi dalam
masyarakat?

i. Memahami adat kaum lain


ii. Menghormati kepercayaan kaum lain
iii. Bertolak ansur dalam kehidupan seharian
iv. Mewujudkan perbezaan antara kaum

A. II dan III
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

Halaman6 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian B
Soalan Subjektif
[ 30 markah ]

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Lengkapkan ayat-ayat di bawah untuk menunjukkan contoh


tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

melibatkan mengagihkan

menyertai

melindungi menanam

1. Zarul, Nisha dan Hafiz menjalankan aktiviti _______________ pokok untuk


mengekalkan kehijauan dan keindahan alam.

2. Azliza dan Zafir _______________ makanan kepada gelandangan di


Kuala Lumpur semasa terlibat dalam aktiviti kebajikan yang dijalankan
oleh Universiti Malaya.

3. Kapten Faqeh diarahkan untuk _______________ para pelatih di dalam


kumpulannya yang terkena tembakan semasa peperangan.

4. Rahman ______________ diri dalam Program Larian Hijau yang dianjurkan


oleh Jabatan Belia dan Sukan di sekolahnya.

5. Persatuan Penduduk Taman Saga mengadakan hari sukaneka. Amirah


tidak melepaskan peluang untuk _____________ aktiviti yang diadakan.

[ 5 markah ]

Halaman7 [ lihat halaman sebelah…]


2. Baca artikel ini, fahami artikel ini dan jawab soalan yang berikut.

Sejak enam bulan yang lalu, sebuah keluarga terpaksa tinggal di dalam
kereta kerana tidak dapat membayar sewa rumah. Situasi pandemik covid-
19 telah menyebabkan Encik Harun kehilangan kerja. Masalah kesempitan
wang telah menyebabkan keluarga ini terpaksa tinggal di dalam kereta
mereka. Harga rumah sewa yang agak tinggi menyebabkan mereka tidak
dapat menyewa rumah. Pada ketika ini, Encik Harun hanya bekerja sebagai
pengawal sambilan di sebuah kilang berdekatan. Encik Harun juga hanya
mampu membeli barang keperluan asas sahaja.

1. Berikan dua contoh keperluan dan kebajikan yang kamu boleh berikan
kepada keluarga tersebut.
a) _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
b) _________________________________________________________________
_________________________________________________________________

2. Jelaskan dua kepentingan bersikap peka terhadap keperluan dan


kebajikan masyarakat.

a) _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
b) _________________________________________________________________
_________________________________________________________________

3. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu mengamalkan sikap baik


hati?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

[ 5 markah ]

Halaman8 [ lihat halaman sebelah…]


3. Pilih dan tuliskan cara-cara bersikap adil dalam masyarakat setempat.

• Memberikan layanan yang sama.


• Berkawan dengan kawan yang bersikap adil.
• Menyiasat perkara yang sebenar sebelum menuduh sesiapa.
• Berpuas hati apabila berlaku adil
• Memberikan tugas yang mudah pada kawan baik.
• Melaporkan kesalahan kawan kepada guru.
• Membuat tuduhan tanpa bukti.
• Mengagihkan tugas secara adil kepada ahli kumpulan.

a)

b)

c)

e)

f)

[5 markah ]

Halaman9 [ lihat halaman sebelah…]


4. Tandakan ( ✓ ) pada yang betul dan ( X ) pada yang salah mengenai
kepentingan amalan menyayangi masyarakat setempat.

1. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat

2. Kehidupan dalam sesebuah masyarakat menjadi huru-hara

3. Menanamkan sikap mengambil berat tentang masyarakat setempat

4. Memupuk perasaan cemburu dan pilih kasih dalam masyarakat

5. Mengukuhkan persefahaman masyarakat setempat

[ 5 markah ]

5. Tulis BENAR atau TIDAK BENAR pada pernyataan berikut.

1 Saya berasa gembira semasa menyaksikan persembahan


Tarian Singa

2 Saya berasa marah kerana jiran saya mengadakan


upacara perayaannya

3 Saya berasa bangga apabila bersikap sombong dengan


jiran

4 Saya berasa kecewa jika masyarakat tidak


mengamalkan sikap tolerasi.

5 Saya bersyukur kerana penduduk di kawasan tempat


tinggal saya bertolerasi terhadap satu sama lain.

[ 5 markah ]

Halaman10 [ lihat halaman sebelah…]


6. Teliti gambar yang diberikan dan jawab soalan.

1. Nyatakan aktiviti yang dijalankan dalam gambar diatas.


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

2. Apakah sikap yang ditunjukkan melalui aktiviti dalam gambar di atas?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

3. Apakah perasaan kamu apabila mengamalkan sikap tersebut?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

4. Apakah kepentingan sikap yang ditunjukkan dalam amalan tersebut?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

5. Pada pendapat kamu, apakah kesannya jika anggota masyarakat tidak


mengamalakan sikap tersebut?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

[ 5 markah ]

------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT-----------------------------------


~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman11 [ lihat halaman sebelah…]

Anda mungkin juga menyukai