Anda di halaman 1dari 6

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

2023/2024

KURSUS PQI6052:

KURIKULUM DAN METADOLOGI PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN


MORAL

TUGASAN INDIVIDU:

KRITIKAN JURNAL

NAMA PELAJAR : MUHAMAD AMINUDDIN BIN ZAIEDI

NO. MATRIKS : 2160207

NAMA PENSYARAH : DR VISHALACHE BALAKRISHNAN

TARIKH: 26 JANUARI 2024


TUGASAN 3: KRITIKAN JURNAL

MUHAMAD AMINUDDIN BIN ZAIEDI

S2160207

Jurnal pertama yang telah saya pilih dan analisis adalah jurnal yang bertajuk ‘Masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan
penyelesaian masalah melalui kaedah Hermeneutik’ hasil tulisan Suppiah Nachiappan,
Barathy Sinnasamy dan Sandra Suffian. Jurnal ini telah diterbitkan pada 4 Disember 2017 dan ia
berkisarkan tentang kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti isu sebenar yang
dihadapi oleh pendidik yang mengajar Pendidikan Moral dan kaedah untuk menangani isu
tersebut. Kajian ini telah melibatkan sebanyak enam orang responden yang bertugas sebagai
seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral di sekolah menengah. Kajian ini
melibatkan enam orang guru yang telah dipilih beberapa buah sekolah menengah di sekitar
daerah Batang Padang.

Penulisan jurnal ini dimulakan dengan pendahuluan yang menceritakan sejarah subjek
Pendidikan Moral di Malaysia dan menjadi subjek teras dalam pelaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah dan selesai dilaksanakan pada tahun 1988. Penulis menjelaskan bahawa subjek
Pendidikan Moral diperkenalkan untuk menjadi salah satu cara untuk menurunkan masalah
moral dalam kalangan pelajar di Malaysia dan jumlah masalah sosial yang semakin bertambah di
negara kita dalam golongan remaja. Penulis menyatakan isu yang dihadapi dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral adalah guru hanya menekankan tumpuan hanya kepada
peperiksaan awam iaitu SPM dalam pengajaran. Kaedah penghafalan nilai dilakukan semasa
proses pengajaran tanpa menitikberatkan tentang pentingnya nilai nilai moral dalam keperluan
hidup pelajar. Hal ini telah membuatkan pelajar tidak mengambil berat tentang pentingnya
subjek Pendidikan Moral kerana subjek ini dianggap bosan dan tidak penting bagi mereka. Selain
itu, Pendidikan moral di sekolah diajar terutamanya oleh guru bukan opsyen. Pentadbiran
sekolah berpendapat bahawa mata pelajaran Pendidikan Moral tidak penting. Akibatnya, guru
yang mengajar subjek ini berubah setiap tahun. Hal ini menyebabkan guru yang mengajar subjek
Pendidikan Moral tersebut tidak bersedia untuk mengajar dan kaedah pengajaran akan tidak
menepati piawaian yang ditetapkan. Seterusnya, dalam jurnal ini penulis ada menyatakan yang
Ada empat belas isu yang dihadapi oleh pendidik. Pendidikan Moral dalam Penyelidikan dan
Pembangunan (PdP) di sekolah menengah Penyelidik mendapati bahawa salah satu isu yang
paling besar yang dihadapi oleh guru apabila mereka melaksanakan PdP Pendidikan Moral di
sekolah menengah ialah pelajar tidak dapat mengaitkan dan mengaplikasikan nilai kepada situasi
dunia sebenar. Di samping itu, pelajar tidak memiliki keupayaan untuk menafsirkan nilai yang
diperoleh daripada persekitaran. Selain itu, keputusan menunjukkan bahawa empat daripada guru
mengalami masalah kekurangan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar perlu disediakan
dengan cepat. Dengan kata lain, Bahan bantu mengajar di sekolah tidak banyak sehinggakan
Empat guru gagal menyampaikan pelajaran. Guru agak kurang dalam menguasai pengajaran
Pendidikan Moral dengan berkesan kerana kurang pengalaman dan kurang pendedahan kepada
subjek dan kaedah penerangan yang berkesan. Terdapat masalah lain seperti pelajar yang
menghadapi masalah penguasaan bahasa menghadapi kesukaran untuk memahami kehendak
objektif pelajaran. Pelajar tidak mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dan tidak dapat
memahami apa yang cuba disampaikan oleh pengajar. Pelajar tidak mengambil berat tentang
pendidikan moral kerana mereka percaya ia tidak penting untuk ujian. Pelajar yang lemah tidak
dapat menerangkan masalah moral. Seramai tiga orang yang menjawab mengalami masalah ini.
Selain itu, seramai dua orang responden menyatakan bahawa isu yang dihadapi oleh guru bukan
pilihan untuk mengajar pendidikan moral dan tidak cukup guru yang mempunyai pilihan untuk
pendidikan moral. Oleh kerana kekurangan guru pendidikan opsyen Kesimpulannya, pendidik
bukan opsyen dikehendaki mengajar subjek ini. Mereka tidak memiliki pengalaman dan
keupayaan untuk mengajar Pendidikan Moral tanpa pengalaman sebelumnya mengajar subjek
itu.

