Anda di halaman 1dari 14

SULIT

Soalan Objektif

BAHAGIAN A (50 MARKAH)

Pilih jawapan yang paling tepat.

1 Cara untuk menghayati kejadian alam yang unik ialah dengan


A mendekatkan diri kepada Tuhan.
B mengambil faedah daripada pembangunan.
C melakukan pelbagai aktiviti pembangunan.
D meneroka keindahan alam ciptaan Tuhan.

2 Individu yang mengamalkan sikap amanah akan


A mendedahkan rahsia rakan.
B berpegang teguh pada janji.
C menimbulkan kecurigaan orang lain.
D menyalahgunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan.

3 Mengenali diri sendiri melibatkan ciri dalaman individu seperti berikut, kecuali
A pembinaan diri.
B tindakan yang diambil.
C kesedaran ten tang diri.
D latar belakang diri dan keluarga.

4 Individu yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya akan


A mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
B mengamalkan pemakanan yang seimbang.
C melakukan senaman yang berat pada setiap masa.
D memilih tempat makan yang mewah dan berkualiti tinggi.

5 Berikut merupakan tingkah laku yang perlu diamalkan sewaktu di meja makan,
kecuali
A duduk dengan cara yang sopan.
B menjangkau untuk mengambil makanan.
C mendahulukan orang yang lebih tua dan tetamu makan.
D minta kebenaran untuk meninggalkan meja setelah selesai makan.

6 Individu yang mengamalkan sikap toleransi


I mudah memaafkan orang lain.
II boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran.
III akan simpati dan empati terhadap kesusahan orang lain.
IV mudah mempengaruhi kehidupan orang lain.
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV
1 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

7 Kebolehan seseorang melakukan sesuatu tugas atau kewajipan bergantung kepada


I peringkat umur.
II didikan yang diterima.
III latar belakang keluarga.
IV kematangan fizikal dan mental.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

8 Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri orang yang rajin?


A Sanggup mencuba sesuatu yang baru
B Melakukan sesuatu tanpa perancangan
C Tidak berputus asa walaupun menghadapi masalah
D Memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada perkara yang sedang
dilakukan

9 Bagaimanakah cara untuk menunjukkan kasih sayang?


I Sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan
II Sentiasa memberikan layanan yang baik dan bersopan
III Saling hormat-menghormati antara satu sarna lain
IV Tidak membebankan orang lain dengan masalah yang kita hadapi
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

10 Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan nilai keadilan dalam hidup
berkeluarga?
A Untuk mewujudkan keharmonian keluarga
B Untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati antara ahli keluarga
C Untuk memudahkan proses penyelesaian sesuatu masalah
D Untuk memastikan setiap anggota keluarga mendapat hak yang sarna

11 Perkara-perkara berikut bo1eh dilakukan dengan penggunaan Internet, kecuali


A mencari dan bertukar maklumat.
B menghantar e-mel kepada pengguna lain.
C melayari laman web dari seluruh dunia.
D menggodam laman web orang lain.

12 Pilih pernyataan yang tidak menerangkan kepentingan merancang perbelanjaan.


A Dapat mengurangkan sesuatu kos
B Dapat mengelakkan berlakunya pembaziran
C Dapat menguruskan sumber kewangan dengan lebih berhemah
D Dapat membeli barangan dalam kuantiti yang banyak

2 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

13 Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan nilai kasih sayang terhadap
keluarga?
A Menjadi sumber inspirasi untuk kejayaan
B Meningkatkan imej dan nama baik keluarga
C Menjadi pendorong untuk melakukan kebaikan
D Melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni

14 Apakah tujuan Hari Ibu dan Hari Bapa disambut?


A Untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
B Untuk memberikan anugerah kepada ibu dan bapa mithali
C Untuk memberi pengiktirafan kepada ibu bapa yang telah berjasa
D Untuk memberi peluang kepada anak-anak meluangkan masa bersama ibu
bapa

15 Mengapakah tradisi panggilan yang tersendiri untuk anggota keluarga masih


dikekalkan?
I Menghormati golongan yang 1ebih tua
II Menunjukkan kemesraan ikatan kekeluargaan
III Menyayangi golongan yang lebih muda
IV Menghargai sumbangan anggota keluarga
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

16 Antara berikut, yang manakah tidak termasuk dalam tugas dan tanggungjawab
anak-anak?
A Mengikut nasihat ibu bapa
B Mematuhi peraturan keluarga
C Saling membantu dalam keluarga
D Menyediakan tempat perlindungan untuk keluarga

17 Pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik menyebabkan parit dan


longkang tersumbat. Keadaan ini boleh mengakibatkan berlakunya
A tanah runtuh.
B hujan asid.
C banjir kilat.
D hakisan tanah.

18 Berikut merupakan panduan Amalan Hijau yang boleh dilaksanakan di sekolah,


kecuali
A menggunakan tong kitar semula.
B menanam pokok di sekitar sekolah.
C membeli kertas yang sudah dikitar semula.
D menggunakan kertas tisu dengan lebih banyak.

3 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

19 Kemusnahan hutan berlaku kerana aktiviti-aktiviti manusia seperti berikut.


I Pembalakan yang tidak terkawal
II Meneroka tanah untuk pertanian
III Pewartaan kawasan hutan simpan
IV Pembinaan empangan air atau hidro
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

20 Keracunan plumbum dalam asap kilang dan kereta boleh menyebabkan


A masalah pernafasan.
B sakit jantung dan buah pinggang.
C penyakit kulit.
D barah paru-paru.

21 Antara berikut, yang manakah bukan tujuan Projek Sungai Angkat Sekolah
diadakan?
A Memupuk semangat cintakan alam sekitar
B Menjadikan sungai sebagai kawasan rekreasi
C Menggalakkan pelajar untuk menjaga dan memelihara sungai
D Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan pihak sekolah untuk menjaga
sungai

22 Warna nilakandi yang terdapat dalam bendera negeri Sabah melambangkan


A kemurnian dan keadilan.
B kekuatan dan kerjasama.
C keberanian dan keyakinan.
D perpaduan dan kemakrnuran.

23 Berikut merupakan tugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sernasa aman,
kecuali
A melindungi sumber luar pantai.
B melindungi kapal-kapal negara sahabat.
C mencari dan menyelamat mangsa bencana alam.
D membantu agensi awam untuk membanteras lanun.

24 Antara berikut, yang manakah tidak termasuk dalam hak kanak-kanak?


A Mendapat pendidikan yang sempurna
B Mendapat tempat perlindungan
C Menikmati segala kemewahan hidup
D Mendapat keperluan asas yang sempurna

4 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

25 Masalah pemakanan tidak seimbang yang kronik boleh menyebabkan


I Kerosakan penglihatan.
II Pertumbuhan terbantut.
III Kurang daya tahan badan terhadap penyakit.
IV Peningkatan kadar metabolisma dalam badan.
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

26 Berikut merupakan contoh pencabulan terhadap hak-hak wanita, kecuali


A menghalang wanita mendapatkan pendidikan.
B menjadikan wanita sebagai mangsa keganasan rumah tangga.
C memberikan layanan yang tidak adil terhadap pekerja lelaki dan wanita.
D menghargai sumbangan wanita dalam pembangunan negara.

27 Mengapakah aspek keselamatan pekerja harus diambil berat oleh majikan?


A Untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja
B Untuk meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran
C Untuk mengurangkan perlanggaran disiplin di tempat kerja
D Untuk mengelakkan membayar pampasan kepada pekerja.

