Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.

Pilih satu jawapan yang paling tepat. 1 Kemalangan jalan raya tidak akan berlaku seandainya A pemandu memotong garisan berkembar B pemandu tidak mabuk dan bersikap berhati-hati C pemandu memandu melebihi had laju D pemandu terlibat dengan perlumbaan haram 2 Apakah reaksi yang patut diberi kepada wanita zaman kini yang mampu melakukan pelbagai perkara terutamanya kepada pembangunan negara? A Mengiktiraf dan mengakui jasa mereka B Masih melabelkan mereka sebagai golongan lemah C Mengejek akan keupayaan yang mereka miliki D Memperlekehkan usaha mereka tanpa pengetahuan mereka 3 Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda ialah majikan sebuah syarikat besar? A Akan memberikan gaji yang rendah kepada pekerja wanita B Akan menjimatkan kos dan perbelanjaan dengan cara memotong gaji pekerja yang sering melakukan kesalahan C Akan memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja dijaga D Akan memberikan beban kerja yang berat kepada pekerja wanita 4 Antara berikut, yang manakah kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan? I Dapat memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan II Boleh membentuk minda menjadi lebih terbuka III Mengelak daripada tindakan undang-undang IV Boleh menggunakan masa lapang dengan perkara berfaedah A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

5 Apakah fungsi peraturan dan undang-undang? I Untuk menjamin kesejahteraan hidup II Untuk mengelakkan negara daripada menjadi porak-peranda III Untuk mengongkong masyarakat IV Untuk mengawal disiplin agar bersahsiah A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

6 Pengguna perlu memahami hak mereka kerana A mereka akan lebih berasa selamat B mereka dapat membeli-belah dengan mudah C mereka akan ditakuti oleh peniaga D mereka tidak akan ditipu oleh peniaga 7 Antara berikut, yang manakah merupakan tanggungjawab majikan berhubung aspek keselamatan pekerja? I Memberi insurans untuk pekerja yang sudah lama berkhidmat II Mengadakan latihan dan memberi maklumat yang cukup mengenai sesuatu pekerjaan III Menyuruh semua pekerja menggunakan peralatan keselamatan IV Menyediakan tempat yang sesuai untuk menyimpan barang-barang yang berbahaya A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

8 Berikut merupakan hak pekerja yang harus dilindungi oleh majikan, kecuali A adanya kemudahan rekreasi B memberikan gaji yang rendah kepada pekerja C pekerja diberi rehat yang mencukupi D menyediakan tempat kerja yang selesa

9 Golongan pekerja boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara melalui perkara berikut, kecuali A kerajinan yang ditunjukkan B perkhidmatan yang berkesan C kuasa yang diperoleh dalam syarikat D kerjasama dengan majikan 10 Antara berikut, yang manakah merupakan hak kanak-kanak? I Mendapat kasih sayang II Mendapat pendidikan III Mendapat perlindungan IV Memperolehi kemewahan hidup A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

11 Antara berikut, yang manakah merupakan punca yang menyebabkan remaja lari dari rumah? A Runtuhnya institusi kekeluargaan B Mendapat didikan agama yang cukup C Mendapat kasih sayang daripada ibu bapa D Mempunyai kawan yang positif 12 Tujuan undang-undang digubal dan dikuatkuasakan ialah A menjauhkan individu daripada melakukan kesalahan B menjamin setiap individu mendapat keadilan C melindungi individu daripada kecelakaan D menyusahkan segelintir individu

13 Kita tidak digalakkan mencelah semasa orang lain sedang bercakap kerana A untuk menunjukkan sikap biadap B untuk mendapatkan pujian C untuk menonjolkan kelebihan diri D untuk menunjukkan sikap menghormati orang lain 14 Mengapakah negara kita aman dan makmur? A Mempunyai pemimpin yang mementingkan diri sendiri B Rakyatnya hidup bersatu padu C Mempunyai banyak bahan mentah D Mengamalkan pemerintahan secara komunisme 15 Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang yang menghormati keluarga dan orang lain? I Jangan mengganggu orang yang ingin bersendirian atau sedang sibuk II Tidak perlu bersopan santun kepada orang yang lebih tua III Jangan mencelah semasa orang lain sedang bercakap IV Layanilah orang lain sebagaimana anda ingin orang lain melayani anda A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

16 Sikap keterbukaan penting dalam kehidupan seharian kerana A akan mendapat sanjungan daripada orang ramai B akan dapat memperbaiki kelemahan diri C berpeluang menunjukkan kelemahan diri D berpeluang menjadi kaya 17 Apakah kelebihan menjadi anggota sukarelawan? I Dapat menimba pengalaman dan kemahiran yang baru II Dapat memenuhi masa lapang dengan perkara yang berfaedah III Dapat berkenalan dengan rakan baru IV Dapat pergi ke tempat yang baru

A I, II dan III B I, II dan IV

C I, III dan IV D II, III dan IV

18 Apakah tanggungjawab majikan dalam menjaga kebajikan pekerja? A Menyediakan tempat kerja yang selesa B Tidak menyediakan tempat riadah C Tiada sebarang kenaikan pangkat atau bonus D Menjaga makan dan minum 19 Apakah pekerjaan yang banyak dimonopoli oleh kaum wanita? I Guru II Tentera A I, II dan III B I, II dan IV III Kerani IV Jururawat C I, III dan IV D II, III dan IV

20 Apakah institusi pengajian tinggi yang pertama ditubuhkan di Malaysia? A Universiti Putra Malaysia B Universiti Kebangsaan Malaysia C Universiti Malaya D Universiti Utara Malaysia 21 Apakah ciri-ciri nilai saling membantu dan bekerjasama? I Usaha yang baik dan membina II Usaha yang berkaitan dengan diri sendiri III Usaha yang dilakukan secara berseorangan IV Usaha yang bertujuan mencapai sesuatu matlamat A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

22Individu yang amanah tidak akan _____ rahsia orang lain. A mendengar B mempercayai C menghina D membocorkan

23 Apakah kebaikan beragama? I Mengajar manusia supaya bersyukur kepada Tuhan II Membentuk peribadi dan akhlak yang mulia III Membentuk corak kehidupan anggota masyarakat IV Mempengaruhi manusia supaya berpuak-puak A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

24 Setiap individu perlu berhemah ketika berada di jalan raya kerana A dapat mengenal pasti pemandu yang sering melakukan kesalahan B dapat menghindari pergaduhan dengan pengguna jalan raya yang lain C dapat menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain D dapat mengelakkan diri daripada didenda oleh pihak berkuasa 25 Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan peraturan diwujudkan di sekolah? A Agar dapat mewujudkan hubungan baik antara pelajar dan guru B Agar gerak-geri pelajar dapat dikawal C Agar semua pelajar mendapat hak dan layanan yang adil D Agar guru boleh menghukum pelajar yang degil 26 Kita perlu menghormati ibu bapa kerana A mereka telah membesar dan mendidik kita B mereka telah memberi wang kepada kita C mereka sentiasa mengawasi kita D mereka selalu memanjakan kita

Jangan menerima rasuah sebab rasuah membutakan mata orang untuk mengetahui apa-apa yang benar. 27 Pandangan agama di atas berkait rapat dengan agama A Buddha B Kristian C Islam D Hindu

28 Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan yang perlu kita lakukan sewaktu menghadiri majlis rasmi negara? A Kita perlu menjaga tingkah laku dalam majlis tersebut B Kita boleh memakai pakaian yang kurang sopan C Kita hendaklah memakai pakaian yang cantik dan mahal D Kita boleh bergurau senda dengan tetamu kehormat 29 Berikut ialah cara untuk individu menghormati hak wanita, kecuali A mengiktiraf sumbangan wanita kepada negara B mengajar mereka cara-cara untuk mempertahankan diri C meletakkan semua kesalahan kepada golongan wanita D memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada golongan wanita 30 Fungsi utama penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna ialah A mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna B menjalankan tugas-tugas khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna C membantu pengguna untuk mendapatkan pampasan D menjadi orang tengah antara pengguna dan peniaga

Anda mungkin juga menyukai