Anda di halaman 1dari 9

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARNEGARAAN


MASA: I JAM
NAMA:…………………………………….. KELAS :………………………………….

Bahagian A
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan
yang terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1 Antara berikut, yang manakah benar tentang pendidikan sepanjang hayat?


A Usaha yang dilakukan oleh seseorang yang mempraktikkan pengetahuan yang
telah dipelajari di zaman persekolahan dalam kehidupan
B Usaha yang dilakukan oleh seseorang yang belajar di luar zaman persekolahan
atau pengajian tinggi
C Usaha yang dilakukan oleh seseorang yang belajar ketikan di sekolah, maktab
atau universiti
D Usaha yang dilakukan oleh seseorang yang melanjutkan pelajaran di luar negara

Satu perkara yang penting supaya pendidikan


sepanjang hayat dapat diteruskan, bukan hanya
setengah jalan.

2 Maklumat di atas merujuk kepada


A disiplin diri
B kemahiran diri
C pengurusan masa
D fikiran yang bernas

Bimbingan orang yang mahir dalam sesuatu bidang


seperti bidang muzik dan sukan.

3 Maklumat di atas merupakan contoh pendidikan


A jarak jauh
B berterusan
C secara formal
D secara tidak formal

4 Kemahiran apakah yang perlu dikuasai supaya kita dapat memahami dan mengingati
pelajaran dengan mudah dan efektif?
A Kemahiran ICT
B Kemahiran berfikir
C Kemahiran membaca
D Kemahiran pengurusan masa
5 Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan pendidikan sepanjang hayat?
A Tuntutan daya saing global
B Mewujudkan peuang pekerjaan
C Menawarkan perkhidmatan percuma
D Membantu pembinaan modal insan negara yang berkualiti

6 Maklumat di atas berkaitan dengan


A kemahiran berfikir
B kemahiran membaca
C kemahiran mengurus diri
D kemahiran kesedaran sivik

7 Antara berikut, yang manakah kelebihan orang yang pandai menguruskan masa?
A Sentiasa berjaya dalam hidup
B Dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa
C Dapat menjalani kehidupannya dengan tenang dan terkawal
D Tidak memerlukan pertolongan orang lain dalam melakukan pelbagai perkara

8 Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri pendidikan sepanjang hayat?


A Bijak menguruskan masa
B Bijak mengambil kesempatan ke atas orang lain
C Mampu berfikir dan menyumbang idea yang bernas
D Suka membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan

9 Isu peperangan merupakan isu


A politik
B kemanusiaan sejagat
C kesengsaraan manusia
D kemanusiaan dalam negara

10 Antara berikut, golongan yang manakah perlu kita sentiasa bantu?


A Orang miskin
B mempunyai sakit yang serius
C Mempunyai bilangan anggota keluarga yang ramai
D Golongan yang kurang berupaya dan tidak bernasib baik

11 Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan cara-cara menghormati orang kurang
upaya?
A Memahami perasaan mereka
B Cuba memenuhi keinginan mereka
C Berkongsi minat dan bakat mereka
D Mengasingkan tempat makan mereka
12 Antara berikut, pilih cara-cara untuk menghargai diri dan nyawa.
I Menyokong peperangan
II Mengelakkan pertelingkahan
III Menghormati pendapat orang lain
IV Menangani masalah dengan rasional
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

13 Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri orang yang bermaruah?


A Sering melakukan perkara negatif
B Berfikiran rasional
C Bersopan santun
D Berjiwa kental

14 Antara berikut, pilih cara bagaimana kita dapat menunjukkan sifat keperimanusiaan.
I Empati
II Individualistik
III Menjaga maruah
IV Menghargai nyawa
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

15 Berdasarkan maklumat di atas, Marisa merupakan seseorang yang mempunyai sifat


A empati
B jati diri
C setia kawan
D belas kasihan

16 Antara berikut, yang manakah menunjukkan tanggungjawab kita terhadap masyarakat?


I Tidak mencuri
II Tidak memfitnah
III Mematuhi norma masyarakat
IV Bersikap materialistik dan individualistik
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
17 Ibu bapa yang cemerlang dapat melahirkan anak-anak yang
A pasif
B stabil
C sensitif
D cemerlang

18 Antara berikut, yang manakah bukan faktor utama yang perlu diambil kira untuk
menentukan pasangan hidup?
A Ekonomi
B Keperibadian
C Kecerdasan minda
D Latar belakang keluarga

19 Antara berikut, yang manakah merupakan ilmu yang harus dimiliki oleh ibu bapa bagi
menjamin kebahagiaan keluarga?
I Ilmu kaunseling
II Ilmu komunikasi
III Ilmu perubatan moden
IV Ilmu agama dan akhlak
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

20 Antara berikut, yang manakah ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri keibubapaan?
I Ibu bapa yang penyayang
II Ibu bapa menjadi pendengar yang baik
III Ibu bapa menjadi pengkritik yang hebat
IV Ibu bapa yang bersemangat dan bermatlamat
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

21 Apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental
bakal pengantin?
A Mengamalkan gaya hidup yang sihat
B Makan dengan kadar yang banyak
C Tidur dengan nyenyak
D Kurangkan merokok

22 Antara berikut, yang manakah merupakan cara pengurusan kewangan yang cekap?
I Berhemah dalam berbelanja
II Merancang perbelanjaan dengan bijak
III Menggunakan kad kredit jika berbelanja
IV Mengamalkan amalan menabung untuk masa depan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
23 Apakah ciri-ciri utama seorang calon pasangan yang baik?
A Cantik, kaya dan bergaya
B Pilihan ibu bapa dan berharta
C Panas baran dan kurang didikan agama
D Berpengetahuan, berpegangan agama dan mempunyai kewangan yang stabil

24 Apakah bentuk pembangunan yang dapat disumbangkan oleh rakyat Malaysia secara
sukarela apabila terlibat dalam aktivii kemasyarakatan?
A Pembangunan fizikal
B Pembangunan teknologi
C Pembangunan masyarakat
D Pembangunan pengetahuan

25 Antara berikut, yang manakah bukan sumbangan berbentuk material?


A Baju
B Wang
C Makanan
D Menjaga keselamatan

26 Individu boleh memberi sumbangan kepada golongan tertentu melalui


I idea
II tenaga
III kerjaya
IV material
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

27 Apakah tujuan kita melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat?


A Untuk melahirkan masyarakat yang prihatin
B Untuk melahirkan masyarakat yang harmoni
C Untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan
D Untuk melahirkan masyarakat yang kaya dengan budaya

28 Antara berikut, yang manakah peranan ahli masyarakat dalam mengatasi masalah
masyarakat?
I Mengadakan rondaan
II Mengadakan sesi kaunseling kerjaya
III Mengadakan operasi mencari mangsa
IV Menghebahkan maklumat berguna kepada anggota masyarakat
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
29 Antara berikut, yang manakah merupakan aktiviti kemasyarakatan?
I Menderma
II Gotong-royong
III Membersihkan kawasan rumah orang-orang tua
IV Membantu saudara-mara membuat biskut untuk perayaan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

30 Antara berikut, yang manakah bantuan yang boleh disumbangkan kepada mangsa
bencana alam?
I Menyediakan tempat tinggal
II Memberi bantuan kewangan
III Memberi bimbingan dan kaunseling
IV Memberi bantuan dalam bentuk kerjaya
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

Bahagian B

Jawab semua soalan yang berikut.


1 Susun huruf-huruf di bawah menjadi perkataan yang sesuai dengan ayat berikut.
(a) Kemahiran _____________________ perlu dikuasai supaya kita dapat memahami dan
mengingati pelajaran dengan efektif.

m e m a b c a

(b) Institusi pendidikan dalam negara merupakan saluran pendidikan secara


____________________.

o r a l f m

(c) Kemahiran analisis dan mensintesis merupakan antara kemahiran


____________________.

b r e i f i k r
2 Gariskan jawapan yang betul.
(a) Pendidikan sepanjang hayat merupakan [keperluan, kehendak] pada masa
kini.

(b) Peluang pendidikan sepanjang hayat perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia
supaya dapat [dimanfaatkan, disempurnakan] pada masa-masa akan datang.

(c) Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan [berperikemanusiaan,


berperanan] kita hendaklah menghargai nyawa demi kesejahteraan
masyarakat dan negara.

(d) Ilmu [rumah tangga, keibubapaan] adalah kemahiran yang perlu ada pada
ibu bapa untuk melaksanakan tanggungjawab membimbing anak-anak dalam
pendidikan, keagamaan dan akhlak dengan baik.

(e) Badan-badan seperti RELA memberi sumbangan secara aktif dalam khidmat
[kemasyarakatan, kenegaraan].

3 Padankan kemahiran pendidikan sepanjang hayat dengan penerangan berikut.

 Membahagikan masa dengan bijak


 Menyediakan jadual waktu sendiri
Disiplin diri
 Tip-tip membaca dengan bijak
 Mengingati pelajaran dengan lebih
Kemahiran mengurus efektif
masa
 Bersikap komited
 Tidak mudah terpengaruh dengan
Kemahiran berfikir gejala negatif

Kemahiran membaca  Mahir dalam penggunaan


komputer
 Cekap dalam melayari internet
Kemahiran penggunaan
ICT
 Berfikir secara rasional
 Membuat keputusan dengan
mengambil kira semua faktor
4 Bersikap perikemanusiaanbermaksud bertindak dengan sifat-sifat dan nilai-nilai yang
ada belas kasihan sesama manusia, haiwan dan alam sekitar. Cara hidup
berperikemanusiaan ini penting diamalkan dalam kehidupan masyarakat yang
bertamadun.

(a) Mengapakah konsep perikemanusiaan perlu menjadi amalan dalam kehidupan?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(b) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika amalan perikemanusiaan
tidak ada dalam diri anda?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(c) Nyatakan cara yang menunjukkan anda seorang yang mengamalkan nilai
perikemanusiaan kepada masyarakat.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(d) Isu kemanusiaan sejagat perlu diambil kira oleh semua pihak demi
kesejahteraan dunia. Apakah pandangan anda terhadap Amerika Syarikat yang
seolah-olah lepas tangan terhadap isu tersebut?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

5 Perkahwinan antara Razak dan Zainon tidak dapat diteruskan lagi. Razak disahkan
pembawa kuman HIV positif. Hal ini terjadi setelah pasangan itu mempunyai seorang
anak. Hari demi hari konflik dalam rumah tangga mereka semakin besar.

(a) Pada pendapat anda, wajarkah pasangan yang belum berkahwin membuat
pemeriksaan doktor sebagai syarat untuk berkahwin? Jelaskan.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(b) Apakah tindakan yang wajar diambil oleh Razak dan Zainon?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(c) Apakah langkah yang boleh diambil agar perkara tersebut tidak berlaku dalam
keluarga anda?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(d) Apakah persiapan yang perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin mendirikan
rumah tangga?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(e) Ilmu keibubapaan amat penting dalam usaha ke arah membina sebuah keluarga
bahagia. Apakah program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk
memantapkan institusi kekeluargaan di negara ini?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Di sediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………….. ………………………. ……………………….


JAMALUDDIN BIN BASRI EN. ZAMRI B. ABDULLAH PN. CHAM KHEAN HWA
K. PANITIA SIVIK GURU KANAN KEMANUSIAAN

Anda mungkin juga menyukai