Dalam jurnal ini juga penulis ada menyatakan tentang lima belas cara untuk mengatasi
isu isu yang diperkatakan di atas. Antaranya ialah mengadakan kursus dan taklimat untuk guru
guru moral bagi mereka menguasai subjek yang perlu diajar oleh mereka. Seterusnya, penulis
mengatakan yang program peningkatan untuk para pelajar seperti bengkel teknik menjawab dan
program kemasyarakatan dan kelas tambahan yang sesuai untuk kategori pelajar cemerlang,
sederhana dan lemah. Kepelbagaian kaedah mengajar juga menjadi salah satu langkah untuk
mengatasi isu masalah Pendidikan Moral seperti penglibatan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran yang akan menarik lebih minat para pelajar dan meningkatkan tahap fokus mereka.
Antara contoh kepelbagaian kaedah ialah tayangan video yang berkaitan dengan nilai, slaid dan
frog VLE meningkatkan lagi minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Adalah mungkin
untuk meningkatkan motivasi guru dengan memberikan ganjaran kepada mereka. Satu responden
berpendapat bahawa ganjaran perlu diberikan kepada guru untuk meningkatkan motivasi mereka
apabila mereka berjaya. Contoh ganjaran termasuk sijil penghargaan untuk guru yang inovatif,
kreatif dan kritis, dan sijil cemerlang sempena Hari Guru Negeri dan Kebangsaan.

Untuk jurnal yang kedua saya telah memilih jurnal yang bertajuk ‘Susur Galur, Isu dan
Cabaran Pendidikan Moral di Malaysia: Satu Sorotan Kajian’ hasil penulisan Solumuthu,
Kogindran dan Thambu Nadarajan. Kedua dua penulis merupakan dari Fakulti Sains Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal ini berkenaan tentang sejarah kurikulum Pendidikan
Moral dan mengkaji masalah serta masalah pendidikan moral Malaysia. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif iaitu dengan menggunakan pendekatan kajian perpustakaan. Gerak kerja
bagi kajian ini dimulakan dengan pengumpulan artikel penyelidikan mengenai kurikulum
Pendidikan Moral dan artikel berkaitan perlaksanaan kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia.
Pangkalan data atas talian Google Scholar merupakan alat carian dominan yang digunakan dalam
pencarian artikel-artikel penyelidikan.

Kajian ini dimulakan dengan carian tentang status pendidikan moral pasca merdeka dan
diikuti oleh kurikulum bersepadu KBSR dan KBSM. Seterusnya penerangan tentang KSSR dan
KSSM juga diterangkan di dalam kertas kajian. Sistem pendidikan negara pada zaman pasca
kemerdekaan adalah bagi memenuhi aspirasi negara dengan mengutamakan budaya, sosial dan
politik negara. Pendidikan Islam telah ditetapkan sebagai mata pelajaran wajib untuk pelajar
Islam, tetapi terdapat kebebasan untuk mengajar agama dan nilai yang berbeza mengikut
keperluan sekolah dan bukannya dasar kurikulum negara pada masa itu. Pendidikan Moral juga
tidak kelihatan diajar sebagai satu subjek tertentu. Ekoran daripada peristiwa 13 Mei yang
merupakan sejarah hitam di negara kita, subjek Pendidikan Sivik telah diwujudkan sehinggalah
pada tahun 1975 Jawatankuasa Khas Pendidikan Moral yang diketuai oleh 8 panel yang
menghasilkan draf sukatan pelajaran untuk Pendidikan Moral.

