Anda di halaman 1dari 3

Kesihatan bermaksud

Sihat, selamat, bebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan.


(fizikal)

Berfikir secara waras, Memiliki pandangan dan sikap yang positif dalam diri
dan orang lain serta dalam perhubungan kita dengan mereka serta
persekitaran. (Mental)

Cara menjaga kesihatan fizikal dan kesannya

1) Lakukan aktiviti senaman secara kerap. Contoh, bersukan, senam


robik, dapat melancarkan peredaran darah menjadi lebih teratur.
Sistem imunisasi menjadi lebih cekap dan stamina tubuh dapat
dibina. Dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.

2) Mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul. Contoh, ikut


piramid makanan. Makanan seimbang. Banyakkan sayur dan buah-
buahan. Dapat elakkan diri daripda penyakit berbahaya seperti sakit
jantung dan kencing manis.

3) Tidak merokok. Dapat elakkan penyakit berkaitan paru-paru dan


menguatkan ingatan.

4) Melakukan pemeriksaan kesihatan. Dapat mengetahui kewujudan


penyakit dalam diri dan seterusnya mengambil langkah untuk
mengurangkan/mengatasinya.

5) Menjaga kebersihan diri. Contoh gosok gigi sebelum tidur. Tidur


dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya
kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda menjadi
pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi.

6) Makan pada waktu yang ditetapkan. Biasakan mengikut jadual


makan yang sama setiap hari. Contoh, sarapan pukul 6.00, tetapkan
setiap hari makan pada pukul 6.00. Makan malam selewatnya pada
pukul 7.00 kerana proses penghadaman mengambil masa selama 4
jam sebelum betul-betul dihadamkan. Elakkan makan daging pada
waktu malam kerana daging memerlukan 36jam untuk hadam.

7) Makan sekadarnya bukan berlebihan. Perut perlu bekerja lebih keras


untuk menghadamkan makanan yang banyak. 1/3 makanan, 1/3 air,
1/3 udara akan membantu memudahkan penghadaman. Makan
dengan tenang dan tertib. Tidak perlu gelojoh.

8) Banyakkan minum air kosong 6-8 gelas setiap hari bergantung


kepada aktiviti seharian. Seeloknya minum air 30minit selepas
makan. Minum ketika sedang duduk. Air membantu menyahtoksik
dan kotoran yang tidak diperlukan dari badan. Jika kekurangan air,
badan mengalami kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan
tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun
dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

9) Minum 2-4 gelas air kosong setelah bangun tidur pada waktu pagi
sebelum menggosok gigi. Bakteria baik dari mulut akan masuk ke
perut dan bergabung dengan pro-biotik dalam perut dan membantu
memudahkan pelawasan.(pembuangan najis)

10) Bangun seawall pagi (subuh) dan mandi dengan air sejuk. Air
tersebut dapat membantu melancarkan peredaran darah,
menegangkan kulit dan membantu mencegah penyakit daripada
menghinggapi tubuh.Contoh, strok.

Cara menjaga kesihatan mental dan kesannya


1) Rehat dan tidur yang cukup. Dapat mengurangkan tekanan dan
menenangkan tubuh badan dan minda.

2) Menjaga kebersihan diri. Contoh mandi, berpakaian bersih. Dapat


mempengaruhi keadaan mental supaya lebih positif dan turut
mempengaruhi mood. Kawan suka untuk berkawan. Emosi dan
mental tenang.

3) Berfikiran positif. Mulakan hari dengan berfikir sesuatu yang


positif.Contoh, saya boleh, saya akan berjaya. Jangan bersikap kasar
seperti menghempas pintu dan menyepahkan barang.

4) Berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Sebarang keputusan


diambil dalam keadaan yang tenang dan tidak beremosi.

5) Cari kawan yang baik dan boleh dipercayai. Manusia tidak boleh
hidup berseorangan. Cari kawan dan berbual serta berkongsilah
pendapat tentang sesuatu yang mengganggu fikiran.

6) Merancang. Buat perancangan untuk sesuatu perkara atau tugas


yang hendak dilakukan. Ini dapat mengelakkan tekanan kepada
mental. Contoh, siapkan kerja rumah pada waktu yang ditetapkan.

7) Ransang otak dengan permainan teka-teki, silang kata,


menyelesaikan masalah matematik. Ini membantu sambungan baru
antara sel-sel saraf otak dan membina otak yang lebih cerdas.

8) Jaga emosi. Bila emosi stabil, mental turut tenang.

9) Lindungi kepala. Tidak melakukan sesuatu yang boleh membawa


kecederaan kepada kepala. Risiko kemerosotan kognitif apabila
sudah tua.

Anda mungkin juga menyukai