Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

(30 markah)

Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat. 1. Semua perlakuan di bawah menunjukkan nilai bertanggungjawab, kecuali A. seorang pengurus syarikat menyediakan laporan yang lengkap dan tanpa sebarang kesalahan. B. para pelajar menghabiskan masa terluang di pusat-pusat siber. C. juruterbang memeriksa keadaan kapal sebelum memulakan penerbangan. D. cikgu memeriksa buku kerja pelajar dengan teliti. 2. Pilih kepentingan nilai toleransi. i. Mewujudkan keamanan dalam masyarakat. ii. Mengelakkan perselisihan faham. iii. Mengelakkan pergaduhan. iv. Mencetuskan isu perkauman A. i dan iiI C. ii,iii dan iv B. i,ii dan iii D. Semua di atas 3. Setiap kelakuan di bawah menunjukkan nilai hemah tinggi, kecuali A. Rosli bertutur secara sopan dan lemah lembut kepada semua orang, tidak kira yang tua atau yang muda. B. Rafidah tidak menggunakan kata-kata kesat dalam pertuturannya. C. Zunainah suka bermegah-megah apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. D. Yong Chai duduk dengan sopan di hadapan tetamu. 4. Perkataan bertanggungjawab bermaksud A. B. C. D. berani menghadapi sesuatu tugas yang diberikan. kesanggupan untuk memikul sesuatu tugas dengan sempurna. perasaan bangga apabila diberi kepercayaan melakukan sesuatu tugas. ketabahan dalam menyiapkan sesuatu tugas.

5. Mengapakah sikap bertanggungjawab perlu dipraktikkan oleh setiap individu? A. B. C. D. mudah mengambil hati majikan dapat mewujudkan masyarakat yang suka bersaing. dapat melakukan sesuatu tugas dengan sempurna. dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

6. Mesin fotostat telah rosak ketika digunakan oleh Aiman. Apakah tindakan yangsepatutnya dilakukan oleh Aiman? A. B. C. D. Meninggalkan mesin fotostat begitu sahaja. Melaporkan kerosakan kepada bahagian pengurusan. Mencuba membaiki kerosakan tersebut. Menuduh orang lain yang merosakkan mesin tersebut.

7. Apakah kepentingan sikap berhemah tinggi dalam pergaulan seharian? A. B. C. D. dapat mempamerkan kebaikan diri. dapat mengelakkan perselisihan faham mudah menerima simpati daripada orang lain meningkatkan kebolehan diri individu.

8. Antara berikut, perlakuan yang manakah bukan menggambarkan nilai hemah tinggi? A. B. C. D. mengakui kesalahan yang telah dilakukan. tidak bersangka buruk terhadap orang lain. berasa malu apabila menerima teguran. bersedia memperbaiki kelemahan diri.

9. Dalam suatu mesyuarat, Kavitha telah ditegur oleh majikannya di hadapan rakan-rakannya yang lain. Kavitha sepatutnya i. tidak bertegur dengan majikannya. ii. menerima teguran itu dengan hati yang terbuka. iii. berusaha memperbaiki dirinya. iv. tidak mengendahkan teguran tersebut. A. i dan ii C. ii dan iii B. i dan iv D. iii dan iv 10. Individu yang mengamalkan sikap toleransi akan i. mengambil peluang untuk mencari kesalahan orang lain. ii. enggan memahami masalah yang dihadapi oleh orang lain. iii. sentiasa mengawal tingkah laku dan emosi. iv. mengelakkan diri dalam sebarang pertelingkahan. A. i dan ii C. i dan iv B. ii dan iii D. iii dan iv 11. Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak menerangkan nilai toleransi? A. B. C. D. bersedia memaafkan orang lain menghormati hak orang lain memberi bantuan kepada saudara-mara sahaja menerima teguran atau pandangan orang lain

12. Yang berikut merupakan ciri-ciri toleransi ketika menyelesaikan sesuatu masalah? i. menghormati pendapat orang lain ii. sentiasa berpandangan positif iii. sentiasa bersaing untuk mengeluarkan pendapat yang terbaik iv. saling menyalahkan antara satu dengan yang lain A. i dan ii C. ii dan iii B. i dan iv D. iii dan iv 13. Perbuatan yang manakah tidak menggambarkan nilai toleransi? A. B. C. D. Aizad sentiasa mencurigai kawannya yang pernah melakukan kesalahan Daniel sentiasa mengawal emosinya ketika menyelesaikan sesuatu masalah Trisha sentiasa bersabar apabila dikritik dan ditegur oleh rakannya Dahlia sentiasa tenang apabila menghadapi masalah

14. A. B. C. D.

Sesuatu masalah atau konflik boleh diselesaikan dengan berkongsi masalah dengan ramai orang membawa masalah tersebut ke muka pengadilan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian masalah menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.

15. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri orang yang amanah? A. B. C. D. Sentiasa berpegang kepada janji Mengamalkan nilai membenci rasuah Menggunakan kuasa yang diberi dengan sewenang-wenangnya Melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna.

16. Apakah implikasi daripada sikap seseorang pekerja yang tidak amanah? A. B. C. D. Mengubah struktur pentadbiran sesebuah organisasi Menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi Mempengaruhi pekerja yang lain Menimbulkan kemarahan pekerja lain

17. Sikap amanah perlu dipupuk sejak kanak-kanak supaya A. B. C. D. Mereka tidak terpengaruh dengan budaya negatif Mereka dapat menaikkan imej keluarga Mereka sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat Mereka dapat berbangga dengan diri mereka

18. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga maruah diri? A. Menjaga nama baik diri dan keluarga B. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi C. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang yang diceburi D. Melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan 19. Antara berikut, yang manakah bukan cara untuk meningkatkan harga diri? A. Mempunyai pegangan agama yang kukuh B. Menjalinkan hubungan mesra dengan anggota masyarakat C. Mempunyai nilai moral dan akhlak yang tinggi D. Membanding bezakan kelebihan yang ada pada diri dan orang lain 20. Yang berikut perlakuan individu yang mengamalkan gaya hidup sihat dari segi emosi, kecuali A. B. C. D. Berupaya menyelesaikan sesuatu masalah Sabar dan tabah ketika berhadapan dengan masalah Sering meletakkan kesalahan terhadap diri sendiri Sentiasa bersikap tenang dan sabar

saksam . a Tidak berat sebelah

21.

Antara yang berikut, manakah dapat dikaitkan dengan X di atas ? i. Puan Nina memberi layanan yang sama baik kepada kedua-dua anak kembarnya ii. Semua kemudahan sekolah boleh digunakan oleh setiap pelajar iii. Rakyat mendapat perkhidmatan rawatan kesihatan yang sama iv. Hanya kawasan bandar perlu dibangunkan A. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv B. i, ii dan iv D. Semua di atas

22.

Seseorang yang mengamalkan nilai kesederhanaan akan i. berbelanja mengikut keutamaan ii. membuat perancangan perbelanjaan iii. mengelakkan diri daripada berboros iv. berbelanja tanpa had A. i dan ii C. ii, iii dan iv B. i, ii dan iii D. Semua di atas

23. A. B. C. D. 24.

Semua kelakuan di bawah menunjukkan nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga kecuali Meng Yee membawa adiknya bersiar-siar dibandar pada hujung minggu Meng Yee bercakap dengan nada rendah semasa berinteraksi dengan ahli keluarganya Meng Yee mendapatkan kebenaran abangnya sebelum menggunakan begnya Meng Yee tidak membantah nasihat dan kata-kata ibu dan bapanya Pilih ciri-ciri yang mencerminkan nilai kasih sayang terhadap keluarga i. Mengambil berat masalah keluarga ii. Menggembirakan ahli-ahli keluarga iii. Sanggup berkorban untuk keluarga iv. Mengejek kelemahan ahli keluarga A. I dan II C. I, II dan III B. II dan IV D. Semua di atas

Nilai X

Kasih sayang

Keluarga

Berkekalan

25.

Pilih perlakuan yang mencerminkan nilai X di atas. Menjaga ibu bapa yang sakit tanpa mengharapkan balasan Menjaga ibu bapa dengan harapan akan ditinggalkan dengan harta yang banyak Elakkan daripada menyakiti hati ibu bapa Membeli kek untuk ibu pada harijadinya C I, II dan IV D I, III dan IV

i. ii. iii. iv A I dan II B I dan III 26. A. B. C. D.

Apakah yang patut anda lakukan sekiranya adik anda menggunakan wang saku membeli buku rujukan yang diberi oleh ibu? Adik, kamu sepatutnya memulangkan wang baki kepada ibu. Tak mengapalah, kamu gunakan saja wang baki itu. Jahatnya kamu ni. Nanti, kakak laporkan keapda ibu.

Soalan 27 hingga 30 : Pilih jawapan yang bersesuaian dengan ciri-ciri nilai di bawah ini. P Q R S 27. A. B. C. D. 28. A. 29. A. 30. A. Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam Mengamalkan semangat ketekunan dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara Berupaya menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bantuan orang lain Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas dengan sempurna Nilai P ialah.. Kebebasan beragama Kasih sayang Toleransi Kepercayaan kepada Tuhan Nilai Q ialah.. Kerajinan Nilai R ialah.. Bertanggungjawab Nilai S ialah.. Amanah B. Bertanggungjawab C. Harga diri D. Rasional B. Berdikari C. Hemah tinggi D. Kesederhanaan B. Kasih sayang C. Berdikari D. Bertanggungjawab

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF Bulatkan jawapan yang betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. A A A A A A A A A A A A A A A B B B B B B B B B B B B B B B C C C C C C C C C C C C C C C D D D D D D D D D D D D D D D 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. A A A A A A A A A A A A A A A B B B B B B B B B B B B B B B C C C C C C C C C C C C C C C D D D D D D D D D D D D D D D

BAHAGIAN B : SOALAN SOALAN SUBJEKTIF DAN STRUKTUR Jawab semua soalan. Tandakan bagi perlakuan yang betul dan X bagi perlakuan yang salah 1. Kita sepatutnya merayakan perayaan bersama-sama keluarga demi mengeratkan hubungan antara ahli-ahli keluarga. Sekiranya salah seorang ahli keluarga berbuat salah, kita patut memarahinya dan tidak memberi peluang kepadanya untuk membaiki kelemahannya. Kita boleh memandang rendah adat warisan keluarga sekiranya mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Individu yang moden ialah individu yang tidak boleh tinggal bersama dengan ibu bapa yang sudah dimakan usia. Orang yang suka mencari kesalahan orang lain ialah orang yang mengamalkan sikap sedia memaafkan. Gunakanlah masa yang terluang dengan kerja-kerja yang berfaedah Sebagai anak, kita bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memuliakan ibu bapa. Jika kita mengamalkan peribahasa hangat-hangat tahi ayam, tentu kita berjaya mencapai apa yang kita hajati. Orang yang berakhlak dan berhemah tinggi sentiasa berterima kasih dan menghargai setiap pemberian dengan senang hati.

( 10 MARKAH )

2.

3.

4.

5.

6. 7. 8. 9. 10.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita seharusnya memberi sokongan kepada penghidap AIDS agar terus melalui kehidupan dengan lebih bermakna.

Bahagian C Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.

(10 markah)

cemburu ketidaktenteraman memaafkan bangga berdikari

melanggar penganiayaan menghargai bersopan-santun simpati

1. 2 3

Kita hendaklah _____________ kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Individu yang tidak yakin pada diri sendiri akan berasa _____________ akan kejayaan orng lain. Kita bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak ________________ undang-undang dan peraturan. Orang yang sedia _____________ kesalahan orang lain dengan ikhlas adalah orang yang berhati mulia. Perasaan _________________ perlu ditunjukkan kepada golongan dalam kesusahan jika kita tidak dapat menghulurkan bantuan kebendaan kepadanya. Kita wajar mengamalkan sikap berupaya _____________ sendiri terutama dalam menguruskan hal-hal diri kita sendiri. Amalkan ________________ dalam pertuturn dan perlakuan menjamin keharmonian dan kemesraan dalam perhubungan dengan orang lain. Orang yang cinta kepada negara akan berasa ___________ menjadi warganegara di negara ini. Melakukan __________ terhadap binatang merupakan amalan orang yang tidak sayang kepada nyawa. Sesebuah negara yang ditadbir dengan tidak mengutamakan keadilan akan menyebabkan huru-hara dan _________________ yang berpanjangan.

8 9 10

Bahagian D : Soalan Struktur (10 markah) Baca situasi-situasi di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SULIT Tingkatan 3 Pendidikan Moral 2013 1 jam NAMA:_____________________________ TINGKATAN : _____________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 TAHUN 2013 Satu jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan 1. Jawab semua soalan. 2. Kertas ini mengandungi empat bahagian. Bahagian A mengandungi 30 soalan Objektif dan Bahagian B dan Bahagian C mengandungi 20 soalan subjektif serta Bahagian D dua soalan struktur 3. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. 4. jawab semua soalan di ruangan yang disediakan.

Disediakan oleh,

KETUA BIDANG

....................................... (Cik. Jayasugantini)

GURU PRAKTIKAL

Disemak oleh,

.............................................. ()

KETUA PANITIA

Disahkan oleh,

................................................... ()

Anda mungkin juga menyukai