Di dalam kertas kajian ini, beberapa isu telah dikenalpasti yang menjadi punca cabaran
Pendidikan Moral di Malaysia. Yang pertama ialah aspek kandungan kurikulum terjadi apabila
ada pengulangan antara nilai, penjelasan nilai yang kurang memberi kesan terhadap sosio-budaya
yang dibawa oleh murid ke dalam kelas dan mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai sangat
statik dan menerima keluhan daripada murid dan ibu bapa. Contohnya pengwujudan terlalu
banyak nilai di dalam subjek ini yang akhirnya membentuk pelajar yang hanya sekadar
menghafal nilai dan tidak lagi menghayati maksud moral itu sendiri. Seterusnya, kelemahan
penguasaan ilmu pedagogi yang menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid.
Di samping itu, persediaan guru adalah pada tahap yang tidak memuaskan yang menyumbang
kepada faktor kegagalan pengajaran subjek pendidikan moral di negara kita. Seterusnya,
Kekurangan guru-guru opsyen Pendidikan Moral, isi kandungan yang sukar dipahami dan
penggunaan buku teks sahaja masih tidak mampu untuk membantu sesi pengajaran guru-guru.
Kekurangan sumber-sumber lain seperti buku aktiviti, buku rujukan dan modul tambahan
menyukarkan keadaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Jurnal ini mempunyai beberapa kelebihan. Penulis kedua dua jurnal berusaha untuk
menunjukkan bahawa terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh kita dalam
menjadikan subjek Pendidikan Moral sebagai subjek yang penting. Apabila membaca jurnal ini,
para pembaca dapat pelbagai info tentang banyaknya isu dalam kalangan pendidik dan murid
seperti kekurangan tenaga kerja dalam subjek ini, faktor murid yang memandang remeh terhadap
subjek Pendidikan Moral dan buku teks yang sukar difahami oleh kalangan murid. Salah satu
jurnal juga merungkapkan tentang langkah untuk menangani masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan penyelesaian masalah melalui kaedah
Hermeneutik. Contohnya, mengadakan kursus bagi guru dan penggunaan teknologi dalam
rancangan pengajaran. Jurnal ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk guru guru subjek
pendidikan moral bagi meningkatkan kualiti diri mereka dan mengatasi isu yang sering kali
berlaku semasa mereka menjadi tenaga pengajar. Penelitian oleh penulis juga dapat dilihat
melalui penulisan yang menyatakan murid memandang remeh dengan hanya melakukan kaedah
hafalan untuk peperiksaan semata tetapi tidak mengaplikasikan nilai moral dalam kehidupa
seharian mereka. Saya juga bersetuju dengan penulis bahawa buku teks pendidikan moral di
malaysia tidak menepati piawaian dengan FPK dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang dan holistik. Guru guru juga masih kabur semasa menggunakan buku teks pada awal
perlaksanaan Semakan Kurikulum 2003 kerana guru-guru kurang didedahkan tentang panduan
penggunaan buku teks secara spesifik.
Secara keseluruhannya, penulisan jurnal ini telah berjaya membuktikan cabaran dalam
pengajaran pendidikan moral ke arah pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Penilaian yang baik
terhadap kurikulum program ini sememangnya patut dilaksanakan secara menyeluruh bagi
memastikan kedudukan negara Malaysia setaraf dengan negara-negara maju. Dengan demikian,
pendidikan moral di Malaysia tidak hanya memberikan pemahaman tentang prinsip-prinsip etika,
tetapi juga berperanan dalam membentuk warga negara yang berakhlak baik dan memiliki
kontribusi positif dalam masyarakatnya. Selepas membaca dan meneliti dua jurnal di atas saya
yakin kertas kajian tersebut dapat menyumbang kepada dunia akademik Pendidikan Moral.
Banyak aspek perlu dikaji semula dalam subjek ini jika kita ingin generasi yang bakal mengajar
dan diajar di negara kita akan lebih peka dan cakna tentang kepentingan subjek pendikan moral.
Penulis juga dengan jelas menyatakan perubahan yang perlu dibuat keatas kurikulum, persediaan
guru, kualiti sekolah dan kepimpinan sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan negara.
Pembaca akan memperoleh banyak idea berkenaan pembentukan kurikulam kerana penulis dapat
menyatakan program-program yang dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan kurikulum yang
mantap.

Anda mungkin juga menyukai