Anda di halaman 1dari 9

Soalan Objektif : Tiap-tiap satu soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan, iaitu A, B, C dan D.

Pilih
satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Mengapakah kebanyakan negara pada masa kini memberikan penekanan kepada pendidikan
sepanjang hayat?

I Kerana persaingan dalam bidang ekonomi


II Untuk mewujudkan modal insan yang bertaraf dunia
III Untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis dan inovatif
IV Untuk membantu meningkatkan kadar inflasi

A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

2. Antara yang berikut, pernyataan manakah tidak benar berkaitan pendidikan sepanjang hayat
di Malaysia?

I. Pendidikan sepanjang hayat menekankan kepada proses pembelajaran kendiri dan


bukannya proses pengajaran.
II. Pendidikan sepanjang hayat boleh dilakukan sama ada secara formal ataupun secara
tidak formal
III. Pendidikan sepanjang hayat ialah suatu proses pembelajaran yang berterusan bagi tujuan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang
IV. Amalan pendidikan sepanjang hayat memberi kelebihan kepada individu

A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

3. Apakah tujuan pendidikan sepanjang hayat diperkenalkan?

A. Untuk melahirkan rakyat yang mengamalkan nilai-nilai murni


B. Untuk melahirkan rakyat yang mementingkan nilai individualistik
C. Untuk melahirkan rakyat yang patriotik
D. Untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran dan
bertaraf dunia

4. Yang berikut merupakan kepentingan pendidikan sepanjang hayat kepada individu.

I. Dapat mewujudkan kumpulan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat


II. Menambahkan ilmu pengetahuan
III. Menambahkan tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran
IV. Meningkatkan keupayaan diri dan profesion

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. II, III dan IV

2/10
5. Apakah slogan yang digunakan oleh kerajaan Malaysia bagi menggalakkan rakyatnya
mengamalkan pendidikan sepanjang hayat sebagai satu teras strategik Pengajian Tinggi
Negara?

A. Kata “ya” kepada pendidikan sepanjang hayat


B. Cintailah pembelajaran sepanjang hayat
C. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
D. Sayanglah kepada pembelajaran sepanjang hayat

6. Antara individu yang berikut, yang manakah mengamalkan pendidikan sepanjang hayat?

A. Encik Peter doktor gigi. Dia telah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.
B. Encik Azizi membantu persatuan Penduduk Taman Beling bagi mengumpulkan dana
untuk membeli komputer
C. Encik Murali bercita-cita menjadi peguam yang disegani ramai
D. Encik Chia menepati masa kerja pada setiap hari

7. Encik Santharasegaran yang berusia 74 tahun ingin meneruskan pengajiannya dalam bidang
ICT. Mengapakah keinginan Encik Santharasegaran harus disokong?

A. Beliau sudah tua


B. Beliau harus celik ICT
C. Beliau mempunyai simpanan yang banyak
D. Usia bukanlah penghalang kepada pendidikan

8. Melalui pembelajaran kendiri, guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan melaksanakan
tugas-tugas seperti

A. mengajar
B. membuat ayat
C. membina suasana pembelajaran yang positif
D. membina suasana pembelajaran yang negatif

9. Yang manakah bukan istilah utama dalam dunia internet?

A. PDF
B. URL
C. WWW
D. HTML

10. Menerusi pembelajaran kendiri, murid akan

A. melupakan matlamat
B. menetapkan matlamat sendiri
C. menetapkan matlamat secara berkumpulan
D. menyediakan pelan pembelajaran secara berkumpulan

3/10
11. Apakah maksud masyarakat berperikemanusiaan?

A. Masyarakat yang memiliki sifat-sifat seperti empati, menghargai nyawa, menjaga maruah
mencintai keamanan
B. Masyarakat yang mempunyai wawasan yang jelas dan berusaha untuk mencapainya
C. Masyarakat yang bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membantu pembangunan
negara
D. Masyarakat yang menghormati dan mematuhi undang-undang negara

12.
Tee Hui Yee telah mendapat penderma
jantung

Apakah sikap yang berkaitan daripada pernyataan di atas?

I. Sifat penyayang dalam kalangan masyarakat Malaysia


II. Semangat perpaduan yang kental
III. Sifat kemanusiaan yang mendalam
IV. Sifat patriotik rakyat Malaysia yang menebal

A. I dan III
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

13.
 Empati
 Menghargai nyawa
 Menjaga maruah diri
 Cinta akan keamanan

Maklumat di atas merujuk kepentingan nilai

A. keselamatan
B. perikemanusiaan
C. keamanan sejagat
D. hormat-menghormati

14. Talian Nur (15999)


Maklumat di atas berkaitan dengan isu

A. membuli
B. penderaan
C. gengsterisme
D. penyalahgunaan dadah

4/10
15. Perasaan empati dapat membantu seseorang menjauhi sikap

A. angkuh
B. bertolak-ansur
C. mementingkan diri sendiri
D. suka bergantung pada orang lain

16. Monica yang berusia 17 tahun menghadiri majlis makan malam di rumah kawannya. Dia
telah memakai pakaian yang kurang sopan dan mencolok mata. Pada pendapat anda, apakah
nilai utama yang tidak diamalkan oleh Monica?

A. Baik hati
B. Berdikari
C. Kesopanan
D. Bertimbang rasa

17. Faktor utama dalam menjaga maruah diri ialah memiliki

A. kekayaan
B. harga diri
C. harta benda
D. kasih sayang

18. Nilai sebuah keamanan ialah

A. Manusia tidak dapat hidup dengan selamat


B. Kesejahteraan hidup ialah milik golongan berpendidikan
C. Manusia dapat melibatkan diri dalam pembangunan negara
D. Persefahaman antara rakyat berbilang kaum gagal diwujudkan

19. Antara yang berikut, yang manakah bukan faktor yang akan diambil kira dalam persiapan
membina keluarga bahagia?

A. Restu ibu bapa atau penjaga


B. Ilmu keibubapaan
C. Pengurusan kewangan
D. Bilangan anak yang hendak dilahirkan

20. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri penting yang patut dipertimbangkan oleh
lelaki atau perempuan sebelum memilih calon isteri atau suami?

I. Beragama
II. Keturunan yang baik
III. Rupa paras yang jelita
IV. Tidak mempunyai hubungan darah

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5/10
21. Mengapakah restu ibu bapa atau penjaga penting kepada pasangan yang akan berkahwin?

A. Supaya hidup pasangan diberkati dan bahagia


B. Bagi mematuhi adat resam keluarga
C. Untuk mengekalkan imej keluarga
D. Supaya tidak menghadapi masalah kewangan

22. Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental bakal
pengantin?

A. Mendapatkan tidur yang banyak


B. Mengamalkan gaya hidup yang sihat
C. Mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam sehari
D. Kurangkan makan dan lebihkan minum

23.
Ilmu ini perlu dipelajari sebagai panduan untuk menjadi ibu
bapa yang cemerlang

Pernyataan di atas merujuk kepada ilmu

A. ekonomi
B. kewangan
C. keibubapaan
D. komunikasi

24. Mengapakah bakal pasangan suami isteri perlu mematuhi peraturan perkahwinan mengikut
undang-undang?

A. Untuk mendapatkan pengikhtirafan daripada sanak saudara


B. Untuk memastikan perkahwinan tersebut sah dan diiktiraf oleh agama serta pentadbiran
negeri
C. Untuk memudahkan Jabatan Pendaftaran Negara mendapat statistik perkahwinan tahun
semasa
D. Untuk membantu mendapatkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka

25. Apakah langkah-langkah yang harus diamalkan oleh bakal suami atau isteri supaya mereka
dapat mengurus kewangan dengan bijak sebelum berkeluarga?

I. Melakukan perancangan perbelanjaan secara harian, mingguan dan bulanan


II. Memastikan mereka tidak berbelanja melebihi pendapatan bulanan
III. Mengetahui sumber-sumber pinjaman
IV. Menetapkan sasaran untuk menyimpan wang

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

6/10
26. Encik Leong dan isterinya bertengkar di depan anak-anak. Pada pendapat anda, nyatakan
akibat daripada tindakan mereka terhadap anak-anak.

I. Anak-anak akan bersedih dan tertekan


II. Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada ibu dan ayah
III. Anak-anak menjadi insan yang tabah dan tahan lasak
IV. Anak-anak akan cenderung untuk bertindak negatif

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

27. Mengapakah kita harus melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan masyarakat?

A. Untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan sejahtera


B. Untuk membantu mewujudkan masyarakat yang materialistik
C. Untuk melahirkan masyarakat yang bersikap individualistik
D. Supaya disanjung dalam kalangan masyarakat

28. Antara individu yang berikut, yang manakah tidak terlibat dalam aktiviti pembangunan
masyarakat?
Nama Sumbangan
Jimie Menjadi tenaga pengajar di pusat komuniti secara percuma.
Ismail Memberi maklumat kepada polis tentang kegiatan jenayah yang berlaku di
kawasan perumahan.
Puan Mala Meluangkan masa pada setiap hari minggu di rumah kanak-kanak istimewa.
Encik Bong Menjadi ejen insurans walaupun dia mempunyai pekerjaan tetap sebagai
pegawai pemasaran.

A. Jimie
B. Ismail
C. Puan Mala
D. Encik Bong

29. Antara berikut, manakah merupakan agensi bukan kerajaan yang menyumbangkan khidmat
kepada masyarakat?

A. Jabatan Kebajikan Masyarakat


B. Jabatan Pertahanan Awam
C. Polis Diraja Malaysia
D. Yayasan Salam Malaysia

30. Antara yang berikut, sikap manakah yang tidak ada pada diri seorang sukarelawan?

A. Sanggup berkorban masa demi kebajikan masyarakat


B. Memberikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan
C. Sanggup menolong bangsanya sahaja
D. Bekerjasama menjayakan program kemasyarakatan

7/10
BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR :

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Padankan sifat perikemanusiaan di bahagian A dengan sifat perlakuan di bahagian B.

Memandu dengan cermat, menjauhi diri daripada


(a) Empati najis dadah dan penderaan kanak-kanak.

(b) Menghulurkan bantuan kepada mangsa


Cinta akan
kemalangan, kebakaran, dan banjir.
keamanan

(c)

Menjaga Berpakaian sopan, berbahasa lembut,


menghormati orang yang lebih tua, dan
maruah pentingkan nilai murni.

(d)
 Sentiasa mematuhi undang-undang negara, hidup
Menghargai bersatu padu, dan hidup bermasyarakat
nyawa

[4 markah]

2. Nyatakan nama badan kerajaan atau badan bukan kerajaan

Agensi/NGO Peranan
a)

b)

8/10
c)

d)

[4 markah]

3. Isi tempat kosong yang berikut dengan jawapan yang sesuai.

a) Perkahwinan ialah ________________ yang sah antara lelaki dengan perempuan sebagai pasangan
suami isteri.

b) Keluarga ialah satu _________________ social yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak yang
terdiri daripada lelaki dan perempuan.

c) Ibu bapa yang _______________ mempunyai ciri-ciri pendidik, pemudah cara, pengurus,
inovator, dan penilai.

d) Keluarga _________________ ialah keluarga yang mempraktikkan sikap saling memahami, kasih
sayang, hormat-menghormati, dan bekerjasama.

e) Borang permohonan __________________ perkahwinan bagi pasangan bukan Islam akan


dipamerkan pada Papan Pemberitahuan selama 21 hari.

[5 markah]

9/10
4. Jawab soalan-soalan yang berikut.

Berikan tiga cara membina keluarga bahagia.

a) _______________________________________________________________________________

b) _______________________________________________________________________________

c) _______________________________________________________________________________

[3 markah]
5. Jawab soalan-soalan berikut.

a) Jelaskan peranan utama agensi di atas dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

[2 markah]

b) Nyatakan dua bentuk sumbangan yang diberikan oleh MERCY Malaysia kepada golongan yang
memerlukan.

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

[2 markah]

~ KERTAS SOALAN TAMAT ~


*SELAMAT MAJU JAYA*

10/10

Anda mungkin juga menyukai