Anda di halaman 1dari 6

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6


MEI 2014
SK RANCANGAN SEPUPOK

Nama:.. Markah:...


BAHAGIAN A ( 30 markah )

A. Bulatkan jawapan yang betul.( 10 markah )

1. Kita dapat mensyukuri anugerah Tuhan dengan cara-cara yang berikut,
kecuali
A menjaga kesihatan
B menjaga kebersihan diri dan kesihatan
C menjaga hubungan baik sesame anggota keluarga
D menjaga harta benda dan wang ringgit

2. Maruah diri dapat dipelihara dengan
I bersopan santun
II bertutur dengan lemah lembut
III bergaul bebas
IV bercakap benar

A I dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D I, II dan IV

3. Pilih murid yang bersikap positif.
A Nathan merasakan bahawa bukunya yang hilang itu kerana dia
sendiri yang tersalah letak.
B Robin merasakan bahawa Chua Wing memperoleh markah tinggi
dalam ujian Matematik kerana dia meniru.
C Lily iri hati melihat Irene baik dengan Cikgu Siti.
D Terry mengatakan bahawa Jimmy tidak dapat hadir ke sekolah
kerana dia pemalas.

4. Sekiranya kita gagal walaupun telah berusaha, kita hendaklah
A bersedih
B berputus asa
C berusaha lagi
D berhenti berusaha

5. AIDS ialah
A gejala penyakit yang disebabkan oleh virus HIV.
B sejenis penyakit yang dapat dirawat.
C penyakit yang sering menyerang penagih dadah.
D penyakit yang menyebabkan bayi dilahirkan cacat.

6. Contoh murid yang mengamalkan sikap sederhana ialah
A Chong Wei makan sehingga kenyang.
B Laili berhenti mengulang kaji pelajaran kerana berasa penat.
C Rohana membelanjakan kesemua wang tabungnya untuk
membelu buku-buku rujukan yang dikehendakinya.
D Veronica membeli baju yang amat cantik dan mahal harganya
untuk ke majlis hari jadi rakan baiknya.

7. Pilih pernyataan yang menunjukkan perlakuan yang tidak wajar.
A Abu mendermakan wang ringgit untuk mangsa-mangsa rebut
taufan di negara luar.
B Sofia mendermakan darah semasa diadakan Pameran Darah di
Hospital Kuala Lumpur.
C Devan menyerahkan buku-buku teks yang dipinjamkan dari
sekolah kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Johor.
D Sui Ling menyerahkan pakaian lamanya ke rumah anak-anak
yatim.

8. Siapakah yang sepatutnya mengamalkan sikap berhemah?
I pramugari
II petugas kaunter
III jururawat
IV juruwang

A I dan II
B I,II dan III
C I,II dan IV
D I,II,III dan IV

9. Yang berikut merupakan contoh sikap jujur dan amanah, kecuali
A tidak bercakap bohong.
B bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
C tidak mengharapkan balasan apabila menghulurkan bantuan.
D melakukan tugasan yang diberikan mengikut kemampuan.

10. Murid-murid berterima kasih atas jasa pemimpin dengan
A belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh.
B melawat ke Tugu Negara pada setiap hari minggu
C membaca buku-buku sejarah tentang pemimpin-pemimpin
negara.
D mengirimkan kad penghargaan kepada pemimpin yang diminati.

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. ( 10 markah )






1. Kita hendaklah _________________________ pemberian Tuhan.
2. Berbaik sangka terhadap orang lain adalah salah satu nilai
kebersihan_____________________.

3. Setiap orang seharusnya mempunyai cita-cita dan bersemangat
_________________.

4. Usahlah cepat menyerah _____________________ tanpa berusaha terlebih
dahulu.

5. Berkawanlah dengan semua orang tanpa mengira _____________________.

menuntut ikhlas status mementingkan kalah
mengenang mental tinggi mensyukuri perkongsian
6. AIDS dapat merebak melalui ___________________________ jarum suntikan
dalam kalangan penagih dadah.

7. Janganlah _____________________________ diri sendiri dalam persahabatan.

8. Kita seharusnya __________________________ jasa dan pengorbanan para
pemimpin negara kita.

9. Berikan bantuan dengan ___________________________kepada orang yang
memerlukannya.

10. Setiap agama ________________________ penganutnya agar saling berkasih
sayang.


C. Tandakan ( ) atau ( X ) pada pernyataan yang beikut. ( 10 markah )

1. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat dapat menjamin
kesihatan.

2. Buruk sangka dapat menyebabkan berlakunya perselisihan faham.

3. Kim Seng percaya bahawa dia dapat menjaga maruahnya dengan
bercakap benar.

4. Sikap rajin sudah mencukupi untuk mencapai kejayaan.

5. Kita berhak memarahi petugas kaunter yang bersikap kasar.

6. Jangan sekali-kali berkawan dengan penagih dadah yang sudah insaf.

7. Sebaik-baiknya rancanglah perbelanjaan sebelum keluar membeli-belah.

8. Orang akan hilang kepercayaan terhadap kita sekiranya kita tidak
berikap amanah.

9. Bantulah orang yang kita sukai sahaja.
10. Sue memohon maaf kepada ibunya kerana telah keluar rumah tanpa izin
ibunya.


BAHAGIAN B ( 20 markah )

1. Berikan dua contoh hobi yang sihat.
(a)________________________________________________________
(b) ________________________________________________________
( 2 markah )
2. Nyatakan dua contoh masalah social remaja di negara kita.
(a) ___________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________
( 2 markah )
3. Berikan dua faktor yang dapat menyebabkan berlakunya kepupusan flora
dan fauna di negara kita.
(a) ________________________________________________________________________
(b) ________________________________________________________________________
( 2 markah )
4. Berikan tiga contoh haiwan liar yang mengalami kepupusan.
(a) _____________________________________
(b) _____________________________________
(c) _____________________________________ ( 3 markah )

5. Bilakah Hari Kemerdekaan negara?
_____________________________________________________ ( 1 markah )

6. Nyatakan prinsip-prinsip Rukun Negara mengikut urutan yang betul.
1.________________________________________________________________
2.________________________________________________________________
3.________________________________________________________________
4._________________________________________________________________
5._________________________________________________________________
( 5 markah )

7. Apakah yang perlu kamu lakukan sekiranya kamu ingkar akan arahan ibu
kamu?
(a) ________________________________________________________________________
(b) ________________________________________________________________________
( 2 markah )

8. Nyatakan tiga golongan orang yang terdedah dengan jangkitan AIDS.
(a) ____________________________________________________________________
(b) ____________________________________________________________________
(c) ____________________________________________________________________
( 3 markah )

Anda mungkin juga menyukai