Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A [30markah]

Arahan : Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Pilih satu jawapan yang betul. Hitamkan jawapan yang betul di ruangan jawapan yang
disediakan.

1) Mengapakah kita perlu hidup berlandaskan agama?


A. Agar kejahatan dapat dielakkan
B. Agar dunia dapat mengenal kita
C. Agar hidup dilimpahi kesenangan
D. Agar diri disanjung oleh orang lain

2) Yang berikut merupakan pernyataan yang betul tentang sumber moral, kecuali...
I. perlu dipraktikkan dalam kehidupan.
II. bahan rujukan yang menjadi panduan.
III. dapat membentuk keperibadian diri dan tingkah laku.
IV. sumber moral bergantung kepada pandangan peribadi individu.

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

3) Berikut merupakan pantang larang Kaum Melanau kepada suami wanita mengandung.
I. Dilarang makan pucuk paku.
II. Tidak boleh mengecat.
III. Tidak boleh menghadiri upacara kematian.
IV. Tidak boleh memotong kayu yang bertindan.

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

4) Pernyataan yang berikut merujuk kepada Rukun Negara, kecuali...


A. dikecualikan untuk golongan tertentu.
B. sumber rujukan dan panduan moral rakyat Malaysia.
C. sebagai panduan hidup untuk semua warganegara.
D. semua individu perlu mematuhi dan mengamalkannya.

5) Mengapakah kita perlu memahami ajaran kaum lain?


A. Untuk mengenal pasti kelebihan agama masing-masing
B. Untuk mengurangkan tekanan daripada penganut agama lain
C. Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum
D. Untuk menunjukkan kekuatan dan keistimewaan agama masing-masing

1
6) Setiap agama mempunyai suri teladan masing-masing. Siapakah suri teladan bagi agama Sikh?
A. Jesus Christ
B. Guru Nanak
C. Siddharta Gautama
D. Swami Vivekananda

7) Apakah sikap yang perlu ada pada seseorang manusia yang dilahirkan cacat anggotanya?
A. Memusuhi Tuhan
B. Memarahi kejadian Tuhan
C. Malu terhadap kekurangan diri
D. Menerima hakikat kekurangan diri

8) Masyarakat Iban menyambut ____________ sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.
A. Pesta Keamatan
B. Hari Gawai
C. Hari Krismas
D. Hari Wesak

9) Mengapakah nilai harga diri penting kepada remaja?


A. Berupaya melepasi cabaran
B. Agar dapat menjadi pemimpin
C. Dapat memberikan kesan baik kepada kesihatan
D. Supaya tidak terpengaruh dengan perkara negative

10) Antara yang berikut, yang manakah bukan tanggungjawab pelajar di sekolah?
A. Menjaga kebersihan tandas
B. Patuh terhadap peraturan sekolah
C. Membuat aduan kepada guru atau pengawas
D. Membantu ibu menjual kuih di kantin

11) Yang berikut merupakan kepentingan menjalankan tanggungjawab diri, kecuali


A. Murid dapat berdikari
B. Penyakit dapat dijauhi
C. Maruah diri terpelihara
D. Terdedah kepada bahaya

12) Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang, apakah cara lain untuk menjaga kesihatan diri?
A. Tidur dan berehat sepanjang masa
B. Menonton televisyen sambil makan makanan ringan
C. Melakukan senaman setiap hari
D. Bermain komputer bersama rakan setiap hari

2
13) Berikut merupakan gaya hidup sihat dari segi emosi, kecuali
A. berupaya menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
B. sabar dan tabah ketika berhadapan dengan masalah
C. sering meletakkan kesalahan terhadap diri sendiri dan orang lain
D. sentiasa bersikap tenang dan sabar apabila menghadapi masalah

14) Bagaimanakah cara anda menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri?
A. Bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
B. Menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya
C. Berjalan bersendirian pada waktu malam
D. Mendedahkan maklumat diri di Internet

15) Pelajar yang bertanggungjawab akan...


A. menyiapkan tugasan dengan baik.
B. memberi rakan meniru tugasannya.
C. memohon cuti sakit dari klinik jika ponteng sekolah.
D. menggunakan wang persatuan untuk membantu rakan baik.

16) Apakah yang anda faham tentang menjaga maruah diri?


A. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
B. Menjaga nama baik diri dan keluarga daripada masalah sosial
C. Memperoleh prestasi cemerlang dalam bidang yang diceburi
D. Mengaktifkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan

17) Berikut ialah tanggungjawab anak-anak dalam sesebuah keluarga, kecuali...


A. Membantu ibu bapa melakukan kerja rumah tanpa disuruh
B. Belajar bersungguh-sungguh
C. Menjaga keselamatan adik-beradik apabila ibu bapa tiada di rumah
D. Menyediakan keperluan asas untuk keluarga

18) Yang manakah antara yang berikut adalah peranan dan sumbangan anggota keluarga dalam
membantu kejayaan anak-anak?
I. Memberikan semangat
II. Mengeluarkan wang perbelanjaan
III. Bersama-sama ketika susah dan senang
IV. Membiarkan anak-anak hidup bersendirian

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

19) Antara berikut, yang manakah bukan merupakan ciri-ciri sahabat yang baik?
A. Taat pada perintah Tuhan
B. Sentiasa berakhlak mulia
C. Mendedahkan rahsia sahabat
D. Memiliki sifat ikhlas dan jujur

3
20) Antara contoh-contoh perlakuan beradab dalam persahabatan ialah...
I. Ikhlas
II. Bertoleransi
III. Mungkir janji
IV. Saling menghormati

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

21) Berikut merupakan batasan dalam persahabatan, kecuali...


I. Tidak mencampuri urusan peribadi sahabat
II. Tidak menghina kekurangan sahabat
III. Menggunakan barang kepunyaan sahabat tanpa kebenaran
IV. Menjaga batasan pergaulan lelaki dengan perempuan

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

22) Apabila melakukan kesilapan, kita seharusnya...


A. Mengkritik rakan-rakan
B. menyalahkan orang lain
C. mengakui kesilapan tersebut
D. menyembunyikan kesalahan tanpa diketahui oleh orang lain

23) Pilih pernyataan yang tidak benar tentang manfaat hidup berjiran.
A. Membantu menjayakan majlis keramaian.
B. Mudah mendapat bantuan apabila menghadapi sesuatu masalah.
C. Memupuk semangat perpaduan.
D. Keselamatan tempat tinggal tidak terjamin

24) Apakah perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan apabila berada di taman negara?
I. Memusnahkan atau membakar mana-mana pokok atau tumbuhan yang dilindungi
II. Melawat sambil mencatat nama-nama pokok yang sedia dilabelkan
III. Membuat sebarang pembinaan dan meneroka tanah
IV. Membawa senjata, bahan letupan, jerat dan racun

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

25) Antara berikut, yang manakah merupakan ciri- ciri pekerja beretika?
A. Menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri
B. Menyinggung perasaan pekerja lain
C. Komited terhadap tugas
D. Tidak berdisiplin

4
26) Bagaimanakah cara untuk melatih diri supaya bersikap positif sekiranya dikritik?
I. Sabar dan tenangkan fikiran
II. Percaya bahawa kita lebih mengenali diri kita sendiri
III. Mempercayai seratus peratus setiap kritikan yang diberi
IV. Fikirkan adakah kritikan itu benar atau salah

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

27) Bagaimanakah virus HIV boleh merebak?


I. Pemindahan darah yang tercemar
II. Suntikan daripada jarum yang tercemar
III. Berkongsi jarum suntikan dengan penagih dadah yang dijangkiti HIV
IV. Bersentuh kulit dengan pesakit HIV

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

28) Mengapakah setiap individu perlu membuat pertimbangan sebelum mengambil sesuatu
keputusan?
A. Supaya setiap tindakan yang dibuat tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain
B. Supaya kita dapat mengeksploitasi kelemahan orang lain
C. Supaya tindakan yang dibuat dapat memberi ganjaran
D. Supaya kita dapat mempengaruhi keputusan orang lain

29) Apakah kepentingan asuhan dan didikan ibu bapa?


I. Anak-anak akan memberikan upah yang lumayan kepada ibu bapa
II. Anak-anak tidak mudah terjebak dengan gejala sosial
III. Melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan menghormati orang tua
IV. Melahirkan anak-anak yang hormat ibu bapa dan cemerlang dalam akademik

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

30) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri daripada perbuatan salah
laku?
A. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim
B. Mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran agama
C. Bertindak tanpa memikirkan akibat yang akan terjadi
D. Berkawan dengan individu yang melakukan kegiatan tidak berfaedah

5
Arahan : Hitamkan jawapan Bahagian A pada ruang jawapan di bawah.

1 A B C D 16 A B C D

2 A B C D 17 A B C D

3 A B C D 18 A B C D

4 A B C D 19 A B C D

5 A B C D 20 A B C D

6 A B C D 21 A B C D

7 A B C D 22 A B C D

8 A B C D 23 A B C D

9 A B C D 24 A B C D

10 A B C D 25 A B C D

11 A B C D 26 A B C D

12 A B C D 27 A B C D

13 A B C D 28 A B C D

14 A B C D 29 A B C D

15 A B C D 30 A B C D

6
BAHAGIAN B [20 MARKAH]

Jawab semua soalan yang diberikan.

Soalan 1

Arahan: Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan tandakan (x) pada jawapan yang salah.

Pernyataan Jawapan

(a) Persekitaran yang bebas daripada pencemaran akan melahirkan kehidupan yang
harmoni.
(b) Kita dilarang menganiayai dan bertindak kejam terhadap semua makhluk Tuhan.

(c) Aktiviti pembangunan yang keterlaluan tidak akan menjejaskan alam sekitar.

(d) Peperangan dan perbalahan membawa kepada kemusnahan hidupan dan harta benda.

(e) Membuang sisa toksik ke dalam sungai adalah cara yang selamat untuk mengelakkan
pencemaran.

[5markah]

Soalan 2

Arahan: Nyatakan sama ada ADIL atau TIDAK ADIL bagi situasi-situasi di bawah.

Situasi Jawapan

(a) Pelajar yang lemah diberi tumpuan yang lebih di dalam kelas.

(b) Pelajar tingkatan satu diberi kelonggaran untuk tidak menyertai aktiviti kokurikulum.

(c) Pelajar lelaki dibenarkan menggunakan alat sukan secara bebas berbanding pelajar
perempuan.

(d) Pelajar diberi peluang untuk melantik ketua kelas masing-masing.

(e) Pelajar yang sering melakukan kesalahan diberi amaran atas kesalahan yang dilakukan.

[5markah]

7
Soalan 3
Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

A Harga Diri

B Hemah tinggi

C Kasih sayang

D Keadilan

E Berdikari

Situasi Nilai
Semasa membeli di kantin, Zaidi tidak berebut-rebut, malah dia beratur bersama rakan-
1
rakan.
2 Venga sering membantu ibunya menjual kuih apabila pulang dari sekolah.
Steven tidak membeli barang yang diperbuat daripada kulit haiwan kerana tidak mahu
3
haiwan dibunuh.
Guru Pendidikan Moral membantu semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan
4
keturunan.
Golongan remaja pada hari ini tidak boleh menghabiskan masa dengan melepak dan
5
melakukan perbuatan yang negatif.
Apabila berbincang, ahli-ahli mesyuarat menyuarakan pendapat dengan menggunakan
6
bahasa yang lembut.
7 Chong membasuh kasut sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibunya.
Sebagai seorang ketua kelas, Steven membahagikan tugas kepada semua pelajar di dalam
8
kelasnya.
9 Rajoo tidak mahu menuduh sesiapa mencuri kasutnya tanpa usul periksa.

Walaupun Mary anak orang berada, dia tidak pernah meminta bantuan kewangan
10
daripada ayahnya untuk memajukan lagi syarikatnya

[10markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai