Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A / SOALAN OBJEKTIF [60 MARKAH]

Pilih dan bulatkan jawapan yang betul.

1. Apakah tujuan kita patuh kepada ajaran agama ?


a. Untuk kebanggaan diri
b. Mengeratkan hubungan keluarga.
c. Disanjungi orang lain

2. Amalan memakai turban adalah ajaran bagi agama____________.


a. Hindu b. Buddha c. Sikh

3. Berikut merupakan perasaan apabila mematuhi ajaran agama


kecuali.
a. Gembira b. Sedih c. Bangga

4. Mei Ng penganut agama Buddha. Dia beribadat di __________ .


a. gereja b. tokong c. masjid

5. Keluarga saya sentiasa hidup dalam suasana yang _____________


kerana kami sentiasa patuh pada perintah Tuhan.
a. bergaduh b. berselisih faham c. harmoni

6. Saya sentiasa ______________ amalan beribadat kaum-kaum lain.


a. menghina b. menghormati c. membenci

7. Siew Lan melihat ibunya sedang melipat baju, lalu dia membantu
Ibunya tanpa disuruh, apakah nilai yang ditunjukkan oleh

1
Siew Lan?
a. Jujur b. Baik hati c. Berani

8. Ayah Raju baru pulang dari tempat kerja, jadi Raju


harus_________________.
a. mengambil segelas air untuk ayahnya.
b. menonton televisyen tanpa menghiraukan ayahnya.
c. meminta ayahnya membelikan mainan untuknya.

9. Berikut merupakan sikap baik hati di dalam keluarga kecuali?


a. Membantu ibu dan ayah mengemas rumah.
b. Mengemaskan katil Bersama-sama abang.
c. Tidak membantu adik membuat kerja sekolah.

10. Ardeen melihat pensel abangnya patah ketika sedang membuat


Kerja sekolah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ardeen?
a. Memberitahu ibu.
b. Meminjamkan sebatang pensel kepada abangnya.
c. Memarahi abang kerana tidak pandai menjaga barang.

11. Pada hari minggu, Stella melihat kakaknya sedang menyapu sampah dan daun
kering di halaman rumah. Apakah yang perlu dilakukan Stella?
a. Membuang sampah di halaman rumah.
b. Mengejek kakak kerana tunjuk rajin.
c. Menolong kakak menyapu sampah sekali.

Nicholas menemani dan menjaga


keselamatan adiknya ketika menaiki bas
untuk ke sekolah

12. Apakah sikap yang diamalkan oleh Nicholas?


a. Berani mempertahankan maruah keluarga
b. Bertanggungjawab terhadap ahli keluarga
c. Bertoleransi sesama ahli keluarga

13. Cara untuk melaksanakan tanggungjawab di dalam keluarga


ialah?
a. Tidak membantu ibu mengemas rumah
b. Tidak mahu menemani adik bermain di taman

2
c. Mendengar nasihat daripada ayah.

14. Antara berikut merupakan kepentingan melaksanakan


tanggungjawab di dalam keluarga kecuali?
a. Hubungan antara ahli keluarga menjadi erat.
b. Keselamatan keluarga terancam.
c. Meringankan beban ahli keluarga

15. Nyatakan kesan jika kita tidak menjalankan tanggungjawab


terhadap ahli keluarga?
a. Hubungan sesama ahli keluarga menjadi renggang
b. Keluarga sayang dan bangga dengan kita
c. Ahli keluarga akan lebih mempercayai kita.

Lee Gan memberi hadiah


kepada ayahnya

16. Daripada gambar di atas, apakah nilai yang cuba di tunjukkan?


a. Baik hati terhadap ahli keluarga.
b. Hemah tinggi di dalam keluarga.
c. Menghargai ahli keluarga

17. Kenapa kita harus menghargai ahli keluarga?


a. Penghargaan adalah cara kita berterima kasih terhadap ahli
keluarga
b. Supaya mendapat pujian daripada ahli keluarga
c. Mengharapkan ganjaran dan hadiah daripada ahli keluarga

18. Berikut merupakan cara menghargai ahli keluarga kecuali?


a. Mengucapkan terima kasih
b. Membantu ahli keluarga jika mereka meminta bantuan
c. Menolak pemberian daripada ahli keluarga.

19. Ibu menghantar Meng Na ke sekolah setiap hari. Apakah yang


perlu dilakukan oleh Meng Na?
a. Berterima kasih kepada ibu kerana menghantar ke sekolah setiap hari

3
b. Meminta ibu memberikan hadiah sebagai ganjaran pergi ke sekolah
c. Mengadu tidak mahu ke sekolah.

20. Alex membuat ___________ ucapan Hari Bapa kepada ayahnya.


a. kad
b. pantun
c. kek

21. Kita hendaklah menghormati orang tua kerana sikap


_____________adalah penting di dalam keluarga.
a. hemah tinggi b. baik hati c. toleransi

22. Suzanna hendaklah ______________ sebelum menggunakan


barang kakanya.
a. mencuri b. meminta izin c. menyorokkan

23. Kita hendaklah _______________ perasaan ahli keluarga bagi


menunjukkan kita menyayangi mereka.
a. menyakitkan b. mengambil berat c. tidak menjaga

24. Berikut merupakan kepentingan hemah tinggi kecuali ?


a. Disayangi keluarga
b. Diejek oleh ahli keluarga yang lain
c. Dihormati oleh ahli keluarga

Keluarga Marveena sentiasa menyambut


perayaan Bersama-sama ahli
keluarganya

25. Daripda penyataan di atas, apakah yang ditunjukkan keluarga


Marveena?
a. Keluarga Marveena mengamalkan sikap menyayangi ahli
keluarga.
b. Keluarga Marveena mengamalkan sikap toleransi
c. Keluarga Marveena mengamalkan sikap menjaga nama baik
keluarga

26. Ayah berasa sangat __________ apabila Sarjeet dimarahi gurunya di sekolah.
a. bangga b. sedih c. gembira
4
27. Steven berasa sungguh ____________ apabila keluarganya mendapat
anugerah keluaraga contoh di kejiranannya.
a. terharu b. marah c. keliru

Jason sentiasa menunjukkan sikap


yang baik dan terpuji Ketika berada di
sekolah

28. Berdasarkan penyataan di atas, kenapa Jason berbuat demikian?


a. Menjaga maruah keluarga
b. ingin menunjuk-nunjuk
c. supaya dipilih sebagai ketua kelas

29. Kita akan _____________ oleh orang lain jika kita selalu tidak
berlaku jujur
dalam kehidupan harian
a. disukai b. dibenci c. disayangi

30. Berikut merupakan kesan jika kita mengamalkan sikap jujur


kecuali?
a. Dipercayai b. Disayangi c. Diejek

BAHAGIAN B / SOALAN SUBJEKTIF [40 MARKAH]


1. Cari laluan ke rumah ibadat bagi agama di bawah dan padankan nama rumah
ibadat di bawah (16 markah)

5
MASJID GEREJA KUIL TOKONG

2.
Isi

tempat kosong dengan jawapan yang betul ( 8 markah)

6
3. Tuliskan sikap bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab serta kesannya (16 markah)

7
…………………………….SOALAN TAMAT…………………………….
Disediakan oleh : Disemak oleh(1) :

___________________ ___________________
(En. Mohd Zulfaris bin Zainal Abidin) (En. Abdullah Bin Jusoh)
Guru Pend. Moral Tahun 2 Ketua Panatia Pendidikan Moral
SK Bandar Sri Damansara 1 SK Bandar Sri Damansara 1

Disemak oleh(2) : Disahkan oleh :

___________________ ___________________
(Pn. Mariam Hafizah Binti Ahmad Bakhtiar) (En. Mohamad Ilham Bin Hanifah)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SK Bandar Sri Damansara 1 SK Bandar Sri Damansara 1

Anda mungkin juga menyukai