Anda di halaman 1dari 16

SULIT PENDIDIKAN MORAL

MEI 2017 YBB 6212

Peperiksaan Pertengahan Tahun


Pendidikan Moral
Tahun 6

BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF (20 MARKAH)


ARAHAN: Baca dan jawab semua soalan-soalan berikut dengan teliti. Hitamkan
jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan.

1. Kita perlu mensyukuri nikmat kesihatan badan yang dikurniakan oleh _________
a. Ibu bapa b. Tuhan
c. Rakan d. Guru

2. Kebersihan fizikal bermaksud kebersihan dan kekemasan ________.


a. Mental b. Kelas
c. Padang d. Diri

3. Perbuatan _________ adalah contoh perbuatan menjaga maruah diri yang


digalakkan oleh agama.
a. Beradab sopan b. Meninggi diri
c. Berlagak sombong d. Menipu

4. Stephanie rajin ________ pelajaran sebelum peperiksaan untuk mendapat


keputusan yang cemerlang.
a. Bercerita b. Menyesuaikan
c. Mengulangkaji d. Menyediakan

5. Mereka yang mengamalkan nilai ______ sentiasa beradab sopan dan


menggunakan bahasa yang sopan dalam pergaulan mereka.
a. Kasih sayang b. Rajin
c. Bertimbang rasa d. Hemah tinggi
1
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

6. Leela dipulaukan oleh rakan-rakannya kerana menghidap penyakit


HIV/AIDS.
Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh rakan-rakan Leela?
I. Mengejek dan mentertawakan Leela
II. Memberi sokongan moral kepada Leela
III. Menceritakan penyakit Leela kepada orang lain
IV. Mengajak Leela bermain bersama-sama

a. I dan II
b. I,II dan IV
c. II dan IV
d. II,III dan IV

7. Berikut merupakan kebaikan amalan jujur dalam kehidupan kecuali


a. Dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling
b. Dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah
c. Dapat membantu orang tua dengan ikhlas
d. Dipandang mulia oleh masyarakat

8. Rakyat Malaysia yang baik hati telah _________ bantuan kewangan kepada
mangsa Tsunami di Acheh.
a. Menghulurkan b. Mengambil
c. Berkongsi d. Menggunakan

9. Kita hendaklah ______ di atas jasa dan pengorbanan bapa kemerdekaan negara,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
a. Bertimbang rasa b. Mengenang budi
c. Berterima kasih d. Berkongsi cerita

2
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

10. Seorang bapa yang baik tidak akan ______ kasih sayang kepada anak-anaknya.
a. Memberikan b. Membeza-bezakan
c. Menghulurkan d. Memberitahu

11. Jessica berdepan masalah dengan rakan-rakan sekelasnya di sekolah


Tindakan yang boleh diambil oleh Jessica ialah
I. Meminta pendapat/pandangan ibunya
II. Berkongsi masalah tersebut dengan ayahnya
III. Menceritakan keburukan rakannya kepada guru
IV. Memencilkan diri kerana kesedihan

a. I dan II
b. II dan III
c. I dan IV
d. II dan IV

12. Pilih cara-cara yang menunjukkan seseorang individu menyayangi keluarga


mereka.
I. Bersedia membantu ahli keluarga
II. Patuh nasihat ibu bapa
III. Tidak menghiraukan masalah yang dhadapi oleh ahli keluarga
IV. Menghormati ahli keluarga

a. I,II dan III


b. II, III dan IV
c. I,II dan IV
d. I,III dan IV

3
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

13. Pemimpin yang ______ sentiasa mengambil berat akan kesusahan dan masalah
yang dihadapi oleh rakyat.
a. Berfikiran terbuka b. Jujur
c. Amanah d. Prihatin

14. Kita boleh mengamalkan nilai semangat bermasyarakat dengan mengamalkan


nilai-nilai murni dibawah kecuali:
a. Memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah
b. Hidup bertolak ansur antara satu sama lain
c. Tidak mengambil tahu perihal jiran tetangga
d. Saling bantu-membantu

15. Antara berikut, yang manakah BUKAN masalah gejala sosial yang melanda negara
kita?
a. Vandalisme b. Meniru
c. Gengsterisme d. Buli