28 Apakah tujuan Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan disambut?


A Untuk memilih tokoh orang kurang upaya
B Untuk memberi peluang kepada orang kurang upaya memajukan diri
C Sebagai satu penghargaan oleh kerajaan kepada orang kurang upaya
D Untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan orang kurang upaya

29 Berikut merupakan panduan yang boleh diikuti oleh setiap pengguna semasa
membeli-belah, kecuali
A membeli barangan yang segar dan berkhasiat.
B membayar barangan dengan menggunakan kad kredit.
C menentukan keutamaan barangan yang hendak dibeli.
D membuat penelitian mengenai kualiti, harga dan kegunaan barangan.

30 Mengapakah pengguna perlu mempunyai pendidikan kepenggunaan?


A Supaya tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
B Supaya senang memilih barangan yang mahal dan berkualiti
C Supaya mudah membeli barangan dalam kuantiti yang banyak
D Supaya dapat menentukan harga barangan di pasaran

31 Mengapakah pelaksanaan peraturan di rumah sangat penting?


A Untuk mengelakkan timbul sebarang masalah dalam keluarga
B Untuk mengawal segala perlakuan dan tingkah laku anggota keluarga
C Untuk meningkatkan imej dan maruah keluarga
D Untuk memastikan setiap anggota keluarga mempunyai kelakuan yang
baik
5 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

32 Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah. Antara berikut, perkara yang
manakah tidak dilarang di sekolah?
A Menghisap rokok.
B Merosakkan harta benda sekolah
C Menjadi ahli persatuan pasukan beruniform
D Memakai barangan kemas ke sekolah

33 Hak kebebasan bersuara di Malaysia adalah berlandaskan


A prinsip Rukun Negara.
B Perlembagaan Negara.
C agama dan kepercayaan.
D amalan sistem demokrasi.

34 Mengapakah kita perlu menghormati agama dan kepercayaan orang lain?


I Untuk mengelakkan sebarang prasangka
II Untuk mewujudkan kesefahaman dan keharmonian
III Untuk memudahkan kita memahami cara hidup orang lain
IV Untuk mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

35
• Mempunyai dua mazhab yang penting
• Percaya kepada hukum Karma dan kelahiran semula selepas mati

Peryataan di atas adalah berkaitan dengan agama


A Islam.
B Hindu.
C Buddha.
D Kristian.

36 Mengapakah setiap pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum?


I Dapat mengelakkan perlanggaran disiplin
II Dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah
III Dapat menimba dan .memperoleh pengalaman baru
IV Dapat membentuk jati diri yang teguh
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

6 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

37 Individu yang bersikap terbuka tidak akan


A sanggup menerima pandangan orang lain.
B peka dan mengarnbil kira perasaan orang lain.
C mengeluarkan pendapat tanpa berfikir.
D sanggup untuk membuat perubahan.

38 Individu yang tidak mengamalkan cara hidup berbaik-baik dan harmoni akan
A saling membantu antara satu sarna lain.
B berprasangka terhadap orang lain.
C menyelesaikan konflik melalui perbincangan secara aman.
D menjadi pendamai dalam sebarang krisis yang dihadapi.

39 Bagaimanakah cara untuk memperkukuhkan semangat hidup berjiran?


I Menghormati cara hidup jiran
II Menjaga kebersihan kawasan kejiranan
III Meminta pertolongan jiran pada setiap masa
IV Mengamalkan sikap bertimbang rasa dengan jiran
A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

40 Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri kerajaan komunisme?


A Raja berkuasa mutlak
B Hak individu disekat
C Dasar cukai yang berat dan progresif
D Pemerintah menentukan corak hidup rakyat

41 Pilih situasi yang menggambarkan sikap amanah.


A Raymond menceritakan hal peribadi Lokman kepada sahabatnya.
B Muthu mengupah Amin untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
C Malik sering memberi baki duit yang kurang kepada pelajar lain ketika
bertugas di koperasi sekolah.
D Ayuni menyerahkan wang kutipan derma kelasnya kepada guru dengan
segera.

42 Mengapakah kita perlu berhemah tinggi sewaktu menggunakan kemudahan


awam?
A Agar tidak menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat
B Agar kemudahan awam dapat diselenggara dengan baik
C Agar orang lain berpeluang untuk menggunakan kemudahan awam
tersebut
D Agar kerajaan tidak perlu mengeluarkan kos pembaikan yang banyak

7 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

43 Bagaimanakah perlakuan pelajar yang berdikari?


A Membawa bekal untuk dikongsi dengan rakan-rakan
B Mencari bahan rujukan sendiri untuk menyiapkan tugasan
C Meminta ibu bapa menghantar ke sekolah setiap hari
D Meminta bantuan rakan untuk menyiapkan kerja sekolah

44 Mengapakah kita perlu mengkaji kebenaran sesuatu khabar angin?


A Agar dapat mengawal tindak tanduk masyarakat
B Agar pembangunan negara dapat berjalan lancer
C Agar semua pihak bersedia untuk menghadapinya
D Agar tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat

45 Pilih pernyataan yang tidak menerangkan cara-cara menghormati anggota


keluarga.
A Memberi layanan apabila mereka sakit
B Meraikan kejayaan anggota keluarga
C Melindungi keselamatan setiap anggota keluarga
D Mendoakan kesejahteraan anggota keluarga

46 Fakrul berkunjung ke rumah adik ibunya. Apakah panggilan yang sesuai


digunakan oleh Fakrul untuk memanggil adik ibunya itu?
A Wan
B Opah
C Mak Cik
D Mak Long

47 Pihak manakah yang bertanggungjawab memberikan perlindungan terhadap


hidupan liar?
A PERHILITAN
B Kelab Pencinta Alam
C Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
D Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

48 Apakah penyebab utama pencemaran darat?


A Pembiakan haiwan pembawa penyakit
B Kegiatan perindustrian yang berleluasa
C Pelepasan gas-gas yang berbahaya
D Pembuangan sampah sarap yang tidak terurus

49 Apakah tema Hari kebangsaan pada tahun 2007?


A Keranamu Malaysia
B Malaysiaku Gemilang

8 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

C Sambutan Gemilang
D Bersatu ke Alaf Baru

50 Pertubuhan-pertubuhan berikut memberi perlindungan kepada wanita, kecuali


A Jabatan Kebajikan Masyarakat
B Pertubuhan Keselamatan Sosial
C Pertubuhan Pertolongan Wanita
D Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Soalan subjektif

BAHAGIAN B (8 MARKAH)

lsikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang telah disediakan.

penghargaan prejudis kejayaan prihatin


keputusan fleksibel kepercayaan Maruah

1. Individu yang mempunyai harga diri akan bercita-cita dan bersemangat tinggi
untuk mencapai _______________ dalam hidup.

2. Kita seharusnya menjaga rahsia orang lain agar mereka tidak akan hilang
__________________terhadap kita.

3. Sikap bertolak ansur akan menjadikan kita lebih ________________untuk hidup


bersama dengan orang lain dalam apa jua situasi.

4. _________________terhadap anggota keluarga boleh ditunjukkan dengan


mengingati hari istimewa mereka.

5. Pihak media bertanggungjawab untuk menjaga________________ wanita


daripada dieksploitasi oleh pihak yang tidak beretika.

6. Pihak majikan perlu lebih ______________ terhadap isu keselamatan dan


kesihatan di tempat kerja masing-masing.

7. Masyarakat diseru supaya menerima orang kurang upaya tanpa perasaan


___________ dan khuatir.

8. Pengguna perlu mengetahui hak dan tanggungjawab mereka kerana segala


_________________terletak di tangan mereka sendiri.

9 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

BAHAGIAN C (8 MARKAH)

Nyatakan sama ada situasi di bawah WAJAR atau TIDAK WAJAR.

Situasi Jawapan

Shahrul menceritakan rahsia Suresh kepada rakan-


1.
rakan yang lain.

Fatiha tidak pemah berputus asa walaupun telah


2.
beberapa kali gagal dalam ujian bulanan.

Faizal meminta kebenaran daripada abangnya


3.
sebelum menggunakan komputer.
Sara enggan bergaul dengan rakan-rakan
4.
sekelasnya yang berlainan bangsa.
Kim Lai selalu memandang rendah akan kebolehan
5.
rakan- rakannya yang lain
Fuad tetap menjaga kebajikan ibu bapanya
6.
walaupun dia berjawatan tinggi
Puan Suraya lebih menyayangi anaknya yang
7.
pandai daripada anak-anaknya yang lain.
Rani meminta maaf daripada Julia kerana
8. menghilangkan buku ceritanya dan berjanji akan
menggantikannya dengan yang baru.

10 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

BAHAGIAN D (10 MARKAH)

Padankan nilai-nilai di bawah dengan definisi yang telah diberikan.

Sikap bertanggungjawab yang boleh


menimbulkan kepercayaan dan keyakinan Sanggup Berkorban
1
orang lain untuk Negara

Boleh berfikir berdasarkan alas an dan


bukti yang nyata dan dapat mengambil
Kemapanan Alam
2 tindakan berasaskan pertimbangan yang
Sekitar
wajar

Pengekalan keseimbangan alam sekitar


sebagai tanggungjawab untuk Kebebasan
3
kesejahteraan hidup Bersuara

Kerelaan melakukan atau menyerahkan


sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda
4 Amanah
kebaktian untuk Negara.

Kebebasan berucap dan mengeluarkan


fikiran dengan batasan tertentu bagi
5 Rasional
menjaga keselamatan dan ketenteraman.

11 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

BAHAGIAN E (6 MARKAH)

Padankan pernyataan di bawah dengan nilai yang berkaitan.

(a) Kasih sayang


Menerima, menghormati dan
terhadap keluarga
mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan
1
kepercayaan yang diwarisi secara turun
temurun dalam keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga


2 dengan berinteraksi secara sopan. (b) Hormat dan taat
kepada anggota
keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
amat mendalam terhadap keluarga.
3

Mengetahui peranan masing-masing


untuk mewujudkan keluarga bahagia,
4 meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga. (c) Mengekalkan
tradisi kekeluargaan
Memberi layanan yang bersopan untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni.
5

Menunaikan kewajipan yang harus


dilaksanakan oleh setiap individu
6 terhadap keluarga.
(d) Tanggungjawab
terhadap keluarga

12 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

BAHAGIAN F (8 MARKAH)

Tandakan (√) pada pernyataan yang benar dan tandakan (x) pada pernyataan yang
salah.

Individu yang tidak mengamalkan sikap terbuka dalam perhubungan akan


1. sentiasa ingin menegakkan pendirian walau dengan apa cara sekalipun.

2. Anggota polis dan tentera sahaja bertanggungjawab menjaga keselamatan


negara daripada serangan musuh.

3. Warna bim zirkon yang terdapat pada bendera negeri Sabah.


melambangkan keamanan dan ketenteraman.

4. lbu bapa perlu memberi peluang kepada setiap anggota keluarga untuk
menyatakan pendapat dalam perbincangan keluarga.

5. Pengambilan makanan ring an dalam kuantiti yang banyak sangat baik


untuk kesihatan.

6. Ajaran agama Kristian menitikberatkan unsur kasih sayang dan belas


kasihan sesama manusia.

7. lndividu yang mengamalkan cara hidup berbaik-baik dan harmoni akan


menyelesaikan konflik secara paksaan dan kekerasan.

8. Pengguna yang bermaklumat tidak mudah ditipu dan dapat


mempertahankan hak mereka sebagai pengguna yang bijak.

13 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT

BAHAGIAN G (10 MARKAH)

Tuliskan nilai yang berkaitan dengan definisi di bawah.

Definisi Nilai
1 Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal
diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan.

2 Yakin dengan kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam.

3 Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam


pergaulan seharian.

4 Sikap menerima dan menghargai diri sendiri.

5 Kesanggupan seseorang untuk memikul dan


melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

14 [Lihat sebelah
SULIT

Anda mungkin juga menyukai