Anda di halaman 1dari 12

SULIT

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

UJIAN SESI AKADEMIK 2023/2024

PENDIDIKAN MORAL

TAHUN 5

NAMA : ______________________________________

KELAS : ___________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kamu dikehendaki menulis nama dan kelas kamu di ruangan yang disediakan

2. Jawab semua soalan.

3. Tulis jawapan kamu dengan jelas dalam ruangan yang disediakan dalam kertas
soalan

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

-------------------- ------------------------ ------------------------

GURU PEND MORAL KETUA PANITIA PK PENTADBIRAN


_____________________________________________________________________________________

SULIT
BAHAGIAN A

Arahan :

Setiap soalan disertakan dengan empat jawapan sebagai pilihan . Di antara empat jawapan tersebut
terdapat satu jawapan yang paling tepat menjadi jawapan kepadaa soalan . Bulatkan jawapan tersebut.

1. Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ___________ .

A surau

B masjid

C rumah

D di mana-mana sahaja

2. Penganut agama Buddha melepaskan burung merpati ketika menyambut Hari

Wesak sebagai tanda ________________ .

A kebebasan

B kesyukuran

C keimanan

D kerajinan

3. Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju

kamu. Apakah yang patut kamu lakukan ?

A Memaafkannya kerana tidak disengajakan

B Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan

C Tidak memaafkannya

D Melaporkan kepada guru disiplin


SULIT

4. Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan

kamu akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan ?

A Meminta bantuan ibu bapa.

B Mengulangkaji dan membuat latihan Matematik dengan tekun.

C Membuat ulangkaji di saat-saat akhir.

D Tidak membuat apa-apa persediaan.

5. Kamu akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Bagaimanakah kamu

dapat memastikan kamu mengulangkaji pelajaran dengan betul ?

A Menyediakan jadual waktu belajar.

B Belajar hanya pada waktu malam.

C Belajar hanya pada waktu siang sahaja.

D Menyediakan jadual waktu belajar seminggu sebelum peperiksaan.

6. Walaupun sedar dia sering gagal dalam ujian Matematik, Rahmat tetap berusaha

tanpa berputus asa. Rahmat seorang yang ________ berusaha .

A gigih

B bijak

C rajin

D gemar

_____________________________________________________________________________________

SULIT
7. Munirah menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya setiap tahun kerana dia

mempunyai semangat ____________ dalam apa jua perkara yang dilakukannya.

A tolong – menolong

B kesukanan

C berdaya maju

D toleransi

8. Siew Meng sentiasa menjaga ______________ ketika berbual dengan rakan-rakan

sekelasnya.

A tingkahlakunya

B pertuturannya

C kesopanannya

D kecantikkannya

9. Senaman menolong mencergaskan badan dan __________ kita.

A hati

B minda

C jiwa

D perasaan

10. Antara yang berikut, yang manakah perlu dimakan dengan sedikit sahaja ?

A Mentega

B Ayam

C Ikan

D Sayur
SULIT

11. Pilih mereka yang mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan .

A Leela makan empat pinggan nasi pada waktu tengahari

B Lazam memukul anaknya sehingga pengsan kerana bermain permainan

video

C Julia menghabiskan semua wang sakunya untuk membeli permainan

D Peter makan mengikut waktu

12. Azalia dan Leha merupakan dua orang sahabat baik. Mereka sentiasa

mengamalkan _______________ dan ______________ yang sederhana dalam

pergaulan seharian.

A tingkahlaku , tutur kata

B sikap terbuka , bebas

C sikap bebas , perasaan benci

D tutur kata , sikap terbuka

13. Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia mengamalkan
sikap ___________ .

A sederhana

B belas kasihan

C kejujuran

D terima kasih

_____________________________________________________________________________________

SULIT
14. Norseh terambil buku Matematik Remoi . Dia patut ________________ .

A memberitahu Remoi

B beritahu apabila ditanya Remoi

C membuang buku itu

D tidak perlu beritahu sesiapa

15. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas ?

A Saroja menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir

B Saroja menderma kerana rakan-rakannya menderma

C Saroja memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma

terbanyak

D Saroja tidak menderma langsung

16. Sumbangan yang ikhlas akan sentiasa ______________ .

A dikenang

B disebut

C dicaci

D diragui

17. Carmen mengucapkan _____________ kepada jirannya yang menolong menjaga rumahnya
semasa ketiadaanya.

A syabas

B terima kasih

C tahniah

D selamat jalan
SULIT

18. Mengamalkan sikap _________________ akan mengeratkan lagi perhubungan dengan orang
lain.

A berterima kasih

B pentingkan diri

C suka

D marah

19. Kita hendaklah _____________ terhadap anggota keluarga kita .

A benci

B tidak peduli

C sayang

D kurang ajar

20. Kasih sayang ialah ciri terpenting bagi melahirkan sebuah keluarga ___________ .

A berkonflik

B bahagia

C besar

D berdikari

21. Kasih sayang antara anak dan ibu bapa merupakan hubungan yang ___________ .

A kekal

B sementara

C bahaya

D tidak dihargai

_____________________________________________________________________________________

SULIT
22. Setiap anak perlu ___________ ketika bertutur dengan ibu bapa dan saudara mara.