16. Antara tindakan berikut, yang manakah BOLEH diambil bagi memastikan perkara
diatas tidak berlaku.
a. Mengitar semula bahan buangan
b. Membela ikan di dalam sungai
c. Membuang botol plastik di dalam sungai
d. Membina kilang berdekatan dengan sungai

17. Berikut adalah beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang mengalami


kepupusan KECUALI:
a. Pokok bakau b. Pokok limau
c. Periuk kera d. Pokok palma

4
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

18. Seseorang yang ingin bercuti ke luar negara hendaklah mempunyai ______
terlebih dahulu.
a. Sijil lahir
b. Kad pengenalan
c. Pasport antarabangsa
d. Lesen memandu

19. Antara perlakuan di bawah,yang manakah menunjukkan sikap pemimpin yang


bertanggungjawab kepada negara?
a. Mempertahankan rahsia negara dari pihak luar
b. Memberitahu maklumat sulit kepada negara lain
c. Mendedahkan rahsia negara kepada pihak luar
d. Memburuk-burukkan nama negara

20. Antara berikut, yang manakah kebaikan mengekalkan perpaduan kaum?


I. Masyarakat mementingkan diri masing-masing
II. Dapat hidup aman dan damai
III. Mengelakkan ancaman luar
IV. Keharmonian negara

a. I,II dan III


b. II,III dan IV
c. I,II dan IV
d. I,II,III dan IV

5
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

BAHAGIAN B: 5 SOALAN STRUKTUR (60 MARKAH)

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Peperangan membawa banyak kesan negatif. Kita sebagai rakyat Malaysia patut
bersyukur kerana negara kita aman dan damai tanpa peperangan.

Lengkapkan carta dibawah dengan jawapan yang betul. (12 markah)

6
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

2. Fahami pantun dan jawab soalan-soalan berikut.

Pergi ke kedai bersama Ramu,


Untuk membeli sebungkus laksa,
Tuntutlah ilmu tanpa jemu,
Jangan mudah berputus asa.

Berehat sebentar di tepi ladang,


Sambil melihat burung
berkicauan,
Usaha kecewa jika kecundang,
Sabar menghadapi segala ujian.

Kucing dan anjing berlari-lari,


Sambil mengejar si rama-rama,
Rajin berusaha setiap hari,
Hidup bahagia kejayaan menjelma

2 a) Berdasarkan pantun di atas, apakah sifat yang diperlukan oleh seseorang individu

bagi menunjukkan nilai kerajinan?

______________________________________________________________________
(2 markah)

2 b) Nyatakan DUA kebaikan yang akan diperolehi daripada sifat rajin.


I._____________________________________________________________________
II.____________________________________________________________________

7
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

(2 markah)

2 c) Bagaimanakah cara untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan?


______________________________________________________________________
(2 markah)

2 d) Apakah kesan terhadap individu yang mudah putus asa?


________________________________________________________________
(2 markah)
2 e) Pada pendapat anda, apakah akibat murid yang malas?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(4 markah)

3. Nyatakan cara anda menunjukkan rasa hormat kepada anggota keluarga di bawah.

(12 markah)

8
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

4. Fahami kempen di bawah dan jawab soalan berikut.

KEMPEN CINTAILAH SUNGAI KITA

4 a) Apakah yang anda faham tentang kempen di atas?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

4 b) Nyatakan EMPAT tindakan anda untuk memastikan kempen di atas berjaya.


I. ______________________________________________________________
__
II. ______________________________________________________________
__
III. ______________________________________________________________
__
IV. ______________________________________________________________
__ (8 markah)

4 c) Apakah faedah yang diperolehi oleh generasi akan datang jika sungai di negara
kita tidak tercemar?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

9
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

5. KELAB KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK PAYA

Pihak kelab dengan sukacitanya mengundang

Tuan/Puan ___________________________________

ke program

MEMPERINGATI DAN MENGHARGAI TOKOH DAN PEMIMPIN NEGARA

Yang dianjurkan oleh Kelab Kaunseling sekolah mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Oktober 2010


Masa : 8:00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Sri Siantan Sek Keb Tambak Paya

Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi program ini. Terima kasih.

Fahami kad undangan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut

5 a) Apakah tujuan program ini dijalankan?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

5 b) Nyatakan DUA kebaikan daripada program di atas.


I. ______________________________________________________________
__
II. ______________________________________________________________
__

10
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

(2 markah)

5 c) Bagaimanakah caranya untuk memastikan program di atas mendapat sambutan


daripada pihak ibu bapa.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)
5 d) Pada pendapat anda, apakah program-program yang akan dilaksanakan pada hari
tersebut?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(4 markah)

BAHAGIAN C: 1 SOALAN ESEI (20 MARKAH)

Jawab solan berikut.

1. Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum.
Pelbagai perayaan yang dirayakan oleh setiap kaum sepanjang tahun.
Nyatakan LIMA perayaan yang anda tahu dan cara anda merayakannya bersama
ahli keluarga dan rakan-rakan.

JENIS PERAYAAN CARA MERAYAKANNYA

11
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

12
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF (20 MARKAH)


1.B 11.A
2.D 12.C
3.A 13.D
4.C 14.C
5.D 15.B
6.C 16.A
7.C 17.B
8.A 18.C
9.C 19.A
10.B 20.B

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR (40 MARKAH)

Soalan 1
Harta benda musnah
Nyawa terkorban
Imej negara terjejas
Pembangunan negara terbantut
Rakyat hidup menderita
Kehidupan tidak aman

Soalan 2
2(a) berusaha menuntut ilmu tanpa jemu dan tidak mudah putus asa
2(b) I. Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
II. Memperolehi kehidupan yang bahagia
2(c) bersabar dan berusaha lagi

13
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

2(d) tidak akan berjaya dalam kehidupan


2(e) I. Gagal dalam peperisksaan
II. Mudah putus asa
III. Tidak berjaya dalam hidup
IV. Menghancurkan harapan keluarga

Soalan 3
3 (1)
Bersopan ketika bercakap
Mendengar teguran dan larangan mereka

3 (2)
Tidak menyinggung perasaan mereka
Bergaul mesra dengan mereka

3 (3)
Memberi nasihat yang baik
Membantu dalam pelajaran

Soalan 4
4 a) Kempen untuk menjaga sungai agar tidak dicemari
4 b) 1) Tidak membuang sampah ke dalam sungai
2) Melaporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak individu yang tak
bertanggungjawab
3) Mengitar semula bahan buangan
4)Bergotong royong membersihkan sungai
4 c) Generasi akan datang dapat menikmati kesegaran dan keindahan
sungai

14
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

Soalan 5
5 a) Memberikan pendedahan tentang jasa dan pengorbanan tokoh dan
pemimpin negara.
b) 1) Memupuk kesedaran individu terhadap perjuangan tokoh dan
pemimpin negara.
2) Mengeratkan hubungan antara pelbagai bangsa
c) Melampirkan beberapa risalah yang berkaitan dengan program
bersama kad undangan.
d) Pameran,ceramah (jawapan murid yang sesuai)

JAWAPAN SOALAN ESEI

1) Hari Raya Aidilfitri


- Ziarah menziarahi saudara dan sahabat
- Solat hari raya
- Menziarahi pusara keluarga dan rakan
- Makan bersama
- Mohon maaf

2) Hari Raya Qurban


- Sembelih haiwan korban beramai-ramai
- Makan bersama-sama rakan dan keluarga di kenduri

15
SULIT PENDIDIKAN MORAL
MEI 2017 YBB 6212

3) Tahun Baru Cina


- Ziarah-menziarahi saudara dan rakan
- Melawat kubur nenek moyang
- Memberi dan menerima ang pau
- Makan besar bersama keluarga

4) Deepavali
- Ziarah menziarahi keluarga dan rakan
- Melukis kolam dihadapan rumah bersama keluarga
- Pergi kuil

5) Thaipusam
-Berarak ke kuil
- Mengangkat kavadi
-Melihat sambutan dan perarakan

6) Hari Natal / Krismas


-Menyambut Chrismas Eve bersama keluarga dan sahabat
-Memberi dan menukar-nukar hadiah
-Menghias pokok krismas
(Jawapan mengikut kesesuaian)

16

Anda mungkin juga menyukai