Anda di halaman 1dari 8

Bahagian A

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Seorang guru tidak akan berputus asa untuk ___________ murid-murid sehingga
mencapai kejayaan.
A. mendidik C. menyisihkan
B. memarahi D. membiarkan

2. Jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh negara perlulah ____________ oleh setiap


individu.
A. diterima C. dibalas
B. dihargai D. dibenci

3. Individu yang menghulurkan bantuan akan berasa ____________ hati jika diberikan
ucapan terima kasih.
A. senang C. jatuh
B. geram D. sakit

4. Setiap sumbangan yang diberikan oleh tokoh yang berjasa biasanya mementingkan
kepentingan ____________.
A. peribadi C. bersama
B. keluarga D. kawan-kawan

5. Kita perlu berterima kasih kepada ____________ negara yang berusaha untuk
membangunkan negara kita.
A. penyokong C. peminat
B. pemimpin D. rakyat

6. Penganut agama Islam diwajibkan berpuasa selama _____________ pada bulan


Ramadhan setiap tahun.
A. sehari C. sebulan
B. seminggu D. setahun
7. Individu yang sanggup meminta ___________ apabila menyedari kesilapan yang
dilakukan akan menjernihkan keadaan.
A. maaf C. bantuan
B. derma D. balasan

8. Jika kita selalu berbohong, semua orang akan hilang ___________ kepada kita.
A. harta benda C. kasih sayang
B. kepercayaan D. keharmonian

9. Ayah dan ibu akan berasa ____________ jika anak-anak mereka berjaya dalam hidup
masing-masing.
A. malu C. bangga
B. sedih D. terkilan

10. Lengkapkan peribahasa ‘Melentur buluh, ___________’ yang bermaksud anak-anak


perlulah dididik sejak kecil lagi.
A. Kedukaan berat sama dipikul
B. Biarlah dari rebungnya
C. Ringan sama dijinjing
D. Pagar makan padi

11. Bahan bacaan yang baik akan ______________.


A. Dapat menambahkan ilmu pengetahuan
B. Menggunakan bahasa-bahasa kesat
C. Mempunyai unsur lucah
D. Unsur-unsur negatif

12. Antara berikut adalah cara-cara untuk menghindari diri daripada masalah
penyalahgunaan dadah, kecuali _______________.
A. Berkawan dengan remaja liar.
B. Mendekatkan diri dengan Tuhan.
C. Melakukan perkara yang berfaedah.
D. Pengetahuan tentang akibat penyalahgunaan dadah.

13. Kita hendaklah ______________ memberi bantuan dan sokongan moral kepada orang
yang memerlukan.
A. marah C. menipu
B. ikhlas D. sombong

14. Pilih ayat yang bertatasusila.


I. “Maafkan saya.”
II. “Jemputlah masuk.”
III. “Berambus kau dari sini.”
IV. “Apa pandang-pandang?”
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

15. Janganlah kita _____________jika mengalami kekalahan atau kekecewaan dalam


hidup.
A. gembira C. malas
B. senang hati D. berputus asa

16. Semua ahli keluarga perlu saling ___________ untuk membentuk keluarga yang
bahagia.
A. bertanggungjawab C. bergaduh
B. membenci D. menipu

17. Setiap anggota keluarga perlulah saling ___________ dan memahami antara satu
sama lain.
A. mempercayai C. menyindir
B. mengejek D. mencuri
18. Hubungan persaudaraan boleh dieratkan antara ahli keluarga dengan amalan
___________.
A. bersukan C. bersuka ria
B. berhutang D. ziarah-menziarahi

19. Tutur kata yang sopan akan dapat memupuk nilai __________ yang kukuh dalam
sesebuah keluarga.
A. penghormatan C. bangga diri
B. kasih sayang D. maruah

20. Nasihat dan larangan daripada ibu bapa hendaklah dijadikan _________ dalam
menjalani kehidupan seharian.
A. alasan C. paksaan
B. panduan D. desakan

21. Sikap toleransi dalam sesebuah keluarga akan menjamin ___________ dan
kesejahteraan hidup.
A. kesopanan C. keikhlasan
B. kebahagiaan D. kejujuran

22. _____________ dan pertengkaran dapat dielakkan jika tugas dibahagikan secara adil
antara sesama keluarga.
A. Prihatin C. Perbincangan
B. Pergaduhan D. Persahabatan

23. Anak yang bertanggungjawab perlulah belajar dengan ___________ untuk mencapai
kejayaan dalam pelajaran.
A. malas C. bermain-main
B. berdiam diri D. bersungguh-sungguh

24. Antara berikut, yang manakah tanggungjawab seorang bapa?


I. Ketua keluarga
II. Mendidik anak-anak
III. Memberikan kasih sayang
IV. Memasak dan mengemas rumah
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

25. Berikut adalah sikap yang perlu dipupuk dalam diri anggota keluarga, kecuali
A. pentingkan diri sendiri C. sayang-menyayangi
B. hormat-menghormati D. kejujuran

26. Ketua kampung juga merupakan orang yang banyak berjasa dalam menjaga
____________ orang-orang kampung.
A. Maruah C. kebajikan
B. kesihatan D. kedudukan

27. Janganlah kita malu untuk mengucapkan ___________ apabila menerima pemberian
daripada orang lain.
A. salam C. apa khabar
B. terima kasih D. selamat datang

28. Berikanlah ___________ dan bekerjasama dalam menjayakan pelbagai program yang
dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat.
A. wang C. sokongan
B. rasuah D. emas permata

29. Rahman dipilih sebagai pekerja cemerlang kerana sikapnya yang rajin dalam
___________ kerja yang diberikan.
A. memilih C. mengelakkan
B. menyandang D. melaksanakan

30. Encik Joe Han telah menerima ____________ pekerja cemerlang.


A. syarat C. sogokan
B. bantuan D. anugerah

Bahagian B
1. Jawab soalan-soalan berdasarkan gambar di bawah.

1. Apakah aktiviti yang dilakukan di dalam gambar di atas?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Nyatakan faedah yang diperoleh daripada aktiviti tersebut.


a) __________________________________________________________________
b) __________________________________________________________________

3. Tuliskan dua nilai yang terdapat di dalam gambar di atas.


a) __________________________________________________________________
b) __________________________________________________________________

4. Sekiranya aktiviti di atas tidak dilakukan, apakah kesan negatif yang akan timbul?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

5. Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya murid-murid tidak menjaga kebersihan
kelas?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Berdasarkan pernyataan di bawah, pilih dan tulis semula pernyataan yang


menunjukkan sikap kerajinan.
(10 markah)
Lini membantu gurunya mengutip derma untuk rumah anak-anak yatim.
Caroline membantu adiknya mengulangkaji pelajaran pada setiap malam.
Rima tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.
Siti tidak mempedulikan adiknya yang sedang menangis walaupun ibu sedang
sibuk memasak di dapur.
Semua murid bersetuju untuk menghadiri gotong royong membersihkan
kawasan sekolah.
Julie membiarkan kakaknya mengemas meja seorang diri selepas makan
malam bersama keluarga.
Angelica dan keluarga sentiasa menjaga kebersihan persekitaran rumah
mereka.

1.

2.

3.

4.

5.

(10 markah)
- KERTAS SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai