Anda di halaman 1dari 9

SK BUKIT BANDARAYA

UJIAN AKHIR TAHUN 2023/2024

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 4

NAMA: ………………………………….. KELAS: ………………….

Bahagian A
Soalan Objektif
(20 markah)

Arahan : Bahagian ini mempunyai 20 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat bagi setiap soalan.

1. Setiap agama dalam dunia ini menggalakkan penganutnya hidup tolong menolong
dan ..........................
A. mementingkan diri
B. bersikap malas
C. bermaaf-maafan
D. sentiasa mencari kawan baru

2. Kita hendaklah ........................... kepercayaan dan adat resam kaum lain.


A. mempercayai
B. mengejek
C. menghormati
D. memuji

3. Makan nasi di atas daun pisang merupakan amalan kaum…………………..


A. Melayu
B. Cina
C. India

1
D. Kadazan

4. Salman mengaku kesalahannya mengambil buah mangga jiran di belakang rumah tanpa
meminta kebenaran. Salman _____________ kerana jiran tidak memarahinya.
A. sedih
B. gembira
C. bangga
D. kecewa

5. Jackson memulangkan surat jirannya yang tersalah diberikan oleh posmen. Jirannya
memuji sikap jujur Jackson dan Jackson berasa __________________.
A. sedih
B. gembira
C. bangga
D. benci

6. Mei Ling tidak menggunakan wang hasil kutipan derma daripada jiran-jirannya. Oleh itu,
jiran-jiran memberi kepercayaan kepadanya untuk memegang duit tabung kawasan
kejiranan. Mei Mei berasa _______________________.
A. marah
B. dihargai
C. dibenci
D. takut

7. Rizal mengucapkan _____________ kerana anak jirannya berjaya dalam pertandingan


pidato .
A. takziah
B. syukur
C. tahniah
D. sayang

2
8. Jiran yang baik akan membantu mewujudkan masyarakat yang
_____________________.
A. huru-hara
B. bermusuhan
C. berpecah-belah
D. aman harmoni

9. Apakah kesannya sekiranya kamu suka bercakap kasar dengan jiran?


A. jiran akan menghormati kita
B. disayangi oleh jiran
C. jiran akan berkecil hati
D. hubungan sesama jiran semakin erat

10. Jelaskan kesan sekiranya kamu bersikap rajin dalam melakukan sesuatu aktiviti bersama-
sama dengan jiran.
I. kerja yang dilakukan menjadi senang dan cepat siap
II. jiran tidak suka melakukan kerja bersama-sama kamu lagi
III. hubungan saya dengan jiran bertambah erat
A. II sahaja
B. I dan II
C. II dan III
D. I dan III

11. Amalan ______________________ sangat patut diamalkan apabila kita berada di rumah
jiran.
A. bersuka ria
B. bergopoh gapah
C. bersopan santun
D. berterima kasih

3
12. Antara berikut, yang manakah menunjukkan amalan sikap bersederhana?
I. Kamu tidak memetik semua buah rambutan jiran apabila jiran membenarkan kamu
memetiknya.
II. Saya menolong jiran mengangkat barang jiran yang ingin berpindah ke rumah baru.
III. Kamu tidak mengambil semua jenis makanan yang dihidangkan pada majlis hari jadi
jiran kamu.
IV. Kamu membahagikan buah manggis kepada semua jiran kamu tanpa mengira kaum
dan agama mereka.
A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan III

13. Jiran yang baik akan membantu mewujudkan masyarakat yang


_____________________.
A. huru-hara
B. bermusuhan
C. berpecah-belah
D. aman harmoni

14.
Ayah selalu mengingatkan kami agar bercakap
benar dalam semua perkara

Nilai yang terdapat dalam penyataan tersebut ialah……


A. kesederhanaan
B. keberanian
C. kerajinan
D. kejujuran

4
15. Sekiranya kita menziarahi datuk dan nenek di kampung, mereka akan berasa
____________ dengan kehadiran kita.
A. bimbang
B. gembira
C. risau
D. selamat

16. Berikut ialah cara-cara menjaga ketenteraman di tempat tinggal kecuali


A. tidak membuang sampah merata-rata
B. melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong
C. membuat bising di kawasan kejiranan pada waktu malam
D. bertegur sapa dan membantu sesama jiran

17. Kita haruslah bertanggungjawab untuk __________ kebersihan kawasan tempat tinggal.
A. menjaga
B. mengabaikan
C. memuji
D. melihat

18. Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita wajib untuk memelihara _________ keluarga
A. tepi kain
B. maruah
C. kesihatan
D. keseronokan

19. Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan perbuatan yang melampau?
A. Iskandar bersikap merendah diri apabila dipuji oleh rakan-rakannya.
B. Nabila yang berusaha sepuluh tahun pandai berjimat cermat ketika berbelanja.
C. Seorang lelaki memukul budak berusia 12 tahun kerana mengambil penselnya.
D. Letchumy bercakap dengan bahasa yang sopan ketika menunjukkan arah jalan yang
betul kepada Puan Ong.

5
20. Berikut merupakan amalan berpakaian secara sederhana, kecuali

A. Berpakaian sukan yang lengkap ketika berjoging di taman.


B. Memakai baju yang menutup aurat ketika ke tempat beribadat.
C. Berpakaian kemas dan sopan ketika menghadiri temu duga kerja.
D. Memakai baju yang ketat dan mencolok mata ketika menghadiri majlis ilmu.

JAWAPAN
Bahagaian A

1 6 11 16

2 7 12 17

3 8 13 18

4 9 14 19

5 10 15 20

6
Bahagian B
Soalan Subjektif
(30 markah)
Arahan: Jawab semua soalan.

1. Gariskan jawapan yang betul.

a) Hodin sentiasa ( mencuci , mengelap ) tangan sebelum menyentuh sebarang makanan.

b) Kita perlu mandi sekurang – kurangnya ( dua , satu ) kali dalam sehari.

c) Samaon selalu mengamalkan sikap ( boros , sederhana ) semasa berbelanja .

d) Pek Wei bercakap ( bohong , benar ) walaupun tahu dia tahu yang dia akan dihukum

kerana tidak sengaja memecahkan pasu bunga ibunya .

e) Apabila menderma , kita hendaklah sentiasa ( angkuh , ikhlas ) memberikan bantuan

kepada mereka yang memerlukan .

f) Ucapan terima kasih selepas mendapat pertolongan dari orang lain dapat ( mengeratkan ,

memecahkan ) lagi hubungan persaudaraan .

g) Ibu bapa perlu ( dihormati , diderhakai ) sepanjang masa kerana mereka membesarkan

kita dan mengajar kita nilai – nilai yang baik .

h) Endol sentiasa ( berbuat baik , berbuat jahat ) dengan jiran tetangga demi menjaga

maruah keluarganya.

i) Setiap anggota masyarakat perlu ( bermusuhan , bekerjasama ) untuk mewujudkan

suasana hidup berjirang yang harmoni.

j) Penduduk Taman Paya Keladi telah ( memulaukan , menghadiri ) Majlis Hari Keluarga di

padang rekreasi di kawasan kediaman mereka.

7
2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang diberikan.

mementingkan aktiviti kedatangan disalurkan ikhlas


erat mengucapkan dihargai perangsang memohon

a) Murid-murid tahun 4 Gigih berdiri sambil ________________ salam sejahtera kepada

Cikgu Zafri.

b) Kita perlu ________________ maaf setelah melakukan kesilapan.

c) Hubungan yang ________________ dapat dijalin antara rakan sekiranya tidak wujud

prasangka.

d) Sikap ________________ diri sendiri tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.

e) Fauzana _________________ membantu rakannya yang sedang dalam kesempitan.

f) _________________ tetamu ke rumahnya disambut dengan mesra dan gembira.

g) Setiap jasa yang dicurahkan oleh para pendidik perlulah ________________.

h) Program Rakan Muda yang dianjurkan itu dipenuhi dengan pelbagai _______________.

i) Setiap sumbangan yang diterima akan _________________ kepada Jabatan Kebajikan

Masyarakat.

j) Kedua-dua ibu bapanya telah memberikan kata-kata _______________ kepadanya untuk

menjuarai pertandingan itu.

8
3. Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah.

a) Yee Meng makan nasi berlaukkan daging dan ayam tiga kali sehari. ( )

b) Peter menggunakan tutur kata yang sopan apabila menegur kesalahan Zul. ( )

c) Azmi marah apabila ahli kumpulannya mencalonkannya untuk membuat

pembentangan. ( )

d) Azahari sentiasa memberi salam apabila bertemu dengan jirannya. ( )

e) Suraya meminta bapanya membelikan sepasang kasut baru walupun dia telah ada banyak

kasut. ( )

f) Encik Khoo membiarkan haiwan peliharaannya berkeliaran dan mengganggu kediaman

jirannya. ( )

g) Ruben menunggang motosikal dengan cermat di jalan raya yang sibuk. ( )

h) Pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan perlu ada batasnya. ( )

i) Janet dan rakan-rakannya bermain bola jaring setiap petang untuk kecerdasan badan

mereka. ( )

j) Sanjit Kaur memberi ucap selamat apabila berjumpa dengan gurunya. ( )

------------------ KERTAS SOALAN TAMAT------------------

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

________________ __________________ ___________________


Anitha A/P Rajan Santhiramathi A/P Krishnan Md Faisal bin Mohd Salih
Guru matapelajaran Thn 4 Ketua Panitia Guru Besar
Pendidikan Moral Pendidikan Moral SK Bukit Bandaraya

Anda mungkin juga menyukai