A berseronok

B berdiri

C bersopan

D berlagak

23. Anak yang menghormati ibu bapa akan _______________ .

A menegur ibu bapa

B mendengar teguran ibu bapa

C tidak mengendahkan teguran ibu bapa

D melupakan teguran ibu bapa

24. Sikap menghormati anggota keluarga ______________ perlu sama seperti menghormati
anggota keluarga asas.

A kecil

B besar

C sederhana

D kembangan

25. Satu cara menjaga imej keluarga ialah ______________________________ .

A memikirkan kesan perbuatan diri terhadap keluarga

B melakukan apa sahaja yang menyeronokkan diri sendiri

C bergaul dengan rakan yang mempunyai tingkah laku yang kurang baik.

D berkonflik dengan setiap anggota keluarga


SULIT

26. Keluarga yang harmoni wujud apabila anggota keluarga ___________ setiap anggota keluarga
yang lain.

A memarahi

B mencaci

C menegur

D memuliakan

27. Ibu bapa yang _________________ akan mendidik anak-anak dengan baik demi menjaga
maruah keluarga.

A lalai

B peka

C bertanggungjawab

D kaya

28. Kita perlu sentiasa berkelakuan ______________ supaya nama baik keluarga tidak tercemar.

A kurang ajar

B jahat

C degil

D baik

29. Apakah yang patut kita lakukan apabila jiran kita ingin mengadakan sesuatu majlis ?

A Memberikan pertolongan

B Mendiamkan diri

C Mementingkan diri

D Menghindarkan diri

_____________________________________________________________________________________

SULIT
30. Antara yang berikut, yang manakah perlu ada pada anggota masyarakat setempat?

A Bekerjasama

B Memencilkan diri

C Tidak bertegur sapa

D Menjauhkan diri
SULIT

BAHAGIAN B

Soalan 1 – 5

Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan.

terima kasih Cina hormat-menghormati

tekun
lembut

1 Setiap agama dalam dunia ini menggalakkan penganutnya hidup tolong-menolong dan
___________________________ antara satu sama lain .

2 Makan dengan menggunakan penyepit adalah amalan kaum ____________ .

3 Ajman mengucapkan ______________ kepada Selen kerana membelikannya sebungkus nasi


lemak.

4 Ipon menegur sikap adiknya yang nakal dengan suara yang _______________ .

5 Tong Seng membuat kerja yang diberikan dengan ____________ .

Soalan 6 – 10

Tandakan (_/ ) pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah.

6 Setiap cabaran haruslah dihadapi dengan tabah. ( )

7 Kita tidak digalakkan untuk mencuba perkara baru yang berfaedah. ( )

8 Suatu usaha yang bersungguh-sungguh akan mencerminkan maruah

diri seseorang . ( )

9 Encik Jogan memarahi pekerjanya dengan kata-kata kesat kerana

gagal menyiapkan kerja yang diarahkannya . ( )

10 Walaupun marah dengan tindakan adiknya, Biau tetap menegur

adiknya dengan bahasa yang sopan . ( )

_____________________________________________________________________________________

SULIT
Soalan 11 – 20

Gariskan jawapan yang betul .

11 Hodin sentiasa ( mencuci ,mengelap ) tangan sebelum menyentuh sebarang makanan.

12 Kita perlu mandi sekurang – kurangnya ( dua , satu ) kali dalam sehari.

13 Samaon selalu mengamalkan sikap ( boros , sederhana ) semasa berbelanja .

14 Pek Wei bercakap ( bohong , benar ) walaupun tahu dia tahu yang dia akan dihukum kerana
tidak sengaja memecahkan pasu bunga ibunya .

15 Apabila menderma , kita hendaklah sentiasa ( angkuh , ikhlas ) memberikan bantuan kepada
mereka yang memerlukan .

16 Ucapan terima kasih selepas mendapat pertolongan dari orang lain dapat
( mengeratkan , memecahkan ) lagi hubungan persaudaraan .

17 Ibu bapa perlu ( dihormati , diderhakai ) sepanjang masa kerana mereka membesarkan kita
dan mengajar kita nilai – nilai yang baik .

18 Endol sentiasa ( berbuat baik , berbuat jahat ) dengan jiran tetangga demi menjaga maruah
keluarganya.

19 Setiap anggota masyarakat perlu ( bermusuhan , bekerjasama ) untuk mewujudkan suasana


hidup berjirang yang harmoni.

20 Penduduk Taman Paya Keladi telah ( memulaukan , menghadiri ) Majlis Hari Keluarga di
padang rekreasi di kawasan kediaman mereka .

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai