Anda di halaman 1dari 9

Soalan Kuiz Pandu Puteri Tunas

Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang tepat dan betul sahaja.

1. Apakah nama tempat ibadat di bawah?

A. Masjid
B. Gereja
C. Tokong

2. Antara berikut merupakan rumah-rumah ibadat bagi setiap agama kecuali,

A. Agama Sikh - Gurdwara


B. Agama Islam - Masjid
C. Agama Hindu - Gereja

3. Apakah perasaan kamu apabila dapat membantu ahli keluarga?

A. Duka
B. Sedih
C. Gembira

Ibu Loshini demam dan tidak dapat menjaga


adiknya yang masih kecil.

4. Berdasarkan situasi di atas, apakah yang perlu dilakukan oleh Loshini untuk
membantu ibunya?

A. Menjaga adiknya sementara ibunya berehat.


B. Membiarkan adiknya menangis.
C. Meninggalkan ibunya di rumah dan keluar bermain.

5. Apakah cara untuk membalas jasa ibu bapa?

A. Belajar bersungguh-sungguh
B. Memberikan hadiah kepada mereka setiap hari
C. Bermain bersama mereka

6. Bagaiamanakah cara kamu menghargai bapa kamu?

A. Tidak mendengar nasihatnya


B. Membantunya mencuci kereta
C. Suka melawan cakapnya

7. Pilih tutur kata yang menunjukkan berbudi pekerti mulia.

A. Keluar dari sini


B. Padan muka awak
C. Maafkan saya

8. Apakah kepentingan menghormati sesama ahli keluarga?


A. Sering bergaduh sesama ahli keluarga.
B. Memupuk persefahaman antara ahli keluarga.
C. Tidak ambil berat keadaan ahli keluarga.

9. Antara berikut, yang manakah bukan cara menyayangi ahli keluarga?

A. Memberi layanan yang baik


B. Mengambil berat keadaan ahli keluarga
C. Meninggikan suara apabila bercakap.

10. Apakah kesan bersikap adil dalam keluarga?

A. Sentiasa bergaduh
B. Keluarga menjadi huru hara
C. Mengeratkan silaturahim

11. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sikap berani mempertahankan
nama baik keluarga?

A. Keluar rumah dengan berpakaian sopan


B. Tidak mencuri barang kepunyaan jiran
C. Ravin bergaduh dengan kawannya

Jayvian telah mengambil buku abangnya tanpa kebenaran. Setelah didesak


abangnya, akhirnya dia mengaku akan kesilapannya.

12. Mengapakah kita perlu bersikap jujur terhadap ahli keluarga?

A. Supaya dibenci oleh adik beradik yang lain.


B. Supaya dipercayai oleh ahli keluarga.
C. Supaya dipuji oleh ibu bapa.

13. Sekiranya kita mengamalkan sikap amanah, semua orang __________ akan kita.

A. mentertawakan
B. memuji
C. Menghina

14. Pilih jawapan di bawah yang menunjukkan sikap rajin di rumah.

A. Membantu mengemas rumah


B. Meninggalkan pinggan dan cawan di atas meja selepas selesai makan.
C. Tidak mengemas bilik tidur selepas bangun tidur.

15. Sikap bekerjasama dalam keluarga dapat _________ hubungan kekeluargaan.

A. Menjauhkan
B. Mengeratkan
C. Mendekatkan

16. Apakah perasaan apabila melaksanakan tugas bersama- sama keluarga?

A. Gembira dan bangga.


B. Suka dan duka.
C. Iri hati dan kecewa.

17. Menyimpan duit yang berlebihan dan menabung merupakan nilai ________.
A. Kejujuran
B. Kerajinan
C. Kesederhanaan

18. Sebelum keluar dari bilik darjah, saya akan __________ suis kipas.

A. memasang
B. menconteng
C. memadamkan

19. Apakah ciri- ciri keluarga yang harmoni?

A. Anggota keluarga yang saling berjauhan.


B. Anggota keluarga yang melakukan hal masing-masing.
C. Anggota keluarga yang saling menyayangi dan menghormati.

20. Bagaimanakah cara menghargai perlakuan bertoleransi sesama ahli keluarga?

A. Bergaduh dengan ahli keluarga.


B. Menimbulkan kemarahan ahli keluarga.
C. Tidak memburuk- burukkan ahli keluarga.

-Tidak makan daging lembu


-Berpuasa
-Mengikat pokok pisang semasa majlis keagamaan

21. Pernyataan di atas merujuk kepada agama

A. Islam
B. Hindu
C. Kristian

22. Mengapakah harta benda sekolah harus dijaga dengan baik?

A. Murid- murid tidak akan dapat belajar dengan baik tanpanya.


B. Murid- murid tidak akan memperoleh kejayaan tanpanya.
C. Mengelakkan daripada kerosakan dan menambahkan perbelanjaan untuk
memperbaikinya.

23. Kegiatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai

A. gangsterisme
B. vandalism
C. Anismisme

24. Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak memainkan
peranan masing- masing?

A. Rumah tangga menjadi porak peranda.


B. Hidup dalam keadaan bahagia.
C. Hidup dalam keadaan berduka.

25. Kamu dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas kamu sebagai ketua kelas?

A. Memarahi rakan sekelas.


B. Menjaga kelas dan membantu guru.
C. Mengawal pergerakan rakan sekelas.

26. Tempat beribadah adalah tempat untuk


A. Mengulang kaji pelajaran.
B. Beribadah.
C. Bersembahyang dan berdoa kepada tuhan.

27. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita melanggar peraturan sekolah?

A. Guru akan mendenda kita.


B. Sekolah akan menjadi tidak terurus.
C. Pelajaran akan merosot.

28. Kean Seng diajak oleh Ramu menghisap rokok. Apakah yang sepatutunya Kean
Seng memberitahu kepada rakannya?

A. Boleh, apa salahnya?


B. Berapa banyak yang kamu beli?
C. Saya tidak mahu. Rokok membahayakan diri.

29. Apakah cara yang paling sesuai untuk memupuk rakyat mencintai kebersihan?

A. Mengadakan aktiviti gotong-royong.


B. Meletakkan kamera litar tertutup untuk memnatau pergerakan.
C. Mengadakan kempen menjaga alam sekitar dan memberi kesedaran orang ramai
mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

30. Apakah yang akan kamu lakukan jika ternampak seorang budak sedang
mengganggu jemaah lain beribadat?
A. Tidak mempedulikannya.
B. Menegur budak tersebut.
C. Menggelengkan kepala.

Jawapan untuk soalan Kuiz Pandu Puteri Tunas

1. B
2. C
3. C
4. A
5. A
6. B
7. C
8. B
9. C
10. C
11. C
12. B
13. B
14. A
15. B
16. A
17. C
18. C
19. C
20. C
21. B
22. C
23. B
24. A
25. B
26. C
27. A
28. C
29. C
30. B

Anda mungkin juga menyukai